Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan Persidangan Perwakilan Delegasi (TDC) SUPP kali yang ke-22 di Bandaraya Kuching tanpa kehadiran Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dan juga sekumpulan pemimpin SUPP yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh.
Apa yang kita perlu beri perhatian adalah kumpulan SUPP yang dipimpin oleh Dato Sri Wong Soon Koh telah mendapat sokongan yang begitu padu daripada kalangan tokoh-tokoh perniagaan terkemuka di negeri Sarawak yang rata-rata mereka adalah pemilik kepada beberapa syarikat besar dan terkemuka di Bumi Kenyalang ini.
Manakala tokoh-tokoh pernigaan terkenal Sarawak yang sangat rapat dengan Pehin Sri Taib Mahmud seperti Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau, Datuk Wong Kie Nai dari WTK Group, Tan Sri Datuk Ling Chiong Hoe dari Shin Yang Group, Mr Lau Swee Ngoung dari Hua Seng Group, Tan Sri Hii Cham Pee dari Interhill Group, Tan Sri Datuk Yaw Teck Seng dari Samling Group dipercayai lebih cenderung untuk menyokong Dato Sri Wong Soon Koh sebagai Presiden SUPP yang baru kerana sebagai anak Cina Sibu mereka tentu sekali berpendapat bahawa parti berkenaan perlu diterajui semula oleh pemimpin Cina Foochow dari Sibu iaitu setelah beberapa tahun dipimpin oleh Cina Miri.
Tanpa kelibat Ketua Menteri Sarawak pada majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri yang Pengerusi Barisan Nasional pusat itu semalam telah menguatkan lagi beberapa andaian yang mengatakan bahawa Pehin Sri Taib secara berselindung lebih menyukai kepimpinan Dato Sri Wong Soon Koh untuk menerajui SUPP jika dibandingkan dengan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Dengan hanya mewakilkan Datuk Sri Abang Johari Tun Abang Openg bagi menggantikan dirinya pada majlis persidangan TDC itu, Pehin Sri Taib nampaknya lebih selesa untuk menghadiri majlis lain iaitu bermesyuarat dengan rakan sejawatannya dari negeri Kerala India, Oomen Chandy yang kalau dikira boleh diwakilinya kepada YB Datuk Sri Awang Tengah Awang Ali Hassan sebab sebagai Pengerusi BN Sarawak memang perlu bagi Ketua Menteri untuk hadir bersama pada majlis berkenaan bagi meniup semangat semua ahli-ahli SUPP yang hadir.
Untuk rekod juga, semua pemimpin yang menyebelahi Dato Sri Wong Soon Koh di dalam pertelagahan antaranya dengan Datuk Seri Peter Chin bagi merebut jawatan sebagai Presiden SUPP yang baru seperti Datuk Lee Kim Shin, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Tiong Thai King, YB Jerip Susil, YB Ranum Mina dan YB Dr Johnical Rayong adalah merupakan mereka yang disenangi oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dan mereka itu juga turut memboikot majlis perasmian yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib semalam.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Disember 11, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com