Berbagai cara dan kaedah digunakan untuk menyembuh para pesakit yang telah menjadi mangsa kepada serangan angin ahmar namun sejumlah kecil saja mangsa yang berjaya dipulihkan manakala sebahagian besar daripadanya gagal untuk disembuhkan malahan selang beberapa hari ada yang menemui ajal setelah bertarung nyawa untuk kembali sedar.
Ada satu kaedah rawatan awal iaitu cara lama khusus untuk mereka yang baru kena serangan angin ahmar ini yang ingin dikongsi bersama dengan anda semua tetapi bukanlah bermakna cara ini dijamin seratus peratus jika digunakan akan menyembuh para pesakit angin ahmar kembali sihat seperti sediakala tetapi ini sebenarnya cuma satu usaha ataupun ikhtiar sahaja.
Bahannya senang saja, sediakan sejumlah garam kasar, sebuah baldi besar dan juga air bersih. Caranya, masak air dalam sukatan lebih kurang 30-40 liter sehingga mendidih dan masukkan beberapa kilogram garam ke dalam air yang sedang menggelegak dan rasakan tahap kemasinan air dan jika didapati air sudah cukup masin maka berhentilah menambah garam ke dalam air. Cara yang lebih mudah ialah masak terus air didalam tong dengan menggunakan "hitter" yang dijana oleh kuasa elektrik.
Langkah seterusnya iaitu setelah proses pertama selesai, biarkan air yang baru mendidih tadi menjadi suam-suam kuku dan barulah bawa pesakit angin ahmar dekat dengan baldi atau tong besar yang berisi air garam tadi dan kemudian taruh serta rendamkan kedua-dua belah kaki hingga ke paras lutut pesakit tersebut ke dalam air bercampur garam sehinggalah air itu tadi menjadi sejuk dan dingin.
Kenapa harus bahagian kaki saja yang perlu direndam ke dalam air panas? Oh ya, sebab terdapat ramai pengamal perubatan ataupun mereka-mereka yang pakar di dalam bidang perubatan baik yang tradisional mahupun moden percaya bahawa pusat segala urat saraf manusia letaknya adalah di bawah tapak kaki maka itulah ada yang percaya agar mana-mana kelenjar urat yang mati perlu dihidupkan semula bertujuan untuk membekalkannya dengan kandungan garam yang baru.
Cara ini perlu dilakukan berterusan secara berulangkali jika mahu melihat hasilnya samada berkesan ataupun sebaliknya tetapi apa yang lebih penting ialah kita sentiasa berusaha untuk memulih mereka yang telah menjadi mangsa serangan angin ahmar supaya mereka akan sihat semula, kembali menjadi warga Malaysia yang produktif dan berguna kepada nusa dan bangsa. Boleh berjalan seperti dulu, mampu untuk sedar semula tentang kesilapan lalu, bertaubat serta memperbaiki diri agar menjadi seorang warga yang berjasa dan juga berbakti kepada Malaysia.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Mei 28, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com