Tahun ini 2013 genaplah 50 tahun Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menggunakan lebih dari separuh usia beliau terlibat di dalam politik Malaysia memberi khidmat bakti kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khasnya.
Menganggotai kabinet pertama Sarawak pada tahun 1963 dengan portfolio Menteri Tanah dan Galian Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Pertama Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dan seterusnya sekitar tahun 1969 beliau di bawa ke dalam kabinet Persekutuan Malaysia oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Petra Alhaj.
Selepas Tunku Abdul Rahman bersara dari jawatan Perdana Menteri kemudian Pehin Sri Abdul Taib kekal di dalam kabinet persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak Hussein sebagai Menteri Penerangan Malaysia awal tahun 1970an. Selepas berlaku peralihan kuasa dari Tun Abdul Razak yang meninggal dunia dalam tahun 1976, pentadbiran negara kemudiannya diambilalih oleh Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri ketiga di mana menyaksikan Pehin Sri Abdul Taib masih di Persekutuan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sehingga awal tahun 1981.
Dalam tahun 1981, Pehin Sri Hj. Abdul Taib telah dipanggil kembali ke Sarawak oleh ayah saudara beliau Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub bagi menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak berikutan Tun Rahman baru saja dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-4.
Memulakan tugas beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat dalam tahun 1981, Pehin Sri Hj. Abdul Taib memperkenalkan Dasar Politik Pembangunan di dalam pentadbirannya dengan matlamat untuk membawa rakyat serta negeri Sarawak keluar dari budaya kerja lama kepada cara bekerja yang lebih moden dan mencabar di samping mengubah wajah negeri Sarawak yang sebelumnya agak suram dari segi kegiatan ekonominya kepada sebuah negeri membangun yang bersedia menggunakan segala sumber untuk menukar status Sarawak dari sebuah negeri pertanian kepada sebuah negeri perindustrian iaitu selari visi kerajaan pusat yang menyasarkan tahun 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
Selama 50 tahun mengharungi suka duka kehidupan sebagai seorang pemimpin rakyat Sarawak khususnya, Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud yang kekal bertahan sehingga kini nyata dan terbukti telah mengubah wajah Sarawak dari sebuah negeri yang mundur satu ketika dulu menjadi sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini. Biarpun tidak semua kawasan penduduk mampu dibangunkan, tetapi sekurang-kurang usaha kerajaan di bawah kepimpinan Pehin Sri Hj. Abdul Taib telah menyaksikan banyak kejayaan yang dicapai dalam mewujudkan peluang kerja, mewujudkan penempatan baru bagi rakyat apabila semakin banyak rangkaian jalanraya dibina.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Julai 23, 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com