Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 18, 2009

Noordin Mat Top tumpas kali kedua ?

Adakah pasti dan sudah sah bahawa indidvidu yang telah tumpas dalam serbuan polis Indonesia di Solo, Jawa Tengah semalam adalah Noordin Mat Top ?

Apakah polis Indonesia tidak melakukan kesilapan untuk kali kedua ?

Mungkin oleh kerana keghairahan yang terlalu kuat untuk menewaskan Noordin, maka tanpa usul periksa dengan lebih teliti dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan, pihak berkuasa Indonesia terus mengakui bahawa salah seorang daripada mereka terkorban semalam adalah Noordin.

Diharap pihak berkuasa di Indonesia tidak akan membuat kesilapan berturut-turut. Bila membaca laporan berita yang terbaru, bahawa Noordin mati bukan kerana terkena tembakan daripada pihak polis tetapi Noordin telah meletupkan diri beliau sendiri dengan bom yang dililitkan ditubuh beliau.

Dalam kejadian itu mayat Noordin dikatakan hancur berkecai manakala bahagian kepala beliau dikatakan telah terpisah dari badan. Jadi persoalannya, bagaimana pihak berkuasa Indonesia dengan segera boleh mengesahkan bahawa yang tewas itu sebagai Noordin sedang ujian DNA belum lagi dibuat ?

Dan juga bagaimana mereka mampu mengecam wajah Noordin jika berpandukan laporan yang terbaru itu yang mayat Noordin berkecai akibat ledakkan bom yang beliau pasang pada tubuh dia ? ...Juga bagaimana pihak berkuasa Indonesia tahu atau boleh menyatakan yang Noordin telah melilitkan bom disekeliling tubuh beliau dan selepas itu meletupkan dirinya sedangkan sebelum itu mereka mendakwa bahawa mereka telah berjaya menembak mati suspek serta rakan-rakannya ?

Arkib Blog