Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 20, 2011

PRU-13: harap PM tidak letak tunggul kayu jadi calon BN di P.213 Mukah...

Datuk Seri Mohd Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional Pusat telah beberapa kali mengingatkan semua pihak yang ada dalam BN tidak kiralah samada mereka itu berjawatan dalam parti mahupun yang hanya bertindak sebagai penyokong kepada BN agar semuanya patuh kepada calon yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan serta menerima mereka yang telah dipilih sebagai calon wakil rakyat pada PRU-13 nanti tanpa rasa keraguan atau dalam bahasa mudahnya tidak mempertikai calon pilihan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib selepas dicadangkan oleh Pengerusi BN negeri-negeri.

Bagi memastikan agar pihak-pihak ini akur ataupun perlu menuruti peringatan berbentuk arahan itu, maka Perdana Menteri telah meminta mereka ini untuk mengemukakan satu pengakuan menerusi suatu borang khas atau mirip kepada 'surat akujanji' bahawa mereka-mereka ini akan taat serta menerima sesiapa saja yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan BN serta akan turut menyokong individu-individu yang telah dipilih sebagai calon untuk mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Namun bagi saya, rakyat tidak bolehlah dipaksa untuk menerima sesiapa saja calon pilihan yang diputuskan oleh pihak atasan dalam parti semata-mata untuk memenuhi selera pengerusi BN negeri-negeri sebab seringkali berlaku di sesetengah kawasan baik pada peringkat DUN ataupun pada peringkat Parlimen terdapat wakil-wakil rakyat BN yang pemalas, bengap sehingga ada yang langsung tidak pernah melawat kawasan yang diwakili dan cuma akan muncul apabila tarikh pilihan raya sudah semakin dekat. Dalam tempoh lima tahun haram rakyat dapat berjumpa kelibat YB kawasan untuk turun menjenguk rakyat bawahan.

Bagi kawasan Parlimen P.213 Mukah telah 7 penggal YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad berdiri sebagai calon BN di situ dan selama itu jugalah beliau telah diberi kepercayaan oleh sebahagian besar rakyat di kawasan Mukah untuk menjadi wakil kepada mereka di Dewan Rakyat namun apa yang mampu beliau bawa kepada rakyat Mukah yang diwakilinya dalam tempoh berkenaan ? Tiada. Apa yang orang luar lihat tentang pembangunan yang ada pada hari ini berlaku di kawasan Parlimen Mukah adalah hasil kejayaan yang dibawa oleh ADUN Balingian YAB Pehin Sri Taib Mahmud yang berpindah dari kawasan DUN lamanya di Asajaya Kota Samarahan pada awal tahun 2001 dulu.

Dan begitu juga dengan pembangunan yang dapat disaksikan yang telah banyak mengubah wajah DUN Dalat juga terletak di dalam Parlimen Mukah, semuanya adalah hasil usaha gigih ADUNnya YB Datuk Fatimah Abdullah dan mungkin ada dikalangan rakyat di kedua-dua DUN berkenaan yang keliru dengan keadaan ini apabila ada yang fikir bahawa itu semua pembangunan yang dibawa oleh Dr Muhammad Leo Toyad. Tidak banyak projek kerajaan Persekutuan yang dibawa oleh Dr Muhammad Leo Toyad untuk menfaat rakyat di kawasan yang diwakilinya selama 7 penggal beliau sebagai anggota Parlimen di situ.

Apabila ada desas desus yang menyebut bahawa kemungkinan besar anak sulung Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Seri Mahmud Abu Bekir akan bertanding sebagai calon BN bagi menggantikan tempat Dr Muhammad Leo Toyad di Parlimen Mukah pada PRU-13 nanti, maka saya percaya bahawa itu merupakan satu berita buruk buat rakyat di kawasan Parlimen Mukah kerana Dr Muhammad Leo Toyad yang selama ini ternyata gagal untuk membawa sebarang pembangunan di Mukah apatah lagi Datuk Seri Mahmud yang terbukti gagal sebagai seorang suami dan nyata gagal sebagai ketua keluarga sehingga gagal untuk menyelamatkan perkahwinan beliau dengan isteri pertamanya.

Saya berpendapat sedemikian sebab setiap kepimpinan yang baik semuanya harus bermula dari rumah juga harus bermula daripada diri sendiri barulah kemudiannya boleh membuka langkah untuk menjadi pemimpin kepada orang lain. Jika dalam keluarga sendiri tidak terurus dengan sempurna, jadi bagaimana pula untuk menjadi pemimpin kepada rakyat yang bukan sedikit jumlahnya. Saya tidak tahu bagaimana para pengundi khususnya rakyat di kawasan tertentu di Mukah boleh terpesona aura keturunan Pehin Sri Taib sehingga ada yang taksub lalu merayu menjemput anak beliau untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen Mukah.

Saya tidak bermaksud untuk menafikan kehebatan Pehin Sri Taib Mahmud dalam mentadbir kerajaan Sarawak sehingga negeri ini telah berada pada kedudukan sepertimana yang kita semua dapat lihat pada hari ini tetapi rakyat Mukah juga perlu sedar bahawa keturunan yang hebat tidak semestinya dapat menjaminkan yang generasinya kelak apabila dipilih sebagai pemimpin mereka juga akan sama seperti orang tua mereka kerana semangat perjuangan yang ada dalam diri Pehin Sri Taib tidak mungkin dapat diwairisi kepada anaknya dan begitu juga dengan anak beliau tidak mungkin mampu untuk mewarisi semangat perjuangan tulen yang ada dalam jiwa Pehin Sri Taib.

Sudah cukuplah rakyat di Parlimen Mukah mempunyai seorang wakil yang langsung tiada keupayaan sebagai seorang Anggota Palrimen dan sekarang adalah masanya rakyat di Mukah untuk mendapat seorang wakil rakyat yang baru yang benar-benar berkebolehan, berwibawa, rajin turun padang bertemu dengan rakyat, berani menyuarakan masalah rakyat serta rajin mengemukan pertanyaan ketika Sidang Dewan Rakyat berlangsung. Rakyat Mukah harus melupakan wakil rakyat yang hanya menjadi tunggul dikawasan mereka dan marilah kita semua bersepakat memohon agar Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN Pusat bersedia untuk memberi ruang kepada rakyat bawahan di Parlimen Mukah menyatakan kepada beliau siapa yang terbaik untuk menjadi wakil kita semua di kawasan Mukah pada PRU-13 nanti.

Pilihan pertama kita tetap ada dan saya telah lama mengintai akan kebolehan ADUN Dalat YB Datuk Fatimah Abdullah untuk mengisi tempat Datuk Sri Dr Muhammad Leo sekiranya beliau berundur dan berdasar kepada semangat serta kesungguhan Datuk Fatimah sebagai seorang pemimpin di DUN Dalat serta keupayaan beliau sebagai seorang Menteri Kabinet Negeri Sarawak, maka saya dapati beliaulah individu yang paling layak untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen P.213 Mukah pada PRU-13 kelak.

Perlukah rakyat Malaysia membazir wang semata-mata nak ke konsert Elton John?

Atas jemputan pihak AirAsiaRedTix, penyanyi terkenal dari Britain Elton John telah dijadualkan berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan konsert solonya di negara ini pada 22 November depan bertempat di Arena of Stars, Genting Highland.

Harga tiket telah ditetapkan mengikut kelas atau mengikut tempat duduk. Setiap tiket untuk menyaksikan persembahan Elton John itu nanti masing-masing dijual dari harga serendah RM383 dan seterusnya meningkat kepada harga RM483 huh!, RM783 huh!, RM883 huh!, RM1183 huh! dan yang termahal sekali ialah RM1383. Wow!!! siapa untung?

Masalahnya disini adalah sikap rakyat Malaysia. Bukanlah saya nak kata mereka tu kedekut atau apa tetapi sikap yang suka membazir wang kepada perkara yang tak berfaedah seperti itu apakah ianya perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita? Tapi kalu pasal menyumbang untuk dana kemanusiaan tak apalah juga sebab itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai insan untuk membantu manusia lain yang memerlukan bantuan.

Lagi yang peliknya sikap sesetengah daripada kita ialah, apabila berlaku sedikit kenaikan harga barang di negara ini ekoran keputusan kerajaan untuk mengurangkan beban mereka dengan menarik semula beberapa harga subsidi barang-barang tertentu, bukan main kecih lagi menuduh kerajaan itu dan ini tetapi dalam bab hiburan seperti itu tak ada juga terdengar keluhan atau mendengar mereka merungut pasal harga tiket ke konsert Elton John itu mahal macam emas dan merayu minta diturunkan.

Di Malaysia ini sendiripun ramai juga artis-artis atau penyanyi popular tetapi kenapa pula membiarkan mereka menjadi seperti seorang pengemis di negara sendiri apabila tiba ketika mereka hendak membuat konsert bukan main payah lagi nak mendapatkan penaja dan kalau adapun kadangkala terpaksa berkongsi satu pentas dengan penyanyi-penyanyi luar yang diundang khas dan terpaksalah para penyanyi kita itu menumpang tuah penyanyi negara lain yang dijemput mengadakan konsert di negara sendiri.

Cuma apa yang ingin dipersoalkan disini ialah, apakah perlu untuk kita sebagai rakyat Malaysia menyokong kehadiran penyanyi-penyanyi luar seperti Elton John yang diketahui berdepan dengan krisis identiti itu untuk mengadakan persembahan mereka di negara ini dan ditambah pula dengan bayaran yang begitu tinggi dikenakan oleh penganjur kepada orang ramai sekiranya mahu menyaksikan konsert itu kelak.

Saya rasa, tak perlulah untuk kita meleburkan wang kita semata-mata untuk menonton persembahan dua tiga jam konsert seperti itu. Cuma membazirkan masa dan wang. Adalah lebih baik cadangan kepada mereka yang berhasrat ke konsert itu laburkan saja duit itu ke dalam Amanah Saham Nasional serta lain-lain saham atau hulurkan saja ke dalam Tabung Bencana Alam, Tabung Kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestine dan sebagainya, dapat juga amalan yang baik dan berguna.

Datuk 71 tahun ditumbuk bini kerana cuba rogol cucu sendiri !

RANAU 19 Oktober 2011 - Seorang nenek yang menyangka rumahnya dipecah masuk apabila pintu bilik cucunya terbuka terkejut apabila melihat suaminya sedang mencabul cucunya berusia 13 tahun dalam kejadian di sebuah kampung di sini, baru-baru ini.

Berang dengan tindakan suaminya yang tergamak mencabul cucunya sendiri, nenek berusia 51 tahun itu kemudian bertindak menendang dan menumbuk muka suaminya sebelum memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1:30 pagi, suspek berusia 71 tahun itu dikatakan menuju ke bilik air untuk membuang air kecil lalu terlihat cucunya dalam bilik bersebelahan dengan biliknya tidur dalam keadaan terkangkang.

Suspek yang gagal mengawal nafsu buasnya kemudian masuk ke dalam bilik cucunya lalu mencabul sebelum cuba merogol mangsa.

Bagaimanapun, tindakan datuk itu cuba merogol mangsa tidak kesampaian apabila perbuatan itu berjaya dihalang oleh isterinya yang menendang dan menumbuk muka suspek.

Selepas itu, suspek cuba meminta maaf, namun isterinya kemudian bertindak menghubungi anaknya yang juga ibu kepada cucunya bagi memaklumkan perbuatan terkutuk suaminya.

Selepas itu, ibu mangsa yang berada di Kota Kinabalu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Darerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik sahaja menerima maklumat daripada IPD Kota Kinabalu, pihak polis Ibu Pejabat Polis Darerah Ranau terus menjalankan siasatan.

"Hasil siasatan, polis berjaya menahan suspek di rumahnya di kampung berkenaan kira-kira jam 8 pagi. Suspek kini direman untuk sisatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas jenayah cabul," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu kelmarin - Utusan Borneo

Anak Merdeka berkata;
hmmm siapa kata lelaki berumur 64 tahun tak leh meliwat...atas faktor usia dah tua... Dr Hoogland silap rupanya ;))

Arkib Blog