Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 01, 2012

Al-Fatihah ! blogger D' Perbatasan meninggal dunia.

Salam takziah dari kami semua buat seluruh keluarga Allahyarham Amir Fadzil, penulis blog pro-pembangkang D' Perbatasan yang dilaporkan telah meninggal dunia oleh beberapa rakan blogger sebentar tadi.

Walaupun berbeza dari segi kepercayaan politik namun sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari atau mengelak diri dari untuk merasa simpati terhadap beliau dan segala perbezaan hendaknya dibuang jauh-jauh ke tepi.

Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang Mukmin dan beriman. Amin!

Jumaat, November 11, 2011

Anak Merdeka Sdn Bhd, tak bertuan !


Blog ini sudah beroperasi hampir lebih 3 tahun iaitu selepas berlalunya PRU-12 2008. Masih mentah lagi. Mula berblog dan mengemukakan pandangan sendiri tentang perkembangan politik tanah air selain untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kefahaman Anak Merdeka dalam Bahasa Melayu.

Pada peringkat awal terlibat dalam dunia penulisan blog ini, Anak Merdeka tidak terfikir untuk terlalu cenderung menulis mengenai politik tetapi lebih suka hendak menulis apa saja perkara yang berlaku di sekeliling atau di persekitaran yang luas.

Panglima Perang Cyber atau sering saya kenali sebagai PPC dulu, AIDC/Joyah/Mamat Hensem/Yuhu/Faizal/Zek AIDC/, Analisis Politik Ringan/Kumbang, Beranikan Hati/Brave Hearth, Bumi Yang/ISSAC, Dimensi/Jeffry Damien, Yang Gambi, Rajah Mas/Apai adalah antara blogger yang paling awal penulis kenali di alam siber dan pada peringkat itu tulisan di blog merekalah yang sering menjadi rujukan penulis sekiranya mahu membuat artikel baru.

Pendek kata, penulis banyak belajar dari apa yang mereka terbitkan di blog mereka dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Maka bermula dari saat itulah penulis masih bertahan untuk terus berblog sehingga kini walaupun adakalanya dah beberapa kali langganan broadband penulis ditamatkan kontraknya oleh syarikat telekomunikasi yang membekalkan khidmat jalur lebar gara-gara lambat membayar sewa bulanan disebabkan sumber kewangan yang kadangkala terhad, menyusut dan meruncing he he he...

Anak Merdeka hanya bergerak secara bersendirian lebih kurang macam kera sumbanglah ceritanya :-) dan lebih selesa dengan cara begini, tidak suka dikawal dan tidak mahu tertakluk atau terikat dengan mana-mana arahan namun sejak dari dahulu sehingga kini tetap melihat kerajaan Barisan Nasional sebagai satu wadah yang wajar untuk terus disokong oleh seluruh rakyat Malaysia berdasarkan kepada komitmen tinggi pemimpin yang ada di dalam gagasan tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat serta membangunkan sosio-ekonomi negara secara adil dan saksama.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk memohon sebarang simpati daripada sesiapapun cuma nak jelaskan kedudukan sebenar hidup sebagai blogger picisan macam Anak Merdeka ini memang kadangkala pasti berdepan dengan masalah serupa iaitu sama seperti yang dialami oleh beberapa blogger yang lain tentu tak boleh lari dari masalah yang membebankan.

Tujuan utama artikel ini juga adalah sebagai reaksi kepada tulisan oleh beberapa blogger pro-Kerajaan di blog mereka masing-masing sebelum ini yang membangkitkan tentang kewujudan masalah "pemerdagangan blogger" dikalangan sesama.

Anak Merdeka akan terus menulis. Terima kasih bro ISAC/Bumi Yang atas kata semangat. Suatu ketika Anak Merdeka pernah menulis tentang hasrat nak berhenti berblog tapi ada kengkawan blogger yang minta Anak Merdeka pertimbangkan. Namun akhirnya Anak Merdeka tarik balik niat nak berhenti menulis diblog dan sehingga kini masih lagi menulis apa saja yang terlintas difikiran. Sebab dulu nak stop-berblog, pasal tu lah ha ha ha...gagal bayar sewa broadband :))

Kepada semua,,,kita teruskan perjuangan di alam siber untuk kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 kelak...kita bebas tegur BN bukan bermakna kita menentang mereka tapi demi kebaikan mereka juga agar terus relevan sebagai sebuah kerajaan. Ada masalah, selesaikan bersama,,,selesaikan cara bermesyuarah,,,buang yang keruh ambil yang jernih...bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Selasa, November 08, 2011

Perlu digubal "Akta Pemerdagangan Blogger" ?

Jika Akta Pemerdagangan Manusia telah lama ada di negara kita bertujuan bagi mengekang masalah penyeludupan manusia terutama yang dilakukan oleh golongan rakus mengejar "wang besar! wang besar!" dan dilakukan pula dalam wilayah negara, jadi apa salahnya sekira diwujudkan juga satu akta perlindungan untuk golongan penulis blog yang mula mendapati berlaku perkara serupa terhadap mereka juga apabila ada yang sedar bahawa nama mereka dah kena jual kepada pihak tertentu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Saya rasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh beberapa blogger pro-kerajaan seperti Papa Gomo, GAP, Parpu Kari, Pisau Net dan lain-lainnya yang mendakwa telah berlaku satu penyelewengan yang mempergunakan nama-nama bloggers untuk kepentingan peribadi oleh individu tertentu dan sudah tentulah ianya melibatkan wang ringgit yang bukan sedikit jumlahnya. Andaikata benar perkara sedemikian rupa memang berlaku, adalah elok suatu cadangan akta berkaitan dikemukakan kepada pihak kerajaan agar tiada pihak yang terus teraniaya dan menjadi mangsa pemerdagangan.

Rabu, Mac 23, 2011

Blogger antara muka baru yang akan mewakili BN di N.36 Semop

Adalah tidak salah untuk memberi reaksi awal berkenaan dengan siapa yang akan digugur, dicalon semula atau dipilih sebagai muka baru oleh parti bagi kawasan-kawasan pilihanraya negeri yang akan datang.

Begitu juga dengan DUN N.36 Semop dalam kawasan Parlimen Tanjung Manis dimana spekulasi mengenainya memang tidak dapat dielakkan yang jika ada muka baru dicalonkan untuk kawasan DUN tersebut maka secara tidak langsung wakil rakyat yang sedia ada akan digugurkan.

DUN Semop dimana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Melanau Islam yang sekarang ini diwakili oleh YB Datuk Sri Awang Mohd Asfia Awang Nassar yang juga Speaker DUN Sarawak akan menyaksikan desakan daripada rakyat di akar umbi menuntut supaya pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menurunkan calon anak tempatan bagi kerusi N.36 Semop bagi memastikan nasib penduduk disitu benar-benar terbela.

Saya sangat yakin bahawa salah seorang daripada rakan blogger akan dipilih oleh Pehin Sri Taib untuk mewakili rakyat di DUN Semop dengan pengaruh serta sokongan daripada Ahli Parlimen Tanjung Manis YB Datuk Norah Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub.

Beliau adalah anak tempatan disitu, seorang pendidik dan kini masih bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti di pantai timur Semenanjung Malaysia. Beliau amat memahami akan permasalahan serta dilema yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan terutama masalah yang membelenggu penduduk di kawasan Pulau Bruit.

Saya doakan agar beliau terpilih kelak. Selamat berjuang daripada Anak Merdeka !!!

Arkib Blog