Kenal tak dengan apa yang saya pamerkan seperti mana yang terdapat didalam gambar yang disebelah atas ni...? Kalau bagi orang bandar, yang memang lahir dibandar memang tak cam dengan gambar yang ukurannya agak besar sikit disebelah atas.., tapi gambar yang yang satu lagi sebelah bawahnya tentu semua orang akan kenal.
Ok, gambar yang seakan-akan seperti besi cerucuk yang dilipat itu sebenarnya adalah rotan, iaitu rotan jenis lasak. Manakala gambar agak kecil sebelah itu semua orang tahu iaitu akar tumbuh-tumbuhan. Rotan ini sangat banyak kegunaannya. Rotan telah dijadikan sebagai bahan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis kraftangan, seperti bakul, meja, kerusi dan lain-lain lagi.
Rotan juga biasanya telah digunakan sebagai bahan pengikat untuk sesuatu benda iaitu kaedah ini biasanya digunakan oleh penduduk-penduduk di kawasan kampung atau desa. Jika pada masa dulu, orang selalu mencari rotan untuk tujuan yang tertentu seperti untuk dijual atau untuk kegunaan sendiri. Bagi kegunaan sendiri, jika tiada rotan maka pilihan selain daripada rotan atau tali adalah akar. Tetapi akar tidaklah sekuat rotan, cuma sebagai pengganti sementara sahaja. Itulah dulu orang pernah berkata "kalau tiada rotan, akar pun berguna juga" ...itu pun bila dah terdesak.
Bagaimana pulak dengan gambar yang ada disebelah bawah ni... Semua orang pasti kenal sangat-sangat dengan dua imej yang berbeza pasti membawa kisah yang berbeza sebelum menjadi sama. Zaid Ibrahim sebelum jadi seperti dibawah ini, ada banyak kisah sebelum ini antaranya ialah telah menggunakan duit rakyat sebanyak RM10.5 juta untuk diagih-agihkan kepada pihak-pihak tertentu.
Manakala Datuk Seri Dr. Chua Jui Meng sebelum ini pula adalah bekas Naib Presiden MCA dan juga adalah bekas Menteri Kesihatan Malaysia. Disamping itu juga Dr. Chua adalah pengerusi MCA bahagian Bakri, Muar Johor. Bekas menteri kabinet kerajaan Barisan Nasional ini juga dilihat jarang sekali menimbulkan sesuatu masalah dengan rakan-rakan lain yang ada didalam Barisan Nasional ketika itu.
Tetapi kini semuanya itu mungkin akan berubah. Apakah selepas ini, sikap Dr. Chua pun juga akan turut berubah 100% mengikut gaya kepimpinan yang sangat tidak matang para pemimpin PKR sebelum ini ? Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan yang sangat penting ketika berkhidmat dengan kerajaan BN dulu, dimana ketika itu juga beliau pernah beberapa kali melawat mangsa-mangsa demonstrasi jalanan semasa menerima rawatan dihospital, apakah perkara itu nanti tidak akan mengganggu fikiran serta tumpuan Dr. Chua ketika berarak dan berdemonstrasi diatas jalanraya bersama dengan kaki-kaki demonstrasi PKR, DAP dan PAS, iaitu satu tindakkan yang sama sekali paling tidak digemari oleh beliau suatu ketika dahulu.
Kita tunggu dan lihat, adakah Dr. Chua akan mampu bertahan dengan suasana baru bersama dengan para pemimpin Pakatan Pembangkang nanti. Selain itu juga, Dr. Chua Jui Meng perlu ingat, bahawa Barisan Nasional khususnya tidak pernah berfikir untuk memecat beliau daripada parti kerana tiada sebab untuk berbuat demikian, kecuali hanya beliau saja yang ada hasrat untuk berpaling tadah bagi meninggalkan Barisan Nasional yang telah dan pernah memberikan kedudukkan kepada beliau didalam kabinet. Apakah semua itu belum cukup ???
Biar apapun, kita semua juga perlu tahu bahawa target(bahasa omputeh, PPSMI) atau sasaran utama PKR bukanlah kedua-dua individu yang seperti mana yang diatas. Kedua-duanya ini tiada pun didalam senarai yang telah dicatatkan oleh Datuk Seri Anwar iaitu kononnya 30 orang Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat kedalam mana-mana parti didalam Pakatan Pembangkang. Tetapi kedua-dua insan ini tak ubah seperti kata peribahasa Melayu "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Biarpun PKR serta Pakatan Pembangkang sentiasa mengangakan mulutnya bagaikan seekor buaya yang sambil berjemur sambil itu juga mengangakan mulutnya luas-luas untuk memerangkap lalat yang hinggap diatas lidahnya tetapi matanya juga sentiasa melilau-lilau melihat mangsa yang lebih besar lagi.
Begitu jugalah dengan Dr. Chua dan Datuk Zaid, kedua-duanya itu juga bagi PKR sama seperti lalat-lalat bagi seekor buaya, belum berjaya mendapatkan mangsa yang paling diidamkan...jika lalat yang masuk dulu kedalam mulut, ...lalat, lalat lah, peduli apa...ngap saja!!! ...janji tak kebulur... ataupun mungkin juga sang buaya pandai berfikir begini "Kalau tiada rotan.., ada akar pun boleh lah juga..."...ape-ape aje le...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Julai 20, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com