Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan

Rabu, Mei 30, 2012

RPK ibarat Raja Petir bagi PKR !

Setiap kali kemunculan Raja Petra Raja Kamaruddin di media-media massa baik di akhbar mahu di kaca tv pasti akan membawa berita yang sangat buruk buat Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah, Azmin Ali, Shamsidar dan PKR keseluruhannya.

Tiada langsungberita baik dibawa oleh RPK yang boleh membantu PKR memulihkan semula nama baik parti melainkan hanya berita buruk semata-mata. Perkara yang sepatutnya menjadi rahsia sehingga mati kepada Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Shamsidar Taharin kini telahpun semakin giat didedah oleh RPK kepada umum tanpa dipaksa oleh sesiapapun. Selanjutnya di sini

Antara kekayaan luar tabiee Azmin Ali yang didedahkan oleh RPK adalah seperti berikut;
Sebuah BMW 325i bernilai RM160,529.00, Proton Perdana 2.0 SE berharga RM80,767.00, rumah banglo dua tingkat di Setapak bernilai RM284.118.00, rumah berkembar di Taman Melawati berharga RM210,000.00 dan 1,000 unit saham dalam HICOM beserta dua buah lagi kereta nasional iaitu Proton Wira XIi dan Proton Satria XIi.

Kekayaan Shamsidar juga juga menjadi tandatanya apabila berlakunya transaksi bukan saja mengenai kemasukan benda tumpul ke pintu syurganya tetapi tentang cek deposit berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai sebanyak RM708,000 yang bermula dari bulan November 1992 sehinggalah pada tahun 1995 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Shamsidar.

Ahad, Januari 29, 2012

Gagal jadi PM: selain Karpal, punca utamanya kerana Anwar sendiri jugalah!!!

Mungkin ada sesetengah daripada kita masih ingat dan masih percaya bahawa kegagalan Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menerajui kepimpinan negara pada tahun 1998 dulu adalah disebabkan oleh pendedahan Karpal Singh di dalam Dewan Rakyat mengenai aduan yang beliau ketahui membabitkan masalah moral bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tetapi bagi saya dan juga mungkin ada yang lain tentu masih ingat tentang apa berlaku seterusnya di sebalik isu buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM Malaysia" tulisan Allahyarham Khalid Jeffrey di mana ketika itu isu tersebut begitu hangat dan panas sekali di dalam negara.

Anwar yang pada mulanya hanya berdiam diri mengenai isi kandungan buku berkenaan namun mula bertindak apabila semakin banyak pendedahan oleh pihak lain menyusul yang mana kalau tidak dihalang dengan kadar sebeberapa segera memang akan meranap segala impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 mengganti Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila semakin banyak rahsianya terbongkar.

Hanya tinggal satu anak tangga saja lagi untuk Anwar Ibrahim melangkah naik dan duduk di singgahsana sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia di mana pendedahan oleh Karpal Singh telah berlaku di Dewan Rakyat pada tahun 1997 di mana apa yang didedahkan oleh Karpal itu selain daripada surat "akuan bersumpah" Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar semuanya bersangkutan dengan apa yang terkandung di dalam buku tulisan Khalid Jeffrey mengenai Anwar Ibrahim.

Demi untuk membuktikan bahawa beliau tidak sepertimana yang digambar dalam buku tersebut dan juga untuk menepis dakwaan oleh surat 'akuan bersumpah' berkenaan, Anwar Ibrahim telah membuat satu laporan polis walaupun telah dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya abaikan saja perkara sedemikian yang menganggap surat berkenaan cumalah 'surat layang' yang sengaja diada-adakan bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik Anwar dan ianya tidak perlu untuk dilayan.

Namun Anwar Ibrahim masih berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat daripada Tun Dr, Mahathir apabila beliau tetap dengan keputusan untuk membuat laporan polis mengenai buku "50 Dalil" tersebut serta "surat layang Umi Hafilda dan Azizan" dan akhirnya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa akur dengan tindakan yang diambil oleh bakal pengganti beliau itu.

Malahan Ketua Polis Negara ketika itu Ybhg Tan Sri Abdul Rahim Nor sendiri juga pernah mengingatkan Anwar Ibrahim yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan segala risiko yang harus beliau tanggung ekoran hasil siasatan kelak sekiranya pihak polis menyiasat secara menyeluruh ke atas laporan yang beliau buat itu.

Kata nasihat Tan Sri Rahim Nor kepada Anwar Ibrahim lebih kurang berbunyi begini; "Tuan, tuan adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya dan akan menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah tuan pasti dengan keputusan tuan ini dan apakah nanti tuan tidak akan rasa terganggu sekiranya siasatan menunjukkan hasil yang positif, ermmm... maksud saya seandainya dakwaan dalam buku tu terhadap tuan berkemungkinan memang benar?"

Dan jawapan Anwar Ibrahim terhadap kerisauan yang dinyatakan oleh Tan Sri Rahim Nor itu juga agaknya lebih kurang berbunyi begini; "ada aku kisah!!! tak apa, jangan bimbang, jalankan saja siasatan tetapi apa yang penting sekali ialah harus maklumkan sentiasa kepada saya dari masa ke semasa apa juga hasil siasatannya, ok!." Itulah agaknya jaminan yang Anwar berikan kepada Tan Sri Rahim Nor kerana beliau yakin mudah baginya untuk mengubah hasil siasatan kiranya pihak polis berjaya menghidu sesuatu yang tak kena pernah beliau lakukan.

Demi menurut kemahuan Anwar maka pihak polispun bertindaklah dengan meneruskan siasatan berhubung semua dakwaan yang terkandung di dalam buku tulisan Allahyarham Khalid Jeffery itu dan sebagaimana arahan Anwar maka setiap hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis akan segera dipersembahkan kepada Anwar dari masa ke semasa. Oh! lupa pulak...siasatan itu diketuai oleh Tan Sri Musa Hassan yang ketika itu adalah Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, jawatan tertinggi polis yang beliau sandang sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan seterus sebagai Ketua Polis Negara sehingga bersara.

Nak dijadikan satu cerita, siasat punya siasat maka akhirnya pihak polis berjaya mendapat suatu kesimpulan bahawa apa yang ditulis dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri Malaysia" lebih banyak menunjukkan bukti ianya memang benar dan bukan satu rekaan dan perkara itu segera dimaklum serta diberitahu kepada Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Musa Hassan selaku ketua penyiasat yang dipertanggungjawab dalam misi penysiasatan terhadap kandungan buku "50 Dalil" itu.

Tersentak dan terperanjat dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Tan Sri Musa Hassan itu bahawa apa yang ditulis dalam buku Khalid Jeffery itu lebih 90% ada kebenarannya, Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang menikmati sarapan kuih karipap serta teh tarik hampir jatuh pengsan kerana tidak menyangka bahawa polis begitu cekap dalam tugas mereka hinggakan perkara yang beliau jangka boleh terlepas dari siasatan berjaya juga dirungkai dan ditemui oleh pihak polis.

Anwar Ibrahim menjadi serba salah. Duduk salah berdiripun salah. Sekejap pergi bilik air sekejap keluar bilik pejabat. Sekejap dia suruh pembancuh kopinya buatkan kopi, sekejap suruh bancuhkan teh, sekejap suruh buatkan nescafe, sekejap suruh buatkan milo. Tan Sri Musa Hassan yang masih berada di situ mulai naik pening melihat gelagat Anwar Ibrahim yang nampak resah gelisah semacam saja ketika itu. Sekejap Anwar buka tali leher, sekejap dia pasang tali kasut. lepas tu buka tingkap bilik pejabat sambil tengok Bangunan Kedutaan Turki yang nun jauh di sebelah.

Akhirnya Tan Sri Musa Hassan bersuara, "Tuan, macam mana ini tuan? Kami polis tidak mahu membuang masa lagi...

Dan Anwar segera menjawab, "Ok, ok, ok...macam ni, macam ni, tutup saja siasatan dan saya akan tarik balik laporan polis yang saya buat pasal buku tu, ok"

Tan Sri Musa Hassan terkejut dengan permintaan Anwar Ibrahim itu seraya berkata, "mana boleh tuan, itu sudah menjadi satu kesalahan, kami polis tidak boleh lagi berpatah balik dalam soal siasatan kes seperti ini dan tuan tidak berhak menghalang kami dari meneruskan siasatan kes ini tambahan pula isu ini sudah diketahui umum, nanti apa pulak kata orang ramai atau parti pembangkang"

Anwar Ibrahim tidak berputus asa dalam mempengaruhi Tan Sri Musa Hassan yang nampak semakin tegas, "Ok kira macam nilah, saya Timbalan Perdana Menteri dan tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri dan sudah tentu jawatan Menteri Dalam Negeri saya yang pegang dan pihak polis berada dibawah arahan saya, oleh itu saya jamin tidak akan berlaku apa-apa. Bolehkan, hentikan saja siasatan ini??? desak Anwar kepada Tan Sri Musa Hassan.

Namun Tan Sri Musa Hassan tetap tegas dengan pendirian beliau lalu berkata kepada Anwar, "Mana boleh tuan, perbuatan macam tu jelas menyalahgunakan kuasa dan amat tidak baik kepada seseorang yang bakal menjadi pemimpin sesebuah negara."

Anwar terpinga-pinga malu sebaik mendengar alasan yang diberikan oleh Tan Sri Musa Hassan yang terus bertegas bahawa siasatan tidak akan dihentikan bagi mencari kebenaran dan sekiranya pihak polis menurut arahan Anwar supaya menghentikan siasatan tersebut itu bermakna pihak polis sengaja menempah bala kerana pasti kecaman hebat terhadap polis oleh pihak pembangkang terutama sekali daripada Karpal Singh tentu akan memburukkan nama baik serta imej polis di mata masyarakat.

Itulah, kalaulah dulu Anwar Ibrahim mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor sudah tentu lama sudah dia dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr. Mahathir melarang beliau supaya jangan buat laporan polis tapi terus berdegil konon untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Betapa sayangnya Tun Dr. Mahathir kepada Anwar ketika itu, bagaikan menatang minyak yang penuh.

Keyakinan serta kepercayaan Tun Dr. Mahathir terhadap Anwar Ibrahim untuk menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah seratus peratus. Malahan seluruh rakyat Malaysia juga berperasaan sedemikian termasuklah saya juga. Memang ramai kalangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa Anwar memang layak dan sesuai sekali menggantikan Tun Dr. Mahathir dan ramai sekali yang memuji beliau.

Tun Dr. Mahathir merupakan orang yang paling kecewa sekali dengan keputusan Anwar Ibrahim apabila tidak mendengar nasihat supaya membiarkan saja apa orang kata dan tidak payah membuat laporan polis. Rakyat Malaysia juga turut kecewa dengan tindakan Anwar yang enggan mendengar nasihat daripada Tun Dr. Mahthir itu. Hanya tinggal selangkah saja lagi untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kesilapan yang beliau lakukan itu gara-gara tidak mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir telah memusnahkan harapan Tun Dr. Mahathir, harapan beliau sendiri dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia.
Kalaulah dulu Anwar Ibrahim sudi mendengar kata nasihat daripada pihak lain terutamanya daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor agar berpikir banyak kali sebelum membuat laporan polis pasti untuk menjadi seorang Perdana Menteri tidak memerlukan beliau mengadakan berkali-kali perhimpunan haram, demonstrasi liar sehingga mendatangkan kecederaan yang tidak sepatutnya beliau alami di ketika usia emas yang semakin lanjut seperti dalam gambar di atas.

Dan pastinya peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir kepada beliau dulu akan berjalan dengan lancar tanpa perlu adanya pertubuhan haram seperti Hindraf, Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Seksualiti Merdeka dan sebagainya merusuh di atas jalanan untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tetapi mengapa Anwar Ibrahim harus memilih jalan itu untuk berkuasa ?

Salah siapa??? mengapa sekarang Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, UMNO serta BN atas kegagalan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia? Lihatlah dulu, imbas kembali peristiwa dimana punca sebenar yang menyebabkan beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Dr. Mahathir telah begitu bersusah payah mengasuh beliau untuk menjadikannya seorang pemimpin hebat negara ini namun semuanya telah disia-siakan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau kini adalah Penasihat Umum PKR serta Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang ini.

Selasa, Januari 24, 2012

Karpal Singh orang pertama membuka aib Anwar Ibrahim di Parlimen Malaysia !

 Sepatutnya dulu lagi Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan agar dipinda undang-undang termasuk peruntukkan dalam Seksyen 377(b) dan Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang kononnya digunakan untuk mengaibkan seseorang iaitu sewaktu beliau masih berada dalam kerajaan dan masih jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
 Tetapi kenapa baru sekarang iaitu setelah beliau jatuh tertiarap akibat aib yang didatangkan oleh Karpal Singh terhadap beliau pada tahun 1997 semua sedia ada hendak diubah, dipinda dan dihapuskan? Bukankah lebih elok tatkala ada kuasa ditangan maka saat itulah buat sesuatu agar beliau boleh menutup mulut Karpal Singh daripada terus-menerus mendedah rahsia serta membuka aib beliau dalam Parlimen sehingga tersebar ke pengetahuan umum.
 Karpal Singh tanpa menghiraukan perasaan Anwar Ibrahim ketika itu mula membangkitkan isu surat akuan bersumpah yang dibuat oleh Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar ketika berlangsungnya Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Parlimen ke-9 pada 22hb November 1997.
 Walaupun ditegur beberapa kali oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat ketika itu supaya cukup dengan isu tersebut yang terus dibangkit, namun Karpal Singh masih berkeras mahukan penjelasan mengapa tiada tindakan yang diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap aduan yang dibuat mengenainya yang melibatkan Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
 Suasana semakin kecoh di dalam Dewan Rakyat dan Karpal Singh terus mendesak agar Anwar Ibrahim sendiri bersuara mengenai perkara berkenaan.
 Walaupun sedar tindakannya itu boleh mendatang aib yang bukan kepalang kepada Anwar Ibrahim namun Karpal Singh tidak memperdulikan semua itu kerana hasrat dan niat DAP untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menggagalkan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 perlu diteruskan biar dengan apa cara sekalipun.
 Bagi Karpal Singh inilah peluang terbaik bagi DAP untuk membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim secara perlahan-lahan dan apa saja bahan yang boleh dijadikan sebagai modal dan boleh dikaitkan dengan beliau maka ianya harus digunakan sebaik mungkin bagi memastikan agar Anwar Ibrahim tidak mendapat kuasa untuk memerintah negara Malaysia.
Oleh itu, tidakkah Anwar Ibrahim sedar siapa sebenarnya yang menjadi punca kepada keruntuhan dan juga kemusnahan segala impian politiknya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga memaksa beliau kini merangkak semula dari bawah kalau bukan Karpal Singh yang waktu ini adalah ketua peguambela beliau.

Kalau bukan kerana desakan dan hasutan daripada Karpal Singh yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Jelutong yang mahu tindakan segera diambil terhadap aduan yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah pasti cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 sudah lama menjadi kenyataan.

Tetapi kenapa perlu bagi Anwar Ibrahim menuding jari ke arah pihak Barisan Nasional atas kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan orang yang bertanggungjawab menganiaya serta mengaibkannya di saat-saat kemasyuran beliau ketika dalam perjalanan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lain dan tidak bukan adalah Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan !

Ahad, Januari 22, 2012

Bakal Maharaja Indonesia jauh lebih kaya daripada bakal PM Malaysia !!!

Kamal Ashnawi (gambar) mendakwa beliaulah merupakan individu terkaya di dunia dengan memiliki aset harta bernilai 5 trilion Euro bersamaan dalam mata wang Malaysia RM20 trilion.

Anak kelahiran negeri Perak ini juga mendakwa beliau berasal dari keturunan raja Jawa di Indonesia dan akan ditabal sebagai Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi. Kalu tak caya bacalah kat sini di Utusan Online pagi minggu he he he

***Parah betullah kalau macam ni, ingatkan Anwar Ibrahim saja yang mengidap masalah kekeliruan serta mengelirukan sebegini tetapi rupanya ada juga yang lain ;-))

Isnin, November 07, 2011

Haji Anwar: kalau dah naik haji tu tak perlulah lagi takut nak bersumpah !

Kalau mengikut kefahaman saya, mana-mana orang Muslim yang dah balik dari mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah adalah merupakan mereka-mereka yang telah berjaya melalui satu proses kehidupan baru, meninggalkan gaya kehidupan lama umpama bayi yang baru dilahirkan, masa depan akan dicorak dengan sebaik yang mungkin agar segala kesilapan serta dosa-dosa lalu tidak berulang kembali pada kehidupan yang seterusnya.

Dan begitu jugalah dengan pandangan saya tentang setiap jemaah haji yang telah berjaya melakukan rukun kedua dalam ibadah haji iaitu wuquf di Padang Arafah, mereka ini adalah merupakan insan-insan yang hebat dan berani kerana apa yang saya dapat memahaminya ialah mereka akan berada di situ bermula dari 9, 10, 11, 12 dan sehingga terbit fajar 13 haribulan Zulhijjah semata-mata ingin bersendirian untuk berkomunikasi dengan Tuhan, mengenangkan kembali kehidupan yang telah dilalui sebelum ini serta ingin memohon keampunan dari segala kesilapan dan dosa-dosa yang lalu.

Cukup di sinilah, saya tak nak lah mahu bercakap lebih-lebih pasal benda ni kerana kalau tersalah sentuh nanti, pasti akan menyinggung perasaan orang umat Islam pula lagipun saya bukannya ada pengetahuan asas mengenai Islam ini cuma belajar dari pembacaan di buku serta melalui ceramah-ceramah agama Islam yang sering saya ikuti yang selalu disiarkan oleh media elektronik.

Namun apa yang ingin cuba saya ketengahkan di sini adalah mengenai pengakuan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kononnya beliau telah dua kali mengerjakan haji di Tanah Suci Kota Mekah. Banyak orang tak percaya tetapi pasti ada juga yang percaya terutamanya para penyokong serta pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mereka bermati-matian mempertahankan pengakuan oleh Ketua Pembangkang itu bahawa beliau telahpun mengerjakan rukun Islam yang ke lima itu sebanyak dua kali suatu ketika dulu.

Ok, tak apalah, itu terpulang kepada diri masing-masing samada mau percaya ataupun tidak tetapi kalau saya nak membandingkan amalan bersumpah cara Islam dengan amalan mengerjakan haji ke Tanah Suci Mekah, bukan satu kesalahan ke?

Yang cuba saya timbulkan di sini adalah, kita semua tentunya merasa sangat sangsi dengan pengakuan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim itu yang mengaku telah dua kali pergi menunaikan fardu haji namun apa yang saya boleh lihat dari segi kerumitan yang harus ditempuhi oleh setiap bakal haji ialah sewaktu proses untuk mendapatkan haji yang mabrur ketika di Padang Arafah yang memerlukan setiap jemaah itu untuk memiliki segala kekuatan mental dan fizikal, iman yang teguh serta telah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Esa.

Ini tidak sama dengan amalan bersumpah walaupun ianya mengikut cara Islam. Kalau hendak melakukan sumpah laknat misalnya, orang Islam yang ingin hendak melakukannya tidak perlu menyedia pelbagai bentuk barang sebelum melafazkan sumpah, tidak perlu menghadiri sebarang kursus, tidak perlu mendaftar nama di Tabung Haji, tidak perlu risau pasal jadual penerbangan, tidak perlu fikir pasal kenduri doa selamat dan sebagainya tetapi cuma perlu datang ke masjid atau surau, sediakan senaskhah Kitab Suci Al Quran serta beberapa orang saksi kemudian bersumpahlah di depan saksi bagi menafikan apa jua tuduhan, senang saja...bukan susahpun.

Tetapi kenapa Anwar takut untuk bersumpah pasal kes liwat II yang sedang beliau hadapi kini tetapi boleh pula beliau pergi buat haji hingga wuquf di Padang Arafah ? Bagi saya, kira lebih ringan sedikitlah kalau memilih untuk melakukan sumpah laknat di dalam Masjid di negara sendiri berbanding saat melakukan tawaf ketika wuquf dan juga waktu melontar jamrah di Tanah Suci... patutnya Anwar lebih berani selepas mendapat haji yang mabrur !

Khamis, November 03, 2011

Orang naik haji ke Tanah Suci Mekah, tapi Anwar naik haji ke Tanah Seberang !

 Selama saya hidup ini, belum pernahlah juga terdengar bahawa orang-orang Islam yang hendak menunaikan rukun Islam yang ke-5 pergi ke tanah seberang di Indonesia bagi menerjakan haji tetapi itulah yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Orang Islam lainnya pergi ke Tanah Suci di Kota Mekah tetapi lain pula dengan Anwar apabila beliau tekad membuat kelainan dengan menunaikan rukun haji ke Tanah Seberang Indonesia.


 Ada tarikh Anwar Ibrahim mengerjakan haji di situ, kononnya beliau buat di Mekah Al-Mukarammah tetapi bagaimana boleh berlaku keesokan harinya beliau boleh secepat kilat terus berada di Jakarta Indonesia untuk satu majlis? Adakah Anwar dari Mekah ke Jakarta naik tikar terbang macam dalam filem Nasib Do Re Mi ?


Dr. Novandri melalui blognya Dr. M.I.M telah mendedahkan bagaimana Anwar Ibrahim telah tersilap dalam memberi maklumat kepada para pengikutnya yang kemudiannya percaya bulat-bulat kononnya Anwar Ibrahim pernah naik haji ke Tanah Suci Mekah namun sebaliknya Anwar pada tarikh antara 14-15 November sebenarnya sedang berada di Indonesia dan bukannya di Tanah Suci Kota Mekah.

Maknanya di sini ialah, Anwar Ibrahim sebenarnya belum lagi pernah menjejakkan kakinya ke Tanah Suci Mekah seperti apa yang didakwa oleh beberapa buah blog yang pro-pakatan haram apatah lagi untuk mengelilingi Kaabah serta mendapatkan haji yang mabrur...

Isnin, Oktober 31, 2011

Anwar batal niat ke Mekah kerana sakit belakang tak boleh membongkok !

Sepatutnya Anwar Ibrahim berlepas semalam bersama dalam satu penerbangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib ke Tanah Suci untuk mengerjakan rukun Islam yang ke lima namun disebabkan oleh masalah sakit tulang belakangnya yang tak sudah-sudah itu maka niat untuk mengerjakan haji terpaksalah dibatalkan lagi atau ditangguhkan buat sementara waktu.

Kalau kat Tanah Suci tentulah banyak pergerakan yang memerlukan badan selalu membongkok seperti ketika menunaikan solat 5 waktu dan sebagainya maka itulah antara sebab mengapa Anwar perlu mengelak untuk pergi ke sana lagipun selepas pertemuan beliau dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore minggu lepas di London yang membuat Anwar berasa berat hati untuk ke Mekah mungkin ada nasihat tertentu daripada Al Gore ketika itu agar jangan fikir dulu pasal haji.

Apa-apapun kita semua rakyat Malaysia masih menunggu bilakah agaknya Anwar Ibrahim akan menyahut seruan yang pernah dibuat oleh Karpal Singh satu ketika dulu yang mendesak agar beliau segera bertaubat dan berhenti dari mengucar-kacirkan politik dalaman Malaysia sehingga membuatkan Karpal Singh sudah tidak lagi dihormati oleh rakan-rakan dalam DAP dan Pakatan Haram terutamanya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Khamis, Oktober 27, 2011

Musim haji, orang ke Mekah tetapi Anwar ke London...

Saya kurang pasti samada Anwar Ibrahim pernah terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah ataupun tidak tetapi kalau pasal dia selalu berulang-alik dari Malaysia ke Thailand, Malaysia ke Singapura, Malaysia ke Australia, Malaysia ke Amerika Syarikat, Malaysia ke Hong Kong dan Malaysia ke Indonesia tu macam dah biasa dengan berita tentang itu.

Ini, dipenghujung bulan Zul Qaeda..umat Islam lain tengah sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya Qurban, tetapi Anwar awal-awal dah melencong ke London. Nak berurut agaknya..tulang belakang yang kononnya tak boleh dibengkok-bengkok...

Isnin, September 26, 2011

Apa sebab Azwan Ali berminat untuk melabur dalam projek Anwar Ibrahim?

Sebabnya ialah Anwar memiliki projek yang berskala atau 'bersaiz besar' dan juga berpotensi 'besar' untuk memberi pulangan modal berlipat kali ganda dengan keuntungan yang tentunya juga 'besar' disamping boleh memuaskan kehendak para pelabur seperti Azwan dalam tempoh jangkamasa yang 'amat panjang' ... ;-)

Selasa, September 20, 2011

Ada tak Anwar seberani K. Pasupathy? Tak de kan...

"Yang Arif, saya memohon hukuman gantung sampai mati," itu adalah antara ungkapan yang keluar dari mulut K. Pasupathy ketika diminta oleh Mahkamah Sungai Petani untuk mengemukakan rayuan sebelum dijatuhi hukuman.

Beliau telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan kerana sengaja mencederakan ibu kandungnya. Berita lanjut boleh lihat di sini

Kebiasaannya, para pesalah hanya akan merayu agar hukuman diringankan ke atas mereka atau mereka akan buat macam-macam helah demi untuk melepaskan diri dari terkena hukman namun berlainan sekali dengan K. Pasupathy. K. Pasupathy jauh lebih berani daripada Anwar Ibrahim.

Selasa, Julai 19, 2011

Anwar jadi 'Pengerusi Mesyuarat Tingkap' ketika di Sarawak !

Ha!ha!ha!...lucukan apabila Anwar menyampaikan kata-kata aluan kepada para jemputan yang duduk di luar perkarangan rumah hanya melalui tingkap rumah. Teringatlah pula dengan satu dialog dalam cerita arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu filem Nasib Do Re Mi.


Anwar yang berbaju putih, berdiri membelakangi para tetamu lain yang berada di dalam ruang rumah. Anwar kelihatan sedang menyampai ceramah politik kepada penduduk yang hadir duduk diluar rumah pada majlis sempena malam nisfu syaban di Kampung Tupong, Petra Jaya Kuching, Sabtu lepas.
 Adeiiiii!!! ada lagi rupanya pemimpin politik yang buat lawak seperti itu pada zaman ini. Ingatkan apabila Tan Sri P. Ramlee telah filemkan kisah 'pengerusi tingkap' tu maka saya sudah anggap kisah seumpamanya juga hanya akan jadi tauladan buat kita semua generasi pada masa kini. Rujuk ke blog Wira Kenyalang dan blog Apai Ngelai mengenai mesyuarat tingkap PKR itu.

Sementara tetamu yang turut bersama Anwar di dalam ruang rumah duduk selesa tetapi tentu mereka terasa janggal dengan keadaan sedemikian dan rasa terpinggir disaat Anwar sedang berucap kepada tetamu yang dibawah sambil membelakangi mereka yang berada di atas dan selanjutnya, apa pula perasaan para hadirin yang berada di luar rumah apabila Anwar berucap kepada mereka melalui tingkap rumah?

Tidak terpikirkah mana-mana ahli PKR Sarawak yang hadir pada malam itu bahawa yang perbuatan seperti itu seakan-akan Anwar telah mempersendakan mereka yang berada di bawah? Kenapa tidak pohon permit polis untuk berhimpun? Kenapa perlu menyusahkan diri sendiri serta para jemputan lain datang ke majlis yang terdesak seperti itu? Kalau polis tanya, untuk apa tujuan perhimpunan diadakan, jawab saja nak elak "mesyuarat tingkap" agar semua yang hadir akan dilayan sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja.

Rabu, Julai 13, 2011

Lumpuh!!! Anwar dari bahu ke atas, Mat Syabu dari pinggang ke bawah...

Rasanya masa depan kerjaya politik kedua-dua tokoh pemimpin pembangkang ini dilihat lebih banyak bergantung kepada kesungguhan mereka berdua untuk sembuh dari kecederaan yang sedang mereka tanggung ketika ini.

Ertinya, andaikata kedua-dua mereka ini bersikap hanya mengambil mudah berkenaan dengan kecederaan yang dialami tanpa mematuhi apa-apa juga nasihat daripada pihak hospital atau klinik, bermakna harapan untuk mereka segera sembuh adalah agak tipis dan risiko untuk mereka terus lumpuh seumur hidup adalah besar memandangkan kecederaan yang dialami begitu parah dan teruk sekali.

Anwar Ibrahim seperti yang kita sedia maklum buat masa sekarang telah lumpuh 99.99% pada tubuhnya dari paras bahu ke atas akibat dipijak oleh beberapa ekor lembu kebetulan terkena pijak kaki oleh salah seekor lembu ketika beliau menyertai pertandingan laga lembu yang dianjurkan oleh Ambiga Sewelvasan dan A. Samad Peludah Warna pada hari Sabtu minggu lepas 9 Julai.

Manakala Mohamad Syabu @ Mat Syabu yang juga turut berada ditempat yang sama telah mengalami nasib yang sama saat dia cuba lari dari rempuhan beberapa ekor lembu yang mulai naik minyak namun malang sekali apabila Mat Syabu terlanggar sebuah kereta polis yang sedang bergerak perlahan digunakan oleh anggota polis bagi bertugas memantau keadaan.

Anwar yang lumpuh melepasi bahagian belakang bahu dan ke atas kini terpaksa menggunakan penyokong /pendakap leher bagi membolehkan beliau untuk dapat terus melakukan apa-apa jua perkara yang dia sudah biasa lakukan sebelum ini seperti merekaciptakan cerita yang bukan-bukan, menipu orang ramai sana-sini dengan cerita-cerita tentang pihak lain yang sengaja dibuat bertujuan agar rakyat menjadi sangat benci kepada pihak kerajaan dan Polis.

Begitu juga dengan Mat Syabu yang kini telahpun lumpuh dari paras pinggang dan ke bawah juga terpaksa menggunakan kerusi roda bagi membolehkan beliau bergerak kemana-mana sahaja sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini termasuklah kalau-kalau dia berhasrat hendak bergerak ke hotel-hotel yang tertentu.

Apa yang pasti kini ialah rakyat Malaysia mulai tertanya-tanya dan sedang menunggu tindakan yang akan diambil oleh kedua-dua mereka ini, adakah kedua-duanya akan membuat aduan kepada pihak polis bagi menuntut keadilan bagi diri mereka disamping menuntut pampasan atas kerugian yang terpaksa mereka berdua sedang tanggung akibat dari kecederaan tersebut?

Anwar semakin kritikal !!!

Semalam Anwar Ibrahim mendakwa bekas Menteri Besar Terengganu YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang semasa ditahan sewaktu menyertai perhimpunan haram Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu di Ibu Negara telah dikasari oleh pihak Polis dan dihumban ke dalam kenderaan Polis seperti melakukan seekor lembu tua yang berpenyakit dan Anwar berkata pihak Polis tidak sepatutnya melayan Haji Hadi sebegitu rupa memandangkan belaiu adalah bekas Menteri Besar.

Namun semua tuduhan Anwar itu telah dengan sendiri telah menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa Anwar Ibrahim adalah seorang pembohong tegar yang sukar untuk diubati lagi atau dalam ertikata lainnya beliau sebenarnya sudah berada didalam keadaan yang sangat kritikal apabila empunya badan iaitu YB Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang pada hari sebelumnya telah memberi kenyataan yang jauh berbeza. Hadi mendakwa beliau dan tahanan yang lain telah diberi dengan layanan yang amat baik dan yang sepatutnya malahan Hadi sendiri juga turut menyatakan bahawa beliau tidaklah hendak minta dilayan dengan layanan yang paling istimewa atau keterlaluan istimewanya.

Tetapi kenapa pula Anwar keluarkan kenyataan yang jauh menyimpang? Apakah dia tak minta sepakat dengan Hadi dulu supaya bila buat kenyataan di media seolah-olah kenyataan mereka berdua tidak nampak bercanggah dan mudah untuk dipercayai oleh para pengikut PAS? Walauapapun, saya ingat Hadi pun takakan mahu buat kenyataan yang nanti boleh memakan diri sebab semua pergerakkan para tahanan serta cara bagaimana pihak Polis memberi layanan kepada mereka yang ditahan telah dirakam dengan perakam video/cctv yang diletak dari setiap sudut pusat tahanan itu.

Ada berani lagi ke nak tipu Polis sekarang? Polis dah belajar dari peristiwa yang menimpa pihak SPRM dulu dan kes kematian Teoh Beng Hock telah diambil sebagai satu pengajaran atau ikhtibar yang sangat berguna untuk berdepan dengan dakyah Pakatan Pembangkang tu...

Khamis, Mei 12, 2011

'pandi kutty': Anwar menghina Allahyarham Tun Abdul Razak - Nalla

Bekas sahabat serta rakan tenis Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan mendakwa bahawa perkataan "pandi kutty" yang digunaan oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pada perjumpaannya dengan beberapa penyokong kumpulan Hindraf baru-baru ini sebenar ditujukan kepada bapa kepada PM YAB Datuk Seri Mohd Najib iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein.

Rabu, Mei 11, 2011

Sabotaj kereta: berapa lama masa diperlu untuk merosakkan sistem brek?

Saya masih lagi ingin untuk membicara tentang laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi Anwar Ibrahim iaitu saudara Abdullah Sani bin Hj Said berkenaan dengan kereta Mercedes Benz milik Anwar yang beliau percaya telah disabotaj oleh pihak tertentu bertujuan untuk membunuh ketua pembangkang itu.

Berdasarkan kepada pemeriksaan yang dibuat oleh mekanik Azman Hassan yang bertanggungjawab mengenalpasti punca masalah dikatakan telah berjaya mengesan ianya berpunca daripada kerosakkan yang sangat teruk dibahagian sistem brek tayar belakang sebelah kanan.

Tambah Abdullah Sani lagi yang mengaku beliau berpengalaman selama 28 tahun sebagai pemandu kepada keluarga Anwar dan sebelum bekerja dengan Anwar sudah 10 tahun bekerja sebagai seorang mekanik kereta dan selama 7 tahun dalam masa tersebut telah diberi tugas khusus sebagai mekanik untuk kereta mewah seperti Mercedes Benz dan lain-lain lagi telah mendapati "pin bolt" yang mengikat "brake caliper" sudah tiada atau tertanggal apabila beliau sendiri membuat pemeriksaan susulan terhadap kereta tersebut. Fungsi "pin bolt" menurut Abdullah Sani adalah untuk mengikat "brake caliper" pada tempatnya.

Maka itulah lebih kurang ceritanya berkaitan dengan tuduhan sabotaj yang dilemparkan oleh Abdullah Sani kepada "pihak tertentu?" apabila kereta berkenaan telah mengalami masalah yang kononnya hampir mendatangkan kecelakaan jalanraya sewaktu kereta yang dipandunya membawa Presiden PKR Wan Azizah menuju ke Chemor di Perak.

Dan seraya itu beliau turut mendakwa perbuatan khianat adalah punca "pin bolt" itu tertanggal atau tercabut dari tempatnya kerana beliau berkata adalah sesuatu yang "sangat mustahil" untuk benda tersebut boleh tercabut dengan sendirinya atau maksud yang dikatakan oleh Abdullah Sani ialah bahawa 'pin bolt' itu sengaja dicabut oleh pihak yang tertentu dengan harapan akan berlaku kemalangan ke atas Anwar Ibrahim sekiranya pemimpin pembangkang itu menaiki kereta berkenaan.

Namun bagi saya apa yang "sangat mustahil" sebenarnya ialah tentang bagaimana kemampuan serta kecekapan seseorang itu boleh mencabut "pin bolt" yang biasanya terletak di bahagian ruang dalam rim tayar kereta dengan begitu mudah tanpa perlu terlebih dulu menggunakan peralatan lain untuk membuka nat rim serta menanggalkan tayar dan adalah sesuatu yang sangat mustahil juga sekiranya kerja-kerja mencabut "pin bolt" dari tempatnya boleh dilakukan hanya dalam masa beberapa minit saja dan ditempat yang terbuka pula.

Pada saya juga adalah sesuatu yang sangat mustahil sekiranya tanpa kerjasama daripada orang kepercayaan Anwar Ibrahim sendiri seseorang itu boleh dengan mudah menjalankan kerja khianatnya terhadap sesebuah kenderaan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh mereka yang merancang.

Rabu, April 13, 2011

Anwar Ibrahim bukan ahli PKR, rakyat Sarawak perlu tahu perkara itu !

Saya ingat mungkin kebanyakkan atau lebih banyak daripada rakyat Sarawak sendiri yang tidak tahu apa sebab Anwar Ibrahim tidak memegang sebarang jawatan yang memang wujud didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti presden, timbalan presiden, setiausaha agung parti dan lain-lain kecuali jawatan penasihat parti iaitu suatu jawatan yang tidak pernah wujud sama sekali didalam perlembagaan PKR.

Kemenangan Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Permatang Pauh sebenar diterima kerana beliau bertanding diatas tiket PKR tetapi bukan disebab beliau sudah menjadi ahli PKR dan pihak SPR dalam hal ini tidak kisah sangat kerana bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya apa yang penting borang yang di isi adalah lengkap dengan maklumat peribadi calon tanpa mengambil kira dia bertanding untuk mewakili parti mana dan ini dapat diteruskan sekira tiada sebarang bantahan dari pihak lawan seperti daripada Barisan Nasional.

Berbalik kepada sebab kenapa Anwar tidak mahu memegang jawatan lain yang sedia wujud di dalam PKR, saya berpandangan kerana jika Anwar Ibrahim berniat untuk berbuat demikian maka beliau terlebih dulu harus memohon untuk menjadi ahli PKR ini penting kerana prosedur sedemikian adalah proses yang bersesuaian dengan kehendak pihak Pertubuhan Perdaftaran (ROS) terhadap mana-mana pertubuhan yang hendak menambah atau menerima ahli baru masuk ke dalam sesuatu pertubuhan itu.

Sebab lain lagi saya melihat ialah kerana seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah sama sekali mengiktiraf perlucutan serta pemecatan beliau dari UMNO dan juga dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan pada tahun 1998 dulu dan Anwar Ibrahim saya lihat masih mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku apabila boleh masuk semula kedalam UMNO tetapi dalam pada itu iaitu untuk sementara waktu Anwar Ibrahim merasa perlu untuk berdiri diluar bersama dengan PKR tanpa perlu masuk menjadi sebahagian daripada mereka kerana jika tidak maka dengan sendirinya apabila masuk menjadi ahli PKR sudah bermakna dia sendiri sudah mengalah atau dalam ertikata lainnya telah mengiktiraf pemecatan keatas beliau oleh YABhg Tun Dr Mahathir daripada semua jawatan dalam UMNO dan juga kerajaan.

Kita juga boleh lihat bagaimana sehingga sekarang Anwar Ibrahim masih lagi berjuang ke arah itu apabila isu mengenai pemecatan beliau dari UMNO dan kerajaan sudah menjadi satu kes di mahkamah kerana Anwar terus mencabar keputusan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir ketika itu dan dalam hal ini saya dapat melihat bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya masih mengganggap yang beliau masih menjadi sebahagian daripada anggota UMNO dan cuma mungkin menganggap keahlian beliau di dalam UMNO masih digantung.

Isnin, Mac 21, 2011

DUN Sarawak dibubar hari ini, DNA Amwar bila lagi nak dibubarkan ?

Kalau sebelum ini bukan main lagi pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS mendesak Ketua Menteri Sarawak agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan dengan segera malahan ada juga mereka dikalangan Pakatan Haram ini mahu Pehin SriTaib segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Jadi hari ini sepertimana yang diumumkan oleh Pehin Sri pada Jumaat lepas bahawa DUN Sarawak, 21hb Mac 2011 hari Isnin akan dibubarkan dan ianya sudah pasti hari ini. Tetapi bagaimana pula dengan isu DNA Anwar Ibrahim ? Bila nak serah? Kalau berani tandanya benar, tetapi kalau takut ertinya memang bersalahlah !

Bukan setakat hanya sesetengah pemimpin parti saja yang mahukan beliau segera menyerahkan sampel DNA kepada pihak Mahkamah tetapi sudah terlalu ramai rakyat bawahan yang mahu supaya beliau tidak berlengah untuk berbuat demikian agar proses undang-undang bagi menentukan keputusan berhubung kes liwatnya dapat diselesaikan dengan kadar sebeberapa segera yang boleh.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib serta Timbalannya YAB Tan Sri Muhyiddin juga secara terbuka telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menyerahkan sampel DNA kepada pihak berkuasa jika diperlukan, oleh itu Anwar Ibrahim juga harus berani sama sepertimana PM dengan TPM untuk memberikan kerjasama dengan pihak yang berwajib.

Kalau mahu jadi pemimpin nombor satu negara haruslah menunjukkan sifat keberanian kepada rakyat dan bukannya menunjukkan sifat pengecut, lari lintang pukang bila ada badai yang datang melanda.

Isnin, Disember 27, 2010

Benarkah Anwar Ibrahim sudah terpikat dengan Erry Putra ? ..waduh,waduh!

Di sebelah atas gambar Erry Putra tertera dua baris ayat-ayat maut yang terdapat dalam twitter milik Anwar Ibrahim bahasanya lembut lebih lembut gigi dari lidah.

Benarkah? Kalau benar agak-agaknya, apakah tugas yang akan diberi ye, bancuh coffee lagi ke atau penghantar dokumen yang telah tersedia dengan beberapa biji karipap...banyaklah dapat o/time..

Rabu, Disember 22, 2010

APCO: Anwar Ibrahim masuk perangkapnya sendiri...

Pada mulanya kalau kita perhatikan betul-betul tentang tujuan sebenar Ketua Beruk di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim untuk menimbulkan isu APCO lalu mengaitkannya dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib adalah semata-mata mahu agar rakyat menaruh rasa curiga dengan konsep 1Malaysia setelah rakyat terutamanya yang beragama Islam terpengaruh dengan dakwaan bahawa kononnya APCO yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Yahudi Israel namun dalam masa yang sama juga turut menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun sewaktu mula isu APCO ini menjadi begitu hangat dalam negara ketika itu hingga tersebar ke negara-negara yang tertentu sehingga ramai yang masih percaya dengan fitnah oleh Anwar Ibrahim terhadap kerajaan Barisan Nasional tetapi apa yang jelas kelihatan pada saat ini ialah pihak yang bertanggungjawab menyebar fitnah berkenaan konsep 1Malaysia dengan APCO iatu Anwar Ibrahim sebenarnya telah menjerat diri beliau sendiri dengan isu ini apabila dia sendiri pula yang tersangkut dalam perangkap yang telah dia pasang untuk memerangkap pihak lawan.

Inilah akibatnya apabila membuat tuduhan tanpa bukti, namun masih lagi mahu mempertahankan tuduhan yang lebih bersifat fitnah itu terhadap kerajaan Barisan Nasional. Saya berpendapat bahawa sekarang ini bukan saja rakyat Malaysia saja yang akan terus mempersoal serta mempertikaikan dakwaan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim itu malah tindakan beliau yang paling tidak bertamadun itu hanya akan mengundang rasa tidak yakin serta perasaan yang semakin tidak percaya dikalangan masyarakat negara luar seperti seperti Australia, Amerika Syarikat dan Israel sendiri terhadap integrity Anwar sebagai seorang pemimpin kepada sesebuah negara.

Apabila pembohongan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim semakin tersebar maka terbukti dan jelaslah bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pembohong sebagaimana dengan perkembangan terbaru berkaitan dengan isu APCO telah menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa manusia yang bernama Anwar adalah seorang yang sentiasa sanggup untuk buat apa saja bagi mempertahan semua dakwaan-dakwaan yang telah beliau buat walaupun dia sediri sedar bahawa semua tuduhannya terhadap BN itu adalah palsu belaka dan rekaan semata-mata.

Ahad, Disember 12, 2010

Wikileaks kini musuh bersama Anwar Ibrahim dan Amerika Syarikat !

Jika sebelum ini heboh satu dunia apabila sebuah laman pembongkar rahsia Wikileaks yang diasaskan oleh seorang rakyat kelahiran Australia, Julian Assange 39 (gambar) dengan berani telah mendedahkan rahsia setelah berjaya memperolehi 250,000 kabel rahsia milik Amerika Syarikat yang menyimpan dokumen-dokumen sulit mengandungi segala maklumat penting seperti perbualan, pengakuan, pandangan, arahan dan sebagainya antara Amerika Syarikat dengan lain diseluruh dunia bukan saja meletakkan Wikileaks sebagai musuh mutlak Amerika Syarikat semata tetapi kini ia turut menjadi musuh baru dalam karier politik Ketua Pembangkang di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.

Apabila sudah sampai kepada giliran Anwar Ibrahim, apakah beliau boleh untuk menyekat kegilaan Wikileaks dalam usahanya untuk terus membongkar semua rahsia-rahsia yang baginya perlu untuk diketahui oleh seluruh masyarakat dunia dan begitulah terjadi dengan pendedahan yang dilakukan oleh Wikileaks terhadap satu pengakuan yang diperolehi dari diplomat Singapura mengenai keyakinan pihak negara berkenaan bahawa mereka terlebih dahulu tahu dan percaya sebelum YABhg Tun Mahathir yang Anwar Ibrahim memang terlibat didalam kegiatan homoseks atau hubungan songsang.

Bila Wikileaks terus mara dengan kerja dia, tiada siapa lagi yang mampu untuk menangkis apa yang telah, sedang dan akan didedahkan oleh laman maut berkenaan termasuklah Anwar Ibrahim dan mereka-mereka yang bakal menerima nasib yang serupa. Wikileaks telahpun menjadi musuh kepada Amerika Syarikat dan Anwar Ibrahim, tanpa menggunakan sebarang senjata, tanpa perlukan peluru berpandu, tanpa perlu jerangkap samar, tanpa perlu memasang periuk api, tanpa perlu peluru pemintas dan sebagainya Wikileaks tanpa rasa gentar dan takut terus menjalankan operasinya walaupun pengasasnya Julian Assange kini sedang ditahan reman dan mungkin akan diektradisi ke Amerika Syarikat.

Wikileaks baru saja mendedahkan hanya satu dokumen mengenai pengakuan lama pihak kerajaan Singapura berhubung tabiat pelik Ketua Pembangkang Kerajaan Malaysia itu, namun hanya kerana satu itulah sudah mampu membuat tempurung kepala lutut Anwar Ibrahim menggeletar belum lagi Wikileaks bongkar lain-lain rahsia beliau yang bernilai RM1 sudah pasti akan membuat Anwar Ibrahim menjadi hilang arah dan meraung seumur hidup setiap kali bulan mengambang penuh 16 September setiap tahun he he he

Arkib Blog