Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengadakan bermesyuarat peringkat Majlis Tertinggi parti di Kuching hari ini, Ahad.
Setiausaha Agung PBB, YB Dr Stephen Rundi mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyatakan perkara yang akan dibincangkan.
Bagaimanapun, Naib Presiden II parti itu Datuk Sri Douglas Uggah yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan yang dihubungi wartawan Utusan Borneo berkata mesyuarat itu mungkin membincangkan persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri yang dijangka diadakan tahun depan.
Manakala seorang lagi pemimpin PBB iaitu anggota Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Alexander Nanta Linggi Tun Jugah yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, mesyuarat berkenaan dijangka membincangkan isu semasa dan membincangkan tentang pentingnya Presiden parti YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terus menerajui pentadbiran Sarawak sebagai Ketua Menteri.
Mesyuarat khas yang dipanggil oleh Timbalan Presiden Datuk Patinggi Tan Sri Amar Alfred Jabu dan dihadiri semua anggota Majlis Tertinggi parti komponen BN negeri itu di Miri pada hari Isnin lalu sebulat suara meminta Taib terus memimpin Sarawak - Bernama.
..ulasan Anak Merdeka;
Walau apapun jangkaan atau teka-teki berkenaan dengan hasil mesyuarat yang dianjurkan khas oleh PBB hari ini, sebagai rakyat Sarawak saya sangat mengharapkan agar keputusan yang dicapai nanti haruslah dihormati semua ahli dan semua pemimpin parti sehinggalah sampai kepada mesyuarat yang seterusnya.
Namun dalam pada itu harapan juga supaya soal persediaan pengganti atau peralihan kuasa juga harus dimasukkan kedalam minit mesyuarat supaya semua pihak baik rakyat biasa, rakyat luarbiasa maupun pemimpin biasa serta pemimpin atasan apabila sudah sampai kepada waktunya kelak tidak akan merasa sangat terdesak sehingga sampai kepada keadaan yang benar-benar sukar untuk memilih pengganti walhal jika ianya disediakan terlebih awal ianya tidaklah sesukar yang dijangka.
Ada beberapa pemimpin pelapis di Sarawak yang punya potensi untuk diminta bersedia sebagai pengganti dan diharap agar semua pemimpin PBB yang terdiri daripada kaum serta agama yang berbeza tidak ada perasaan sangsi diantara satu sama lain dan contohilah cara kepimpinan YAB Pehin Sri Abdul Taib yang walaupun beliau datang dari keturunan Melanau namun dalam memimpin kerajaan negeri Sarawak beliau nampak adil dan saksama kepada semua kaum yang ada di Bumi Kenyalang.
Diharap semua pemimpin PBB tak kira dia datang dari kaum mana apabila nanti sudah tiba masanya mereka memimpin kerajaan negeri Sarawak maka mereka juga harus adil dan tidak hanya melihat kepada kaum sendiri saja demi kemajuan serta keharmonian negeri Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, September 05, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com