Cuba lihat dalam gambar di atas selain daripada Perdana Menteri DS Mohd Najib dan DS Idris Jala iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, mereka yang lain adalah pemimpin-pemimpin tertinggi bagi agama Kristian di Malaysia.
Lihat wajah pemimpin Kristian tu, lihat siapa mereka dengan teliti dan pastikan mana seorang daripada pemimpin-pemimpin Kristian itu yang mewakili kaum Bumiputera Kristian atau berketurunan Bumiputera? Tidak ada kan... Mengapa?
Bumiputera Kristian khususnya di Sarawak mahupun di Sabah memang patut mempunyai perasaan yang kecewa terhadap apa yang sering berlaku kepada mereka sejak kebelakangan ini. Orang lain yang makan nangka orang lain pula yang kena getah. Memang tak adil. Itu bola yang dilontar DAP dan disambut pula oleh PERKASA.
Hari Sabtu dan tentunya pagi hari Ahad suasana biasa dibandar-bandar utama dalam negeri Sarawak iaitu hari dimana untuk semua orang Kristian mengerjakan sembahyang di gereja ada beberapa perkara tanpa disedari tidak menepati konsep penyatuan itu sendiri seperti yang dianjurkan dalam semangat Kristus.
Misalnya hari Ahad sembahyang yang bermula jam 7 pagi kalau bukan orang Cina Kristian maka orang Bumiputera Kristian akan mengambil tempat untuk bersembahyang dan setelah selesai giliran kaum Cina dan begitulah sebaliknya. Itu bukan amalan yang dituntut dalam Kristian tetapi kenapa boleh berlaku sedemikian dalam ibadat orang Kristian?
Jawapannya lebih kurang seperti...minyak dengan air mana mungkin boleh bercampur. Mustahil. Mereka selamanya tidak mungkin akan mampu untuk menerima kehadiran kaum Bumiputera dalam kelompok mereka dan yang jelas mereka memang tidak selesa berada dibawah penguasaan kaum Bumiputera.
Itulah lebih kurangnya apa yang cuba diperjelaskan melalui gambar yang dipaparkan di atas. Di Sarawak dan juga Sabah, sebenarnya kaum Bumiputera yang beragama Kristian adalah lebih ramai jumlahnya dari kaum Cina tetapi dimanakah kedudukan mereka dalam pertubuhan Kristian?
Kaum Cina ada dua pilihan agama iaitu kalau bukan Kristian mereka pasti beragama Buddha sedangkan Bumiputera bukan Islam hanya ada satu agama iaitu Kristian selain 'paganisme dan itulah antara fakta mengapa saya katakan yang Bumiputera khususnya di Sarawak atau Sabah lebih ramai dari Cina yang beragama Kristian.
Bumiputera Kristian baik di Sarawak mahupun di Sabah, mereka harus berani melihat akan hal mengapa masih ada beberapa perkara itu adakalanya seolah-olah tidak menyebelahi kita walaupun sumbangan dari kita sentiasa ditagih dan diterima tetapi dimanakah letaknya semua sumbangan itu?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Mei 17, 2011
Haramkan DAP, PERKASA dan Mocs!!!
ISA harus dikenakan ke atas Ibrahim, Francis dan Abdillah ,
Reaksi terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Presiden PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali. Beliau sebagai seorang pemimpin veteran dan disegani ramai tidak patut menari mengikut rentak DAP yang jelas bersifat perkauman.
Kami faham apa masalah yang sedang melanda umat Islam lain di negara angkara perbuatan sekumpulan pemimpin dalam DAP yang sengaja memperalatkan agama Kristian sebagai perisai politik mereka tetapi adakah sesuatu yang wajar untuk Datuk Ibrahim Ali menghukum seluruh orang Kristian di Malaysia ini dengan menyeru supaya kami diserang ala 'perang salib'?
Itu sangat tidak adil bagi kami sebab kami sebagaimana rakyat yang beragama lain seperti Islam, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lainnya juga punya hak ke atas wilayah kami sendiri.
Harap dalam isu yang bersangkutan bagi mengekang pihak-pihak yang tidak peduli tentang keamanan negara, keharmonian kaum adalah kita mahu agar Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengambil berat isu-isu seperti ini. Beri perhatian kepada kenyataan Datuk Ibrahim Ali, pantau juga apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin DAP yang sentiasa bermain dengan api sentimen kaum dan tolehlah apa yang sedang dilakukan oleh puak dalam Mocs di Sarawak dan kalau perlu tahan mereka dibawah Akta ISA!!!

Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com