Cuba kita pikir sejenak tindakan tergesa-gesa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Najib yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) dan menggantikannya dengan undang-undang baru iaitu Akta Perhimpunan Aman yang kononnya bersifat lebih terbuka, adil dan saksama tetapi apa yang kita boleh saksikan pada hari ini, adakah keadaan di dalam negara kita pada hari ini khususnya dalam isu perpaduan kaum berada dikedudukan lebih baik jika dibandingkan ketika zaman pemerintahan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau keadaannya semakin tidak terkawal apabila masing-masing kaum secara terbuka dan bebas berkata tentang hak kaum mereka malah ada yang sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong.
Kita rakyat tidak menolak sebarang usaha pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan tetapi apa yang kita harapkan ialah sebelum mereka melakukan apa yang disebut kini sebagai transformasi itu hendaklah dibuat kajian secara berhati-hati dan secara terpeinci terlebih supaya apa juga perubahan yang dibuat tidak akan mendatang kemudaratan terhadap perkembangan serta pergerakan rakyat dalam negara pada masa hadapan. Sebagai contoh, Akta ISA yang dihapuskan dan digantikan dengan satu akta baru, kenapa tidak dilakukan saja penambahbaikan ke atas Akta ISA itu yang selama ini nyata kerana akta tersebutlah negara kita keamananya lebih terkawal serta terjamin.
Tidak keterlaluan jika kita ingin katakan bahawa perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri tidak ubah seperti satu tindakan di bawah tekanan serta hilang kawalan akibat desakan daripada pihak pembangkang. Contoh terbaru apabila kerajaan terpaksa mengambil pendirian memindahkan kuasa kawal selia SPR yang sebelum ini berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri kepada Jawatan Kuasa Khas Parlimen yang dianggotai oleh kedua-dua wakil parlimen daripada kerajaan dan juga pembangkang.
Lihatlah, perkara ini belum lagi dilaksanakan cuma masih lagi diperingkat cadangan tetapi semakin kedengaran suara-suara liar daripada pihak pembangkang yang membuat tuduhan terhadap kerajaan Barisan Nasional dan mendakwa memang benar berlaku penyelewengan dan penipuan oleh pihak SPR sehingga menyebabkan sebahagian dari fungsi SPR sebagai satu badan bebas telah diserahkan kepada pihak lain iaitu Jawatan Kuasa Khas Parlimen BN dan PR. Inilah, belum apa-apa lagi suara sumbang pembangkang sudah menjalankan peranan mereka untuk membuat fitnah dan bukannya pernah bersyukur dan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan.