Untuk menyelesaikan masalah politik di Perak adalah tidak perlu sama sekali diwujudkan kerjasama di antara BN dengan Pakatan Pembangkang. Pada pendapat saya, walaupun apa sahaja hasil yang akan dicapai setelah itu iaitu sekiranya perbincangan bersama seperti itu hendak diteruskan ianya tidak akan membawa apa-apa makna.
Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS yang kita semua sudah sedia maklum memang jenis yang akan menolak sebarang keputusan yang bukan memihak kepada pakatan mereka. Pakatan Pembangkang sudah jelas kita lihat memang tidak mengamal sikap terbuka kepada sesuatu keputusan yang dibuat oleh pihak tengah serta tidak pernah bersedia untuk menerima hakikat. Pakatan pembangkang juga sentiasa mengamalkan sikap tidak pernah bersyukur dengan apa yang sudah mereka miliki.
Banyak contoh yang boleh kita ambil sebagai rujukan mengenai tingkah laku, helah muslihat serta tindakan Pakatan Pembangkang yang bertentangan sama sekali dengan amalan demokrasi di negara ini. Kita boleh ambil contoh dari banyak perkara yang telah mereka lakukan.
Umpamanya, kita balik semula pada waktu selepas beberapa bulan PRU 12 selesai. Pada masa-masa setelah itu kita melihat, membaca didada-dada akhbar, dalam akhbar juga serta mendengar berita dari corong radio juga ketika menonton berita-berita di tv tentang usaha Anwar Ibrahim dan sekutunya untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengajak lebih daripada 30 ahli-ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Pembangkang. Kempen Pembangkang ke arah pembentukan kerajaan baru dengan cara yang paling tidak demokratik itu berterusan sepanjang masa dengan sasaran ialah 16hb September sebagai tarikh yang ditetapkan untuk merealisasikan matlamat mereka itu. Kempen atau promosi yang dijalankan oleh Anwar dan Pakatan Pembangkang untuk melangkah ke Putra Jaya sebenarnya telah mencemaskan keadaan di dalam negara terutamanya bagi majoriti rakyat yang telah tetap memilih BN sebagai kerajaan yang sah untuk memerintah.
Pada pandangan saya, jika mereka masih meneruskan usaha untuk mewujudkan kerajaan dengan cara seperti itu maka beerti mereka sendirilah yang telah membunuh semangat demokrasi di negara ini. Maknanya Pakatan Rakyat menolak kemahuan serta keputusan yang telah rakyat laksanakan. Sepatutnya Pakatan Pembangkang hendaklah memiliki perasaan tahu bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha menguruskan saja apa yang telah mereka perolehi seperti mengurus dengan baik kebajikan rakyat di Negeri Selangor, Negeri Kedah, Negeri Kelantan juga Pulau Pinang dan mereka harus buktikan kemampuan mereka mntadbir sebagai kerajaan yang memerintah dan bukannya hanya tahu hendak memiliki kuasa.
Dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan, jika keputusan menyebelahi mereka maka akan dianggap sebagai adil dan demokrasi, tetapi apabila rakyat telah memberi kemenangan kepada calon BN maka mereka tetap akan mempertikaikan segala keputusan itu sehingga sanggup menjadikannya sebagai satu isu yang kemudian dijadikan sebagai kes dan membawa sampai ke mahkamah untuk diputuskan semula. Sebagai contoh, 3 pilihanraya yang diadakan baru-baru ini iaitu di kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah serta DUN Batang Ai di Sarawak. Kita sudah mengetahui tentang semua keputusan di 3 kawasan pilihanraya itu. Dua kerusi yang dipertandingkan Pakatan Pembangkang telah menang, maka mereka diam. Tetapi satu kerusi di DUN Batang Ai mereka telah kecundang, lalu berbagai dakwaan yang mula dan telah mereka lemparkan kepada kerajaan BN serta kepada pihak SPR.
Berhubung dengan keputusan yang memihak kepada BN di DUN Batang Ai, Pakatan Pembangkang khususnya PKR telah mendakwa bahawa beberapa peti undi telah sengaja dijatuhkan ke dalam laut dari pesawat helikopter serta dibuangkan kedalam sungai dari perahu. Pada hakikatnya bahawa Pakatan Pembangkang baik DAP atau PAS maupun PKR, amat sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan dan kenyataan. Bagi mereka, hanya merekalah saja yang terbaik, betul dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. Dalam apa juga keadaan sekalipun, selagi sikap pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang sentiasa terus sedemikian memang tidak ada gunanya Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi muka kepada mereka. Tidak ada faedahnya menyambut pelawaan untuk bekerjasama daripada mereka baik dari Penasihat DAP Lim Kit Siang, Penasihat PKR Anwar Ibrahim ataupun mereka dari kalangan parti PAS.
Pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri harus sedar dan tahu bahawa suasana politik yang paling tidak stabil di Perak sekarang ini adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Mereka tergamak menidak perkara-perkara yang benar dan mengiya apa sahaja perkara yang salah. Mereka sesama mereka sanggup untuk dipijak, memijak kepala diantara satu dengan yang lain demi kuasa. Seperti pemimpin PAS yang sanggup menutup mata, telinga dan akal fikiran berhubung dengan kes penasihat DAP Perak Nga Kor Ming yang mempergunakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan tujuan untuk mempengaruhi kepercayaan orang-orang Melayu agar mudah untuk diperdayakan dengan perjuangan yang tersembunyi seribu serba satu muslihat DAP itu.
PAS sanggup nilai-nilai agama Islam yang sekian lama telah menjadi pegangan, panduan serta amalan hidup orang-orang Melayu untuk diperleceh dan dipersendakan oleh orang yang bukan dari kalangan yang beragama Islam. Dimanakah tanggungjawabnya pemimpin-pemimpin serta para pengikut PAS terhadap agama yang mereka sanjungi dan anuti itu. Mereka itu sebenarnya tidak bertanggungjawab. PAS juga sanggup merestui perbuatan-perbuatan oleh segelintir pihak yang jelas telah melampaui batas tatasusila masyarakat Melayu yang mengamalkan adat memulia dan mendaulatkan Raja sebagai pemerintah. PAS juga sanggup untuk melihat Institusi Di Raja cuba untuk dibabitkan di dalam permasalahan politik mereka.
Semua yang telah saya nyatakan diatas ianya hanyalah sebahagian kecil saja yang mampu disebut tentang DAP, PAS dan PKR, manakala yang lebih banyak lagi seluruh rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya. Oleh itu, saya sekali lagi berpandangan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak perlu sama sekali untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Pembangkang jika bertujuan hanya untuk menamatkan kemelut politik yang telah dimulakan oleh Pakatan Pembangkang sendiri di Perak.
Saya sangat setuju dengan pandangan serta kenyataan yang telah disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib baru-baru ini mengenai perkembangan politik semasa di Perak. YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa masalah politik di Perak boleh diselesaikan sebelum ini jika semua pihak terutamanya Pakatan Pembangkang mahu menghormati undang-undang negara. Tetapi oleh kerana sikap angkuh dan keras kepala para pemimpin pembangkang itu, maka langkah seperti itu adalah amat sukar sekali untuk diguanakan bagi mengatasi sebarang masalah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Mei 15, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com