Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mei 02, 2009

Pemergian Yang Masih Dirasai...

Berita tentang kepulangan YABhg. Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib ke pangkuan Ilahi pada jam 3.45 minit petang Rabu 29 April 2009 yang lalu sememangnya mengejutkan rakyat Sarawak keseluruhannya. Semasa hayatnya, Allahyarhamah yang kelihatan sentiasa begitu ceria ketika mengiringi suaminya iaitu YAB Ketua Menteri Sarawak melawat ke setiap ceruk rantau dalam negeri Sarawak untuk bertemu dengan masyarakat, rakyat sesungguhnya tidak pernah sama sekali menduga bahawa beliau ada mengidap penyakit barah sehinggalah pada saat-saat akhir apabila berita mengenai kematian beliau diumumkan. Bagi kami rakyat di Sarawak, kehilangan beliau amat terasa sekali.

Sebagai rakyat Sarawak yang senantiasa menyanjung tinggi kepimpinan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak selama lebih 25 tahun, saya merasakan bahawa semangat, dorongan serta sokongan padu daripada allahyarhamah semasa hayatnya sedikit sebanyak telah memberi kekuatan yang jitu kepada YAB Pehin Sri Ketua Menteri untuk terus memberi khidmat yang begitu berjaya dan cemerlang hingga kini kepada penduduk Sarawak. Allahyarhamah yang dilihat sentiasa bersama Ketua Menteri ketika meninjau disetiap kawasan dalam Sarawak, juga adalah sumber kekuatan kepada Ketua Menteri dalam usaha menjaga kebajikan rakyat Sarawak.

Allahyarhamah sendiri juga banyak terlibat di dalam organisasi-organisasi yang berbentuk sosial di peringkat antarabangsa, peringkat kebangsaan dan juga peringkat negeri seperti;
* Pemangku Setiausaha Persatuan Islam Australia Selatan (1953-1957);
* Naib Presiden Institut Wanita Sarawak (1964-1968);
* Pengerusi Instuti Wanita Cawangan Kuching (1964-1968);
* Ahli Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri Persekutuan sejak penubuhannya;
* Pengasas Kelab Pemidato Kuala Lumpur dan menjadi pengerusi pertama dari tahun 1970 hingga 1971 dan 1973 hingga 1975;
* Ketua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wanita sejak 1980;
* Naib Presiden PERKIM Kebangsaan sejak 1982;
* Pengerusi PERKIM Sarawak Cawangan Kuching sejak 1980;
* Pengerusi PERKIM Sarawak Cawangan Kuching sejak 1988;
* Pengasas dan Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Menteri sejak 1982;
* Pengerusi Majlis Dakwah Islamiah Wilayah Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) Pergerakan Wanita sejak 1983;
* Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia capter Kuching sejak 26 April 1983;
* Penaung Persatuan Hoki Sarawak sejak 1985;
* Penaung Persatuan Atelier Sarawak sejak 1986;
* Penaung Pendermaan Mata sejak 1986;
* Penaung Pertubuhan Anak-anak Yatim (PERYATIM) Negeri Sarawak sejak 1993;
* Penaung PERYATIM (mengurus hal ehwal rakyat Bosnia) di Sarawak sejak 1993;
* Penaung Persatuan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (Old Star) sejak 1993;
* Penaung Yayasan Buah Pinggang Sibu sejak 1993;
* Penaung Rumah Kejururawatan Lions Kuching sejak 1994;
* Pengasas dan Presiden Yayasan Jantung Sarawak sejak 1995;
* Pemegang AmanahYayasan Kemanusiaan Malaysia sejak 1997;
* Ahli Persatuan Olave Powell Baden sejak 17 Mei 1998;
* Penaung Persatuan Kanak-kanak Terencat akal (PERKATA) sejak 22 June 1999;
* Penaung Kolej Chermai Jaya, Kuching (1999 - 21 April 2008);
* Penaung Persatuan Siswazah Sarawak sejak 2000;
* Pengerusi Sarawak Book of Record sejak 2001;
* Penaung Persatuan Ibu Tunggal Sarawak sejak 2001 ( Sepanjang Hayat );
* Penaung Persatuan Siswazah Sarawak sejak 2001;
* Penaung Pusat Dialisis Kebajikan milik Persatuan Chia Hia Khor Moral Upliting, Sarawak sejak tahun 2002;
* Penaung Persatuan Autisme Sarawak sejak 2003;
* Penaung Persatuan Disleksia Kuching sejak 10 April 2007; dan
* Penaung Amanah Kebajikan Kanser Laila Taib sejak Mei 2007.

Penglibatan secara aktif allahyarhamah dalam hal kebajikan dan kemasyarakatan juga terserlah apa bila allahyarhamah banyak membabitkan diri seperti dalam;
* Kerja-kerja kebaikan dan kemanusiaan;
* Kegiatan-kegiatan kebajikan di Sarawak;
* Sokongan kewangan kepada pesakit jantung di Sarawak terutama sekali untuk golongan miskin, untuk rawatan jantung dan pembedahan didalam mahupun diluar negeri;
* Menumpu kerja-kerja mempromosi pandu puteri dan kepengakapan di seluruh dunia; dan
* Menggerakkan Projek Penanaman Pokok ( Hari Arbor ).

Penghormatan dan Anugerah yang allahyarhamah pernah terima;
* Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang yang membawa gelaran "Datuk Amar" (D.A) daripada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada tahun 1988;
* Kedoktoran Falsafah Kehormat Sains Politik daripada Western Pacific University, Los Angeles dalam tahun 1995;
* Fellow Paul Harris daripada Kelab Rotary Kuching Central dalam tahun 1998;
* Ahli seumur hidup kehormat institut Pengurusan Wanita (WIM) dalam tahun 2002;
* Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (P.I.S (1) daripada Sultan Johor pada 8 April 2007; dan
* Pingat Ahli Seumur Hidup daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pada 27 Ogos 2008.

[ ...ini adalah sumber yang diperolehi dari akhbar Utusan Sarawak, edisi 30 April 2009..Khamis]
Posted by Picasa

Arkib Blog