Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Oktober 29, 2010

Dr Ansari 'tersungkur' kali ke-2 di Kpg Gas Sandakan, nasib baik ada Hj Hadi !

 (kelihatan MB Selangor TS Khalid cuba membantu Dr Ansari naik sambil ditolak dari bawah oleh petugas-petugas jentera pilihanraya PKR, ...kesian kan)
(jelas DS Hadi dalam keadaan yang amat keletihan terduduk ditepian pantai setelah cuba untuk menyelamatkan Dr Ansari 'tersungkur' untuk kali kedua sebelum bertarung pada 4 November depan, betul tuuuu...)

Calon PKR untuk Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi Sabah, Dr Ansari Abdullah sekali lagi hari ini telah jatuh ke dalam laut apabila salah satu papan jeti yang menghubungkan rumah-rumah perkampungan air di Kampung Gas berhampiran Sandakan telah roboh ketika beliau melawat kawasan itu dengan para pekerja kempennya.

Sebelum itu di sebuah kampung air di Api-api, Dr Ansari juga telah jatuh disebabkan kayu yang reput dua hari yang lalu bersama-sama pengurus kempennya dan wartawan NTV7. Didalam kejadian tersebut, Dr Ansari telah mendapati kamera dan telefon bimbit beliau telah rosak semasa jatuh ke dalam air laut.

Kejadian kedua yang berlaku hari ini semasa beliau dan rombongan melawat kawasan Bumiputera Sabah yang kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan. Beliau turut terjatuh sebaik saja hampir memijak salah satu jeti papan sebuah rumah air di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim sudahpun melepasi memasuki rumah berkenaan dan Dr Ansari yang berada di belakangnya jatuh ke dalam laut cetek sehingga menyebabkan baju Melayu serta kain pelikat yang dipakai beliau basah.

TS Khalid ketika itu cuba menarik tangan Dr Ansari apabila beliau berjaya memegang landasan kayu jeti tersebut sambil ditolak dari bawah oleh pekerja jentera pilihanraya PKR yang turut jatuh bersama-sama dengan Dr Ansari.

Yang peliknya ialah, bagaimana DS Hj Hadi boleh secara tiba-tiba bersama dengan jentera kempen PKR di P.185 Batu Sapi Sabah sedangkan beliau sepatutnya berada di N.45 Galas Kelantan membantu seorang lagi doktor yang bertanding di situ iaitu Dr Zulkifli.

7 pegawai imigresen di ISA: Suhakam gesa kerajaan kaji semula penahanan !

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) semalam menggesa kerajaan mengkaji semula penahanan 7 pegawai imigresen dan suspek-suspek pemerdagangan orang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan di sini berkata, penahanan itu jelas melanggar prinsip hak asasi manusia kerana terdapat undang-undang khusus berhubung perkara itu iaitu Akta Anti Permerdagangan Orang 2007.

Katanya tindakan menahan seseorang tanpa sebarang perbicaraan bercanggah dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) yang menekankan hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri, tiada seorangpun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau buang negeri secara arbitari, dan setiap individu berhak mendapat perbicaraan adil dan terbuka oleh tribunal bebas dan saksama.

Justeru katanya, Suhakam memandang berat penahanan itu dan sekali lagi menyarankan agar tahanan ISA didakwa di mahkamah bagi menjamin pengadilan sebagai hak asasi manusia serta sebagai tindakan pencegahan jenayah yang berkesan.

Pada 14 Oktober 2010, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata penahanan tujuh pegawai imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah dibawah Akta ISA adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

Kesemua pegawai imigresen yang ditahan itu dipercayai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. - Bernama.

Komen Anak Merdeka;
Saya setujulah dengan SUHAKAM dalam perkara ini dan harap kerajaan terutama pihak KDN dapat mempertimbangkannya tetapi saya punya pandangan lain mengenainya.

Kita semua tentu masih apa reaksi kerajaan Australia beberapa hari selepas kerajaan Malaysia melakukan penahanan ketujuh-tujuh pegawai imigresen berkenaan serta suspek-suspek yang lainnya.

Mereka gembira dan lantas memuji tindakan tegas kerajaan Malaysia atas penangkapan itu sebagai tepat dan betul. Sesetengah pemimpin negara ini terus lemah lutut dan semangat bila kea puji sikit oleh pemimpin negara kanggaroo itu.

Tetapi kita juga harus ingat, sebelum ini kerajaan Australia tidak pernahpun menyebelahi negara ini dalam apa-apa jua tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Sebab apa?

Sebab kegiatan yang telah dilakukan oleh 7 pegawai imigresen beserta suspek-suspek yang lain boleh memudaratkan keselamatan dalam negara Australia serta mencabar kedaulatan undang-undang negara berkenaan. Jika tidak, mustahil untuk kerajaan Australia mengambil sikap berlembut sedemikan dengan Malaysia.

Dalam kes 7 pegawai imigresen Malaysia ini, selain siasatan dilakukan oleh pihak polis Malaysia kerjasama siasatan juga diberi oleh pihak polis Australia untuk membantu sehingga tertangkapnya mereka-mereka yang disyaki terlibat di dalam kegiatan pemerdagangan orang tersebut.

Berbalik kepada desakan oleh SUHAKAM mengenai isu itu terhadap kerajaan, saya secara peribadi berpendapat walaupun sudah jelas perbuatan yang telah dilakukan oleh ketujuh-tujuh pegawai imigresen serta kuncu-kuncu mereka itu memang bertentangan sama sekali dengan dengan prinsip serta nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri, mereka sepatutnya didakwa di mahkamah serta dibicarakan agar mereka boleh dijatuhkan dengan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang telah mereka lakukan dan bukannya ditahan tanpa bicara dibawah akta ISA yang hanya menyekat kebebasan mereka selama dua tahun dan sudah tentu ini tidak memadai.

Bagi saya sekiranya ketujuh-tujuh mereka itu didakwa dan seterusnya dibicarakan di Mahkamah dan jika disabitkan dengan kesalahan dan tuduhan yang dikenakan ke atas mereka, saya yakin hukuman lebih berat pasti menanti mereka sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Pemerdagangan Orang 2007.

Arkib Blog