Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, September 04, 2011

Latheefa Kuyad, belajarlah untuk jadi seorang yang berhati manusia!!!

Latheefa Kuyad
Sebagai seorang manusia, pasti perasaan simpati terhadap orang lain ada tertanam dalam diri kita masing-masing apatah lagi jika ada berlakunya peristiwa kehilangan nyawa dikalangan keluarga orang-orang yang tertentu.

Begitulah juga dengan perasaan kita seluruh rakyat Malaysia apabila menerima berita kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dalam satu tragedi yang sangat menyayat hati yang terkorban akibat peluru sesat yang dilepaskan oleh penembak curi yang dipercayai tentera Burundi.

Tapi malang sekali apabila ada lagi pihak di negara ini yang langsung tidak ada perasaan bersimpati terhadap keluarga mangsa dimana mereka mula cuba untuk menggunakan isu kematian allahyarham Noramfaizul sebagai modal kempen politik mereka.

Di saat keluarga allahyarham sedang berduka di atas kehilangan orang yang tersayang, Latheefa Kuyad sebagai seorang yang terpelajar dan beragama harus lebih prihatin dan sepatutnya memahami situasi yang sedang dialami oleh keluarga allahyarham Noramfaizul dan bukannya mengambil peluang daripada kesedihan mereka itu untuk meraih sokongan rakyat.

Sekurang-kurangnya sebagai seorang wanita yang bertudung, Latheefa Kuyad perlu melindungi sifat serta menjaga tutur kata sesuai dengan dirinya sebagai manusia yang berakal fikiran dan bukannya sering menonjolkan sikap kebinatangan yang memang tiada perasaan belas kasihan terhadap pihak lain...

DAP Sarawak buat apa kempen 24jam sehari ?

Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke-10 telahpun lama berlalu, namun kempen pilihanraya oleh DAP sejak kebelakangan ini tidak pernah berhenti malahan semakin giat pula mereka mengadakan kempen untuk meraih sokongan daripada masyarakat Bumi Kenyalang.

Setiap hari 24 jam tanpa henti, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun mereka akan terus berkempen, jalan keliling kawasan perumahan, penempatan, pasar, kedai, pakai baju ada logo roket DAP...cari kalau-kalau ada terjumpa jalan simen yang berlubang..panggil pihak media ambik gambar dan esoknya siarkan dalam akhbar-akhbar milik mereka konon-kononnya inilah kelemahan BN walhal kan ke kawasan tu sudahpun jatuh ke tangan mereka masa PRN Sarawak April lalu kenapa pula masih nak salahkan BN?

Kalau nak selesaikan masalah sebegitu buatlah kerja macam seorang Ahli Yang Berhormat dan bukannya jalan sana sini cari kekurangan ditempat yang tertentu kemudian panggil jurufoto tangkap gambar siar dalam surat khabar dan minta rakyat baca dan tengok, adakah sesuatu masalah itu akan selesai hanya kalu dah buat macam begitu sahaja? Huh!!

Arkib Blog