Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Jun 02, 2012

Musim artis masuk politik, kata2 kurang sopan jadi sebahagian cabang seni !

Agak berbeza juga melihat golongan penggiat seni ini apabila mereka menyertai dunia politik. Mereka ini asal mulanya dikenali sebagai orang seni, penyanyi maupun pelakon. Bakat mereka memang pada dunia seni tetapi apabila mereka terjun ke arena politik nampak macam janggal rasanya masyarakat hendak terima.

Jika sebelum mencebur diri dengan politik, apabila mereka berada di atas pentas tentu sekali peminat mereka mengharapkan artis-artis ini akan menghiburkan dengan lagu-lagu merdu nanyian mereka tetapi keadaan telahpun berubah kini apabila di atas pentas mereka berceramah, mengungkit-ungkitkan perkara yang lalu, mengutuk pihak lain dengan kata-kata yang tidak sewajarnya mereka ucapkan.

Masuk politik atau menyertai mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang salah tetapi apakah sesuatu yang mesti atau harus bagi mereka-mereka yang masuk parti tertentu untuk menyerang kepimpinan kerajaan yang diperintah oleh parti lawan sedangkan kalau mengikut kerjaya yang mereka pilih iaitu sebagai artis patutnya mereka lebih profesional dan bersikap sederhana atau tidak keterlaluan sehingga sampai ke tahap menghina.

Dayangku Intan sebagai contoh, dahulunya beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal diawal tahun 1980an dengan imej sederhana sesuai sebagai seorang penyanyi wanita masyarakat timur tetapi sejak populariti beliau menurun serta kurangnya pertunjukkan telah membuat beliau menjadi kecewa dan patah hati dan akhirnya beliau memilih sebuah parti politik PKR sebagai tempat berpaut.

Begitu juga dengan beberapa artis lain seperti Aishah, Bob Lokman dan Azmil Mustapha yang memilih parti PAS sebagai wadah baru perjuangan seni mereka yang semakin muram. Itu hak mereka untuk memilih parti mana yang mereka suka tetapi janganlah pula menjadikan penyertaan mereka ini ke dalam parti Pakatan Pembangkang digunakan sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram dan marah terhadap kerajaan sedia ada.

Sebagai anak seni mereka ini perlu sedar bahawa artis-artis seperti mereka walaupun dah termasuk dalam senarai artis veteran tetapi masih mempunyai ramai pengikut yang tersendiri kerana peminat mereka bukan saja terdiri daripada orang-orang UMNO atau orang BN, malahan orang-orang PAS serta orang-orang PKR.

Dan pastinya apabila keadaan ini berlaku di mana seseorang artis itu sah menjadi ahli sesebuah parti dan apabila dipilih sebagai ahli panel pada majlis tertentu parti mereka, kesempatan yang ada akan digunakan untuk membalun pihak lawan maka dengan sendirinya perkara sebegini akan menyebabkan peminatnya yang dari parti lain akan lari meninggalkannya. Ini tentu sekali akan merugikan pihak artis itu sendiri.

Arkib Blog