Semalam(12 Oktober jam 10 malam) saya ada mengikuti rancangan Diluar Lingkungan atau singkatannya DLL di RTM TV1 yang di host atau dikendalikan oleh saudara Syed Munawar. Pada rancangan semalam topik yang dipilih untuk dikupas ialah "Dialog Budaya Antara Malaysia Indonesia" dan ianya sangat sesuai untuk disentuh pada ketika dimana hubungan rakyat Indonesia dengan kerajaan Malaysia dilihat semakin cuba untuk direnggangkan. [gambar diatas hanya hiasan]
Pada rancangan DLL itu juga pihak RTM telah menyediakan satu ruang khas "tinjauan pendapat" kepada para penonton untuk membolehkan mereka samada bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar diadakan satu dialog khas antara Malaysia dengan Indonesia mengenai pertembungan budaya, adat resam, pakaian dan lain-lain lagi yang jelas sekali banyak persamaan diantara satu dengan yang lain.
Tinjauan pendapat yang mengumpul peratusan pendapat dari kalangan penonton siaran itu telah menyediakan tiga jawapan mudah untuk dipilih oleh para penonton. Ianya memerlukan penonton untuk mengundi jawapan yang telah disediakan seperti; (A) Setuju. (B) Tidak setuju. (C) Bukan isu. Cara untuk mengundi mudah saja cuma perlu taipkan DLL< > jawapan samada A, B atau C dan terus hantar mesej ke 32776.
Disamping itu juga, RTM telah menjemput tiga tetamu sebagai ahli panel pada malam itu termasuk Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Encik Tatang Razak, Puan Norila Daud dan seorang lagi saya lupa nama beliau kerana agak sukar untuk menghafalkan serta menyebut nama yang sedemikian.
Kita berbalik kepada keputusan tinjauan pendapat yang diadakan, yang memilih (A) sebanyak 71%, (B) 6% manakala (C) 23%. Jika diukur kepada keputusan tinjauan pendapat itu maka ternyata kebanyakkan penonton mahukan diadakan dialog sebagaimana yang dicadangkan. Hanya 6 peratus saja yang tidak bersetuju dan selain daripada kedua jumlah itu terdapat 23 peratus yang tidak mengendahkan perkara tersebut atau tidak ambil peduli. Lantak sajalah...
Apa yang kurang selesa ialah apabila ketika waktu kita sedang mengikuti rancangan tersebut kita akan mendengar Syed Munawar sering menyebut perkataan "berjeda" sebelum siaran untuk iklan mengambil tempat. Saya tidak faham bahasa apa itu. Tapi apa yang pernah saya ketahui ialah yang sering menyebut perkataan itu adalah orang-orang Indonesia.
Tidak adakah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan "berjeda" apabila sesuatu keadaan akan berlaku ? Jika mamat-mamat seberang sana sedar akan perkara ini, tidakkah ianya akan menjadi isu semula yang hanya menyusahkan kita di Malaysia.
Yang menghairankan saya, bagaimana kita di Malaysia ini yang kaya dengan bahasa, budaya dan makanan masih lagi mahu menyebut perkataan-perkataan yang mampu mengundang berbagai-bagai masalah baru dengan segelintir rakyat di Indonesia.
Cuba kita lihat dan perhatikan betul-betul pihak yang sering menuduh kita mencuri bahasa, budaya dan makanan orang lain tetapi mereka sendiri tidak sedar yang mereka juga lebih banyak mencuri bahasa orang lain dan dikatakan adalah bahasa mereka. Kita ambil contoh perkataan "klaim" "teroris" dan sebagainya lagi.
Perkataan "klaim" itu berasal daripada bahasa Inggeris iaitu "Claim" yang bermakna "tuntut"(menuntut sesuatu hak) jika dalam bahasa Malaysia. "Teroris" juga asal memang dari bahasa Inggeris iaitu "terrorist" dan dalam bahasa Malaysia bermakna "pengganas" atau penjahat. Mungkin ada diantara kita di Malaysia ini yang kurang menyedari perkara ini sebabnya ialah orang Indonesia menggunakan bahasa Melayu "baku" didalam perbualan seharian mereka iaitu "ejaan mengikut sebutan."
Banyak lagi bahasa yang sering saya lihat digunakan oleh masyarakat di Indonesia ada banyak lagi diantaranya memang diciplak dari bahasa Inggeris tetapi malas saya nak huraikan semua disini cuma saya ingin ambil satu dua saja sebagai contoh. Maka begitulah apabila sering menuduh orang lain dengan berbagai-bagai perkara sehingga terlepas pandang sudah berapa kerat mereka sendiri telah melakukan kesilapan.
Oleh kerana itu, RTM dan Kementerian Penerangan khasnya agar pada suatu ketika kelak akan dapat meneliti perkara yang difikirkan boleh menjadi isu oleh pihak di Indonesia dan oleh itu hendaklah berhati-hati menuturkan apa-apa juga bahasa yang mungkin akan dikatakan sebagai milik mereka. Kita di Malaysia kaya dengan segala bahasa yang ada pada lebih 60 lebih kaum di Malaysia jadi apalah salahnya ambil satu, dua atau tiga bahasa daripada masyarakat tertentu di negara ini untuk dijadikan sebagai penambahan kepada Bahasa Malaysia yang ada sekarang.
Bagi saya ianya tidak akan menjadi satu kesalahan jika kita benar-benar faham akan maksud konsep 1Malaysia yang sudah diperkenalkan oleh YAB Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri kita. Jika boleh, hendaklah kita menggabungkan mana-mana bahasa atau perkataan yang sesuai dan berkualiti dari bahasa ibunda kaum-kaum yang tertentu di negara ini ke dalam satu bahasa kebangsaan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Oktober 13, 2009
Beras percuma setiap bulan : Terima Kasih BN.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Mohd. Noh Omar telah menggariskan 6 perkara mengenai dengan pemberian berterusan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Yang sangat menarik sekali ialah pemberian itu nanti tidak akan memilih bulu, asalkan mereka rakyat Malaysia walaupun dikawasan yang diwakili oleh Pakatan Haram seperti DAP/PKR/PAS. 6 perkara tersebut adalah seperti berikut;
( 1) Sebanyak 43,000 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan dibandar dan RM420 sebulan diluar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.
( 2 ) Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan dibandar dan RM1,000 diluar bandar pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.
( 3) Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15(15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14.
( 4 ) Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti Pembangkang(DAP/PKR/PAS).
( 5 ) Sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong diseluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan berhubung perkara itu.
( 6 ) Pemberian Kupon itu akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Pekan, Pahang pertengahan November ini.
Sumber berita di Utusan Malaysia hari ini 13 Oktober 2009.
Reaksi spontan rakyat seperti saya;
Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib kerana telah mendahului rakyat didalam pentadbiran beliau dan tepat sekali dengan konsep 1Malaysia Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.
Disamping sering membantu masyarakat luar yang sering ditimpa musibah alam, kerajaan Barisan Nasional juga tidak mudah lupa kepada rakyat dia sendiri yang masih lagi ada terdapat sesetengah daripada mereka sangat memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan.
Mungkin jarang bagi kita untuk mendapati adanya kerajaan lain selain Malaysia yang ditunjangi oleh Barisan Nasional yang sebegini serius mengambil berat mengenai kebajikkan segelintir rakyatnya yang ada masih hidup didalam serba kekurangan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan juga penghargaan daripada kami rakyat biasa kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Datuk Seri Noh Omar khususnya, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia amnya diatas segala pemberian itu kelak. Terima kasih.

Label:
kupon
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com