Sebuah lagi parti politik wujud di Sarawak iaitu Parti Pekerja Sarawak atau Sarawak Worker Party (SWP) yang diterajui oleh Presiden penajanya, Dr. Ong Lark Sai di mana sebaik saja permohonan mereka diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan [ROS] pada Selasa 17 April lalu.
Saya melihat kelahiran SWP yang seolah-olah dibayangi restu daripada Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud bukan saja dianggap untuk menambahkan lagi kemeriahan suasana politik Bumi Kenyalang malah lebih kepada akan memberi saingan hebat kepada dua parti serpihan PBDS (Parti Bansa Dayak Sarawak) iaitu PRS dan juga SPDP.
Kewujudan SWP itu juga sebenarnya jelas terhasil daripada konflik yang berlaku di dalam PRS sendiri apabila krisis kepimpinan melibatkan Presidennya Tan Sri Dr. James Masing dengan bekas ADUN Pelagus Larry S'ng gagal diselesaikan gara-gara sikap membatu tidak bertempat Dr. James Masing yang terus menutup kepada segala bentuk rundingan damai dengan kumpulan yang diketuai oleh Larry S'ng.
Sikap keras kepala Dr. James Masing juga tidak ubah sama seperti sikap Presiden SPDP YB Tan Sri William Mawan Ikom di mana lebih berminat untuk melihat parti yang beliau pimpin menjadi cepat hancur daripada berusaha untuk menyelamatkan parti dari musnah akibat kemelut yang berpanjangan angkara tindakan sesetengah pemimpin dalam parti sendiri yang gemar melaga-lagakan pemimpin tertentu dengan pucuk pimpinan parti semata-mata hendak mengejar kuasa dan tempat di dalam parti.
Kumpulan SPDP5 yang diketuai oleh Ahli Parlimen BN Mas Gading YB Datuk Tiki Lafe contohnya, iaitu setelah kelima-lima mereka termasuk empat yang lain iaitu YB Datuk Sylvester Entri, YB Paulus Ngumbang, YB Rosey Yunus dan YB Datuk Peter Nansian disingkir daripada parti oleh Majlis Teringgi SPDP hanya merugikan parti malah tidak akan membantu parti pimpinan Tan Sri William dari segi untuk memulihkan parti dari kemelut yang melanda tetapi mungkin akan mempercepatkan lagi proses ke arah kehancuran sesebuah parti itu.
Berbalik semula kepada penubuhan SWP ini saya tetap melihat bagaimana parti ini nanti yang dinaungi oleh bekas Ahli Parlimen Julau iaitu Datuk Seri S'ng Chee Hwa bapa kepada bekas ADUN Pelagus Larry S'ng akan membalun serta memastikan parti PRS yang dipimpin oleh Tan Sri Dr. James Masing akan lenyap dari arena politik negeri Sarawak. Ini rasanya pasti akan berlaku kerana dendam politik perlu dilunaskan dan untuk menebus segalanya mungkin dalam masa yang sama sudah pasti SWP tidak mahu berlaku sebarang pergeseran dengan parti komponen lain di dalam Barisan Nasional khususnya PBB serta SUPP.
Kalau mengikut teori, SWP seboleh-bolehnya mahu memastikan agar tidak timbul apa-apa masalah antaranya dengan PBB dan SUPP iaitu dua parti tertua di negeri Sarawak kerana boleh dilihat bahawa matlamat sebenar tertubuhnya Sarawak Worker Party adalah bertujuan untuk mengajar Presiden PRS bagaimana cara untuk memimpin sebuah organisasi yang dianggotai oleh ratusan ribu pengikut, harus bersedia untuk mendengar luahan pihak lain, sedia menerima pandangan serta tahu menghormati hak bersuara dikalangan pemimpin-pemimpin di dalam parti dan tidak hanya berterusan memaksa pihak lain supaya menurut serta akur kepada kemahuan sendiri.
Menurut laporan akhbar tempatan Sarawak hari ini, lokasi pertama yang menjadi pembuka langkah sulung SWP untuk memulakan kempen politik mereka adalah dalam kawasan Parlimen Kanowit yang kini disandang oleh YB Datuk Aaron Dagang daripada PRS. Kehadiran Datuk S;ng Chee Hwa yang datang dengan menaiki sebuah helikopter peribadi miliknya bersama dengan ADUN Bebas kawasan Pelagus YB George Lagong serta beberapa kenamaan lain sudah cukup untuk menjelaskan bahawa sasaran utama SWP pada PRU-13 nanti adalah kawasan yang diwakili oleh parti pimpinan Tan Sri Dr. James Masing.
Dalam keadaan tertentu saya yakin SWP tidak akan mencabar parti PBB dan SUPP sebab sejak awal lagi iaitu sebelum kelulusan diperolehi daripada ROS mereka menyatakan bahawa tidak ada masalah dengan BN tetapi cuma dengan PRS saja dan dari situ jugalah andaian saya sekira SWP ditakdirkan untuk menang dan berjaya menewaskan calon-calon yang diletak PRS pada PRU-13 mahupun pada PRN Sarawak ke-11 nanti adalah bukan perkara mustahil berlaku apabila parti berkenaan akan diterima sebagai anggota BN Sarawak kerana dasarnya yang pro BN disamping reaksi Pehin Sri Taib Mahmud yang bernada lembut ketika ditanya berkenaan dengan kelahiran SWP dalam kancah politik Bumi Kenyalang.
Tidak seperti dengan parti-parti yang lain sebelum ini, Pehin Sri Taib bersikap jauh lebih terbuka dan seperti mengalu-alukan kehadiran SWP di atas pentas politik negeri Sarawak...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, April 22, 2012
Video: Mahaseksa & Mahaseksi buat wayang percuma di Dataran Merdeka !
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com