Berita hari ini yang hangat dari Semenanjung Malaysia apabila pihak Peguam Negara semalam akhirnya mengemukakan petisyen rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 9 January 2012 lalu yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembancuh kopinya Mohd Saiul Bukhari Azlan. Syabas kepada Mohd. Saiful!...anda akan mendapat keadilan sebagaimana yang kami rakyat Malaysia harapkan...
Seolah-olah sedar bahawa Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR sedang kepanasan dengan perkembangan terbaru kes liwat II Ahli Parlimen Permatang Pauh itu maka Pengerusi PKR Sarawak yang juga ADUN Ba'Kelalan YB Baruk Bian terus memulakan langkah demi menyelamatkan keadaan dan demi untuk menyejukkan hati Anwar Ibrahim, YB Baruk Bian yang sebelum ini agak pendiam, kurang bercakap sudahpun mula belajar berbohong kepada rakyat Sarawak. Beliau mula cuba menipu rakyat Sarawak dengan berbagai andaian serta teori yang terdesak.
Baruk Bian kata ramai dah wakil-wakil rakyat BN Sarawak sudah mula berjinak-jinak dengan Pakatan Haram Pembangkang PKR, DAP dan PAS. Kata Baruk Bian mereka memang semakin ramai yang menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Haram Pembangkang pada PRU-13 nanti. Tetapi apabila ditanya siapakah mereka wakil rakyat BN yang beliau maksudkan, Baruk Bian enggan memberitahu namun mahu mahu orang yakin kononnya ramai sudah wakil-wakil rakyat BN yang pernah berjumpa dengan beliau untuk tujuan itu.
Nampaknya penyakit pembohong serta penyakit penipu yang ada pada Anwar Ibrahim kini telahpun menular hampir kepada keseluruh para pemimpin yang masih terpedaya dengan PKR. Kalau dulu Anwar Ibrahim sudahpun terkenal dengan isu penipuan 60 Ahli Parlimen kononnya akan melompat menyertai Pakatan Haram Pembangkang, kemudian tentang pembohongan 16 September 2008 kini tugas untuk menipu rakyat Sarawak telahpun digalas oleh Baruk Bian pula.
Harap rakyat Sarawak tidak tertipu dengan pembohongan Baruk Bian ini dan kalau benarlah apa yang dikatanya pernah berlaku pertemuan antara beliau dengan kumpulan wakil-wakil rakyat BN maka beliau kena buktikan dakwaannya benar dan tunjukkan kepada rakyat Sarawak siapakah wakil rakyat yang mahu berpaling tadah itu dan kalau perlu Baruk Bian kena melakukan "Sumpah menggunakan Bible" di mana-mana Gereja yang ada di Bumi Kenyalang ini demi menyatakan bahawa apa yang beliau katakan itu benar dan bukannya hanya rekaan semata-mata.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Julai 11, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com