Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Jun 28, 2012

Siapakah antara ketiga mereka ini bakal dilantik jadi KM Sarawak ke-5?

 YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg merupakan Timbalan Presiden II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk sayap Bumiputera (Melayu, Melanau & Kedayan) manakala untuk sayap Pesaka (Dayak Iban, Orang Ulu & Lun Bawang) masih disandang oleh YAB Tan Sri Alfred Jabu juga sebagai Timbalan Presiden Parti PBB.

Beliau juga antara pemimpin Barisan Nasional yang paling senior dalam kerajaan negeri Sarawak dan kurang dikaitkan dengan sebarang isu-isu kronversi. Agak tidak gemar menonjolkan diri namun beliau seorang pemimpin yang mengutamakan tugas serta rajin turun padang menemui rakyat. Datuk Sri Abang Jo juga adalah seorang pemimpin yang sangat setia kepada perjuangan parti dan tidak pernah mengkhianati Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketuanya.
 Menteri Perancangan Sumber Negeri Sarawak, YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Hj Ali Hassan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Daerah Dalat untuk tempoh masa yang agak lama sebelum beliau dibawa oleh Pehin Sri Taib untuk terlibat di dalam politik negeri Sarawak.

Awang Tengah juga seringkali diberi kepercayaan oleh Pehin Sri Taib untuk mewakilinya hadir ke majlis-majlis tertentu seperti ke Majlis Mesyuarat Raja-raja yang diadakan pada setiap tahun dan juga hadir ke majlis-majlis lain. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Pehin Sri Taib sedang melatih Awang Tengah agar tidak kekok apabila mengambil alih jawatan daripada beliau nanti sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Bekas ADUN N.44 Dalat (sekarang selepas persempadanan semula N.50 Dalat) Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi mungkin sandaran akhir Pehin Sri Taib bagi menggantikan beliau nanti. Walaupun tiada jawatan khusus dalam Parti PBB dan bukan lagi sebagai wakil rakyat BN, namun bukan mustahil beliau akan dipilih untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri Sarawak selepas persaraan Pehin Sri Taib kelak.

Effendi Norwawi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Rejang (kini Parlimen Tanjung Manis) besar kemungkinan akan menggantikan Pehin Sri Taib di kerusi DUN N.51 Balingian yang akan bersara selepas menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 31 tahun. Usia Pehin Sri Taib kini telah menjangkau 76 tahun dan pada usia yang semakin meningkat bagi seseorang pemimpin seperti beliau itu adalah kurang bijak bagi rakyat Sarawak sekiranya mereka tidak mahu mengharapkan pembaharuan demi masa Barisan Nasional di Bumi Kenyalang.

Rakyat Sarawak harus berani menerima hakikat bahawa setiap pemimpin kita pasti akan ada yang datang dan tentu ada yang akan pergi namun parti BN juga harus akan kekal memerintah negeri ini. Pemimpin yang tua akan digantikan dengan pemimpin yang muda agar setiap perjalanan kerajaan negeri menjadi kuat dan cergas. Bukannya bermakna kita perlu menolak mana-mana pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada negeri Sarawak tetapi apa yang kita perlukan ialah kesinambungan kepimpinan yang baik dan telus akan berterusan tanpa dirosakkan oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi.

Rabu, Jun 27, 2012

Anwar, perkakas terakhir DAP !

 Majlis Peguam sudah jauh menyimpang dari niat asal penubuhannya apabila lebih banyak memberi ruang kepada ahli-ahlinya berpolitik serta menentang pihak pemerintah. Badan ini sah menjadi perkakas kepada Pakatan Pembangkang sejak ianya diterajui oleh S. Ambiga lagi.
 Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia atau SUARAM pada mula kewujudannya berbekalkan matlamat lain tetapi kini ia juga telahpun menjadi perkakas kepada pihak Pakatan Pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka menawan Putrajaya.
 Sama seperti Majlis Peguam dan juga SUARAM, Adam Adli pergi ke Universiti dengan niat dan tujuan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin bagi mengubah hidup masa depannya, namun entah bagaimana beliau boleh menjadi perkakas kepada PKR serta pihak Pakatan Pembangkang.
Pengerusi BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, S. Ambiga sedar yang dia memang telah menjadi alat serta perkakas kepada PKR, DAP dan juga DAP. Ambiga juga tahu bahawa kerja dia akan menjadi lebih mudah apabila bekerjasama dengan ketiga-tiga parti berkenaan. Ambiga ada muslihat terselindung di sebalik dirinya sebagai Pengerusi Pertubuhan Haram BERSIH.
 Orang tua ini, A. Samad Said memang rela dijadikan sebagai alat dan perkakas kepada PKR dan juga DAP serta PAS. Dia sering kelihatan di mana-mana lokasi pihak Pakatan Haram Pembangkang mengadakan bantahan terhadap apa jua projek kerajaan yang berimpak tinggi seperti dalam isu bantahan terhadap projek Lynas di Gebeng Kuantan Pahang di mana A. Samad Said turut serta berdemo.
 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sama juga seperti A. Samad Said, rela diri diperkuda dan dijadikan sebagai perkakas oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya dalam Pakatan Pembangkang. Bukan setakat itu saja, Nik Aziz juga rela agama yang beliau anuti dipergunakan oleh pihak DAP dalam tujuan meraih undi sewaktu dalam pilihanraya.
Anwar Ibrahim pula, yang sering menuduh Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain media sebagai perkakas kepada UMNO dan juga Barisan Nasional tidak sedar yang dirinyalah yang sebenarnya telah menjadi perkakas kepada DAP dalam mencapai matlamat besar mereka untuk berkuasa di negara ini.

Ahad, Jun 24, 2012

Mandailing: jika sayangkan Malaysia, usah perjuangkan budaya asal bangsa !

Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan iaitu sejenis tarian suku kaum Mandailing serta kaum Batak di Indonesia agar dapat juga diterima sebagai sebahagian daripada budaya di negara ini nampaknya telah mengundang padah sekali lagi buat Malaysia. Bangunan Wisma Malaysia di negara berkenaan telah menjadi sasaran terbaru perusuh Indonesia yang tidak berpuashati dengan keputusan Malaysia itu.

Rakyat Indonesia yang sebahagian besarnya memang terkenal dengan sikap cepat melatah tanpa usul periksa terus menuduh kerajaan Malaysia mahu mengambil kedua-dua nilai budaya berkenaan sebagai budaya mutlak negara ini namun mereka tidak sedar bahawa berapa ramai sudah suku kaum Mandailing dan juga kaum Batak telah diterima sebagai warganegara Malaysia dan mereka ini tentunya berhak untuk mengamalkan adat budaya bangsa asal di negara ini sebagaimana masyarakat pendatang lain seperti kaum Cina dan India.

Bagi kerajaan Malaysia khususnya pihak yang mahu supaya budaya tersebut dihidupkan di negara ini adalah lebih baik batalkan saja hasrat itu dan untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab serta berguna kepada negara ini dan juga anak bangsa tidak semestinya kita perlu membawa perkara-perkara yang cuma mendatangkan kemudaratan kepada negara ini. Andai apa yang hendak kita buat namun mendapat tentangan hebat dari rakyat negara asal budaya itu adalah elok lupakan saja demi hubungan harmoni tidak akan terus digugat.

Kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Datuk Seri Utama Rais Yatim kita cadangkan walaupun pada dasarnya hasrat beliau itu murni iaitu untuk memberi ruang kepada budaya suku kaum Maidailing dan juga Batak di negara ini yang sekian lama mengharapkan agar adat budaya mereka boleh diiktiraf di negara ini boleh sekiranya menasihatkan wakil untuk kedua-dua suku kaum berkenaan bahawa untuk menjadi warganegara Malaysia bukanlah satu syarat memasukkan kebudayaan asal mereka tetapi cukuplah dengan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu serta turut menghormati prinsip 5 Rukun Negara.

Kepada rakyat Indonesia di seberang sana tu...harap anda berpikir secara munasabahlah sedikit...anda kena faham betul-betul isu ini..kena tahu siapa yang mula menimbulkan perkara ini kalau bukan mereka-mereka yang dulunya datang berhijrah dari Indonesia ke bumi Malaysia dan setelah mereka ini menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia makaya apabila mereka-mereka ini sudah lama menduduki negara ini tentulah keinginan timbul untuk turut mengetengahkan adat budaya mereka di negara ini tanpa paksaan daripada kerajaan Malaysia.

Jumaat, Jun 22, 2012

BN Sarawak ! bantulah kami penduduk yang tidak ada bekalan air bersih !!!

Musim kemarau sudah datang lagi dan Sarawak pastinya tidak terlepas dari terkena fenomena alam itu. Dan masalah yang paling besar yang dihadapi oleh penduduk terlibat sewaktu musim kering ini adalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan air yang bersih untuk kegunaan seharian.

Masih banyak lagi kampung-kampung serta rumah-rumah panjang di negeri ini yang tidak mendapat kemudahan air bersih sepertimana yang dinikmati oleh sesetengah penduduk di tempat lain. Tangki air untuk menyimpan air hujan memang ada diberikan oleh pihak kerajaan namun jika hari tidak hujan sehingga sebulan, apa cerita?

Di kampung saya sendiri dalam DUN N.50 Dalat yang diwakili oleh Datuk Fatimah Abdullah, dalam kawasan Parlimen Datuk Sri Dr. Muhd. Leo Toyad, saluran paip sudah lama tersedia dah dekat hampir setengah tahun namun entah apa sebab sehingga ke hari ini YB kami gagal memberi sebab kenapa air bersih beluim dapat juga disalurkan ke rumah-rumah.

Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib sendiri pernah menyatakan bahawa masalah air yang berlarutan selama lebih 40 tahun di kampung saya akan dapat diatasi sepenuhnya penghujung tahun 2011 serta awal tahun 2012. Kini sudah bulan Jun, setengah tahun sudah...kami penduduk kampung mengajukan pertanyaan kepada YB kami dia suruh kami tanya dengan Pegawai Daerah.

Bila ditanya kepada Pegawai Daerah Dalat, dia pula kata tanya dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR atau Jangan Kerja Rajin) Dalat. Bila saya pergi ke pejabat Jabatan Kerja Raya, boss mereka bagitau dengan saya itu masalah kontraktor, kontraktor belum menyerahkan segala resume-resume yang mencatat segala kerja berkaitan kontrak memasang paip serta lainnya kepada pihak JKR Dalat. Apalah banyak punya birokrasi?

Takkanlah masalah satu kampung iaitu kampung kami yang terletak hanya di tengah-tengah kampung bersebelahan yang penduduknya beragama Islam yang sudah diberikan kemudahan berkenaan itupun wakil rakyat kami masih gagal untuk menyelesaikannya. Apalah punya pemimpin Barisan Nasional kalu sudah begini, pilih bulu...penduduk beragama Kristian tidak dihiraukan manakala yang Islam lebih diutamakan!

Saya sungguh kesal dengan kepimpinan wakil rakyat Barisan Nasional seperti ini..sudahlah peruntukan untuk membina jalan kampung di kampung kami yang sepatutnya berturap namun telah diselewengkan oleh pihak pemaju serta konraktor apabila jalan kampung kami hanya disapukan dengan simen murah bergred 16 yang jelas tidak mengikut spesikasi serta tender yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Banyaklah lagi penyelewengan yang berlaku terhadap projek-projek kerajaan pusat bukan saja di daerah Dalat malahan jika didedahkan semuanya di mana-mana dalam Sarawak juga pasti ada berlaku perkara sedemikian.

Berbalik kepada masalah air bersih yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk negeri waktu ini, apakah kerajaan Barisan Nasional Sarawak hanya akan bertindak apabila Parlimen sudah dibubarkan? Apa, nak gunakan masalah rakyat bagi memancing undi dengan projek-projek yang sepatutnya sudah lama siap kenapa perlu mempermainkan rakyat?

Ahad, Jun 17, 2012

KDYMM Paduka Baginda Sultan Johor terus dihina di facebook :(

Pemilik akaun Facebook Wann Rezz ini turut memberi komen yang sungguh biadap dalam ruangan facebook rakannya apabila tergamak menggelarkan Sultan Johor Darul Takzim dengan sesuatu yang sangat diharamkan dalam agama Islam.

Harap KDN (Kekura Dalam Negeri: Kura-kura ini tabiat dia suka menyembunyikan kepala dalam tempurung bila rasa diri terancam) yang diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertindak dengan segera dan tegas terhadap pihak-pihak yang semakin giat hendak menyakiti hati dan perasaan rakyat negeri Johor.

Bagaimana pihak kerajaan hendak bertindak? Adakah kerajaan hanya akan membiar perbuatan seumpama ini terus menjadi ikutan pelampau yang lain selepas ini tanpa sebarang tindakbalas untuk membenteras agar perkara sebegini tidak terus berulang di belakang hari?

SISMEP 3.0: PKR pasang alat pengesan hanturaya di Sarawak !

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin lepas masuk ke Sarawak namun pembantu khas Azmin iaitu Hilman Idham tidak dibenarkan masuk dan telah ditahan oleh pihak Imigresen pada pagi Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lalu diarahkan untuk meninggalkan Bumi Kenyalang dengan sebeberapa segera.

Kehadiran pemimpin PKR itu ke Sarawak adalah bagi tujuan untuk melancarkan satu sistem baru di negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan sistem itu dkenali sebagai Sistem Menang Piliharaya 3.0 atau nama singkatannya SISMEP 3.0.

Sistem ini menurut Azmin Ali mampu mengesan dengan kadar segera tentang kehadiran hantu-hantu yang tak diundang di kawasan-kawasan mengundi yang tertentu dan tambah beliau lagi di Sarawak buat permulaannya di DUN Asajaya SISMEP 3.0 telahpun berjaya mengesan kewujudan 850 hanturaya-hanturaya di kawasan DUN berkenaan.

Rakyat Sarawak kini mana yang mudah tertipu serta terpengaruh dengan pembonhongan bersiri oleh pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Baruk Bian, Zuraidah Kamaruddin berkenaan dengan perkara ini pastinya akan terus mempercayainya namun bagi yang mampu untuk berpikir sendiri maka mereka sudah tentunya akan menolak dakwaan sedemikian.

PKR yang sudah biasa menipu serta memperdayakan rakyat, adakah mereka nanti mampu untuk memmastikan rakyat bahawa Sarawak yang bekerja berselerak di seluruh ceruk pelusuk Bumi Kenyalang yang akan pulang ke kawasan mengundi masing-masing pada PRU-13 untuk mengundi tidak dianggap sebagai pengundi hantu?

Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia pada setiap kali PRU diadakan sudah pasti sebilangan besar rakyat Sarawak yang bekerja jauh di luar kawasan mereka mendaftar sebagai pengundi akan balik untuk mengundi dan adalah satu perkara yang sangat menyedihkan apabila kepulangan mereka ini nanti ke kawasan masing-masing terpaksa melalui proses yang boleh dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia apabila pihak PKR terlebih dahulu akan menentukan samada mereka itu pengundi sah ataupun sebaliknya.

Rakyat Sarawak janganlah lagi kita mudah ditipu dengan pihak-pihak PKR ini terutama sekali dalam soal pengundi yang mereka dakwa wujud pengundi hantu. Kalau memang ada pengundi hantu, bagaimana Baruk Bian sendiri boleh memenangi PRN Sarawak ke-10 di kerusi DUN Ba'Kelalan tahun lepas dan bagaimana DAP boleh mencapai banyak kemenangan pada piliharaya umum Sarawak itu jika benarlah pihak Barisan Nasional terbukti menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa di negeri ini. Hidup BN!

WWW1: Haziq jangan samakan budaya Barat dengan Timur !

Sebagai seorang mahasiswa kononnya, Haziq Abdullah Abdul Aziz patutnya lebih tahu menilai antara budaya yang diamalkan oleh Barat dengan budaya amalan hidup orang di Timur sememangnya berbeza. Tetapi amat malang sekali apabila terdapat segelintir mahasiswa seperti Haziq ternyata telah gagal untuk melihat perbezaan ketara antara orang Barat dengan amalan murni masyarakat di negara ini.

Apakah maksud pelajar ini apabila orang Barat seperti yang beliau sentuh dalam komennya di facebook, mempertikaikan setiap tindakan Raja mereka secara terbuka perlu menjadi ikutan juga kepada rakyat Malaysia?

Jika masyarakat di Barat telah menjadikan amalan tidak menghormati raja apatah lagi pemimpin-pemimpin yang dipilih secara demokrasi sebagai perkara biasa bagi mereka, apakah itu juga yang mahu Haziq serta rakan-rakan beliau jadikan sebagai sebahagian budaya baru rakyat di Malaysia?

Kalau budaya Barat membolehkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah malahan sebilik, sekatil serta sebantal apakah Haziq sebagai seorang Muslim juga akan menyeru kepada msyarakat negara ini agar menurut gaya hidup tidak sihat ini?

Begitu juga dengan rakyat di Brtitain, mungkin mengkritik secara terbuka Queen Elizabeth serta kaum kerabat keluarga Di Raja England itu telah menjadi perkara biasa di kalangan mereka namun budaya itu tidak sesuai bagi masyarakat di Malaysia kerana walaupun kita sedang mengejar kemajuan tetapi masih ada ciri-ciri yang wajib dipertahankan agar matlamat tidak tersasar di kemudian hari.

Dengan mengambil amalan hidup kurang bermoral masyarakat di Barat sebagai kunci untuk membolehkan kita berbuat apa sahaja termasuk bersikap kurang ajar serta biadap terhadap Raja serta para pemimpin negara bukan saja tidak akan membantu ke arah kebaikan malah menjadikan ianya lebih parah lagi.

Komen yang dibuat oleh Haziq Abdullah berkaitan isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1 terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor adalah kes yang amat berat sekali dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang warganegara Malaysia.

Setiap warganegara Malaysia tertakluk di bawah undang-undang negara ini dan setiap tindakan mereka juga sentiasa terikat kepada semua peraturan yang telah digunapakai. Lima prinsip Rukun Negara jelas mengenai perkara ini dan warganegara Malaysia dilindungi dan juga melindungi oleh lima prinsip ini.

Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah tali untuk rakyat Malaysia berpaut baik dalam waktu yang susah mahupun di kala keadaan negara kita aman namun sentiasa terancam. Jadi mana-mana warganegara Malaysia yang telah terpesong tindakan mereka dari lima prinsip ini perlulah mereka untuk ditarik semula ke atas landasan agar tidak semakin ramai yang turut tergelincir sama.

Sabtu, Jun 16, 2012

WWW1: kerajaan Sarawak perlu tegas dan bertindak terhadap Haziq !

 Saya kurang jelas dengan latar belakang budak hingusan ini tetapi menurut beberapa blog, budak ini berasal dari negeri Sarawak serta ada jawatan di dalam gerakan solidariti mawasiswa (SMM) yang terjerit-jerit dan terpekik-pekik ketika gerakan itu bergerak di atas jalanraya.
Apa yang membuat saya terpanggil untuk menulis tentang dia ini adalah berikutan perbuatan beliau yang jelas cuba mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu penderhakaan yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Nizar Jamaluddin terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor Tuanku Ibrahim.

Kepada Haziq, cukup-cukuplah...usahlah anda mengejar publisiti murahan dengan cara yang begitu kurang ajar sekali. Jika anda seorang yang terpelajar, patutnya anda lebih bijak daripada orang lain untuk menilai perkara mana yang buruk dan mana yang baik dan nyata perbuatan anda untuk turut masuk campur dalam isu yang dicetuskan oleh Nizar Jamaluddin itu memang sengaja menempah bala.

Jika benarlah Haziq Abdullah bin Abdul Aziz ini rakyat Sarawak, maka sukalah saya merayu kepada kerajaan negeri pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap budak ini demi hubungan yang mesra selama ini antara Johor Darul Takzim dengan Sarawak Bumi Kenyalang dapat dipertahankan.

Rabu, Jun 13, 2012

Video: Ahli2 Parlimen PR disekolah rendahkan oleh YB Datuk Zul Noordin



Sungguh hebat YB Datuk Zulkifli Noordin! di dalam Dewan Parlimen beliau begitu lantang membongkar segala muslihat pihak Pakatan Pembangkang. Syabas di atas ketegasan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang begitu berani mengatakan tentang kebenaran secara berdepan!

Selasa, Jun 12, 2012

PRU13: DAP Sarawak tolak keturunan Lim Kit Siang sebagai calon parti !

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tetap akan menamakan Lim Su Kien, 39, sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Miri pada Plihan Raya Umum (PRU) akan datang meskipun mendapat tentangan hebat daripada segelintir ahlinya.

Setiausaha Agung DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan yakni daripada DAP Cawangan Miri kerana Lim adalah pilihan parti dan pemilihannya dipersetujui Jawatankuasa Pemilihan DAP.

Justeru katanya kumpulan berkenaan harus menghentikan perbuatan itu demi kebaikan parti.

Kumpulan berkenaan tegasnya harus mengenepikan 'persengketaan' peribadi sebaliknya menerima keputusan dibuat parti.

"Tindakan kumpulan ini memang tidak boleh diterima. Mereka mengancam untuk mengadakan kempen di kalangan ahli parti agar membuat undi rosak jika parti kekal mencalonkan Lim.

"Lebih teruk lagi kumpulan ini yang terdiri kira-kira 20 orang dan beberapa orang daripada mereka membawa sepapan telur ketika dialog kedua pada 27 Mei lalu dan mengancam untuk melontar saya dan pengerusi Wong Ho Leng jika keputusan parti tidak berpihak kepada mereka...dialog gagal," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Negeri di sini semalam.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, ini adalah kali pertama perkara seperti itu berlaku kepada parti malah dalam dialog parti-parti lain apabila ahlinya membawa telur ayam untuk dilontarkan kepada pemimpin parti.

Bagaimanapun katanya demi keharmonian dan kekuatan parti beliau dan Pengerusi DAP akan mengadakan satu lagi dialog dengan kumpulan berkenaan.

"Keputusan telah dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa pemilihan. "Kami berharap mereka ini menghormati keputusan parti... jangan sekali-kali mensabotaj parti. Memang kualiti calon menjadi ukuran tetapi perkara paling penting ialah polisi dan perjuangan parti. Rekod telah membuktikan calon muda kita mampu menewaskan calon veteran BN (Barisan Nasional)," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Kota Sentosa itu juga berkata parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan kerana Lim sememangnya calon dikehendaki parti.

Apapun katanya parti tidak akan mengambil tindakan disiplin kepada kumpulan berkenaan kerana percaya mereka bertindak bukan secara rasional tetapi emosi.

"Kami mahu mereka sedar, pemilihan Lim adalah untuk kebaikan parti. Individu jangan dijadikan penilaian tetapi perjuangan parti," katanya.

Lim Su Kien, 39, merupakan Pengerusi DAP Cawangan Senadin dan Setiausaha Hal Ehwal DAP Negeri.

Sebelum menyertai DAP pada 2008, Lim berkhidmat dalam industri perbankan selama 12 tahun dan pernah menentang Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam PRU Ke-12 lalu (2008). Bagaimanapun beliau tewas dalam cubaan pertamanya itu. - sumber Utusan Borneo

AM: antara lain sebab dikesan kenapa perkara itu timbul ialah mereka menolak Lim Su Kien sebagai calon DAP mewakili rakyat di Miri kerana keturunan beliau adalah Lim sama dengan keturunan Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng.

Mereka iaitu kumpulan 20 orang yang membawa satu set telur ayam tidak berkehendak cara pemimpin yang lidah bercabang, menghasut serta cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan penduduk di negeri ini dan mereka bimbang jika ia dibiarkan akhirnya cuma akan merugikan DAP itu sendiri.

Sabtu, Jun 09, 2012

Al-Fatihah - Sam D'Lloyd meninggal dunia...



Vokalis kumpulan D'Lloyd yang cukup popular era tahun 70an, Syamsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam D'Lloyd 64, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7.15 pagi Sabtu 9 Jun 2012 akibat sakit jantung serta radang paru-paru.

Lagu-lagu nyanyian kumpulan D'Lloyd cukup diminati di Malaysia sejak generasi awal 70an sehingga kini dan kekuatan kumpulan ini juga banyak dibantu oleh suara emas penyanyi utama mereka Sam. Lagu-lagu seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam Di Malaysia antara lagu yang sentiasa mengembalikan nostalgia lama apabila ianya diputar di corong-corong radio.

Salam Takziah buat seluruh warga Indonesia yang telah kehilangan Sam D'Lloyd, seorang insan seni yang begitu banyak menyumbangkan jasa terhadap pembangunan industri muzik di Indonesia sejak pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.

Bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham akan dirahmati serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah !

Khamis, Jun 07, 2012

Krisis BN Sarawak, Taib Mahmud semakin bingung!

Semakin dekat bahang PRU-13 terasa maka semakin menjadilah pula gelodak dalam hubungan sesama parti serta sesama ahli dalam parti-parti komponen Barisan Nasional negeri Sarawak.

Kepimpinan tertinggi BN Sarawak nampaknya sudah bosan dengan permainan politik tidak matang beberapa pemimpin dalam dua parti PRS yang diterajui oleh Tan Sri James Masing dan juga SPDP pimpinan Tan Sri William Mawan.

Pehin Sri Taib Mahmud sudah tidak berminat lagi untuk mencampuri urusan dalaman kedua-dua parti berkenaan yang kini sedang berdepan dengan krisis antara presiden parti dengan beberapa pemimpin mereka.

Kemelut sedia ada menjadi semakin memuncak dengan kemunculan parti baru Sarawak Workers Party (SWP) yang diketuai oleh bekas ADUN BN Pelagus, Larry S'ng yang baru saja melepaskan jawatannya di Bahagian Pembangunan Belia Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Krisis tidak menampakkan penyelesaian ekoran tindakan terbaru Naib Presiden SPDP yang juga ADUN Meluan YB Wong anak Judat terus menambahkan lagi sengketa dalaman BN Sarawak apabila secara terbuka mahu mencabar YB Datuk Joseph Sallang bagi kerusi Parlimen Julau pada PRU-13 menggunakan tiket parti SWP tetapi masih sebagai ahli parti SPDP.

Pun begitu, kewujudan SWP di tengah-tengah kerancakkan Barisan Nasional untuk mempersiapkan diri berdepan PRU-13 nanti ternyata sudah membuat hati beberapa pemimpin dalam kalangan BN Sarawak menjadi berbelah bahagi samada masih mahu kekal dengan parti masing-masing ataupun masuk perahu baru yang bernakhodakan Larry S'ng.

Sokongan terhadap penubuhan SWP bukan saja datangnya dari rakyat biasa malahan ramai kalangan pemimpin BN Sarawak yang teruja untuk bersama-sama dengan parti berkenaan apatah lagi apabila Pehin Sri Taib Mahmud sendiri dilihat lebih banyak mempertahankan Larry S'ng dari terus menjadi serangan politik oleh pihak Tan Sri James Masing dan juga pemimpin PRS yang lainnya.

Jaminan Pehin Sri Taib Mahmud bahawa Larry S'ng bukannya seorang pengkhianat sepertimana yang dituduh oleh beberapa pemimpin dalam PRS jelas menunjukkan betapa Ketua Menteri lebih mementingkan kualiti kerja seseorang berbanding dengan pemimpin yang hanya suka berpolitik sepanjang masa serta suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Apa tindakan seterusnya Pehin Sri Taib Mahmud untuk mengurus karenah pemimpin-pemimpin politik BN negeri yang semacam tidak jemu-jemu untuk mewujudkan suasana tidak mesra antara parti komponen Barisan Nasional negeri dan apakah beliau hanya akan membiarkan saja keadaan ini berterusan, tidak menggunakan jawatannya selaku Pengerusi BN Sarawak untuk mendamaikan pihak yang bertelagah?

Rabu, Jun 06, 2012

Tokoh Reformasi: anugerah kepada DS Najib bukan kepada Anwar

Dua Ahli Senat Amerika Syarikat John McCain dari Arizona dan Joseph Liberman dari Connecticut telah menyatakan kekaguman pihak Amerika Syarikat terhadap cara kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Hinggakan kedua-duanya telah mengiktiraf Datuk Seri Najib sebagai seorang jaguh reformis hebat untuk Malaysia. Kenapa Datuk Seri Najib dan bukannya Anwar Ibrahim ketua pembangkang? Bukankah istilah "reformasi" itu sendiri mulanya diperkenalkan oleh Anwar apabila ianya sering dilaung-laungkan oleh para pengikut beliau.

Nampaknya sia-sia saja mereka menjerit-jerit perkataan 'reformasi" setiap kali menyambut kehadiran Anwar dalam satu-satu ceramah apabila Datuk Seri Najib pula yang mendapat manfaat darinya apabila ada pemimpin kuasa Barat yang mengakui kehebatan Perdana Menteri Malaysia.

Isnin, Jun 04, 2012

Blog Dr. MiM Novandri telah digodam !

Saya dapati blog milik Doktor pakar bedah Dr. Novandri telahpun menjadi mangsa penggodam sebentar tadi sebaik saja saya mencuba untuk beberapa kali mengklik namun tetap gagal untuk membaca artikel yang baru diterbitkan "AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM MENGAKU TERLIBAT."

Ini kerja siapa, kalau pihak pembangkang..apalah, mereka juga hari-hari melaungkan kebebasan media dan sebagainya tetapi kenapa cuba menyekat kebebasan terhadap pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Harap blog Dr MiM akan dapat dipulihkan dengan kadar segera dan Dr. Novandri bolehlah bagi ubat, panadol dan lain-lainnya kepada para pemimpin Pakatan Pembangkang yang sekarang sedang demam menjelang PRU-13 sehingga ada yang tersasul berdoa tentang kejatuhan parti sendiri...

Gerhana bulan bermula jam 7 petang tadi. Kenapa kerap berlaku?

Kenapakah agaknya kejadian gerhana kerap berlaku. Baru bulan lepas gerhana matahari dan sebelum itu juga berlaku beberapa kali gerhana bulan? Antara petanda akhir zaman?

Sabtu, Jun 02, 2012

Musim artis masuk politik, kata2 kurang sopan jadi sebahagian cabang seni !

Agak berbeza juga melihat golongan penggiat seni ini apabila mereka menyertai dunia politik. Mereka ini asal mulanya dikenali sebagai orang seni, penyanyi maupun pelakon. Bakat mereka memang pada dunia seni tetapi apabila mereka terjun ke arena politik nampak macam janggal rasanya masyarakat hendak terima.

Jika sebelum mencebur diri dengan politik, apabila mereka berada di atas pentas tentu sekali peminat mereka mengharapkan artis-artis ini akan menghiburkan dengan lagu-lagu merdu nanyian mereka tetapi keadaan telahpun berubah kini apabila di atas pentas mereka berceramah, mengungkit-ungkitkan perkara yang lalu, mengutuk pihak lain dengan kata-kata yang tidak sewajarnya mereka ucapkan.

Masuk politik atau menyertai mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang salah tetapi apakah sesuatu yang mesti atau harus bagi mereka-mereka yang masuk parti tertentu untuk menyerang kepimpinan kerajaan yang diperintah oleh parti lawan sedangkan kalau mengikut kerjaya yang mereka pilih iaitu sebagai artis patutnya mereka lebih profesional dan bersikap sederhana atau tidak keterlaluan sehingga sampai ke tahap menghina.

Dayangku Intan sebagai contoh, dahulunya beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal diawal tahun 1980an dengan imej sederhana sesuai sebagai seorang penyanyi wanita masyarakat timur tetapi sejak populariti beliau menurun serta kurangnya pertunjukkan telah membuat beliau menjadi kecewa dan patah hati dan akhirnya beliau memilih sebuah parti politik PKR sebagai tempat berpaut.

Begitu juga dengan beberapa artis lain seperti Aishah, Bob Lokman dan Azmil Mustapha yang memilih parti PAS sebagai wadah baru perjuangan seni mereka yang semakin muram. Itu hak mereka untuk memilih parti mana yang mereka suka tetapi janganlah pula menjadikan penyertaan mereka ini ke dalam parti Pakatan Pembangkang digunakan sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram dan marah terhadap kerajaan sedia ada.

Sebagai anak seni mereka ini perlu sedar bahawa artis-artis seperti mereka walaupun dah termasuk dalam senarai artis veteran tetapi masih mempunyai ramai pengikut yang tersendiri kerana peminat mereka bukan saja terdiri daripada orang-orang UMNO atau orang BN, malahan orang-orang PAS serta orang-orang PKR.

Dan pastinya apabila keadaan ini berlaku di mana seseorang artis itu sah menjadi ahli sesebuah parti dan apabila dipilih sebagai ahli panel pada majlis tertentu parti mereka, kesempatan yang ada akan digunakan untuk membalun pihak lawan maka dengan sendirinya perkara sebegini akan menyebabkan peminatnya yang dari parti lain akan lari meninggalkannya. Ini tentu sekali akan merugikan pihak artis itu sendiri.

Jumaat, Jun 01, 2012

Al-Fatihah ! blogger D' Perbatasan meninggal dunia.

Salam takziah dari kami semua buat seluruh keluarga Allahyarham Amir Fadzil, penulis blog pro-pembangkang D' Perbatasan yang dilaporkan telah meninggal dunia oleh beberapa rakan blogger sebentar tadi.

Walaupun berbeza dari segi kepercayaan politik namun sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari atau mengelak diri dari untuk merasa simpati terhadap beliau dan segala perbezaan hendaknya dibuang jauh-jauh ke tepi.

Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang Mukmin dan beriman. Amin!

Vid: Dayangku Intan lulus ujian ke syurga PAS !



Memang berbakat besar juga nampaknya Dayangku Intan ini dalam bidang seni menghina, mencarut, serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya terpacul dari bibir seorang wanita dengan imej bertudung.

Adakah beliau sedang berlumba dengan bakal-bakal calon PAS yang lainnya untuk melayakkan diri dicalonkan sebagai wakil rakyat pada PRU13 akan datang.

Khamis, Mei 31, 2012

1 Jun - Selamat Hari Gawai Dayak !

Ngagai semoa bala kaban belayan, bala bakeh, bala ucik, ayak, indai, wai sulu ya ke bisi ba Bumi Kenyalang menoa Sarawak tu, pagi ila 1 Jun hari besai bansa Dayak, ari ya ditu aku ka ngambi peluang ka meri jako ucapan Selamat Hari Gawai Dayak 2012, 'gayu guru gerai nyamai ~ segulai sejalai'

Hari besai nitih adat asal enti ngabang ngagai rumah panjai kaban belayannya, ngirup aik pengayu anang terlalu mayuh...mai kereta anang kelalu laju...anang meh ngaga orang ba rumah nganti alam tusah ati.

Rabu, Mei 30, 2012

RPK ibarat Raja Petir bagi PKR !

Setiap kali kemunculan Raja Petra Raja Kamaruddin di media-media massa baik di akhbar mahu di kaca tv pasti akan membawa berita yang sangat buruk buat Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah, Azmin Ali, Shamsidar dan PKR keseluruhannya.

Tiada langsungberita baik dibawa oleh RPK yang boleh membantu PKR memulihkan semula nama baik parti melainkan hanya berita buruk semata-mata. Perkara yang sepatutnya menjadi rahsia sehingga mati kepada Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Shamsidar Taharin kini telahpun semakin giat didedah oleh RPK kepada umum tanpa dipaksa oleh sesiapapun. Selanjutnya di sini

Antara kekayaan luar tabiee Azmin Ali yang didedahkan oleh RPK adalah seperti berikut;
Sebuah BMW 325i bernilai RM160,529.00, Proton Perdana 2.0 SE berharga RM80,767.00, rumah banglo dua tingkat di Setapak bernilai RM284.118.00, rumah berkembar di Taman Melawati berharga RM210,000.00 dan 1,000 unit saham dalam HICOM beserta dua buah lagi kereta nasional iaitu Proton Wira XIi dan Proton Satria XIi.

Kekayaan Shamsidar juga juga menjadi tandatanya apabila berlakunya transaksi bukan saja mengenai kemasukan benda tumpul ke pintu syurganya tetapi tentang cek deposit berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai sebanyak RM708,000 yang bermula dari bulan November 1992 sehinggalah pada tahun 1995 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Shamsidar.

4 jenis haiwan 'Penggera Keselamatan' yang wajib diberi perhatian !

 Angsa sejenis itik yang begitu cepat bertindak apabila merasakan kawasannya didatangi penceroboh. Ia akan segera berbunyi serta mengejar sesiapa saja yang dirasakan mahu memasuki atau mendekati kawasan yang telah menjadi halaman sehariannya.
 Begitu juga dengan ayam belanda ini atau juga sesetengah orang mengenalinya sebagai ayam turki, ia sepertimana angsa akan segera bertindakbalas terhadap kehadiran seseorang ataupun haiwan lain ke persekitaran kawasan rumah milik tuannya.
 Ikan puyu merupakan sejenis ikan yang tidak pernah kenal erti tidur tak kira siang mahupun malam. Ia akan sentiasa berjaga siang dan malam. Ikan puyu di sesetengah tempat dipelihara dengan tujuan untuk mengelak rumah dimasuki pencuri yang mengamal "ilmu pukau." Dipercayai bahawa 'ilmu pukau' tidak akan menjadi sekiranya rumah yang menjadi sasaran perompak berkenaan ada memelihara ikan puyu di dalam rumahnya.
Anjing. Anjing hanya boleh dipelihara oleh orang bukan Islam. Orang bukan Islam yang punya rumah kediaman yang punya risiko boleh dicerobohi atau dipecah masuk oleh pencuri haruslah memelihara sekurang-kurangnya seekor anjing bagi tujuan menjaga keselematan rumah. Tetapi bila pelihara anjing tu kenalah simpan dalam sangkar khas, yang ukurannya agak selesa untuk anjing tinggal.

Anjing juga sepertimana angsa dan ayam belanda akan menjadi cepat bertindak serta menyalak apabila ianya merasa kehadiran pihak ketiga  ke kawasan tempat tinggalnya. Oleh itu apa salah kira masyarakat Malaysia cuba memikirkan untuk menggunakan khidmat haiwan-haiwan ini bagi tujuan mengelak rumah mereka dari mudah dimasuki pencuri dan tidaklah terlalu bergantung kepada alat-alat penggera keselamatan yang mudah dimanipulasi, mudah dirosakkan oleh penceroboh.

Selasa, Mei 29, 2012

Di manakah letaknya Islam dalam PAS ? Di dalam hati atau di hujung lidah mereka?

Jika PAS benar-benar berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sah, maka mereka wajib menerima sebarang cadangan ke arah usaha damai dengan UMNO tetapi jika mereka terus menolak segala bentuk usaha yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini sudah tentulah hasrat PAS hendak mendirikan Negara Islam amat sukar untuk dicapai.

Tanpa berpaduan yang kukuh sesama orang Melayu serta Islam adalah satu perkara yang sangat mustahil untuk melihat apa yang diinginkan akan menjadi sebuah kenyataan. PAS yang sejak kewujudannya dengan dasar mereka Negara Islam berulangkali menyatakan bahawa PAS mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam namun dalam waktu yang sama menolak cadangan kerjasama dengan UMNO yang mempunyai pengikut kalangan orang Melayu dalam jumlah jauh lebih besar darpada para pengikut PAS.

Bagaimanakah PAS boleh mendirikan sebuah negara Islam secara rasmi di negara ini jika mereka terus-menerus meminggirkan UMNO sedangkan jika PAS benar-benar jujur, ikhlas dengan cita-cita mereka itu sudah tentu mereka akan secara terbuka menerima pelawaan daripada pihak UMNO untuk mewujudkan kerjasama UMNO+PAS supaya perbincangan mengenai perkara berkaitan dapat dilakukan sehinggalah mencapaikan kejayaan.

Tetapi apa yang sangat peliknya ialah apabila PAS lebih rela berkerjasama dalam semua hal termasuklah yang mengenai hal ehwal agama Islam dengan DAP yang memang memusuhi Islam berbanding dengan UMNO. Maka di sinilah para pengikut PAS boleh membuat ukuran tentang PAS, benar atau tidak PAS berjuang untuk Islam? Adakah PAS bersungguh-sungguh dengan konsep Negara Islam yang mereka bawa atau adakah itu semua cumalah mainan kata mereka semata-mata.

Tahniah ! Amy Search, Mus May & Ibnor Reza masuk UMNO..



Syabas serta Tahniah buat ketiga-tiga penghibur Amy Search, Mus May dan juga Ibnor Reza di atas kemasukan secara rasmi mereka ke dalam parti UMNO yang berkuatkuasa pada hari ini.

Isnin, Mei 28, 2012

Tips rawatan awal untuk mangsa serangan angin ahmar !

Berbagai cara dan kaedah digunakan untuk menyembuh para pesakit yang telah menjadi mangsa kepada serangan angin ahmar namun sejumlah kecil saja mangsa yang berjaya dipulihkan manakala sebahagian besar daripadanya gagal untuk disembuhkan malahan selang beberapa hari ada yang menemui ajal setelah bertarung nyawa untuk kembali sedar.

Ada satu kaedah rawatan awal iaitu cara lama khusus untuk mereka yang baru kena serangan angin ahmar ini yang ingin dikongsi bersama dengan anda semua tetapi bukanlah bermakna cara ini dijamin seratus peratus jika digunakan akan menyembuh para pesakit angin ahmar kembali sihat seperti sediakala tetapi ini sebenarnya cuma satu usaha ataupun ikhtiar sahaja.

Bahannya senang saja, sediakan sejumlah garam kasar, sebuah baldi besar dan juga air bersih. Caranya, masak air dalam sukatan lebih kurang 30-40 liter sehingga mendidih dan masukkan beberapa kilogram garam ke dalam air yang sedang menggelegak dan rasakan tahap kemasinan air dan jika didapati air sudah cukup masin maka berhentilah menambah garam ke dalam air. Cara yang lebih mudah ialah masak terus air didalam tong dengan menggunakan "hitter" yang dijana oleh kuasa elektrik.

Langkah seterusnya iaitu setelah proses pertama selesai, biarkan air yang baru mendidih tadi menjadi suam-suam kuku dan barulah bawa pesakit angin ahmar dekat dengan baldi atau tong besar yang berisi air garam tadi dan kemudian taruh serta rendamkan kedua-dua belah kaki hingga ke paras lutut pesakit tersebut ke dalam air bercampur garam sehinggalah air itu tadi menjadi sejuk dan dingin.

Kenapa harus bahagian kaki saja yang perlu direndam ke dalam air panas? Oh ya, sebab terdapat ramai pengamal perubatan ataupun mereka-mereka yang pakar di dalam bidang perubatan baik yang tradisional mahupun moden percaya bahawa pusat segala urat saraf manusia letaknya adalah di bawah tapak kaki maka itulah ada yang percaya agar mana-mana kelenjar urat yang mati perlu dihidupkan semula bertujuan untuk membekalkannya dengan kandungan garam yang baru.

Cara ini perlu dilakukan berterusan secara berulangkali jika mahu melihat hasilnya samada berkesan ataupun sebaliknya tetapi apa yang lebih penting ialah kita sentiasa berusaha untuk memulih mereka yang telah menjadi mangsa serangan angin ahmar supaya mereka akan sihat semula, kembali menjadi warga Malaysia yang produktif dan berguna kepada nusa dan bangsa. Boleh berjalan seperti dulu, mampu untuk sedar semula tentang kesilapan lalu, bertaubat serta memperbaiki diri agar menjadi seorang warga yang berjasa dan juga berbakti kepada Malaysia.

Ahad, Mei 27, 2012

Hentikan segera perbuatan membunuh dan amalan memakan daging buaya !

 Kejadian mangsa serangan buaya ganas di Batang Lupar dan di beberapa kawasan lain dalam negeri Sarawak bukanlah satu cerita baru malahan ianya sudah kerapkali berlaku sejak sekian lama terutama sekali dikawasan yang diduduki oleh masyarakat Iban dan juga masyarakat Melayu.

Persoalannya, kenapa kejadian seperti ini sering berulang dan tiadakah jalan lain dapat dibuat untuk mengatasinya? Untuk menjawab mengenainya memang agak sukar kerana sebijak manapun manusia yang secara lahiriahnya telah dibekalkan dengan akal fikiran yang sempurna pasti tidak akan mampu untuk membaca waktu bila serangan buaya akan berlaku dan terhadap siapa.

Serangan buaya ganas terhadap penduduk pendalaman di Sarawak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan yang terbaru melibatkan seorang remaja lelaki Peter Heerema Sadan, baca di sini yang didapati telah hilang hampir seminggu yang lalu selepas menghantar adik tirinya balik ke rumah sebaik mereka selesai mengambil air bersih dari sungai berdekatan untuk kegunaan memasak.
Buaya merupakan sejenis reptilia yang sejak dulu lagi dipercayai memiliki sifat yang amat pendendam iaitu akan membalas dendam terhadap mana-mana keturunan manusia yang pernah menyakiti ataupun yang pernah membunuh salah seekor buaya dari kalangan mereka dengan bertindak balas akan menyerang balik, membaham, membunuh serta memakan mangsa yang berjaya ditawan.

Saya tidak pernah memikirkan bahawa buaya tidak akan bertindak menyerang manusia secara rambang kalau bukan tanpa sebabnya kerana buaya sepertimana juga dengan haiwan buas yang lainnya tentu akan menyerang balik barangsiapa yang cuba mengganggugat kawasan habitatnya apatah lagi kalau ada yang sampai ke tahap membunuh serta mengambil dagingnya untuk dijadikan sebagai menu makanan.

Kepada kerajaan negeri Sarawak, bukanlah maksud tulisan ini bertujuan mahu menafikan hak para waris mangsa buaya ganas dari menuntut bela di atas kematian ahli keluarga mereka akibat dari serangan maut oleh buaya tetapi demi untuk mengurangkan kejadian serangan buaya dari terus berlaku terhadap rakyat di tempat tertentu di negeri ini maka eloklah rasa untuk kerajaan Sarawak menggubal satu undang-undang baru iaitu melarang sama sekali amalan sesetengah masyarakat di negeri ini yang gemar memakan daging buaya dan menangkap anak-anak buaya untuk tujuan komersil.

Kepada mana-mana pengusaha restoran yang ada menyediakan menu makanan berasaskan daging buaya maka mohonlah kerjasama daripada mereka ini supaya beralihlah kepada menu daging haiwan lain untuk restoran masing-masing. Mereka perlulah berkorban sesuatu demi menjaga keselamatan pihak di negeri ini dan diharap agar tindakan sebegini sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko serangan buaya kerana saya percaya tentang sumpah buaya bujang senang akan terus memburu tujuh keturunan manusia yang telah membunuh ahli keluarganya.

Ingatlah bahawa buaya lain yang bersifat pendendam juga pasti akan terus memburu mereka termasuklah generasi mereka yang pernah membunuh dan memakan daging buaya yang ditangkap dan dalam perkara ini maka kerajaan negeri harus berbuat sesuatu dan didiklah rakyat agar lebih beretika dari segi amalan pemakanan mereka dan sedarkanlah segelintir daripada mereka ini bahawa memburu, membunuh, memiliki, menyimpan, memperdagangkan kulit buaya, memakan dagingnya merupakan satu kesalahan disisi undang-undang.

Pak Samad sanggup tinggalkan bini, anak & cucu di rumah hanya kerana Ambiga !

Kerana kasih dan sayangnya kepada S. Ambiga, bekas Sasterawan Negara A. Samad Said sanggup buat apa saja termasuklah meninggalkan iseri beliau keseorangan di rumah serta anak-anak dan juga cucu-cicitnya.

Konon perihatin atas nasib S. Ambiga yang terpaksa berdepan dengan saman pihak kerajaan ataupun memang sudah terpikat dengan lesung pipit Ambiga yang menggerunkan itu telah membuat Pak Samad cekal untuk terus memburu sesuatu daripada Boss Bershit itu.

Lihat sajalah, apa-apa saja perkara yang menyentuh tentang Ambiga siapa dulu yang ke depan membelanya pejuang seks bebas Sexualiti Merdeka itu kalau bukan A. Samad Said.

Beberapa hari yang lalu ketika para peniaga yang terjejas perniagaan mereka angkara Bersih 3.0 nak serahkan memorandum ke rumah Ambiga, siapa yang jadi tukang jaga pintu pagar rumah ketua pengganas itu kalau bukan A. Samad Said.

Semalam lagi, orang Melaka didakwa mengganggu ceramah Ambiga di negeri Hang Tuah itu, terus digelarnya negeri Melaka sebagai negeri Hang Samseng. Begitulah hebatnya penangan cinta Ambiga sehingga boleh meluruhkan janggut-janggut panjang Pak Samad Said.

Satu hal lagi, S. Ambiga kenapa pula pihak KDN boleh membiarkan beliau untuk terus menyebar pengaruhnya ke atas orang ramai dengan bebas berceramahdi mana-mana saja sedangkan kini Ambiga sudahpun disaman oleh oleh pihak kerajaan berkaitan isu Bersih 3.0...

Sabtu, Mei 26, 2012

Al-kisah, apabila anjing kerajaan masuk dalam kurungan PAS !

 Kalau tidak silap saya sewaktu pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) teruk dihina, dikeji, dicerca sebegitu rupa malahan lebih hina lagi apabila anggota PDRM keseluruhannya telah digelar sebagai anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, para pemimpin PAS dan DAP, ketika itu Datuk Hj Fauzi Shaari adalah antara pegawai tertinggi di dalam pasukan keselamatan negara.

Jika menurut gelaran sebagai anjing kerajaan sepertimana yang telah diungkapkan oleh Anwar Ibrahim serta sekutunya dalam Pakatan Pembangkang terhadap PDRM maka dengan sendirinya juga telah merujuk kepada diri Datuk Hj Fauzi itu sendiri salah seorang yang digelarkan umpama anjing kerajaan.

Timbulnya gelaran anjing kerajaan terhadap polis oleh Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya dari PAS dan juga DAP adalah rentetan dari peristiwa beliau dipecat dari kerajaan serta parti UMNO berikutan kes moral yang dihadapinya apabila didakwa telah melakukan hubungan seks luar tabiee dengan ramai lelaki termasuk pemandu peribadi Dr. Wan Azizah, Azizan Abu Bakar.

Gelaran anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, PAS serta DAP terhadap para pegawai dan juga semua anggota PDRM masih kekal melekat di dalam kepala dan minda para penyokong Pakatan Pembangkang sehinggalah ke hari ini.

Di mata Anwar, PAS dan DAP, mereka sentiasa melihat pihak polis umpama anjing-anjing liar dan buktinya pada perhimpunan haram Bersih 3.0 hujung bulan April lalu yang berakhir dengan rusuhan ganas, di mana para peserta perhimpuan Bersih 3.0, penyokong Anwar, penyokong PAS serta pengikut DAP tidak teragak-agak dan tanpa segan silu telah berteriak "anjing!, anjing!, anjing!" ke arah polis.
Ini seolah-olah cuba menggambarkan bahawa tugas polis seperti sudah tidak bernilai lagi dan tiada apa-apa makna bagi Anwar, PAS dan DAP. Mereka seakan-akan mahu memerangi setiap anggota polis sedaya upaya yang boleh jika terdapat undang-undang yang membenarkan mereka bertindak sedemikian.

Tetapi amat malang sekali apabila ada segelintir bekas anggota polis sendiri serta bekas-bekas pegawai tinggi dalam PDRM misalnya seperti Datuk Hj Fauzi Shaari yang begitu mudah lupa tentang penghinaan yang pernah Anwar, PAS dan DAP kenakan terhadap PDRM seketika dulu apabila sanggup pula berkomplot dengan pihak yang pernah menghina polis untuk menentang kerajaan Barisan Nasional yang langsung tiada rekod memburuk-burukkan jabatan polis serta anggotanya.

Bagaimanakah perasaan Datuk Hj Fauzi sekiranya ketika berceramah di atas satu pentas dengan para pemimpin PAS lainnya yang memang terkenal dengan kata-kata biadap terhadap parti pemerintah, apabila tiba giliran penceramah PAS atau PKR mahupun DAP berucap dan dengan kata-kata kesat penuh hasutan memburukkan pihak PDRM dan memfitnah jabatan itu, apakah Datuk Hj Fauzi akan berdiam diri atau apakah beliau juga akan turut sama menghentam pihak polis?

Dan apakah Datuk Hj Fauzi juga akan bertukar menjadi khianat seperti Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir, sebaik saja masuk PAS dia balun UMNO parti yang beliau pernah berada di dalamnya? Adakah Datuk Hj Fauzi apabila sudah masuk dalam PAS akan turut menggelarkan polis sebagai anjing kerajaan, menghina polis dengan bermacam-macam gelaran buruk?

Umumnya, dengan kemasukkan tanpa syarat Datuk Hj Fauzi ke dalam PAS, maka dengan itu juga telah membawa maksud bahawa beliau secara prinsipnya turut bersetuju dengan Anwar, PAS dan DAP mengenai gelaran anjing kerajaan terhadap polis kerana sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa sehingga kini Anwar, PAS serta DAP belum pernah lagi menarik balik kenyataan menghina mereka terhadap seluruh anggota PDRM itu.

Dari segi prinsip diri pula, adakah Datuk Hj Fauzi seorang yang lebih mementingkan soal harga diri, soal maruah, nama baik serta maruah pasukan polis yang pernah dianggotainya dan juga maruah seluruh anggota polis, para pegawai, pegawai rendah mahupun pegawai atasan yang masih berkhidmat dalam PDRM apabila terpaksa memilih PAS sebagai wadah perjuangannya setelah bersara jabatan polis yang pernah dihina dan dicaci oleh Anwar, DAP serta PAS?

Kewajarannya, walaupun beliau telah tamat perkhidmatannya dari jabatan polis, dengan memilih PAS sebagai landasan untuknya meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat bukanlah satu keputusan yang bijak dari seorang bekas pegawai kanan polis seperti Datuk Hj Fauzi kerana selain PAS masih terdapat banyak lagi badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain yang berpendirian sederhana untuk beliau sertai dan bukannya PAS yang nyata berfahaman melampau dan telah terpesong dari tuntutan sebenar agama.

Seburuk manapun UMNO pada pandangan mata kasar orang-orang PAS, PKR mahupun DAP, nyata sekali UMNO belum sampai ke tahap di mana sanggup untuk menggadaikan agama Islam hanya disebabkan mabuk dengan kuasa politik sebagaimana PAS yang merelakan agama dipijak-pijak oleh DAP semata-mata mahu menjaga hubungan serta kerjasama dalam Pakatan Pembangkang.

Tetapi kenapakah itu semua tidak terlebih dulu diambil sebagai pertimbangan oleh Datuk Hj Fauzi sebelum beliau membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang politik dengan parti PAS?

Dengan mendakwa kononnya bahawa hanya PAS satu-satunya parti yang bertunjangkan Islam yang berani menyuarakan tentang Islam berbanding dengan UMNO sehingga menarik minatnya untuk masuk menyertai parti itu dan ini bukanlah satu alasan kuat kenapa beliau masuk PAS kerana seperti yang lazim kita lihat apabila ada pemimpin PAS menyebut tentang negara Islam dan hukum hudud sudah pasti DAP mula memberontak menyebabkan PAS terdiam dan tidak lagi berani berbicara tentang Islam.

Oleh itu dimanakah letaknya keberanian yang ada pada PAS seperti yang diakui oleh Datuk Hj Fauzi dalam memperjuangkan kepentingan Islam di negara ini sehingga mendorong minat beliau untuk masuk ke dalam PAS?

Adakah dengan menunjukkan keberaniannya turut serta dan menyokong gerakan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 anjuran S. Ambiga pejuang seks bebas sehingga menimbulkan rusuhan ganas, bersekongkol dengan Anwar Ibrahim menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan Israel, menyokong Lina Joy dalam isu murtad, menyokong penggunaan Kalimah Allah bagi masyarakat Kristian di negara ini boleh dianggap sebagai satu keberanian PAS dalam menegakkan Islam?

Ironinya, walaupun Datuk Hj Fauzi pada hakikatnya pernah memegang jawatan tinggi dalam PDRM iaitu sebagai Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, belum tentu lagi dalam perkara yang berlainan dari tugas yang pernah beliau pikul sebelum ini menjadikan beliau sama bijak untuk menilai baik buruk sesuatu itu sebagaimana cekapnya beliau serta para pegawai bawahannya membuat siasatan, menganalisis kes-kes jenayah di negara ini dan mengasingkan kes jenayah yang bebagai dalam kategori yang tertentu.

Akhir sekali, harap mereka-mereka yang dulunya pernah dihina, diejek, dimaki, dicerca dan digelar sebagai anjing kerajaan oleh Anwar Ibrahim, PAS dan juga DAP apabila sudah berdiri diatas satu pentas dengan para pemimpin PAS, DAP ataupun PKR kelak, maka janganlah hendaknya nanti menyalak tidak tentu pasal umpama tabiat seekor anjing gila...

Bukan setakat buku, malah Irshad Manji juga harus diharamkan jejak kaki ke Malaysia

Tidak perlu rasanya untuk Irshad Manji mengecam kerajaan Malaysia yang bertindak tegas dan tepat apabila telah mengharam buku tulisan beliau "Allah. Liberty and Love" dari diedarkan dipasaran serta dijual kepada penduduk di negara ini.

Irshad Manji harus difahamkan bahawa Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam sedang berdepan dengan ancaman keruntuhan moral serta akhlak kalangan masyarakat berbilang agama di mana amalan seks bebas atau seks songsang mulai menular dengan begitu cepat dan pantas dan kerajaan negara ini sedang bertungkus-lumus bagi membenteras gejala sedemikian dari terus merebak di kalangan masyarakat.

Bagaimana kerajaan negara ini yang sedang berusaha untuk membebaskan rakyat dari penyakit seumpama itu namun dalam masa yang sama masih boleh lagi untuk membenarkan kemasukkan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak masyarakat seperti apa yang terkandung di buku hasil karya Irshad Manji itu.

Mana mungkin bagi sebuah kerajaan yang penuh bertanggungjawab seperti kerajaan Barisan Nasional mahu membiarkan apa saja elemen negatif dari luar untuk menyusup masuk dengan bebas dan berleluasa ke negara ini tanpa ditapis terlebih dahulu. Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyat juga pastinya tidak akan membenarkan sesuatu yang boleh memudaratkan kepercayaan mereka berkembang mekar tanpa dikawal dengan bersungguh-sungguh.

Kandungan buku "Allah, Liberty and Love" tentunya mengandungi tulisan yang boleh memesongkan aqidah umat Islam dan jika tidak masakan kerajaan melalui pakar-pakar agamanya setelah melakukan penelitian tentang segala isi kandungannya telah bertindak mengharamkan buku tersebut.

Walaupun saya belum lagi membaca buku berkenaan namun saya tetap percaya bahawa sebuah kerajaan yang baik serta bertanggungjawab pastinya mahukan yang terbaik buat rakyatnya dan tidak akan sesekali memimpin rakyat ke arah kebinasaan.

Jumaat, Mei 25, 2012

Jangan2 Anwar telah janjikan jawatan Ketua Hakim Negara kepada Yusof..

Banyaklah teka-teki yang sedang bermain di dalam kepala saya sebaik berita bekas Peguam Cara II Datuk Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat II melibatkan Anwar Ibrahim namun secara tiba-tiba saja beliau telah bertukar angin apabila berpihak pula kepada ketua pembangkang itu dan sebagai peguambela mewakili Anwar dalam kes Bersih 3.0.

Jika tidak dijanjikan dengan jawatan-jawatan tertentu atau sesuatu yang amat penting, mana mungkin orang seperti Datuk Mohd.Yusof sanggup berenang menentang arus, sanggup menjilat ludahnya sendiri, mengkhianati kepercayaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, seorang insan yang dianiaya, yang telah dinafikan baginya perbicaraan yang adil, bebas dari sebarang unsur-unsur rasuah serta bebas dari semua pengaruh orang-orang politik.

Sepertimana Anwar menjajikan bulan dan bintang kepada rakyat biasa jika beliau serta sekutunya berjaya menawan Putrajaya, bukan mustahil juga Anwar sanggup menjanjikan perkara-perkara yang lebih besar kepada mana-mana bekas penjawat awam, bekas pengamal undang-undang, bekas polis, bekas tentera dan lain-lain lagi dan tentu sekali bagi mereka yang menyimpan hasrat yang terpendam akan mudah terpengaruh dengan janji-janji Anwar Ibrahim.

Datuk Mohd.Yusof yang pakar tentang perundangan boleh dijanjikan oleh Anwar dengan jawatan Ketua Hakim Negara atau sekurang-kurangnya jawatan Peguam Negara. Dan begitu juga dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru menyertai parti PAS mungkin telah dijanjikan dengan jawatan Ketua Polis Negara. Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir juga mungkin dijanjikan dengan jawatan Menteri Pengangkutan yang berkuasa ke atas MAS.

Video: Ahli Parlimen Pakatan bergaduh sesama sendiri dalam Dewan Rakyat!



Malang sungguh bagi rakyat yang memilih individu sebegini untuk menjadi wakil rakyat mereka. Jangan biarkan negara kita diperintah oleh pemimpin yang cetek akal seperti mereka ini.

SPA Video: tulang belakang Anwar diurut !



Lembut tangan tukang urut itu. Tidak membahayakan pelanggan. Namun dia mungkin terdedah kepada bahaya di, di, di, di,....

Rakyat Malaysia, ayuh bangkitlah! tuntutlah penjelasan tentang kes liwat II

Sudah semacam satu trend pula apabila sejak kebelakanan ini iaitu sejak kemenangan Pakatan Haram Pembangkang di beberapa buah negeri sewaktu PRU12 lalu, kebanyakan kes perbicaraan yang melibatkan pihak mereka pasti berpihak kepada mereka.

Antara contoh, kes saman Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Utusan Malaysia, di mana pihak mahkamah telah memutuskan bahawa Utusan bersalah dan memerintahkannya agar membayar saman sebanyak RM200,000 kepada Lim Guan Eng termasuk RM25,000 kos perbicaraan.

Terbaru pula dalam kes saman Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam Khalid Abdul Samad juga terhadap Utusan Malaysia, apabila tiga panel hakim yang terdiri daripada Datuk Mohd. Hashim Mohd. Yunus, Datuk Azhar Ma'ah serta Datuk Abdul Wahab Patail memerintahkan Utusan membayar saman RM60,000 kepada Khalid Samad.

Seperti yang kita semua sedia maklum pada 9 Januari 2012 iaitu pada awal tahun ini, satu keputusan yang amat mengejutkan banyak pihak telah diputuskan oleh pihak mahkamah melalui hakim Datuk Mohd. Zabidin Mad Diah apabila beliau melepas serta membebaskan tertuduh Anwar Ibrahim dari sabitan kes meliwat Mohd. Saiful walaupun pihak pendakwa telah tampil dengan begitu banyak sekali bukti-bukti kes.

Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Adakah undang-undang di dalam negara kita ini telah dikongkong serta dikawal oleh pihak Pakatan Pembangkang? Pihak hakim serta para pengamal undang-undang di Malaysia sepatutnya bebas dari sebarang campurtangan politik tetapi adakah mereka boleh bebas dari campurtangan politik para pemimpin Pakatan Pembangkang?

Jika pihak pemimpin kerajaan boleh mengelak dari mencampuri urusan para hakim dan juga pihak mahkamah, tetapi bagaimana pula pihak Pakatan Pembangkang? Tidakkah mereka yang sebelum ini yang selalu menuduh pihak kerajaan mengawal serta mengongkong badan kehakiman atau undang-undang di negara ini boleh mengelak untuk tidak mmpengaruhi sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh pihak hakim?

Siapa lagi yang masih boleh percaya kepada bekas Peguamcara II Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin?

Khamis, Mei 24, 2012

Yusof, dia memang profesional tetapi tidak ada integriti

Sebelum ini, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden adalah ketua pendakwaraya bagi kes liwat II yang telah diberikan kepercayaan serta tanggungjawab untuk memastikan agar Anwar Ibrahim selaku tertuduh disabitkan dengan dakwaan meliwat pekerja lelakinya sendiri Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tetapi malang sekali apabila Datuk Mohd. Yusof, yang mewakili mangsa liwat di mana harapan tinggi terhadapnya untuk melihat keadilan bagi Mohd. Saiful dapat ditegakkan, perbicaraan bebas dari sebarang kegiatan rasuah dapat dilaksanakan namun segalanya hancur berkecai sebaik mahkamah memutuskan untuk melepas serta membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat.

Segala rahsia pembebasan Anwar Ibrahim atas tuduuhan meliwat yang diselubungi dengan seribu satu misteri akan terbongkar sedikit demi sedikit bermula dengan tindakan Datuk Mohd. Yusof apabila melibatkan diri beliau dalam pasukan pembelaan mewakili Anwar Ibrahim dalam kes perhimpunan haram Bersih 3.0.

Datuk Mohd. Yusof baca di sini mengakui beliau seorang yang profesional dalam tugas tetapi adakah perlu baginya menggadaikan integriti atau kejujuran diri semata-mata hanya untuk memenuhi tuntutan agar dilihat sebagai seorang yang profesional dalam menjalankan tugas.

Saya secara peribadi tidak berniat untuk mempertikaikan tindakan yang diambil oleh Datuk Mohd. Yusof ini sebab itu adalah hak beliau tetapi kenapa harus Anwar Ibrahim yang beliau nak bela, mustahil bagi seorang yang profesional seperti Datuk Mohd. Yusof tidak menyedari pengkhianat bangsa dan perosak negara seperti Anwar Ibrahim telah banyak kali menimbulkan keresahan di kalangan rakyat negara ini.

Logikkah bagi seorang pengamal undang-undang kelas tinggi seperti Datuk Mohd. Yusof boleh menjadi tidak tahu untuk menilai baik buruknya dari tindak-tanduk Anwar Ibrahim selama ini terhadap keselamatan, keamanan negara serta perpaduan kaum di negara ini.

Tentu ada rahsia besar antara Anwar Ibrahim dengan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin sepanjang perbicaraan kes liwat II yang cuba diselindung...kalau tak masakan segalanya boleh berubah dalam tempoh masa belum sampai setahun.

Ada tak orang Melayu & Bumiputera bercita-cita nak jadi PM India atau PM China?

Bapa Kemerdekaan berjalan diiringi oleh Karpal Singh dan juga Lim Kit Siang
Barangsiapa dikalangan orang-orang Melayu mahupun Bumiputera lainnya di negara ini seperti Iban, Kadazan, Bidayuh, Murut, Melanau, Bajau, Bisaya, Kedayan, Rungus dan sebagainya yang ada menyimpan angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri bagi negara China dan juga perdana menteri India maka segeralah mengisi borang dan setelah borang diisi hendaklah dihantar kepada Karpal Singh(PM India) ataupun Lim Kit Siang(PM China).

Namun sebelum itu elok rasanya kita sama-sama baca isi hati Karpal Singh yang sekian lama terpendam untuk melihat kaum "Bumipendatang" menjadi perdana menteri di Malaysia. Marilah sama-sama kita baca Utusan Malaysia hari ini dan cuba lihat sendiri luahan hati puak-puak yang tak pernah kenal erti bersyukur dalam hidup.

Sudah dibagi kuku nak jari, dibagi jari nak betis, dibagi betis nak peha, dibagi peha nak pinggang, dibagi pinggag nak dada, dibagi dada nak lagi leher, tak cukup lagi dibagi leher nak lagi kepala semua sekali...

Bayangkanlah sendiri bagaimana sudahnya nanti nasib kaum Melayu mahupun kaum Bumiputera apabila negara ini diperintah oleh pemimpin sebegini, apakah kaum Bumiputera telah bersedia mulai sekarang untuk berdepan dengan situasi di mana kejadian penindasan berleluasa, pembersihan etnik menyusul dan kita kaum Bumiputera yang sudah hilang status sebagai penduduk asal akan diusir dan dihalau dari tanah tumpah darah nenek moyang sama seperti yang di alami oleh rakyat Palestine saat ini.

Anwar Ibrahim sesumpah - Jonathan Smith, bekas perisikan CIA

Dulupun Anwar pernah digelar sebagai sesumpah oleh pihak asing kerana sikap serta pendiriannya yang sering berubah-ubah mengikut keadaan dan di mana beliau berada, namun kini gelaran itu berulang semula. Lihat di sini

Rabu, Mei 23, 2012

Apabila pagar sudah mula memakan padi...

Pagar biasanya didirikan di sawah bendang bagi tujuan untuk menghalang gangguan makhluk perosak seperti lembu, kambing, babi, tikus, burung pipit dan sebagainya daripada memasuki kawasan sawah untuk merosak serta memakan tanaman padi.

Tetapi bagaimana pula jika tiba-tiba pagar yang dibina mengelilingi sawah padi secara dalam diam-diam telah mencuri makan buah-buah padi yang sepatutnya dilindungi? Adakah perlu untuk kita mencabut pagar-pagar sedemikian dan membuangnya jauh ke tengah lautan?

Dalam jabatan kerajaan sendiri sekarang ini juga tentu banyak pagar-pagar sebegini, makan gaji dengan pihak kerajaan namun dari dalam umpama anai-anai perlahan-lahan telah menggigit kerajaan. Kalaulah ada 100 orang lagi peguamcara di Malaysia berkelakuan sama seperti Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin, alamat musnah dan punahlah negara kita.

Selasa, Mei 22, 2012

Rasuah Anwar 901: misteri pembebasan Anwar terungkai jua akhirnya...

Perbicaraan kes liwat II membabitkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya perbicaraan yang paling panjang dalam sejarah mahkamah di negara ini dan juga telah mencatat sejarah tersendiri apabila keputusan perbicaraan kes yang paling singkat dibaca cuma dalam lebih kurang dua minit.

Perbicaraan yang memakan masa bertahun-tahun, berdepan dengan masalah penangguhan demi penangguhan hampir seratus kali namun akhirnya hakim Mohd. Zabidin Mad Diah cuma mengambil masa yang terlalu pendek untuk membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada disabitkan dengan kesalahan.

Semua itu berlaku pada 9 Januari 2012 dan sehingga ke hari ini masih terlalu ramai rakyat Malaysia terperanjat dan terkelu lidah dengan keputusan itu. Bagaimana boleh jadi begitu? Namun sebagai warganegara yang dituntut untuk senantiasa menghormati keluhuran undang-undang di negara ini, walaupun pahit namun keputusan itu terpaksa diterima dengan hati yang terbuka.

Simpati dengan nasib mangsa liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan maka kami seluruh rakyat Malaysia yang lebih memahami perasaan seseorang apabila telah ditindas oleh mereka yang lebih berkuasa, yang berkuasa dan yang banyak wang yang boleh menentukan keputusan bagi dirinya, sudah tentu kami akan berterusan memberi sokongan jitu kepada rakyat biasa seperti Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan terus berdoa agar suatu masa nanti kebenaran akan tetap berpihak kepada beliau.

Hari ini sebagai bukti betapa "doa dan harapan" kami rakyat Malaysia sejak keputusan memeranjatkan pada 9 Januari 2012 yang mahukan keadilan bagi Mohd Saiful telahpun ditunjukkan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa memang ada yang tidak kena sepanjang perbicaraan kes liwat II sehinggalah pada hari kemuncaknya 9 Januari. Baca di sini dan juga di sini

Bagaimana Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin, seorang yang bertindak sebagai Peguamcara II pada kes liwat II dan beliau juga merupakan ketua pendakwaraya bagi kes berkenaan tetapi kini secara tiba-tiba muncul menjadi pegumbela pula kepada Anwar Ibrahim untuk kes Bershit 3.0.

Bagaimana rakyat Malaysia boleh menerima bahawa sepanjang perbicaraan kes liwat II berjalan tiada berlaku sebarang unsur-unsur rasuah sedangkan selama perbicaraan kes liwat itu berlangsung bermacam-macam tandatanya serta persoalan yang perlukan jawapan namun segalanya hampa.

Isnin, Mei 21, 2012

Datuk Sharifah Aini kini sedang dirawat di hospital...semoga segera sembuh!

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Menerusi status terbaru di akaun facebook miliknya yang telah dikemaskinikan oleh sahabat baiknya Khalilah Datuk Mohd Talha, penyanyi evergreen kelahiran negeri Johor Darul Takzim itu disahkan oleh doktor peribadinya bahawa telah dijangkiti kuman pada bahagian paru-parunya.

Marilah kita sama-sama mendoakan semua yang terbaik buat penghibur ternama ini dan semoga Tuhan akan terus mengurniakan kesihatan yang baik serta ketenangan selalu buat Datuk Sharifah Aini.

Ahad, Mei 20, 2012

Datuk Nik Aziz merayu UMNO bina negara Islam baru buat PAS !

Samada sedar ataupun tidak, Datuk Nik Aziz sebenarnya telah bercakap kosong tentang negara Islam yang kononnya sentiasa diangkat oleh PAS menjadi dasar perjuangan kepada parti itu. Hakikatnya Datuk Nik Aziz mengigau di siang hari dan terbayang-bayang bahawa PAS masih kekal dengan dasar awal penubuhannya dulu iaitu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam sepenuhnya termasuklah undang-undang hudud yang akan digunapakai.

Pada Muktamar PAS yang ke-57 tahun lepas, Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang telahpun mengumumkan kepada seluruh para pengikut PAS, DAP serta PKR bahawa dasar yang dipegang dalam perjuangan PAS selama ini iaitu untuk menegakkan Negara Islam serta perlaksanaan hukum hudud sudah dimansuhkan serta-merta sempena muktamar itu dan digantikan dengan dasar baru iaitu Negara Berkebajikan.

Apabila isu "muzakarah" antara UMNO dengan PAS meledak semula, banyaklah pemimpin PAS dan rakan mereka dalam Pakatan Haram DAP dan PKR yang buka mulut, Datuk Seri Hadi kata macam ini, Datuk Nik Aziz kata macam tu, Datuk Mustafa Ali kata begini, Mat Syabu kata begitu, Mahfuz Omar buat lawak bodoh, Karpal Singh berulang kali bagi amaran, Kit Siang, Guan Eng, Anwar Berahim semua dah sedia nak kenakan UMNO hanya kerana ketakutan yang tak bertepi mereka terhadap cadangan pembentukan sebuah negara Islam secara rasmi di Malaysia.

Yang peliknya dalam isu ini, PAS sebuah parti yang sudah boleh dikategorikan sebagai besi lusuh, barang kitar semula, tin aluminium kosong dalam Pakatan Haram boleh lagi berlagak sebagai sebuah parti yang kuat, yang mendapat sokongan padu dari seluruh kalangan orang-orang Melayu dan juga orang-orang Islam di negara ini namun pada hakikatnya PAS sekarang ini benar-benar sedang menagih simpati daripada parti UMNO yang mereka kutuk siang dan malam untuk menyambung hayat mereka sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Apabila dipikir balik tentang syarat-syarat gila yang telah diletakkan oleh Datuk Nik Aziz kepada UMNO yang dia dakwa kononnya beriya-iya sangat nak bermuzakarah dengan PAS maka kita boleh rasakan bahawa Datuk Nik Aziz kini sudah berada dalam keadaan di bawah sedar di mana beliau sudah terlupa bahawa PAS kini telah tiada dasar khusus menjadikan Malaysia sebuah negara Islam kerana ianya telahpun dicampak jauh ke tengah lautan samudera oleh Datuk Seri Hadi Awang dan tanpa Datuk Nik Aziz sedari bahawa segala usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara sudahpun lama diisi oleh parti UMNO.

Jadi tinggal apa lagi yang ada pada perjuangan PAS sekarang ini sehinggakan begitu angkuhnya Datuk Nik Aziz mahu meletakkan berbagai-bagai syarat kepada UMNO jika mahu bermuzakarah dengan PAS? BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 yang mereka perjuangkan bersama Ambiga dan A. Samad Said sentiasa gagal membawa Pakatan Haram ke Putrajaya. Seksualiti Merdeka juga gagal. Sokongan terhadap Israel, Yahudi juga menemui jalan buntu...sebahagian besar rakyat Malaysia telah menolak bulat-bulat usaha PAS dan PKR untuk meraih sokongan rakyat negara ini menerusi jalan itu.

Kerana terpaksa, PAS sanggup melutut dihadapan UMNO walaupun dalam masa yang sama terpaksa juga berdrama, jual mahal tetapi realitinya PAS sangat mengharapkan sentuhan UMNO bagi memulihkan segera imej serta maruah parti mereka yang begitu teruk tercalar akibat perhubungan haram mereka dengan DAP dan juga PKR. Untuk membina semula keruntuhan itu maka PAS kena tebal muka, merayu kepada UMNO, ubah dasar nasional mu dan gantikan dengan dasar negara Islam sebab negara Islam PAS dah tiada lagi di dunia ini gara-gara takutkan DAP. ....Alahaiiiiiiii kesian PAS...

Cuaca panas melampau akibat pengurusan hutan lemah kerajaan Sarawak !

Sejak berminggu yang lalu sehingga kini, keadaan suhu panas yang terlampau di hampir seluruh negeri Sarawak telah menimbulkan rasa yang sangat tidak selesa kepada penduduk Bumi Kenyalang dan mungkin juga kepada seluruh penduduk di negeri Sabah.

Ramai rakyat yang miskin, mereka tinggal di luar bandar, di kampung-kampung, di rumah-rumah panjang yang tidak mampu untuk memiliki walaupun seunit penghawa dingin (orang bandar sebut Air-Cond) amat merasakan kesengsaraan ini tanpa diketahui oleh pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Timbalannya YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu.

Ramai yang mengeluh dan bertanya sesama sendiri, kenapa cuaca sekarang ini bertukar menjadi sangat panas tak macam sepuluh, dua puluh, tiga puluh tahun yang lalu? Malangnya ramai lagi yang tidak tahu bahawa semua itu berpunca daripada cara atau sistem penebangan hutan khususnya oleh pihak-pihak yang diberi lesen untuk mengeluarkan kayu balak dari dalam hutan tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan.

Hanya sejumlah kecil saja syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak yang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hutan Negeri dan juga oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia manakala sebahagian besarnya pula terus menerus menjalankan operasi pembalakan mereka secara tidak teratur dan terkawal tanpa memperdulikan garis panduan yang ditentukan oleh pihak berwajib.

Saya sungguh percaya sekiranya keadaan seperti ini gagal untuk diatasi oleh pihak kerajaan negeri Sarawak dengan sebeberapa segera yang boleh, adalah sesuatu yang mustahil hutan negeri Sarawak akan menjadi botak hanya dalam tempoh masa 15 tahun sehingga 25 tahun akan datang walaupun digantikan dengan berbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit, koko, getah dan juga ditanam dengan benih kayu import.

Bukan itu saja, bencana alam seperti banjir, tanah runtuh serta suhu kepanasan yang sungguh menyiksakan akan terus menghantui rakyat susah di Sarawak, rakyat yang miskin yang rata-ratanya dari kaum Bumiputera. Bagi mereka yang kaya seperti yang terdiri dari kaum bukan Bumi di Sarawak tentu keadaan seumpama ini bukan satu perkara berat bagi mereka kerana mereka kaya, banyak duit,,,boleh pasang air-cond banyak-banyak di semua sudut rumah...tetapi bagaimana dengan kami yang kebanyakan tergolong dalam kumpulan tidak mampu?

Saya harap sangat agar Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud tidak mendapat maklumat yang salah mengenai pengurusan hutan di Sarawak daripada para pegawai bawahan beliau dan janganlah meletakkan kepercayaan seratus-peratus kepada mereka dalam memperolehi segala maklumat mengenai keadaan hutan negeri.

Jangan siksa rakyat tetapi turunlah sendiri ke bawah tengok apa yang sebenarnya terjadi....

Sabtu, Mei 19, 2012

Tidak usah layan syarat gila Datuk Nik Aziz !

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memang seorang pemimpin yang tidak lagi boleh untuk dipercayai apa jua kenyataan yang beliau buat tentang perpaduan antara UMNO dengan PAS.

Kalau benar Datuk Nik Aziz jujur dan ikhlas hendak mencapai perpaduan dalam hubungan dikalangan orang-orang Melayu UMNO dan PAS beliau tidak sewajarnya meletakkan berbagai syarat selagi kedua-dua belah pihak belum duduk semeja mengadakan perbincangan mengenainya.

Ini belum apa-apa lagi tetapi Nik Aziz sudahpun mengenakan bermacam-macam syarat terhadap UMNO yang menggambarkan seolah-olah PAS merupakan sebuah parti yang berpegang teguh kepada prinsip, sentiasa mempertahankan dasar perjuangan parti iaitu dasar negara Islam dan hukum hudud serta mengutamakan soal akidah orang-orang Melayu Islam lebih daripada kepentingan politik peribadi.

Namun malang sekali sebab PAS kini bukanlah lagi sebuah parti yang boleh dianggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam kerana banyak perkara berkaitan Islam yang patut mereka pertahankan telah lama diabaikan malah Dasar Negara Islam yang mereka perjuangkan sejak penubuhan PAS juga telah digantikan dengan dasar baru iaitu Dasar Negara Berkebajikan.

Dan ini amat pelik dan sangat lucu sekali apabila PAS melalui Datuk Nik Aziz telah mengenakan syarat kepada UMNO agar menggantikan dasar parti daripada Dasar Kebangsaan kepada Negara Islam sebelum bermuzakarah dengan PAS sedangkan pada waktu yang sama PAS sendiri telahpun menggugurkan dasar negara Islam daripada perjuangan parti mereka.

Syarat gila yang kedua diletakkan oleh Datuk Nik Aziz terhadap UMNO ialah mahukan kedua-dua rakannya dalam Pakatan Haram iaitu DAP dan PKR diterima sekali menyertai muzakarah itu atas alasan kerana PAS sekarang bukan lagi bersendirian seperti dulu tetapi telah ada kawan dalam pakatan. Inilah yang saya katakan bahawa tidak payahlah nak dilayan lagi kebodohan apa-apapun cadangan daripada pihak Pakatan Haram ini.

Nak menjayakan usaha perpaduan antara UMNO dengan PAS adakah patut DAP diajak sekali bermesyuarah? Terlupakah Datuk Nik Aziz tentang amaran keras yang banyak kali diberikan oleh Karpal Singh terhadap PAS jika masih berhasrat mahu mendirikan Negara Islam di Malaysia?

UMNO jangan layan lagi pemimpin songsang pakatan haram pembangkang, banyak sangat sudah perkara yang telah mereka laku semuanya "diluar tabiee" !

Arkib Blog