Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 22, 2011

Isu bendera PM: apa benda di dalam beg galas Tian Chua, ice-baby? special brew?

Pernah tak pihak berkuasa khususnya pihak polis yang bertanggungjawab dalam memberikan permit kepada kumpulan SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) dan juga BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) mengambil langkah lebih berjaga-jaga terhadap mereka yang menyertai demonstrasi jalanan tempoh hari yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta beberapa pemimpin parti politik daripada Pakatan Haram Pembangkang dengan membuat pemeriksaan ke atas semua barangan yang mereka bawa termasuklah setiap beg yang digalas setiap daripada mereka.

Walaupun tidak menjangka para peserta demontrasi tersebut akan membawa sebarang objek seperti senjata berbahaya namun pemeriksaan memang perlu dilakukan juga kerana kemungkinan besar ada benda lain yang tidak terduga dikhuatiri boleh lolos umpamanya dadah berbagai jenis, pil khayal serta minuman keras beralkohol yang memabukkan seperti brandy, martell dan semua jenis minuman yang tentunya boleh menyebabkan mana-mana mereka yang menyertai perarakan itu boleh bertindak diluar batasan manusia yang normal.

Adakah YB Tian Chua pernah mengisytiharkan kepada pihak polis apa barang dalam beg galas yang beliau bawa bersama ketika turut sama sesetengah mahasiswa berhimpunan, berarak dan berdemontrasi dihadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) bagi menuntut Akta AUKU dimansuhkan sehingga membawa kepada kejadian yang sangat memalukan mahasiswa seluruh negara setelah rakan mereka iaitu Adam Adli sanggup untuk bertindak melampau serta biadap dan sungguh kurang ajar apabila menurunkan bendera Presiden UMNO ke-7 YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan bendera SMM.

Sebagai seorang yang berjawatan Pengarah Strategi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), sudah pastilah Tian Chua telah bersiap sedia sebelum bermulanya perhimpunan oleh mahasiswa-mahasiswa pro-Anwar. Tian Chua tentu sekali awal-awal lagi telah menyediakan segala barang keperluan terutama apa yang memang diperlukan oleh golongan muda untuk membolehkan mereka agar lebih berani bertindak mengikut arahan sebagaimana yang dikehendaki.

Tidak mustahil juga dalam perkiraan saya, sebelum mereka memulakan gerakan menuju ke bangunan PWTC di Ibu Negara, mana-mana peserta yang memang kaki pot tentu terlebih dahulu kena mengecas tenaga dan minda mereka dengan benda yang telah di sediakan oleh Tian Chua. Biarpun ini cuma satu andaian saja namun lain kali kita sangat berharap agar pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan paling ketat terhadap mana-mana individu yang menyertai demonstrasi khusunya mereka yang menggalas beg di belakang badan bagi mengetahui apa barang yang mereka bawa.

Isu menurun bendera PM: perbuatan dilakukan ketika di bawah pengaruh dadah!!

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita bahawa penyalahgunaan dadah juga turut berlaku di dalam kawasan kampus yang pastinya melibatkan segelintir pelajar-pelajar di IPTS-IPTS dan IPTA-IPTA yang tertentu.

Dadah jenis syabu adalah merupakan sejenis dadah yang menjadi pilihan utama pelajar di institusi pengajian tinggi kerana ianya dikatakan mempunyai kesan yang sangat luarbiasa dan dikatakan juga amat sesuai untuk digunakan sewaktu mereka sedang menghadapi peperiksaan selain itu diprcayai boleh menahan diri dari terasa letih, mengantuk serta jemu.

Memang tidak semualah mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi yang terjebak di dalam penyalahgunaan dadah sebagaimana yang telah didedahkan oleh beberapa pihak media sebelum ini namun kita juga tidak bolehlah untuk menafikan secara bulat-bulat mengenai penglibatan sekumpulan kecil mahasiswa ini di dalam masalah gejala dadah di tempat mereka belajar.

Mengikut laporan hasil dari kajian yang pernah dibuat, tindakbalas yang boleh kita lihat pada diri seseorang yang menggunakan dadah sebagai peransang untuk dirinya bagi melaksanakan tindakan yang bakal beliau lakukan ialah seperti dari seorang yang pemalu atau segan sebelumnya kepada seorang yang cepat mesra serta peramah, dari seorang yang penakut kepada berani dan dari seorang yang berbudi bahasa berubah menjadi seorang yang biadap dan kurang ajar.

Disyorkan agar pihak Universiti tempat Adam Adli menuntut ataupun pihak Kementerian Pengajian Tinggi melakukan 'ujian air kencing' ke atas Adam Adli serta rakan-rakan beliau yang turut berdemontrasi di hadapan bangunan PWTC hujung minggu lalu dan tentukan daripada sampel air kencing samada mereka positif dadah ataupun tidak bagi merungkai persoalan bagaimana budak mentah yang baru berusia 22 tahun begitu berani bertindak menghina Datuk Seri Mohd Najib dengan menurunkan bendera wajah pemimpin nombor satu negara itu yang kemudian menggantikannya dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia milik mereka.

Bagi saya, hanya orang yang sudah hilang kewarasan cara berpikir saja yang sanggup melakukan semua itu. Orang yang mabuk arak sudah tentu akan hilang semua kawalan diri dan sanggup melakukan apa saja tanpa rasa takut dan begitu jugalah dengan mereka yang sudah dikuasai oleh pengaruh dadah, pasti akan lebih berani untuk bertindak tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Siswa turun bendera PM: KJ berpakat dengan Saifuddin Abdullah ?!

Mesej KJ kepada Datuk Saifuddin Abdullah, "Anda dan saya akan terus berjuang bagi hak dan kebebasan pelajar tetapi kumpulan mahasiswa yang kecil ini harus memohon maaf atau berhadapan dengan tindakan," - YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Boleh dilihat di sini juga.

Begitukah sikap pejuang? Kalau yang mereka sokong itu telah membuat hal, maka semudah itu juga kedua mereka melepaskan tanggungjawab. Budak-budak mahasiswa sudah ikut arahan agar menurunkan bendera gambar Perdana Menteri dari bangunan PWTC, bila rakyat Malaysia kecewa dan marah dengan tindakan kurang ajar dan biadap Adam Adli itu maka Khairy tampil menyokong Saifuddin yang tengah mengelak diri dari isu berkenaan.

Pemimpin apa macam mereka berdua ini?

Arkib Blog