Untuk kekal berkuasa sebagai sebuah parti pemerintah di Bumi Kenyalang ini maka Barisan Nasional Sarawak perlu berbuat sesuatu dengan kadar yang segera sebelum keadaan yang amat terdesak dengan tarikh PRU-13 yang semakin dekat ditambah pula dengan kemelut yang sedang membelenggu dua parti komponen iaitu SUPP dan juga SPDP.
Walaupun BN Sarawak seperti juga BN di Semenanjung yang sentiasa berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu mencampuri urusan dalaman parti komponen yang lain di dalam Barisan Nasional namun demi kebaikan masa depan pertubuhan terbesar di negara ini tiada salah kiranya mereka sanggup korbankan sedikit prinsip dalam keadaan yang tertentu serta untuk perkara yang amat penting bagi menyelamatkan gagasan Barisan Nasional itu sendiri agar terus mendapat keyakinan tinggi daripada rakyat di Sarawak khususnya.
Dalam isu yang membabitkan dua parti komponen iaitu SUPP dan SPDP, Pengerusi BN Negeri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib perlu menggunakan pengaruhnya untuk memperbetulkan apa jua masalah yang timbul dalam mana-mana parti komponen lain seperti yang sedang berlaku terhadap kedua-dua parti berkenaan ketika ini dan atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi BN Negeri adalah bukan sesuatu yang menyalahi peraturan pertubuhan untuk beliau menjadi orang tengah bagi tujuan memberi kata nasihat kepada pemimpin-pemimpin parti yang terlibat.
Adalah satu kesilapan bagi BN Sarawak jika mengambil sikap berdiam diri dan melihat sahaja apa yang sedang berlaku terhadap SUPP dan SPDP kini tanpa mahu turut membantu mereka mencari jalan penyelesaian dan begitu juga sebaliknya jika kedua-dua parti tersebut yang menutup pintu rundingan kepada semua bentuk campurtangan pemimpin dari parti komponen lain termasuk Pengerusi BN Negeri ke dalam masalah yang sedang dihadapi mereka dimana sikap kuku besi hanya akan merugikan parti mereka sendiri.
Saya berpendapat sekiranya BN Sarawak masih lagi leka dan beranggapan bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi PRU-13 seolah-olah tiada apa-apa masalah yang wujud terhadap mana-mana parti dalam komponen BN Negeri, ini bermakna langkah BN Sarawak untuk terus menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan Barisan Nasional pada peringkat pusat pasti akan tempang kerana sebenarnya masalah yang sedang mengikat SUPP dan SPDP sekarang ini tidak boleh meletakkan BN Sarawak dalam keadaan sudah bersiap sedia seratus peratus untuk berdepan PRU-13 nanti.
Apa yang dikatakan sudah "bersedia" bagi menghadapi PRU-13 itu nanti ialah, setiap parti komponen dalam BN Negeri sudah tiada masalah dalaman parti yang tertunggak dan semuanya sudah diselesaikan termasuklah perkara-perkara yang dibawa ke pengetahuan ROS. Tetapi jika masih terdapat mana-mana parti yang belum berjaya keluar dari isu berat yang membelenggu parti, maka itu bermakna mereka belum bersedia untuk turut serta di dalam PRU-13 kelak dan semua pihak harus melihat keadaan itu sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian serius dan bukannya dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Disember 03, 2011
BN Sarawak akan hilang beberapa kerusi Parlimen pada PRU-13 !
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional Sarawak dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi khususnya kerusi Parlimen kepada pihak pembangkang dan BN Sarawak pasti akan berdepan dengan keadaan yang sangat getir dalam usaha mereka untuk mempertahankan beberapa kerusi yang masih disandang ketika ini.
Memandangkan kepada masalah yang sedang dihadapi oleh dua buah parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP serta SPDP sejak sebelum PRN Sarawak lagi sehingga kini yang tidak menampakkan yang krisis dalaman parti masing-masing akan selesai, adalah bukan sesuatu yang mustahil banyak perkara yang tidak diduga akan dilakukan oleh ahli-ahli atau sesetengah pemimpin parti untuk mensabotaj parti mereka sendiri pada PRU-13 nanti.
SUPP yang masih belum lagi pulih dari kecederaan yang dialaminya ketika PRK Parlimen Sibu tahun lepas dan keadaan terus menjadi lebih parah sehingga pada PRN Sarawak yang lalu apabila banyak calon parti berkenaan kalah teruk kepada calon pembangkang dan begitu juga dengan SPDP yang tidak sudah-sudah menghadapi masalah kepimpinan parti sehinggalah sampai kepada isu pemecatan Naib Presiden SPDP Datuk Sylvester Entrie oleh Presiden parti Tan Sri William Mawan bulan lepas.
BN Sarawak kini hanya bergantung harap kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Pehin Sri Taib Mahmud selain Parti Rakyat Sarawak (PRS) pimpinan Tan Sri Dr James Masing untuk terus berkuasa di negeri Sarawak. Disaat parti SUPP dan SPDP sedang bergelut dengan masalah kepimpinan parti mereka masing-masing, PBB terus bergerak seperti biasa mendekati rakyat tanpa banyak masalah yang dilihat boleh menyebabkan PBB akan turut kehilangan kawasan seperti SUPP dan juga SPDP.

Label:
bn sarawak
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com