Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 15, 2010

Syabas ! buat pasukan muda bolasepak negara atas kemenangan 2-0 menentang Vietnam

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah buat pasukan muda bolasepak Malaysia yang telah berjaya menjaringkan 2 gol tanpa balas yang menewaskan pasukan dari negara Vietnam pada aksi perlawanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan ini dharap dapat menaikkan semula semangat para pemain negara untuk terus membawa harapan seluruh rakyat negara ini yang sentiasa ingin mahu melihat nama Malaysia tersenarai semula sebaris dengan nama-nama pasukan bolasepak dari negara lain di Asia sebagai antara yang terhebat sebagaimana yang pernah Malaysia kecapi di zaman kegemilangan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dulu.

Di atas bahu mereka juga turut diletakkan satu harapan tinggi warga Malaysia yang mahu nama Malaysia dijulang sebagai yang terbaik di peringkat antarabangsa apabila harapan selalu untuk menang sebagai juara sentiasa tersemat kemas bersama-sama dengan harapan yang tinggi menggunung mahu melihat Malaysia diiktirafkan sebagai yang terhebat dikalangan yang terbaik.

Nik Aziz & menantu bebas tuduhan rasuah, SPRM tutup kertas siasatan...

Menurut sumber daripada pihak SPRM siasatan berhubung dengan dakwaan rasuah ke atas Menteri Besar Kelantan Darul Naim Datuk Nik Aziz Nik Mat serta menantu lelakinya Ariffahmi kini telahpun ditutup dan ini bermakna tiada lagi apa-apa siasatan akan dilakukan terhadap kedua-duanya oleh pihak Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sehubungan itu pihak SPRM mungkin mempunyai alasan yang kukuh berkaitan dengan keputusan yang telah dibuat kerana jika diimbas kembali kepada isu-isu panas termasuklah isu rasuah yang melibat Mursyidul Am PAS itu bersama dengan anak menantunya sudah tentu orang ramai dapat membayangkan bagaimana Menteri Besar Kelantan itu serta menantu beliau akan dihadapkan ke Mahkamah oleh SPRM.

Walaupun sebelum ini ramai juga yang meramalkan yang Datuk Nik Aziz dan Ariffahmi hanya menunggu masa hendak didakwa namun perkara sebaliknya pula berlaku apabila kedua-dua mereka telah dilepaskan dari tuduhan terlibat dengan kegiatan rasuah. Apa-apapun kita kena akur dan terima keputusan yang telah SPRM ambil dalam isu ini dan kini kita cuma mahu menunggu apakah reaksi daripada para pengikut PAS selepas ini apakah mereka akan keluar ke tengah jalanraya membantah keputusan berkenaan dan berbaring semasa lalulintas sibuk?

Apakah para penyokong PAS akan menuduh SPRM berat sebelah kerana hanya melepaskan Nik Aziz dan Ariffahmi tetapi tidak turut membebaskan DS Dr Khir Toyo? Adakah dua sekutu PAS dalam Pakatan Haram iaitu DAP dan PKR akan menganjur satu perhimpunan jalanan bagi mendesak ditubuhkan satu Inkuari Awam bagi menyiasat keputusan yang telah dibuat oleh SPRM itu untuk menentukan samada keputusan itu telus atau bersifat pilih kasih?

Celako ! Celako ! Celako !

Autonomi: janji PKR jelas untuk memisah Sarawak dari Malaysia !

Sejak Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali yang menang jawatan tersebut melalui proses 'balingkerusi' pada Kongress parti berkenaan baru-baru yang baru saja bertandang ke Sarawak dengan membawa satu janji yang paling tidak masuk akal bagi saya iaitu akan memberikan 'kuasa autonomi' atau kuasa penuh untuk mentadbir kerajaan negeri Sarawak kepada kepimpinan negeri jika Pakatan Haram berjaya menumpas kerajaan yang sedia ada ketika ini pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang.

Ada satu lagi janji manis Azmin Ali sewaktu beliau hadir pada satu majlis makan malam pra-krismas di Bintulu beberapa hari yang lepas iaitu atas cadangan pihak parti DAP Sarawak maka PKR Sarawak setuju untuk menamakan Baruk Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru dengan gelaran yang sedang direka iaitu 'Chief Minister in The Making' seandainya impian dan angan-angan gila mereka untuk berkuasa di Bumi Kenyalang berjaya dicapai kelak.

Mengenai janji utama mereka tentang pemberian 'kuasa autonomi penuh' kepada kerajaan negeri iaitu sekiranya Pakatan Haram berjaya atau berupaya menubuh kerajaan Persekutuan mereka secara mutlak di negara ini nanti maka janji mereka sebelum ini memang wajib untuk ditunaikan kepada kerajaan negeri yang terbabit dan apabila kuasa penuh sebagaimana yang telah dijanjikan itu sudah diberi dan berada dalam genggaman pemimpin kerajaan negeri tersebut maka ini bermakna kerajaan pusat yang sepatutnya mempunyai kuasa lebih luas daripada semua kerajaan negeri yang bersekutu didalamnya sudah tidak punya apa-apa lagi kuasa ke atas kerajaan negeri yang berkenaan yang mana kerajaan negeri telah ada kuasa penuh untuk mentadbir sendiri negeri mereka tanpa memerlukan sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat sepertimana kelazimannya.

Ringkasnya, apabila mula berlaku keadaan yang sedemikian dalam hubungan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat pada ketika itu sudah tentulah akan timbul pula perkara lain yang pasti akan terus menyusul dari belakang satu demi satu sehingga akan berlakunya keratakan hubungan antara kedua pihak dan sekiranya keadaan sudah mula semakin sukar untuk diatasi, apakah jaminan yang dapat diberikan bahawa Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara dan Sarawak akan tetap terus berada bersama-sama dengan Malaysia ?

Apakah ada jaminan lain daripada Azmin Ali khususnya dan PKR amnya bahawa Malaysia tidak akan berpecah pada akhirnya andaikata Pakatan Haram berkuasa di negara ini dan janji-janji seumpamanya juga mereka telah penuhi kepada semua kerajaan-kerajaan negeri dalam negara ini ? Saya melihat tindakan yang paling tidak bertanggungjawab Azmin Ali ini dengan menjanjikan perkara yang bukan-bukan kepada penduduk Sarawak mungkin ada dikalangan para pemimpin BN sendiri dan juga sesetengah pihak memandangnya sebagai perkara remeh namun mereka lupa seandainya benar-benar ditakdirkan perkara itu akan berlaku adakah pada masa itu barulah kita semua perlu bangkit bertindak untuk menyedarkan diri masing-masing betapa bahayanya percubaan yang telah Azmin Ali buat yang mana jika tidak dicegah dengan segera pasti akan memudaratkan kestabilan di negara ini sehingga boleh menyebabkan Malaysia akan berpecah-belah sebagaimana yang pernah terjadi ke atas bekas Negara Soviet Union yang menyaksikan negara berkenaan runtuh setelah banyak wilayah-wilayah menuntut kemerdekaan sendiri daripada kerajaan Soviet yang kini dikenali sebagai Russia.

Mengenai janji Azmin Ali atau PKR untuk melantik Baruk Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika mereka berkuasa kelak, saya melihat betapa pimpinan tertinggi PKR serta DAP sangat tidak memahami keadaan di Sarawak termasuklah berkenaan dengan rakyat Sarawak sendiri. Mereka tidak tahu bahawa Baruk Bian ada datang dari suku kaum yang paling minoriti di negeri Bumi Kenyalang yang hanya terdapat di bahagian utara negeri Sarawak dan kaum ini pada dasarnya tidak mahu digolongkan dalam kumpulan Dayak atas sebab-sebab yang tertentu maka itulah mereka lebih senang dikenali sebagai masyarakat Lun Bawang.

Masyarakat Dayak pula dimana kaum Iban yang mendominasi masyarakat berkenaan merupakan kaum majoriti di Sarawak namun sikap mereka yang suka berpuak-puak dan sukar untuk bersatu menyebabkan mereka lemah dari segi kuasa tidak seperti kaum Bidayuh yang menjadi majoriti kedua terbesar dalam komuniti Dayak, mereka ini walaupun kurang memiliki semangat bersatupadu dikalangan sesama mereka namun dalam soal sokongan kepada kerajaan BN kaum Bidayuh sepatutnya dipuji dari segi kesetiaan mereka terhadap Barisan Nasional.

Dan kaum Melayu, Melanau serta Kedayan yang mempunyai identiti yang tersendiri sebagai sebahagian daripada rakyat negeri Sarawak mempunyai semangat berkerjasama sesama mereka dan jarang menampilkan suasana perpecahan dalam kumpulan masing-masing kepada umum dan lebih selesa memilih dengan cara berbincang dan ketiga-tiga kaum ini mempunyai banyak persamaan baik dari segi adat atau amalan hidup serta tempat kediaman tidak jauh berbeza diantara satu dengan yang lain dan sekiranya mereka bersatu maka sudah pasti mereka akan memiliki kuasa yang lebih kuat lagi di negeri Sarawak.

Oleh itu sekiranya Baruk Bian menyimpan impian untuk ke Petra Jaya, maka teruskan saja...PKR harus sokong dia dan begitu juga Anwar Ibrahim yang punya impian untuk ke Putra Jaya...teruskan saja...TETAPI ada satu perkara yang harus selalu diingat, jangan disebabkan hanya kerana untuk mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup pula untuk meruntuh dan memusnahkan segala apa yang telah Malaysia ada dan capai selama ini !

Pulak dah!!! ..hari tu kata Namewee sudah minta maaf kepada 1Malaysia, tapi...

Pelik juga, beberapa hari yang lalu Timbalan Presiden Perkasa saudara Arman melalui laman blognya telah mengeluarkan satu artikel mengenai betapa Namewee atau Wee Meng Chee 27 telah tunduk terhadap desakan supaya beliau memohon maaf kepada seluruh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya berikutan kontroversi yang menyelubungi hidup dia kini sebagai seorang warganegara ini.

Setahu saya artikel berkenaan diterbitkan setelah saudara Arman dipanggil secara mengejut untuk hadir ke Dewan Parlimen oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Nazri Tan Sri Aziz bagi menteri berkenaan memaklumkan kepada saudara Arman yang Namewee ini sudahpun meminta maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia atas perbuatan tidak bertanggungjawab beliau itu.

Pada pertemuan antara Nazri dengan saudara Arman itulah maka saya percaya yang Nazri telah memberitahu kepada saudara Arman yang Namewee sudahpun berbuat demikian iaitu telah meminta maaf setelah terpaksa tunduk atas desakan, kononnyalah!

Betul ke Namewee sudah memohon maaf? Di mana? Bila? Di depan siapa? Ikhlas atau jujurkah dia apabila berbuat demikian? Atau akibat terdesak maka dia berbuat demikian atau juga mungkin itu agaknya antara satu pra-syarat yang harus beliau penuhi sekiranya dia mahu permohonan peruntukkan yang dikemukakan kepada Nazri tempoh hari bagi menampung kos pembiayaan pembikinan video 1Malaysia beliau dapat diluluskan oleh Kabinet Malaysia yang akan mengadakan mesyuarat mingguannya hari ini?

Tapi kenapa pula pagi ini Papa Gomo bangun dengan sarapan roti bakar 'Namewee harus minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia' ? ..lebih kurang begitulah bunyinya...

Arkib Blog