Belum terlambat rasanya bagi saya untuk menyampaikan ucapan syabas dan tahniah atas kemenangan besar 55 orang calon BN pada PRN Sarawak yang ke-10 minggu lepas.
Kepada wakil rakyat bagi DUN N50 Dalat YB Datin Hjh Fatimah Abdullah setinggi ucapan tahniah buat YB dan BN juga atas majoriti besar yang diperolehi.
Banyak sangat pihak yang terlibat sebenarnya didalam usaha untuk memenangkan kesemua 71 calon BN yang bertanding walaupun kalah 16 calon kepada calon Pakatan Haram.
Bloggers proBN dari Semenanjung Malaysia, Bloggers yang berada di Sarawak juga tidak dapat dinafikan sumbangan mereka masing-masing ke arah membantu pihak BN berkempen patut dihargai, semua jentera kempen pilihanraya Barisan Nasional Pusat dan Negeri Sarawak, Ahli-ahli Parlimen BN dari seluruh negara, Menteri-menteri Persekutuan, Timbalan-timbalan Menteri Persekutuan...terima kasih banyak-banyak kepada mereka semua.
Segala sumbangan dan jasa anda semua tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Sarawak yang tahu mengenang budi kerajaan Barisan Nasional. Kemenangan BN bermakna nasib masa depan kaum peribumi di Bumi Kenyalang akan terus terbela.
Sudah 4 hari saya tak dapat mengemaskini blog Anak Merdeka kerana berada dikawasan yang langsung tidak mendapat liputan internet namun harapan selepas ini semua perkhidmatan jalur lebar dapat dilebarkan ke kawaasan-kawasan yang sangat memerlukan.
Walaupun terdapat terlalu banyak kawasan-kawasan DUN Sarawak khususnya dipendalaman tidak mempunyai kemudahan seperti sistem jalanraya yang baik, bekalan air bersih serta bekalan api elektrik apatah lagi teknologi moden seperti 3G, 4G, Wimax, Broadband dan sebagainya sepertimana yang sudah dinikmati oleh kaum Cina dikawasan bandar-bandar yang menyokong Pakatan Pembangkang...namun kami Bumiputera juga yang berjaya menyelamatkan maruah Barisan Nasional pada 16 April 2011 Sabtu lalu.
Pada setiap kali pilihanraya diadakan, peruntukkan berat sebelah selalu kami nampak berlaku...contoh kalau dikawasan Cina kerajaan BN akan sanggup berhabisan sehingga berbillion-billion ringgit semata-mata untuk menambat hati kaum itu sementara kalau kawasan Bumiputera hanya sekupang dua yang dihulurkan sehingga banyak kawasan kaum Bumiputera sehingga kini benar-benar payah untuk dibangunkan.
Apa yang kerajaan BN dapat dari pelaburan yang begitu besar untuk menawan hati kaum itu tetapi akhirnya kaum tersebut tetap juga menolak kerajaan Barisan Nasional. Wang yang sepatutnya disalurkan untuk membangunkan kawasan-kawasan kaum Bumiputera yang masih jauh ketinggalan tidak sewajarnya dibazirkan begitu saja untuk golongan masyarakat yang tidak tahu mengenang budi kerajaan selama ini.
Susu diberi sayangnya telah dibalas dengan tuba.
Rakyat Sarawak dari kelompok Bumiputera, kawasan merekalah yang sepatutnya diberi perhatian lebih dan bukannya tempat kelompok kaum yang seudah kelihatan semakin menentang Barisan Nasional. Kerajaan tak perlu lagi cuba nak memanja-manjakan kaum yang sesetengah daripada mereka memang bersikap hipokrit.
Saya masih ingat, jika dulu Barisan Nasional Sarawak boleh menghukumkan kami rakyat di DUN N50 Dalat(dulu dikenali sebagai N44 Oya Dalat) dengan tidak memberi walau sesen pun bantuan untuk mana-mana projek kerana pada tahun 1987-1991 DUN Dalat telah dikuasai oleh Parti Permas dengan Wan Madzihi Wan Mahdzar sebagai Ahli Yang Berhormat.
Rakyat yang mengundi calon BN ketika itu iaitu Allahyarham Ghazali Kipli juga turut menjadi mangsa apabila mereka yang menyokong calon Permas berjaya menambah undi sehingga calon BN itu tewas kepada Wan Madzihi Wan Mahdzar.
Maka itulah saya mahu hukuman serupa juga harus BN Sarawak kenakan kepada 16 kawasan DUN yang dimenangi oleh Pakatan Pembangkang dan kalau mahu memberipun haruslah merujuk kepada mana-mana peti undi yang menyokong BN dan tidak kepada mana-mana peti undi yang lebih banyak menentang BN.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, April 18, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com