Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 18, 2009

Taufan : Filipina hargai bantuan Malaysia...

Sebagai rakyat Malaysia sudah tentu saya berhak untuk merasa sangat lapang didada apabila bantuan ikhlas oleh Malaysia untuk mangsa taufan ketsana dan juga taufan palmer di negara Filipina telah diterima dengan penuh kesyukuran oleh rakyatnya.

Mereka telah melahirkan penghargaan terhadap bantuan oleh Malaysia itu walaupun bukan kata pujian yang kita harapkan dari mereka namun lebih jauh disudut hati kita ialah ingin untuk melihat mereka untuk tdak terlalu menderita disebabkan oleh bencana itu.

Filipina yang majoriti rakyatnya beragama Roman Katholik dilihat lebih tahu menghargai sumbangan atau apa juga bantuan yang dihulurkan oleh Malaysia berbanding dengan sesetengah rakyat di negara yang tertentu. Rakyat Filipina tidak mempertikaikan apa juga jenis bantuan yang telah Malaysia berikan kepada mereka. Mereka telah sambut dengan penuh rasa kesyukuran.

Melihat kepada cara penerimaan oleh pihak Filipina itu tersentuh hati saya apabila mengenang kembali dengan bantuan yang pernah Malaysia hulurkan kepada sebuah negara tertentu yang kawasan mereka juga telah dilanda oleh musibah alam baru-baru ini, bantuan yang kita hantar dan berikan kepada mereka telah melalui berbagai rintangan dan halangan malah dituduh sebagai haram dan yang paling menyedihkan ialah ada kalanya petugas Malaysia yang menyertai misi penyelamat ke sana telah dibaling dengan batu semasa dalam perjalanan ke tempat kawasan bencana.

Maka disitulah kita dapat melihat perbezaan yang amat ketara di antara jiran yang tahu mengenang budi dengan yang tidak tahu menghargainya. Tidak semua jiran itu boleh kita anggap sebagai saudara dan juga tidak semua jiran yang semata-mata hanyalah jiran kita tidak boleh dianggap mereka itu sebagai saudara.

Bantuan Malaysia untuk mangsa-mangsa ribut di Filipina yang mengandungi berbagai-bagai jenis barang keperluan termasuk barang-barang makanan, selimut, pakaian serta ubat-ubatan telah dibawa dengan dua Pesawat C-130s Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) yang berlepas dari pangkalan udara di Subang pada Jumaat dan dua lagi pesawat dijadual pada Ahad.

Pasukan Bantuan Kemanusiaan Malaysia yang terdiri daripada 13 krew TUDM dan 11 wakil media dan Pegawai Majlis Keselamatan Negara Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Luar tiba di Pangkalan udara Viilmor pada Jumaat.(sumber Utusan Malaysia)

Arkib Blog