Tajuk di atas sengaja saya pilih sebab saya berpendapat tindakan Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk membatalkan niat mereka membakar bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai menghormati undang-undang di negara ini setelah menerima kata nasihat daripada pihak berkuasa terutamanya pihak polis demi menjaga ketenteraman.
Walaupun pada hakikatnya, hati dan perasaan masyarakat Dayak di Sarawak sangat terluka selepas dihina oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang menyifatkan mereka sebagai kaum yang tidak pernah berubah dari segi berpakaian, cara berpikir dan cara menentukan masa depan mereka setelah Haji Abdul Hadi mengaitkan kekalahan PKR pada pilihanraya kecil DUN Batang Ai 7 April lepas adalah disebabkan oleh kaum tersebut tidak tahu menilai calon wakil mereka kerana masih menggunakan 'cawat' untuk menutup tubuh mereka, tetapi mereka masih boleh mengawal perasaan apabila mereka terpaksa akur dengan nasihat yang telah diberi oleh pihak polis agar membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan bagi memprotes kenyataan Haji Abdul Hadi itu.
Pergerakan Pemuda PRS Batang Ai batalkan hasrat membakar bendera PAS
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai terpaksa membatalkan hasrat untuk membakar bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) seperti dalam perancangan mereka sebelum ini.
Timbalan Ketua Pergerakan itu, Edwin Raoh berkata tindakan itu diputuskan apabila permohonan permit perhimpunan mereka tidak diluluskan oleh polis.
"Kami dinasihati polis agar tidak meneruskan tindakan itu atas alasan menjaga ketenteraman awam, kami akur dengan keputusan itu," katanya ketika dihubungi disini, semalam.
Sebelum ini Pergerakan Pemuda PRS Batang Ai bercadang untuk membakar bendera PAS pada Ahad lepas di pekan Engkelili. Tindakan itu dibuat bagi memprotes kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai 7 April lepas dengan para pengundi disitu 'masih memakai cawat'.
Edwin berkata lagi berikutan kegagalan mendapatkan permit, mereka akan menghantar petisyen kepada Abdul Hadi untuk menuntut permohonan maaf berhubung kenyataan beliau yang mengguris hati kaum Iban.
"Kita akan mendapatkan tandatangan daripada Tuai-tuai Rumah di Lubok Antu dan selepas itu petisyen akan kepada Abdul Hadi," katanya.
Isu cawat timbul apabila Abdul Hadi dalam laporan Malaysiakini dipetik berkata kekalahan parti pembangkang di DUN Batang Ai merupakan kekalahan tunggal mereka dalam beberapa pilihanraya kecil dalam tahun ini.
Pada pilihanraya kecil DUN Batang Ai 7 April lepas, Jawah Gerang daripada PKR tewas ditangan Malcolm Mussen Lamoh daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Mussen memperolehi majoriti 1,854 undi.
Sumber dari: Utusan Borneo edisi Khamis, 30 Julai 2009.
Pendapat saya;- Sebarang langkah yang diambil bagi menunjukkan kepada masyarakat sekeliling mengenai rasa tidak berpuashati yang menyelubungi hati dan perasaan terhadap sesuatu perkara itu haruslah terlebih dahulu untuk mengambilkira kepentingan awam serta undang-undang negara sebelum meneruskan sebarang tindakan.
Jadi saya telah melihat keputusan Pemuda PRS yang mengambil langkah untuk membatalkan rancangan sebagaimana yang dijadualkan iaitu untuk mengadakan perhimpunan serta membakar bendera PAS setelah permit untuk tujuan itu tidak dikeluarkan oleh pihak polis, sebagai keputusan mereka yang matang, waras dan bijak.
Jika dinilai dari sudut usia parti serta juga pengalaman Pemuda PRS itu sendiri dalam berpolitik dan dibandingkan pula dengan Presiden PAS, PKR serta DAP dan semua pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Pembangkang termasuk para penyokong mereka yang lebih lama bergiat didalam kancah dunia politik, sudah tentu sekali kita akan terfikir bahawa Pemuda PRS akan mengambil jalan singkat sebagaimana yang sering diamalkan oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Pembangkang.
Tetapi hari ini kita telah melihat bagaimana Pemuda PRS dapat menghormati peraturan serta undang-undang negara dengan membatalkan niat untuk berhimpun setelah pihak polis tidak membenarkan mereka berbuat demikian dan mereka akur dengan nasihat daripada pihak polis, malah mereka akan mengambil langkah berlembut dalam menangani isu cawat ini apabila mereka bercadang untuk menghantar memorandum bantahan secara bertulis kepada Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang bagi mendesak beliau mengemukakan permohonan maaf kepada masyarakat Dayak di Sarawak.
Disinilah kita dapat melihat perbezaan sikap yang sangat ketara diantara pemimpin pakatan pembangkang dengan para pemimpin daripada Barisan Nasional. Saya yakin, jika PAS, DAP dan PKR berada dikedudukan PRS dalam isu cawat ini, sudah pasti penuh dan sesak atas jalanraya tempat mereka berarak sambil berbaring, meraung-raung, melompat-lompat dan sebagainya bagi menunjukkan protes mereka terhadap polis dan kerajaan sekiranya polis tidak mengeluarkan permit.
Tetapi Pemuda PRS mempunyai sikap yang sangat matang dalam menghadapi situasi sebegini dengan menggunakan akal fikiran yang waras sebelum menentukan sesuatu tindakan yang boleh dan tidak boleh di ambil. Pemuda PRS lebih mengutamakan perpaduan diantara kaum, keharmonian serta kesejahteraan negara sebelum bertindak. Mereka telah meletakkan undang-undang diatas segalanya sebelum tindakan boleh dibuat.
Sehubungan dengan itu saya dapat melihat bahawa PRS lebih matang dalam soal mendepani isu getir seperti itu walaupun agak baru sebagai sebuah parti politik berbanding dengan DAP, PAS dan PKR yang jauh lebih lama serta dibarisi pula oleh banyak pemimpin-pemimpin yang sering mendakwa mereka adalah "pejuang keadilan", "pejuang kesaksamaan", "pejuang kesamarataan" dan sebagainya.
SYABAS !!! ...kepada PRS khususnya Pergerakan Pemudanya yang dapat menerima keputusan yang telah dibuat oleh pihak polis dengan hati yang terbuka.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Julai 30, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com