Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 11, 2011

Safee Sali: Apakah ada muslihat tersembunyi disebalik tawaran Indonesia ?

Saya sebenarnya sangat hairan bagaimana sebuah negara yang kebanyakkan rakyatnya selama ini amat membenci Malaysia termasuklah kita sebagai rakyatnya boleh tiba-tiba menjadi begitu ghairah dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan dari negara kita Mohd Safee Sali.

Masih segar dalam ingatan kita semua bagaimana kita seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang menuntut atau bekerja di Indonesia sewaktu kempen "sweeping Malaysia" yang berpunca daripada isu 'Tarian Pendet' dan juga disebabkan isu 'kain batik', lagu 'rasa sayang eh' sentiasa berada dalam keadaan yang serbasalah dan ketakutan lebih-lebih lagi apabila diancam dengan serangan buluh runcing oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat atau BENDERA.

Menjadi lebih pelik lagi dengan tawaran oleh beberapa kelab bolasepak di Indonesia terhadap Mohd Safee apabila ianya dibuat tidak lama sejurus selepas Malaysia berjaya menewaskan pasukan bolasepak Indonesia dan dari itu saya boleh rasakan masih belum reda lagi kemarahan para peminat fanatik bolasepak Indonesia terhadap pasukan kebangsaan Malaysia, jadi bagaimana boleh berlaku dalam pada masa yang sama dengan tiba-tiba saja kedengaran tawaran dari kelab-kelab bolasepak yang tertentu di Indonesia minggu depan akan datang untuk melamar Mohd Safee ? Pelikkan !

Apakah pihak di sana ada muslihat jangka panjang yang tersembunyi untuk meranapkan setiap impian seluruh rakyat Malaysia yang kini sudah mulai menaruh harapan kepada pasukan negara untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bolasepak negara yang telah lama malap dan akan bangkit semula setanding dengan zaman kehebatan Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Hassan Sani, Santokh Singh,, R. Arumugam dan lain-lain lagi ?

Karpal Singh terpijak jerat sendiri !

Jika sebelum ini terdapatnya usaha daripada pihak peguambela Anwar Ibrahim untuk mengheret Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib sebagai saksi mereka dalam kes liwat ke-2 Anwar-Saiful, seperti yang dilakukan oleh YB Karpal Singh selaku ketua peguambela pada 31 Mei 2010 lalu apabila beliau cuba memancing emosi pihak pendakwaan dengan harapan supaya ada yang terperangkap dengan mainan pihak peguambela namun usaha tersebut ternyata tidak berjaya dan telah gagal.

Tetapi nampaknya kini apa cuba dibuat oleh pihak peguambela sudah menjadi terbalik pula. Semakin ramai pihak termasuklah bekas-bekas wakil rakyat PKR sendiri seperti MP Bayan Baru YB Datuk Seri Zahrain Hashim, MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin, MP Wangsa Maju YB Wee Chong Kiong serta beberapa NGO yang mempersoalkan peranan Karpal Singh yang menjadi ketua peguambela kepada Anwar Ibrahim walhal pada tahun 1997 iaitu waktu kes liwat pertama dulu Karpal Singh lah orang yang pertama mendedah prilaku seks songsang Anwar Ibrahim semasa persidangan Dewan Rakyat dan dialah juga yang mendesak Perdana Menteri waktu itu Tun Dr Mahathir untuk memecat Anwar Ibrahim sebagai TPM.

Dan yang lebih parah lagi apabila ramai kalangan mereka ini yang mahu agar pihak pendakwaan memohon sapina di Mahkamah terhadap Karpal Singh bagi membolehkan beliau dijadikan sebagai saksi perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah berapa kali ditangguh.

Malang sungguh Karpal Singh, niat dihati nak menjerat Perdana Menteri tetapi sayang sekali kaki beliau sendiri yang terkena tali. Dan saya harap supaya pihak pendakwaan dalam kes liwat ini mempertimbangkan cadangan oleh beberapa pihak agar Karpal Singh disapina dan biarkan Anwar mencari ketua peguambela yang baru, Baru Bian pun boleh !

Arkib Blog