Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Julai 13, 2009

Presiden PAS Menghina Rakyat Sarawak.

Saya belum lagi berpeluang atau lebih tepat lagi tidak berkesempatan untuk membaca tentang berita yang termuat didalam Malaysiakini pada 11 Julai baru-baru ini yang ada menyiarkan berita mengenai Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang dikatakan telah menghina rakyat Sarawak khususnya para pengundi di DUN Batang Air yang telah memilih calon BN sebagai wakil mereka untuk kerusi itu ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun saya telah mendapat sedikit maklumat mengenainya semasa mengunjungi dua blog iaitu Revolusi Pedang Srikandi dan juga Anti-PKR-Sarawak. Kedua-duanya telah menulis tentang perkara yang sama walaupun dengan tajuk yang berlainan. Keduanya juga ada menyelitkan ucapan Haji Hadi sebagaimana yang disiar didalam Malaysiakini pada artikel masing-masing.

Antara ucapan Haji Hadi adalah seperti berikut : "Kita adalah satu bangsa satu agama... Kita mestilah melaksanakan Islam sebagaimana(diperintahkan) dalam Al Quran dan Hadis".

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Hadi(Presiden PAS) yakin PAS akan kembali sekali lagi menang di Kerusi DUN Manek Urai yang dipegangnya sejak tahun 1959 dan hanya kalah sekali kepada BN pada tahun 2004 saja.

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," katanya.
SUMBER: Malaysiakini bertarikh 11 Julai 2009.

Ulasan saya: Jika pakaian yang menjadi ukuran kepada Abdul Hadi, tetapi bagaimana pulak pandangan beliau terhadap tingkahlaku bekas Menteri Besar Perak serta bekas exco-exconya selepas terguling daripada jawatan masing-masing, walaupun dilihat pakaian YB Nizar, Ngeh Ko Ham, Nga Kor Ming.. bukan main lagi "molek"...kemas, siap dengan tali leher lagi tu...tapi perangai tak ubah seperti "monyet" dalam hutan.

Abdul Hadi janganlah cakap berbelit-belit, dia kata "bukan nak hina" tetapi sudahpun dia kata "tak reti undi, pakai cawat lagi"... maknanya dia telah menghinalah. Sungguhpun rakyat Sarawak khususnya penduduk di Batang Ai telah dianggap oleh Abdul Hadi sebagai yang sedemikian, namun selagi akal yang waras masih menebal dan kesetiaan kepada BN tetap tersemat, tidak mungkin kami akan menggadaikan negeri ini kepada DAP, PKR dan juga PAS.

Abdul Hadi boleh berkata apa saja tentang rakyat Sarawak yang anti-PAS, tak apa, itu sememangnya sudah menjadi hak dia sebagai "ulama" Isketambola untuk menyuarakan rasa kecewa dia terhadap perkara tersebut tetapi yang paling penting ialah rakyat Sarawak tidak mudah diperdaya dan tidak akan mahu "ditipu hidup-hidup" oleh DAP, PKR dan PAS.

Walaupun ada segelintir di antara rakyat Sarawak yang telah terpengaruh dengan "pukau-pukau" yang digunakan oleh DAP, PKR dan PAS, tetapi mereka sebenarnya berada dalam kebingungan kerana ada diantaranya kurang tahu menilai yang "mana satu intan" dan yang "mana satu pasir" disebabkan kurangnya pendedahan tentang sesuatu peristiwa kerana jarang mendapat maklumat. Kebiasaannya apabila mereka itu dijaja dengan cerita-cerita yang karut-marut oleh DAP, PKR dan PAS, maka mereka akan terima bulat-bulat tanpa menilai kebenarannya terlebih dahulu.

Buang Flag: Demi Keselamatan Blog Anda...

Walaupun agak terlewat saya tahu tentang perlunya kita membuang "flag"(Benderakan blog) yang terletak diatas sekali pada blog kita, namun saya telah berjaya meniadakannya setelah menerima peringatan daripada rakan blogger http://revolusipedangsrikandi.blogspot.com yang memaklumkan supaya ianya harus dilakukan demi menyelamatkan blog daripada diganggu oleh pelawat-pelawat yang tidak bertanggungjawab atau pihak yang tidak senang dengan sesuatu perkara yang dicatatkan didalam blog masing-masing.

Cara-caranya mudah saja ;

Mula sekali kenalah buka dashboard(papan pemuka) dengan seperti biasa kita kena "daftar masuk" terlebih dulu, kemudian > tekan layout(reka letak) > klik - edit html > cari tulisan seperti mana terdapat dalam imej yang dipaparkan diatas. Untuk memudahkan lagi sila muat turunkan saja gambar diatas supaya lebih jelas untuk dibaca dan semuanya harus mengikut arahan yang ada pada tulisan merah dipetak sebelah kanan iaitu bagaimana dan dimana nak diletakkan kod yang sudah disalinkan itu.

Kod yang perlu disalin adalah ;

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

Paste dibawah garisan putus-putus yang atasnya ada tulisan BLOGGER TEAM. Lepas itu Save dan siap lah... selamat mencuba!!!

Arkib Blog