Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Ogos 02, 2012
Adakah agama Kristian RC semurah ini ? Tidak !
Ketiga-tiga gambar di atas ini saya ambil dari beberapa buah blog yang sebelum ini telah mendedahkan bahawa terdapat kegiatan para penyebar agama Kristian dari mazhab Roman Catholic sedang merayau-rayau di sekitar kediaman masyarakat orang Islam di tempat tertentu dalam negara ini.
Untuk bukti gambar ini telah disiarkan dan sekali pandang macam pelancong dari negara China dan orang Barat yang sedang sesat tidak tahu jalan. Gambar juga menunjukkan mereka yang bergerak secara berkumpulan masing-masing berjalan sambil menggalas sebuah yang dipercayai mengandungi risalah-risalah agama Kristian untuk diedarkan kepada masyarakat Islam.
Jika benar, kenapakah sampai begitu terdesak sekali pemimpin agama Kristian khususnya dari golongan Roman Catholic apabila terpaksa keluar jauh ke kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya untuk mengembangkan agama Kristian padahal dalam ajaran Kristian sendiri amat dilarang untuk berbuat demikian kepada mereka-mereka yang ternyata sudah ada kepercayaan sendiri.
Saya masih ingat lagi bagaimana seorang paderi yang telah begitu lama berkhidmat di daerah kami iaitu Rev. Father Henry Vollenberg warga Belanda menjelaskan kepada kami yang ketika itu baru menerima Sacramentum Baptisme dan menjadi umat Kristian RC yang baru sekitar tahun 1980an di mana beliau memberitahu bahawa menjadi satu kesalahan besar menyebar ajaran agama Kristian kepada orang Islam atau mereka-mereka yang sudah menganut agama lain.
Penjelasan itu beliau nyatakan kepada kami berikutan sebelumnya pihak gereja enggan menerima kami dari satu kampung untuk diBaptiskan sebagai orang Kristian walau telah beberapa kali mengundang pihak gereja untuk datang ke perkampungan kami. Alasan pihak gereja ialah mereka tidak akan sesekali menerima orang Islam untuk belajar agama Kristian. Tidak sama sekali. Titik!
Untuk makluman, kedudukan perkampungan yang kami duduki sebenarnya berada di dalam lingkungan masyarakat yang beragama Islam. Orang Islam adalah penduduk majoriti di kampung yang kami tinggal dan kami adalah kumpulan minoriti. Oleh itu, maka pihak gereja menganggap kami yang minoriti ini merupakan orang Islam juga dan itulah alasan yang diguna oleh pihak gereja untuk menolak permohonan kami penduduk di situ hendak memeluk agama Kristian.
Banyak perkara berlaku di sebalik kemasukan kami ke dalam agama Kristian RC ketika itu. Perbalahan sesama pemimpin gereja tercetus apabila seorang paderi iaitu Reverand Father Henry Vollenverg memarahi salah seorang mubaligh RC rakyat tempatan, mendiang Philip Rooby yang beliau dakwa sengaja mencari masalah apabila sanggup mengajar ajaran agama Kristian kepada orang Islam.
Pertengkaran terus berlaku namun mendiang Philip tetap bekeras dan memberitahu Rev. Father Henry bahawa kami bukan Islam dan belum ada agama sebab sebagai penduduk tempatan mendiang Philip lebih kenal kami daripada orang luar. Untuk sekian kalinya, kami akhirnya diterima juga belajar agama Kristian RC dan kemudiannya lulus untuk diterima menjadi seorang Kristian, diBaptis dan seterusnya diberi kelulusan untuk menerima Sacramentum Confirmation daripada Arch. Bishop Dominic Su.
Father Henry menjelaskan kenapa pihak gereja sebelum itu berkeras untuk tidak mahu menerima kami belajar dan seterusnya Membaptiskan kami sebagai orang Kristian adalah disebabkan pihak mereka berpendapat yang kami adalah orang Islam dan lebih dari itu kerana sangat menghormati undang-undang negara ini serta tidak mahu menimbulkan sebarang suasana yang tidak elok dalam negara ini apabila sengaja melakukan pelanggaran terhadap undang-undang negara malah ianya juga tidak selari dengan tuntutan agama Kristian itu sendiri.
Saya sengaja selitkan serba sedikit kisah lalu berkenaan dengan kemasukan kami ke dalam agama Kristian Roman Katholik suatu ketika dulu adalah bagi memberi jawapan kepada perbuatan misteri serta tidak bertanggungjawab oleh beberapa kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai mubaligh Kristian yang didakwa ke hulu ke hilir mengedar segala risalah tentang ajaran agama Kristian...dan mereka-mereka ini harus sedar bahawa perbuatan mereka itu bukan saja menyalahi undang-undang Malaysia malah sangat bertentangan dengan ajaran agama Kristian.
Apakah juga kumpulan-kumpulan mubaligh sesat ini jelmaan daripada parti-parti politik pembangkang? Mereka semacam ada agenda berbaur politik, cuba menggugat ikatan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. Lebih-lebih lagi apabila ada anasir asing turut serta di dalam gerakan mereka itu. Oleh itu saya merayu kepada pihak gereja seluruh negara agar bertindak terhadap golongan berfahaman sempit ini, perbuatan mereka jika tidak disekat pasti akan mengundang berbagai masalah baru dalam hubungan masyarakat Islam dengan orang Kristian di negara ini nanti.
!!! Siasat juga bagaimana kumpulan "mubaligh" ini boleh menyalahgunakan nama gereja tertentu untuk kepentingan sempit mereka ... tindakan kumpulan itu juga saya rasa telah menghina agama Kristian dalam keadaan yang sedar apabila berlagak umpama pengemis dan kutu rayau menyebar risalah ajaran Kristian kepada orang ramai. Kumpulan ini sebenarnya telah meletakkan nilai agama Kristian di tahap yang paling rendah, semurah selipar dan barangan lelongan lainnya...!!!
Label:
kristian
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com