Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 28, 2010

Ke mana Bumiputera hendak bawa hak kaum masing-masing ?


Nampak sangat dah sekarang, hari demi hari apabila kerajaan yang sedia ada telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen sejak berakhirnya PRU-12 lalu, dimana soal hak-hak tertentu khususnya hak kaum Bumiputera semakin kerap disentuh, dibangkit atau diungkit oleh kaum bukan Bumiputera walaupun mereka sudah sedia maklum bahawa semua itu telah dipersetujui bersama antara tiga kaum terbesar negara ini serta telah dimaktubkan didalam perlembagaan persekutuan Malaysia.

Keghairahan kaum-kaum bukan Bumiputera ini yang galak mendesak kerajaan untuk memansuhkan hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera seolah-olah tidak pernah padam dari perjuangan mereka dan seolah-olah mereka ini sentiasa bersedia menunggu ruang dan peluang untuk terus menimbulkan perkara agar terus mendapat perhatian dari kumpulan yang lebih besar lagi dalam kalangan mereka malah jika boleh mereka seperti mahu sokongan masyarakat antarabangsa terhadap mereka dalam perkara ini.

Posting saya ini bukanlah bermaksud untuk menyerang balas dengan apa yang mungkin menimpa nasib kaum Bumiputera dalam negara ini pada masa depan dalam negara ini tetapi cuma untuk menyatakan akan kewajaran kita untuk mempertahankan apa yang telah menjadi hak kita sebagai kaum peribumi atau kaum asal di negara ini daripada terus cuba untuk diganggu-gugat oleh mereka-mereka yang memang punya keinginan besar mahu melihat kesemua hak keistimewaan bumiputera hancur berkecai dan sudah pasti bila ianya terjadi kita semua tidak akan punya apa-apa lagi yang hendak dipertahan dan diperjuangkan.

Maka itu, walaupun bagi saya bahawa sememangnya ideologi politik bumiputera masing-masing tentu sekali berbeza akan tetapi apakah tiada semangat kerjasama yang boleh menyatukan mereka kedalam satu perjuangan untuk mengekalkan yang dulunya telah memberi jaminan kepada kita semua bahawa sehingga kini itulah yang telah meletakkan kita dikedudukan yang boleh dikatakan sebagai stabil politik, ekonomi serta pendidikan dan itulah juga yang telah menentukan kejayaan sesebuah kaum itu membentuk menjadi masyarakat pemimpin yang adil dan saksama kepada warganegara yang menghuni negara Malaysia ini.

Harap kerajaan BN, khususnya UMNO yang telah menjadi tulang belakang pentadbiran negara ini agar benar-benar menjadi pendahulu yang senantiasa peka kepada sebarang peubahan dan juga supaya setiap langkah UMNO akan menjadi ikutan kepada lain-lain komponen didalam Barisan Nasional didalam mempertahankan apa yang telah menjadi hak kaum masing-masing dan bukan mahu hak kaum lain nak dihapuskan namun dalam pada itu mahu terus memperjuangkan atau menambah tuntutan hak ke atas kaum sendiri.

HIDUP BN !!!

Arkib Blog