Sebagai rakyat Sarawak, saya tidak faham kenapa masih ada juga kumpulan kecil di kalangan penduduk negeri ini yang terus terbawa-bawa dengan sentimen kewilayahan sedangkan Persekutuan Malaysia kini telah hampir berusia 50 tahun genap pada 16 September 2013 nanti.
Saya sedih melihat kepada kecenderungan mereka ini untuk terus mewujudkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di Sarawak dan juga Sabah tentang status kedua-dua negeri ini di dalam Malaysia. Cubalah mereka belajar untuk menjadikan perkara yang telah lalu sebagai satu sejarah negara yang wajar dikenang sejarah negara dan bukannya untuk terus diungkit bagi kepentingan diri.
Tentang kuasa autonomi dua wilayah Sarawak dan Sabah yang menjadi inti perjuangan kumpulan ini, bukankah perkara ini sudah dijelaskan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud ketika sambutan Majlis Hari Malaysia di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada malam 16 September 2012 dulu.
Sebagai salah seorang pemimpin yang boleh dikatakan lebih arif tentang sejarah penubuhan Malaysia kerana penglibatan awal beliau dalam politik di negara ini iaitu bermula sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lagi, Pehin Sri Haji Abdul Taib telah menegaskan bahawa autonomi yang dinikmati oleh Sarawak serta Sabah pada masa ini sebenarnya sudah melebihi dari yang diperlukan dan tidak perlu lagi timbul soal bagi kedua-dua negeri ini mengasingkan diri daripada Malaysia.
Menurut Pehin Sri Hj Abdul Taib lagi, jika Sarawak mahupun Sabah berpisah daripada Malaysia, maka sudah pasti kedua-dua negeri ini memerulukan peruntukkan yang jauh lebih besar hanya untuk membangunkan pasukan keselamatan dan juga pasukan pertahanan sendiri iaitu Polis serta Tentera Darat, Tentera Laut dan juga Tentera Udara termasuklah segala peralatan yang diperlukan.
Dan jika ini berlaku, sudah tentu usaha untuk membangunkan negeri Sarawak/Sabah serta untuk memaju dan meningkatkan sosio-ekonomi rakyatnya tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan kedua-dua negeri ini kerana tumpuan untuk menguatkan barisan pertahanan pasukan Tentera dan Polis telah menjadi agenda utama bagi memastikan kedaulatan kedua wilayah ini sentiasa terjamin.
Inilah yang terjadi sebenarnya ketika awal pembentukan Malaysia dulu apabila kedua-dua negeri ini diberi kuasa autonomi penuh dengan mewujudkan Kementerian Pertahanan serta Kementerian Dalam Negeri sendiri namun telah dimansuhkan tidak lama selepas itu oleh kerajaan kedua-dua negeri ini kerana masalah kewangan untuk membina aset pertahanan sendiri.
Malah di kalangan pendesak ini saya pikir ada di antara mereka yang tidak faham makna "kuasa autonomi" yang sememangnya telah lama ada pada Sarawak dan Sabah. Mungkin ada antara mereka berpendapat "autonomi" itu satu objek yag boleh dilihat dengan mata kasar, disentuh dengan tangan, diangkat ataupun ditendang, mungkin sebab itu mereka seringkali mengungkit tentang kuasa autonomi.
Namun bagi saya, jika benar Sarawak dan Sabah tidak diberikan kuasa autonomi di dalam Malaysia ini, bagaimana boleh kerajaan kedua-dua negeri boleh membentukkan kabinetnya sendiri yang mempunyai struktur pentadbiran serupa dengan kabinet kerajaan persekutuan. Jadi kita rakyat Sarawak dan Sabah kena melihat perkara ini dengan cermat dan tidak usahlah hanya kerana isu-isu yang terpencil hingga menyebabkan kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan kerugian besar kepada negeri serta negara kita.
Patutnya di saat negara sedang berdepan dengan insiden berdarah seperti yang berlaku di Lahad Datu ketika ini akan mematangkan lagi semua pihak tidak kira siapa dan tidak patut sama sekali untuk terus mengeruhkan keadaan dengan perkara-perkara lapuk seperti itu. Rakyat Sarawak terutamanya wajar patuh dan ingat apa yang telah dijelas melalui pesanan Pehin Sri Hj Abdul Taib hampir setahun yang lalu dan tidak usahlah terlalu ghairah untuk mempercayai khabar angin yang didengar daripada pihak luar sedangkan kita sendiri yang berada dalam Sarawak ataupun Sabah lebih tahu perkembangannya setiap masa. Kenapa perlu percaya kepada pihak asing?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Mac 17, 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com