Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, April 21, 2012

Video BARUA 3.0: Tamrin turut menghina sejarah perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar !



Apakah Datuk Tamrin, anak kepada bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba lupa bahawa pengunduran bapa beliau dari jawatan nombor dua dalam kerajaan serta parti pada tahun 1993 adalah kerana untuk memastikan demokrasi terus subur dalam parti disamping tidak mahu berlakunya sebarang perpecahan dalam parti berikutan sokongan yang semakin kuat diterima daripada UMNO Bahagian juga Cawangan terhadap Naib Presiden UMNO ketika itu Anwar Ibrahim yang dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Tamrin patut sedar bahawa sekiranya memang tiada keterbukaan ataupun tidak ada amalan demokrasi dalam kepimpinan Barisan Nasional mahupun UMNO ketika itu sehingga kini apakah tidak timbul di dalam pikiran beliau yang Anwar Ibrahim tentu sekali tidak akan berpeluang untuk mencabar kedudukan bapanya dalam UMNO serta dalam kerajaan. Dan sudah pasti Anwar Ibrahim juga akan turut kempunan untuk merasa duduk di kerusi Timbalan Perdana Menteri kerana UMNO membelakangkan amalan demokrasi.

Namun sayang seribu kali sayang kerana Tamrin telah terlupa tentang sejarah kejatuhan karier politik bapa beliau adalah disebabkan perancangan yang halus serta licik mereka yang kini mendalangi perhimpunan haram bersih 1, bersih 2 serta bersih 3 iaitu Anwar Ibrahim. Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim tentu sekali allahyarham bapa beliau akan bersara secara terhormat daripada parti serta kerajaan dan bukannya berundur daripada jawatan TPM akibat tewas kepada tekanan daripada pihak-pihak yang menyokong pemimpin yang mendakwa kononnya beliau adalah pejuang demokrasi dan kebebasan di negara ini.

Cuba baca kisah hidup serta kisah perjuangan yang dilalui oleh Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba bersama UMNO di sini yang cuba dinafikan oleh anaknya sendiri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar bekas Ahli Parlimen BN Kawasan Batu Berendam Melaka.

Video BARUA 3.0: Kadir SheikS Fadzir menelanjang dirinya sendiri !



Cuba kita amati semua ucapan yang dibuat oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Kadir SheikS Fadzir dalam video Minaq Jinggo ini...

Dia tuduh bahawa tiada langsung sistem demokrasi diamalkan dalam proses pilihanraya di negara ini serta tiada langsung kebebasan diberikan oleh pihak kerajaan terhadap media massa mahupun media elektronik.

Apa Kadir SheikS Fadzir tidak ingatkah siapa yang menewaskan beliau di Parlimen Kulim Bandar Baru pada PRU-12 dulu ? Beliau ketika itu adalah calon Barisan Nasional namun telah ditewaskan oleh calon Pakatan Haram daripada PKR iaitu YB Datuk Zulkifli Nordin(kini wakil rakyat Bebas).

Patutnya kalau diikut dakwaan oleh Kadir SheikS Fadzir itu, beliau mestinya menang besar dikawasan tersebut kerana semua keputusan ditentukan oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi itu tidak berlaku sebalik calon pembangkang pula yang menang dengan majoriti besar.

Kalau benarlah dakwaan mengarut Kadir SheikS Fadzir bahawa tiada amalan demokrasi dalam sistem pilihanraya di Malaysia khususnya ketika kemuncak karier politik beliau pada 2008, mengapa YB Datuk Zulkifli Nordin boleh menang dan beliau tewas?

Dan banyak lagi kerusi-kerusi Parlimen serta DUN yang sebelum itu telah menjadi milik BN tetapi terlepas ke tangan pembangkang?

Satu lagi, Kadir SheikS Fadzir menuduh kerajaan melalui Kementerian Penerangan telah menyalahgunakan kuasa apabila bertindak menyekat kebebasan media terutamanya ketika menjelang PRU-12 dulu. Apakah Kadir SheikS Fadzir terlupa siapa dia Menteri Penerangan Malaysia ketika itu kalau bukan dia sendiri? Memang lancaolah bekas pemimpin macam ini!!!

Apa Kadir SheikS Fadzir tidak perasan, sejak Kementerian Penerangan diterajui oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, kebebasan media serta media elektronoik milik kerajaan sendiri seperti RTM TV1, TV2 serta radio lebih jauh terbuka jika dibandingkan ketika Kadir SheikS Fadzir menjadi menterinya.

RTM baik TV1 mahupun TV2 sejak dipimpin oleh Dr. Rais Yatim memang banyak menampakkan perubahan malahan lebih berani berdepan dengan cabaran dan ini boleh saja dilihat apabila mereka sering mengundang pemimpin pembangkang bersama para pemimpin kerajaan untuk muncul ditemubual serta meluahkan pandangan mereka dalam siaran tv RTM.

Adakah keadaan seperti ini pernah berlaku ketika RTM khususnya Kemeterian Penerangan dikemudikan oleh Kadir SheikS Fadzir? Tidak adakan...namun masa PRU-12 beliau boleh kalah kepada calon PKR. Itulah, kalau betul dakwaan serong Kadir Shek Fadzir itu tentang demokrasi telah mati di negara ini, kenapa beliau boleh kalah sedangkan beliau ketika itu mewakili UMNO serta Barisan Nasional?

Kalau benar semua jenis bentuk kebebasan termasuk demokrasi di negara ini berada di dalam genggaman pemimpin Barisan Nasional, adalah satu tindakan terlalu bodoh apabila pihak kerajaan sengaja untuk menyerahkan Pulau Pinang, Selangor, Kedah serta Perak kepada Pakatan Haram Pembangkang...

Sudahlah Kadir SheikS Fadzir,,,tak usahlah anda cuba untuk menipu atau memutar belitkan kenyataan...anda kalah kepada Datuk Zulkifli Nordin pada PRU-12 dulu bukan kerana pencabar kamu itu calon Barisan Nasional dan juga bukan kerana ketika itu kamu calon PAS atau PKR ataupun DAP tetapi kerana negara kita khususnya kerajaan BN sejak dulu sehingga kini memang terbukti mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, pilihanraya yang telus dan adil sehingga banyak kerusi yang disandang sebelum itu jatuh ke tangan pihak pembangkang..

Facebook: PM Singapura turuti jejak PM Malaysia..

Singapura 21 April - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam melancarkan laman sosial Facebook miliknya sendiri dalam usaha merapatkan hubungan bersama rakyat. Seterusnya di Utusan Malaysia

Arkib Blog