Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 27, 2009

Cadangan kepada Kementerian Pelajaran...

Saya akan berehat dari menulis selama sembilan hari mulai 28.12.2009 sehingga 05.01.2010 untuk menyambut Tahun Baru Masehi di kampung halaman.

Tetapi sebelum itu, saya ada satu cadangan yang agak pelik tapi benar, khas untuk Kementerian Pelajaran Malaysia itupun jika difikirkan boleh masuk akal.

Apa kata jika sebelum sessi persekolahan yang akan bermula pada 04hb January 2010 nanti, pihak Kementerian Pelajaran cubalah idea ini untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti wajip ketika waktu pembelajaran setiap hari terutama untuk sekolah peringkat rendah iaitu "latihan berenang."

Bagi saya, 'latihan berenang' haruslah juga diperkenalkan kepada semua jenis sekolah rendah tanpa mengira samada ianya dibandar, diluar bandar, dikota ataupun juga didesa. Jika pihak sekolah turut diperuntukkan dengan sebidang tanah khusus untuk kegiatan sukan seperti bolasepak, sepak takraw, bola jaring, badminton, tenis dan lain-lain lagi maka sepatutnya pihak sekolah rendah juga harus disediakan dengan satu tapak tanah khas untuk dibina kolam renang bagi tujuan melatih murid-murid tahun pertama berenang sehinggalah mereka mahir serta pandai untuk berenang sendiri.

Cadangan ini terbit setelah saya selalu melihat banyak sangat kejadian yang melibatkan kanak-kanak yang tidak tahu berenang telah menjadi mangsa lemas di sungai, ditali air, di tasek-tasek serta juga di tepi laut. Jika kita melihat dari segi umur mereka yang ada di antaranya berusia 6 sehingga mencecah ke 12 tahun, namun mereka langsung tidak mengerti untuk menyelamatkan diri apabila terperangkap didalam sesuatu insiden seperti perahu karam, ditarik ombak, terjatuh ke dalam tanah yang jerlus dan sebagainya hanya kerana mereka tidak tahu berenang.

Banyak sangat sudah kejadian yang membabit pelajar-pelajar sekolah peringkat rendah mati lemas di negara kita tetapi sehingga kini kita belum ada lagi makluman dari pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pelajaran mengenai perkara ini terutama bagaimana untuk mengatasinya. Cuma ada satu persoalan disini, apakah nyawa kanak-kanak tidak bernilai sebab mereka belum ada sumbangan apa-apa kepada negara ?

Contoh kejadian yang baru berlaku iaitu di Sungai Lebaan, Batang Rejang dalam Bahagian Sibu di Sarawak, dimana empat adik beradik telah mati lemas setelah terjatuh kedalam tanah yang dipercayai jerlus ketika mengikut ibu mereka mencari siput disekitar tebing Sungai Rejang. Adalah difahamkan bahawa keempat-empat mereka tidak tahu berenang.

Walaupun azalinya kita percaya bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah takdir Yang Maha Esa, namun jika ada langkah awal pencegahan dibuat pasti kita akan boleh melihat bahawa sesuatu kejadian yang buruk mungkin mampu dielakkan dari menimpa jika ada usaha yang mengutamakan keselamatan dilakukan. Kata orang dulu-dulu, 'beringat sebelum kena' dan semua orang harus waspada dengan sebarang kemungkinan.

Mengapa Datuk Kamalia tersalah lastik ?

Berikutan dengan Tragedi 63vs66 14 12 2009 dimana kita menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir tumbang disaat pengundian Bajet 2010 suasana menjadi kelam kabut dipihak BN dan sesuatu yang sangat-sangat dinantikan oleh pihak Pakatan Pembangkang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS, maka tidak mahu ketinggalan untuk menyuarakan kekesalannya terhadap kejadian itu ialah Naib Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim.

Sehubungan dengan itu beliau telah mendesak supaya Ketua Whip Parlimen Barisan Nasional segera meletakkan jawatan. Menurut beliau, kejadian itu sangat serius kerana ianya melibatkan perbelajaan kerajaan serta juga menentukan hala tuju masa hadapan kerajaan Barisan Nasional secara keseluruhannya. Saya setuju juga dengan pendapat seperti itu.

Tetapi malangnya, Datuk Kamalia tidak tahu siapa sebenarnya Ketua Whip Parlimen Barisan Nasional. Dengan mudah beliau menujukan gesaannya itu agar segera meletakkan jawatan kepada YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Parlimen Malaysia. Seperti biasa Datuk Nazri segera bingkas bangun mempertahankan diri.

Datuk Nazri dalam kenyataan balasnya menjawab bahawa sebenarnya bukan beliau yang memegang jawatan tersebut tetapi YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Oleh itu Datuk Nazri berharap agar Ketua Whip tidak harus dipertanggungjawabkan berhubung dengan Tragedi 14 Disember itu. Menurut Datuk Nazri lagi, kehadiran setiap Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat adalah perkara wajib bagi semua ahlinya apatah lagi jika ada perkara-perkara yang sangat penting seperti masa persidangan untuk meluluskan Bajet.

Saya sangat setuju berkenaan dengan pendapat Datuk Nazri tentang kewajipan setiap Ahli Dewan Rakyat itu. Setiap anggota Parlimen mesti tahu tugas serta tanggungjawab mereka masing-masing. Tidak masuk akal sama sekali apabila terdapat Ahli Parlimen yang mengharapkan spy untuk memberitahu setiap perkembangan di Dewan Rakyat sedangkan sepatutnya mereka harus berada di Dewan setiap masa selagi ada persidangan dijalankan kecualilah jika ada perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan.

Berbalik semula kepada kisah Datuk Kamalia yang tersalah tembak atau tersalah melastik. Apabila YB Datuk Seri Nazri sudah menjelaskan kedudukan sebenar beliau dalam perkara yang dibangkitkan oleh Naib Ketua Wanita UMNO itu, apakah pula tindakkan yang akan dibuat oleh Datuk Kamalia selepas ini bagi mengelak berlakunya pandangan serong masyarakat terhadap dirinya apabila membuat kenyataan tanpa usul periksa.

Apakah Datuk Kamalia akan meminta maaf daripada YB Datuk Seri Nazri ? Atau adakah beliau akan mendiamkan diri apabila tersedar bahawa Ketua Whip Parlimen Barisan Nasional sebenarnya adalah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bukannya YB Datuk Seri Mohd Nazri sebagaimana yang didakwa oleh Datuk Kamalia sebelum ini ?

Disinilah nanti kita akan dapat melihat pendirian sebenar Datuk Kamalia Ibrahim mengenai Tragedi 14 Disember itu nanti samada beliau tidak berganjak dari desakan awal beliau agar Ketua Whip meletak jawatan tanpa mengira siapa ketuanya atau juga beliau akan menarik balik gesaannya itu. Jika Datuk Kamalia benar-benar jujur dengan kata-kata beliau itu demi masa depan kerajaan Barisan Nasional, adalah tidak menjadi suatu kesalahan untuk beliau meneruskannya walaupun pada mulanya beliau tersilap pasang jerat.

Tetapi jika kata-kata beliau itu cuma hanya untuk mendapat publisiti murahan, saya rasa eloklah beliau lupakan saja. Tetapi sekiranya desakan beliau itu mempunyai muslihat yang tersembunyi atau ada sesuatu yang tersirat disebaliknya sebagaimana yang gunakan ketika Perhimpunan UMNO lepas yang pada saat-saat akhir pemilihan menyaksikan Tan Sri Rafidah Aziz terpaksa bertarung dengan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita UMNO walaupun pada mulanya pelan peralihan kuasa antara Rafidah kepada Shahrizat telah dipersetujui bersama tanpa perlu dipertandingkan jawatan tersebut, maka eloklah juga beliau minta maaf daripada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Nazri dan akuilah kesilapan serta lupakan saja perkara itu.

Sabtu, Disember 26, 2009

Salam Takziah buat keluarga mangsa kemalangan Express SANI


Negara sekali lagi dikejutkan dengan satu kemalangan yang sangat mengerikan membabitkan sebuah syarikat pengangkutan bas express dua tingkat, Express SANI Sdn. Bhd.

Adalah difahamkan bahawa punca awal kemalangan itu berlaku hanya disebabkan oleh pemandunya "terlelap" seketika. Akibatnya bas tersebut telah melanggar pembahagi jalan di KM 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara.

Keadaan itu telah menyebabkan bahagian bawah bas telah ditusuk oleh besi penghadang yang dipasang atas pembahagi jalan itu yang menyebabkan 10 penumpang tingkat bawah telah maut setelah tergesel dengan besi yang menerjah kebahagian dalam tingkat bawah bas dan ada yang dikatakan telah terputus kepala.

9 orang mangsa telah dikenalpasti manakala seorang lagi belum dapat disahkan apabila dua nama serta tempat asal didapati serupa iaitu Shaharin Mohd Noor yang berasal dari Klang Selangor turut disenaraikan sebanyak dua kali. Mangsa lain ialah;

1. Noor Jismi Noordin (Kangar, Perlis)

2.Musa @ Ismail Abdullah (Gurun, Kedah)

3.Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar, Perlis)

4.Mohd Bilal Osman (Sungai Besar, Perlis)

5.Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani, Kedah)

6.Supiah Adam (Klang, Selangor)

7.Ng Poh Ngoh (Alor Setar, Kedah)

8.Ng Kah Kit (Alor Setar, Kedah)
Seperti biasa apabila berlakunya kejadian seperti ini, maka akan muncullah berbagai-bagai ulasan atau komen, cadangan serta tidak terlepas ialah pesta salah menyalah antara satu dengan yang lain. Yang itu kata yang ini tak betul dan yang ini kata yang itu gagal dan sebagainya.
Walau apapun saya ingin menyampaikan ucapan Takziah buat seluruh ahli keluarga mereka yang telah maut didalam kemalangan itu dan semoga mereka tabah dan sabar menghadapi segala yang telah terjadi. Sesungguhnya malang tidak berbau dan apa yang pasti ialah ajal serta maut adalah ketentuanNya jua.

Jumaat, Disember 25, 2009

PKR gali lubang di Sarawak tutup lubang di Sabah

Lagu yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai lagu tema bagi Parti KeADILan Rakyat(PKR) adalah lagu "Gali Lobang Tutup Lobang" iaitu sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Raja Dangdut Indonesia, Tuan Haji Rhoma Irama.

Sekiranya kita mendengar dengan teliti apa mesej yang cuba disampaikan oleh Rhoma Irama menerusi lagu tersebut pasti kita dapati banyak perkara yang telah berlaku disekitar kita semuanya ada dibayangkan dalam lagu tersebut dan antaranya ialah tentang pergolakan yang telah dan sedang berlaku didalam kepimpinan PKR di Sarawak dan juga di Sabah sejak akhir-akhir ini.

Antara senikata yang agak menarik dalam lagu itu ialah;

"Gali, gali, gali, gali lobang... Gali, gali, gali, gali lobang...
"Lobang digali, menggali lobang... untuk menutup lobang...
"tertutup sudah lobang yang lama, lobang baru terbuka...
"Gali lobang tutup lobang, pinjam wang bayar hutang...
"Gali lobang tutup lobang, sana rata sini lobang...

(Kepada yang ingin memuat turunkan lagu "Gali Lobang Tutup Lobang" ini mudah saja, macam biasalah... pergi saja ke YouTube)

...sambung cerita pasal PKR lagi. Mungkin bagi Penasihat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kemelut kepimpinan Parti KeADILan di Sarawak sudah berakhir ekoran dengan tindakan ADUN Ngemah YB Gabriel Adit meninggalkan PKR akibat rasa tidak puas YB berkenaan dengan keputusan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah melantik Encik Baru' Bian ke jawatan Pengerusi PKR Sarawak.

YB Gabriel Adit merajuk dengan keputusan Wan Azizah melantik Baru' Bian ke jawatan tersebut yang baginya beliaulah yang paling layak. Sebagai tindakbalas, YB Gabriel telah keluar PKR dan menggesa Anwar Ibrahim agar segera membawa keluar PKR dari Bumi Kenyalang. Banyak lagi barah yang dihidapi oleh PKR di Sarawak selain itu, cuma malas nak menulis panjang. Harap rakyat Sarawak cepat sedar dan supaya tidak terus di"lembu"kan oleh PKR.

Kita terbang pula ke Sabah. Di Sabah juga PKR semakin giat mengadakan pertunjukkan drama pentas di samping drama teater. Anwar menutup lubang-lubang PKR di Sabah dengan menggunakan tanah-tanah yang di gali dari Sarawak. Tetapi Anwar tidak faham bahawa Sarawak adalah hak rakyat Sarawak dan begitu juga Sabah untuk rakyat Sabah.

Di Sabah sebagaimana juga di Sarawak, Datuk Dr Jeffery Kitingan suatu ketika dulu juga pernah merajuk apabila jawatan Pengerusi PKR Sabah tidak diberikan kepada beliau tetapi sebaliknya telah diserahkan kepada Encik Ahmad Thamrin bagi menggantikan tempat 'jutawan misteri' YB Azmin Ali.

Tindakan Datuk Dr Jeffery turut disusuli oleh Christina Liew apabila mereka sama-sama yang kononnya meletak semua jawatan didalam PKR berikutan dengan perasaan teramat kecewa kerana disisih dari memperolehi jawatan-jawatan penting dalam PKR tetapi mereka mendakwa masih lagi sebagai ahli parti.

Belum pun sampai setahun, suasana berubah semula. Christina Liew yang dulunya merajuk kini telah dikembalikan semula dengan jawatan lamanya iaitu sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah. Manakala tiga orang Timbalan Pengerusi yang dilantik sebelum ini telah ditukar ke jawatan lain misalnya Datuk Dr Hamzah Amir ditukar ke Pengarah Strategi. Yang dua orang telah diturunkan pangkat mereka sebagai Naib Pengerusi iaitu Datuk Kong Hong Ming dan Datuk John Ghani bagi memberi laluan kepada Christina Liew untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah.

Datuk Dr Jeffery yang telah dijanjikan dengan jawatan yang lebih besar dari apa yang beliau beliau harapkan sebelum ini oleh Anwar telah sanggup memulaskan lidahnya sendiri dengan memberi sokongan pula kepada barisan kepimpinan PKR Sabah yang baru dirombak walaupun masih mengekalkan Encik Ahmad Thamrin sebagai Pengerusi PKR Sabah.

Dr Jeffery difahamkan akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR untuk Sarawak dan Sabah. Perkembangan ini pasti akan membuat banyak pemimpin sedia ada dalam PKR Sarawak tidak senang duduk, makan tak lalu... mandi tak basah... makan tak kenyang. Pemimpin PKR Sarawak tentu akan tertanya-tanya...'tak layakkah aku?' apabila benar Dr Jeffery diberi tanggungjawab mengawal pergerakkan PKR bukan hanya di Sabah malah di Sarawak juga.

Apabila keadaan ini berlaku maka tidak hairanlah selepas ini akan banyak lagi para pemimpin PKR terutama di Sarawak akan merajuk, serta akan turut menubuhkan banyak lagi parti-parti yang entah apa lagi namanya nanti sebagaimana YB Gabriel Adit yang telah turut menubuhkan PCM(Parti Cinta Malaysia) bersama dengan rakan beliau di Pulau Pinang. Atau apakah mereka yang merajuk selepas ini akan menubuhkan pula parti baru yang dinamakan sebagai Parti Cinta Diri-sendiri(PCDs) atau juga Parti Cinta Pangkat(PCP) atau lebih sesuai Parti Golongan Merajuk(PGM) ? hehehehe...

Khamis, Disember 24, 2009

Selamat Hari Krismas...

THE 3rd JOYFUL MYSTERY - THE BIRTH OF JESUS (Luke 2, 1-20)
Contemplate with joy and gratitude the Saviour born at midnight in a stable, under conditions of great poverty. The angels announce the news to poor and simple shepherds who come at once to worship Him. Angles above the cave sing the praises of God, and the three Magi arrive later on. Lets us rejoice in Jesus our Saviour, and give Him joy by receiving Him often in Holy Communion.

Kepada semua penganut Kristian di Malaysia, selamat menyambut Hari Krismas serta selamat menyambut Tahun Baru 2010 Masehi.

Sempena dengan perayaan ini, kita sebagai masyarakat Kristian di Malaysia ini yang telah menjadi sebahagian daripada rakyat di negara ini hendaklah sama-sama dengan masyarakat lain memelihara perpaduan antara kaum yang sedia ada, keharmonian beragama dalam masyarakat yang berbilang kaum, menjaga nama baik negara kita, menyumbang yang terbaik serta terus berbakti kepada Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia walaupun kita berbeza kepercayaan dengan masyarakat lain di negara ini, namun kita tetap punya kewajipan terhadap negara ini. Kita bertuah sebenarnya apabila kita berada dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian penduduknya baik dari segi bangsa mahupun agama dan budaya tetapi kita semua dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai.

Sejenak kita merenung kepada keadaan yang sering berlaku di sesetengah negara Eropah seperti di Ireland Utara, mereka satu bangsa, satu agama cuma mazhab saja yang berlainan. Hanya disebabkan mazhab yang berbeza, rakyat di Ireland Utara sentiasa hidup didalam keadaan yang paling tidak tenteram apabila pihak-pihak yang bertelagah sama-sama berkeras mahu menegakkan kepercayaan masing-masing.

Begitu juga yang selalu berlaku dilain-lain negara yang tertentu, walaupun kadangkala rakyat mereka memang datang dari bangsa dan agama yang sama namun kita boleh lihat bagaimana mereka sukar untuk hidup aman sebagai satu bangsa dalam satu negara.

Oleh itu, sebagai umat Kristian di Malaysia ini adalah wajar untuk kita tahu bagaimana cara bagi menghargai apa yang telah kita nikmati hasil dari semua itu. Janganlah menjadikan kita sebagai golongan pendesak kepada kerajaan walaupun perkara yang kita bawa itu kurang jelas samada ianya benar hak kita ataupun sebaliknya.

Rabu, Disember 23, 2009

Blog Kumbang: Analisis Ringan Politik di godam

Sebuah blog terkemuka milik Kumbang iaitu salah seorang blogger dalam kumpulan AIDC iaitu Analisis Ringan Politik Ringan dan Isu Semasa Malaysia di http://analisisringan.blogspot.com telah di godam tidak lama selepas beliau menerbitkan sebuah artikel terbaru bartajuk "Anwar Atartuk Dianugerah Pingat Demokrasi," klik http://www.anwaraidc.com/2009/12/perjuangkan-sekularisme-anwar-atartuk-dianugerahkan-pingat-demokrasi.html#more dan baca selanjutnya.

Sepatutnya perkara seperti ini tidak akan berlaku jika benar pihak-pihak yang sering melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan menulis, kebebasan menyuarakan pendapat dan sebagainya lagi jujur dengan apa yang mereka katakan.

Apa yang telah ditulis serta diketengahkan oleh saudara Kumbang didalam blog beliau itu bermaksud untuk mengajak semua pembaca supaya berusaha berfikir secara matang berkenaan dengan sesuatu isu yang selalu timbul yang membabitkan Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, samada ianya boleh diterima ataupun sebaliknya.

Diharap agar saudara Kumbang terus menulis seiring dengan semangat kita sebagai blogger pro-kerajaan yang senantiasa mahu melihat supaya Barisan Nasional bertambah semakin kuat dari masa ke semasa. Teruskan perjuangan saudara Kumbang... sokongan daripada saya untuk anda adalah 100% !!!

Isnin, Disember 21, 2009

Menjelang Krismas: harapan Anak Merdeka...

Walaupun saya tidak akan pulang untuk merayakan Hari Krismas di kampung pada tahun ini, namun besarlah harapan agar suasana pada sambutan Krismas 25 Disember 2009 nanti tetap meriah dalam keadaan yang aman, tenang dan harmoni dengan kunjungan daripada sahabat-handai serta sauadara-mara sesama Kristian dan juga kunjungan dari kaum keluarga Muslim sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas.

Suasana sedemikian juga sangat diharapkan supaya akan terus dinikmati pada setiap sambutan Krismas di tahun-tahun yang mendatang. Di Malaysia kita aman serta bebas untuk mengamalkan kepercayaan kita masing-masing tanpa rasa takut dengan apa yang kita tengah fikir akan berlaku. Kita harus bersyukur dengan semua ini yang mungkin tidak pernah sama sekali dikecapi oleh sesetengah rakyat di negara-negara yang tertentu seperti di Iraq, Palestine, Israel dan lain-lain lagi.

Semua ini adalah kerana negara kita telah ditadbir dengan begitu baik sekali oleh sebuah kerajaan yang sangat mengambil berat tentang keselamatan negara, kebajikkan rakyat serta cukup adil kepada semua kaum yang ada didalam Malaysia. Walaupun penganut Kristian adalah satu kumpulan minoriti di negara ini, namun hakikat sebenarnya kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional tidak pernah meminggir orang-orang Kristian sebagaimana yang sering didakwa oleh sesetengah pihak.

Contoh yang sangat jelas ialah di Sarawak, dimana kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional sentiasa turut menghulurkan sumbangan seperti untuk membina Gereja dan juga Chappel bagi kegunaan kaum Bumiputera Kristian yang ada di Bumi Kenyalang ini. Melihat kepada hakikat ini maka kita harus menghargai semua itu dengan terus memberi sokongan yang padu dan jitu kepada Barisan Nasional walaupun ada bermacam-macam usaha dilakukan oleh pihak tertentu untuk memperdayakan kita.

Oleh itu sempena Hari Krismas yang akan menjelang tiba, diharap agar semua kaum Bumiputera Kristian di Sarawak samada mereka dari mazhab Roman Katolik, Methodist, Anglikan, Sidang Injil Borneo(S.I.B) serta Bahailuyah, sama-samalah kita mohon doa agar negara kita Malaysia akan terus dilimpahi dengan segala keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan yang paling utama supaya Barisan Nasional akan terus kuat untuk mentadbir negara kita demi kelangsungan keadaan yang bertambah makmur serta aman damai selalu.

Raja Blogger di London pula...

Jika sebelum ini Raja Petra Raja Kamaruddin dikatakan sedang bersembunyi di Melbourne Australia, tetapi berita terbaru pula menyebut beliau kini beliau sedang bersembunyi di sebuah apartment mewah dekat London.

"Tikar Terbang" buatan negara mana yang dia pakai untuk bergerak ye??? ...lengkap dengan "teropong ajaib" juga ke???

Khamis, Disember 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah, Tahniah Malaysia, Polis Denmark dan Bung Mokhtar Radin...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 kepada seluruh umat Islam di Malaysia, Indonesia dan di Negara Brunei Darusallam. Semoga dengan kehadiran tahun baru Hijrah kali ini akan mampu membawa banyak perubahan dalam amalan hidup seharian daripada nilai yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Syabas dan setinggi-tinggi ucapan tahniah!!! buat pasukan bolasepak Malaysia kerana telah berjaya menundukkan pasukan Vietnam 1 - 0, lantas menamatkan kemarau 20 tahun Malaysia memburu gelaran sebagai juara di Sukan Sea dalam sukan bolasepak serta telah berjaya menambah pingat emas untuk kontinjen negara di Sukan Sea Viantine, Laos.

...juga tahniah kepada pasukan polis anti-rusuhan Denmark kerana telah bertindak tegas dan berani dalam mengawal keselamatan pada persidangan iklim Copenhagen. Mereka tidak 'teragak-agak' bertindak keatas para perusuh dan juga para penunjuk perasaan yang cuba untuk mengganggu perjalanan persidangan tersebut. Semoga tindakan tanpa selalu memberi 'amaran keras' oleh pihak berkuasa Denmark dapat dicontohi oleh pihak-pihak berwajib di negara lain termasuklah di Malaysia.

Tak lupa juga kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah, YB Datuk Bung Mokhtar Radin kerana telah berjaya memiliki kereta MPV baru ALZA hehehe... semoga berbahagia selalu. Cuma satu harapan, bila ada yang baru maka yang lama dilupa jangan... dan jika ada kesempatan selalulah saksikan babak-babak menarik dalam filem "Madu Tiga" arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.

I.S.A. semakin terhakis, perpaduan kaum semakin terancam...

Apakah belum selesai lagi proses untuk penambahbaikan Akta Keselamatan Dalam Negeri ?

Memandangkan masa yang begitu lama diambil untuk proses itu ternyata ianya telah memberi peluang yang sebesar-besarnya kepada segelintir pihak terutamanya para pemimpin pembangkang di negara ini bagi mencipta berbagai angkara demi untuk mewujudkan keadaan yang tidak menentu dalam negara terutama dari segi perpaduan kaum iaitu salah satu daripada kunci kesejahteraan serta keamanan didalam negara kita.

Persoalannya ialah, adakah sementara usaha menambaik atau meminda dilakukan tak kira ianya membabitkan apa-apa jua peruntukkan yang sedia ada dalam Akta itu maka sesiapa walaupun terbukti dengan nyata telah melanggar larangan mengikut undang-undang ISA pada waktu itu tidak boleh ditahan dibawah Akta tersebut ?

Kita dapat melihat bagaimana banyak pihak yang telah secara jelas seringkali cuba menimbulkan suasana huru-hara dalam negara namun tiada juga tindakan diambil. Antara contohnya, Ahli Parlimen Ipoh Barat YB N. Kulasegaran yang sering menyentuh isu ketuanan Melayu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh yang pernah cuba menyaman Sultan Perak, Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan yang pernah menghasut penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang semasa PRK Permatang Pasir, YB Nga Kor Ming yang pernah menyalahgunakan ayat-ayat suci Al Quran, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang pernah memijak gambar pemimpin Melayu dan banyak lagi.

Ada juga diantara mereka terus berusaha untuk membawa pulang semula bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang diharam Chin Peng ke Malaysia walaupun mereka tahu bahawa Kerajaan tetap bertegas dengan pendiriannya dalam isu tersebut. Jelas sekali apa yang pernah mereka cuba lakukan memang mampu untuk mengancam keselamatan didalam negara jika tidak dibendung sejak dari awal-awal lagi.

Inilah niat sebenar mereka sejak berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di dalam Dewan Rakyat selepas PRU-12 lalu. Sekira mereka berjaya mendesak kerajaan agar menghapuskan terus Akta I.S.A dari sistem perundangan negara kita maka bermakna akan menjadi lebih mudahlah untuk mereka mencapai apa sahaja kehendak yang selama ini terpendam kerana ada akta tertentu yang menjadi penghalang.

Kepada kerajaan Barisan Nasional pula, sekira boleh janganlah tiada majoriti 2/3 di Parlimen untuk dijadikan sebagai alasan tidak boleh bertindak tegas terhadap mana-mana pihak termasuk pihak dari Pakatan Pembangkang yang sengaja membuat atau menimbulkan keadaan sehingga boleh membawa kepada keadaan tegang didalam negara. Berpeganglah kepada prinsip, selagi Barisan Nasional mempunyai kuasa memerintah maka selagi itulah mereka harus bertanggungjawab terhadap keselamatan negara serta keharmonian kaum di Malaysia. Jangan terlalu memikirkan soal majoriti 2/3.

Jika pendekatan yang diamalkan sekarang iaitu dengan membiarkan saja mana-mana pihak untuk terus menimbulkan suasana yang tidak menentu dalam negara, adakah kerajaan terutamanya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri boleh memberi jaminan yang teguh kepada rakyat bahawa keamanan dalam negara ini tidak akan tergugat walaupun memadai bagi pihak Kementerian dengan hanya memberi amaran demi amaran kepada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab itu tanpa tindakan tegas dikenakan seperti menahan dibawah akta I.S.A ?

Rabu, Disember 16, 2009

Tragedi 14.12.09 ~ 63>Bajet 2010<66 : dimana 74 ?

Pada hari Isnin iaitu malam Selasa 14 haribulan Disember 2009, sekali lagi Kerajaan Barisan Nasional hampir kecundang apabila pada sessi pengundian Bajet 2010n yang telah dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib hanya mendapat kelebihan 3 undi saja menjadikan jumlah kesemuanya 66 berbanding dengan undi yang diperolehi oleh Pakatan Pembangkang iaitu 63 undi, hanya kurang 3 undi.

Jika dulu iaitu semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-5 YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, peristiwa serupa juga pernah berlaku yang menyebabkan Pak Lah sendiri yang ketika itu masih berada diruang legar Parlimen bergegas masuk semula ke dalam Dewan Persidangan dan segera diikuti oleh beberapa lagi Ahli Parlimen BN yang ketika itu masih lagi leka berada ruang-ruang tertentu luar bilik mesyuarat apabila hampir kesemua Ahli Parlimen Pembangkang sudah lama duduk didalam Dewan, yang sudah bersedia untuk NGAP!!! BN saja lagi ketika itu.

Itu dulu dan sepatutnya kejadian itu telah menjadi peringatan dan pengajaran kepada kesemua Anggota Parlimen Barisan Nasional agar sentiasa berjaga, minum kopi selalu agar tidak mengantuk, tidak lalai, tidak menguap dan yang penting tidak tertidur. Tetapi sungguh malang apabila Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi hampir berjaya ditumbangkan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang apabila 74 orang daripada 140 orang wakil rakyatnya tidak hadir didalam Dewan ketika itu.

Dimana Ahli-ahli Parlimen BN yang seramai 74 orang itu ? Kemana mereka semua itu pergi ? Apakah mereka tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai perkara itu ? Sekiranya mereka sudah diberitahu awal tentang pengundian Bajet 2010 pada sebelah malamnya, namun sengaja tidak mahu hadir, maka bermakna mereka semua sudah mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Adakah YAB Datuk Seri Mohd Najib juga turut berpuashati dengan KPI Ahli-ahli Parlimen seperti itu sebagaimana beliau berpuashati dengan KPI para jemaah Menteri Kabinet sebagaimana yang telah dinilaikan oleh Menteri Di JPM YR Tan Sri Koh Tsu Koon ? Betul ke tidak Tsu Koon buat penilaian sedangkan KPI beliau sendiri sudah jelas teruk. Kalah di Pulau Pinang. Nasib baik Datuk Seri Najib segera letak Datuk Seri Idris Jala duduk sebelah Tsu Koon... kalau tak hmmmm hancur,hancur,hancurrrrrr...

Oleh itu wujudlah satu lagi jawatankuasa khas untuk menilai KPI Ahli-ahli Parlimen ini. Jangan lantik dikalangan mereka sendiri, tetapi lantik dari kalangan ADUN-ADUN BN yang berada didalam kawasan Parlimen BN masing-masing. Bagi satu buku nota kepada setiap ADUN-ADUN BN, suruh mereka catat tentang semua pergerakkan Ahli-ahli Parlimen BN, samada mereka ada melawat ke kawasan ke, pergi ke Dewan Parlimen ke atau apa-apa sajalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat...

Selasa, Disember 15, 2009

Siapa yang akan mengisi kouta PBB dalam kabinet Najib ?

Setelah perletakan jawatan YB Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia diterima oleh Perdana Menteri, maka kekosongan untuk kouta yang telah diperuntukkan khas kepada Parti Pesaka Bumiputera iaitu dari sayap Bumiputera perlu digantikan dengan anggota Parlimen PBB yang lainnya.

Jika sebelum ini iaitu ketika Datuk Seri Sulaiman masih dijawatan tersebut, sayap Bumiputera dalam kabinet Najib diwakili oleh Sulaiman selaku Anggota Parlimen Kota Samarahan dan seorang lagi iaitu wakil rakyat bagi kawasan Petra Jaya YB En. Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains dan Inovasi. Manakala untuk sayap Pesaka diwakili oleh YB Datuk Douglas Unggah anak Embas yang kini Menteri Alam Sekitar Malaysia dan juga Ahli Parlimen Saratok YB En. Jelaing anak Mersat sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Ada empat anggota Parlimen dari sayap Bumiputera dilihat boleh diberi peluang untuk mengisi tempat yang telah ditinggalkan oleh Datuk Seri Sulaiman itu, mereka ialah Ahli Parlimen Tanjung Manis YB Datuk Norah Tun Rahman Yaakup, Ahli Parlimen Limbang YB Dr. Hasbi Habibullah, Ahli Parlimen Sibuti YB Haji Ahmad Lai bin Bujang dan Ahli Parlimen Igan YB Datuk Wahab Haji Dollah.

Namun segala keputusan muktamad mengenai perkara itu nanti memang terletak ditangan Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Najib dan juga Presiden PBB Y.A.B Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud samada ianya perlu disegerakan ataupun tidak namun sebagai rakyat yang mengundi adalah perlu juga bagi rakyat untuk diberi penjelasan mengenai pekara ini.

Isnin, Disember 14, 2009

Ketuanan Melayu > Jutawan bukan Bumiputera > kuli Bumiputera

Sekadar mengenang. Apabila ada kaum tertentu di negara ini yang tidak henti-henti mempersoalkan hak serta keistimewaan kaum Melayu khususnya dan kaum Bumiputera amnya, saya menjadi semakin meluat dan tidak suka apabila pihak-pihak ini telah dengan sengaja mahu perkara tersebut seboleh-bolehnya hendak dijadikan sebagai satu isu yang berpanjangan.

Namun banyak sebenarnya perkara yang sering diungkitkan oleh kaum bukan Bumiputera di Malaysia ini telah memberikan kelebihan yang luarbiasa kepada kaum mereka sendiri berbanding dengan apa yang telah dikecapi oleh kaum Bumiputera selaku kaum asal di negara ini.

Lihat saja senarai nama orang-orang yang terkaya di Malaysia bermula dari mereka yang paling kaya iaitu dari tangga teratas hingga ke yang terbawah sekali. Mari kita lihat dulu sebahagian daripada nama mereka yang tersenarai sebagai individu paling kaya atau paling banyak harta di negara yang berkonsepkan ketuanan Melayu.

( 01 ) Tan Sri Robert Kwok [ Cina ]
( 02 ) Tan Sri T. Ananda Krishnan [ India ]
( 03 ) Tan Sri Lee Shin Cheng [ Cina ]
( 04 ) Tan Sri Guek Leng Chan [ Cina ]
( 05 ) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary [ Melayu ]
( 06 ) Tan Sri Teh Hong Piow [ Cina ]
( 07 ) Tan Sri Lim Kok Thay [ Cina ]
( 08 ) Tan Sri Tiong Hiew King [ Cina ]
( 09 ) Tan Sri Vincent Tan [ Cina ]
( 10 ) Tan Sri Azman Hashim [ Melayu ]

Kedudukan itu berdasarkan kepada harta yang mereka miliki. Jadi apakah kedudukan untuk Jutawan Melayu akan berubah naik ataupun akan terus kekal pada kedudukan sekarang ataupun akan semakin menurun sementara jutawan dari kalangan bukan Bumiputera semakin kuat cengkaman mereka ditangga masing-masing ?

Lihatlah nanti, semakin banyak harta jutawan bukan Bumiputera ini kumpul dan semakin besar operasi syarikat yang dibuka dan sudah tentu semakin banyak juga peluang kerja yang mereka wujud maka sudah pasti semakin ramailah pekerja atau kuli yang mereka perlukan.

Jadi, siapakah mereka yang akan menjadi sebahagian besar daripada pekerja atau kuli kepada jutawan bukan Bumiputera ini? Tentunya para pekerja dari kaum Bumiputera. Tidak cukup Bumiputera, maka akan dibawa masuk pekerja asing untuk bekerja di syarikat-syarikat mereka. Jadi adakah 'ketuanan Melayu' yang sering dibangkitkan oleh ahli-ahli politik dari kaum bukan Bumiputera di negara ini menafikan semua hak-hak mereka selaku rakyat Malaysia ? Tiadakan...

Kaum bukan Bumiputera di Malaysia bebas membuka perniagaan, bebas memiliki syarikat, bebas menjadi doktor, bebas menjadi guru, bebas menjadi ahli politik, bebas menjadi peguam, bebas memiliki sekolah jenis kebangsaan sendiri malah telah lama diterima untuk menjadi sebahagian daripada anggota pentadbir di Malaysia iaitu sebuah negara yang bangsa Melayu adalah tunjang pemerintahannya. Oleh itu, kenapakah kaum bukan Bumiputera di negara ini masih lagi tidak pernah hendak tahu bersyukur apabila dapat hidup dengan aman didalam negara ini bersama dengan kaum peribumi iaitu kaum asal Malaysia ?

Ahad, Disember 13, 2009

Mansuhkan PPSMI tapi 'We Love DSAI ~ PAS for ALL'




Dahulu bukan main megah lagi PKR, PAS dan DAP apabila berjaya membuat Menteri Pelajaran ketika itu YB Datuk Seri Hishamuddin menggelabah setelah hampir setiap hari diasak dengan demonstrasi oleh GMI yang mahu kerajaan segera memansuhkan PPSMI.
Malah hampir setiap hari juga dua tokoh Sasterawan Negara diusung ke hulu dan ke hilir oleh para pemimpin Pakatan Pembangkang yang memang gemar menyelam sambil minum air atau dalam ertikata sebenarnya suka mengambil kesempatan daripada isu-isu yang berbangkit.
Tetapi sejak kebelakangan ini isu PPSMI seakan-akan sejuk dan dingin. Harap tidak sampai menjadi beku. Namun rakyat "tidak mudah lupa" dengan insiden dimana para penunjuk perasaan telah berarak sepanjang jalanraya menuju ke Istana Negara dengan membawa replika 'keranda 152.'
Oleh itu apabila melihat puak-puak ini membuat beberapa perhimpunan baru-baru ini samada ianya halal atau haram, nampak dengan jelas dan terbukti bahawa mereka memang tidak berpegang kepada apa yang diperjuangkan.
Lihat sajalah apa yang ditulis pada kain rentang atau dalam bahasa PPSMInya juga disebut sebagai 'banner' yang digunakan oleh para penyokong PKR semasa 'melelong' kes liwat dibawah sebuah jejambat Pulau Pinang baru-baru ini.
"WE LOVE DSAI," ...kalau diterjemahkan atau disebut dalam Bahasa Melayu memang kedengarannya sangat janggal sekali dan mungkin ada yang akan berfikir dua tiga kali sebelum mahu menyebut perkataan itu.
"PAS FOR ALL" pada belon itu sepatutnya ditulis sebagai "PAS UNTUK SEMUA". ...jadi, kenapa PAS membunuh bahasa ibunda sendiri ?
Apa pula komen dua tokoh Sasterawan Negara mengenai perkara ini ? Takkanlah nak berdiam diri saja, ingatlah betapa seksanya kedua mereka ini dulu ketika menyertai perarakan yang dianjurkan GMI dan pihak Pakatan Pembangkang semata-mata untuk mendesak Kerajaan supaya segera menghapus Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sabtu, Disember 12, 2009

Doa bala Mursyidul Am PAS mendapat pujian MB Kelantan

Setelah didoakan agar ditimpa dengan bala oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib yang disertai oleh Perdana Menteri Thailand Abbishit Vejjajiva telah melakukan kunjungan muhibah ke kawasan yang bergolak di Selatan Thailand.

Walaupun ketika lawatan itu terdapat dibeberapa tempat di kawasan Selatan Thailand telah dikejutkan dengan siri letupan bom namun semuanya tidak mematahkan hasrat Perdana Menteri untuk kesana malah beliau dan Abbishit telah selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kejayaan lawatan Perdana Menteri ke Selatan Thailand itu terus mendapat reaksi yang sama sekali tidak diduga daripada Menteri Besar Kelantan yang mana beliau begitu berbangga dengan semangat Najib untuk bertemu dengan masyarakat disana. Nik Aziz telah menyifatkan Najib sebagai pejuang Islam yang sebenar apabila tidak gentar dengan sebarang ancaman atau kemungkinan yang akan menimpa dirinya demi untuk menemui masyarakat Islam yang ada disitu.

Nik Aziz sendiri turut mengakui bahawa beliau pernah diundang atau dijemput untuk berceramah di beberapa kawasan yang majoriti penduduknya adalah Melayu dan Islam, namun telah ditolak Nik Aziz atas alasan sebab-sebab keselamatan. Nik Aziz juga menjelas kenapa beliau enggan menerima undangan untuk memberi ceramah daripada penduduk Selatan Thailand kerana beliau takut kena tembak.

Kebetulan juga selepas didoakan dengan doa sedemikian dan tak cukup dengan itu maka di doakan lagi sampai pecah perut maka kita dapat lihat bahawa Perdana Menteri telah berjaya juga sampai ke kawasan yang terkenal dengan mala petaka, bom sudah seperti tradisi bagi masyarakat disitu, ada yang apabila terkena bom bukan saja setakat patah tangan, kaki, buta tetapi ada yang 'pecah perut' namun kita sebagai rakyat Malaysia tetap bersyukur kerana Perdana Menteri selamat tiba di Selatan Thai dan juga selamat kembali semula ke tanah air.

Itulah kata-kata yang selalu kita dengar, "manusia hanya mampu berdoa dan merancang, hanya Tuhan yang akan menentukan segala-galanya," ...memang benar sekali.

Jumaat, Disember 11, 2009

Suara Murai Di JPM tidak senada dengan irama BTN

Samada kita sedar ataupun tidak ketika isu Biro Tata Negara masih lagi hangat diperdebatkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telahpun melakukan satu kesilapan.


YB Datuk Nazri sepatutnya tidak terus masuk ke tengah gelanggang sebab dia bukan pengadil perlawanan yang boleh menentukan sebarang keputusan tetapi seharusnya dia hanya patut berdiri ditepi gelanggang dan bertindak sebagai penjaga garisan.


Tambah parah lagi apabila tindakan yang beliau buat dilihat secara perlahan-lahan semakin condong ke arah yang tidak sepatutnya. Suara Nazri lebih jelas nyaring kedengaran dalam kebingitan tepuk sorak para penyokong pihak Pakatan Pembangkang. Apabila ditegur, beliau terus melenting. Tak kiralah siapa yang menegur.


YABhg. Tun Dr. Mahathir telah begitu banyak berjasa kepada negara kita, Malaysia. Diperingkat antarabangsa beliau telah diiktiraf sebagai mewakili suara pemimpin negara-negara membangun kerana kelantangan, keberanian, ketegasan serta kebijaksanaan beliau memimpin Malaysia sehingga berjaya menjadikan negara ini muncul sebagai negara paling cepat mencapai kemajuan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lainnya.


Banyak penghargaan serta pengiktirafan oleh masyarakat luar negara terhadap Tun Dr Mahathir dari dulu sehingga kini. Di akhir siri lawatan dua hari beliau ke Timor Leste yang bermula Rabu lepas, Tun Dr Mahathir telah dianugerah dengan pingat tertinggi negara tersebut iaitu "Order of Timor Leste" oleh Presidennya, Ramos Horta. Sebagai rakyat Malaysia kita berhak untuk berbangga dengan semua itu.


Tetapi sayangnya apabila berada didalam negara sendiri, masih terdapat pihak yang seolah-olah tidak mahu mengakui akan hakikat tersebut walaupun mungkin kepada Tun Dr Mahathir sendiri beliau tidak mengharapkan sangat sebarang penghargaan daripada rakyat Malaysia terhadap dirinya tetapi cukuplah sekadar bagi beliau agar jangan digelar sebagai seorang yang mengamalkan sifat perkauman.

Untuk menjadi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap perkara yang perlu atau yang dibawah bidang kuasa Perdana Menteri iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, orang itu hendaklah bijak menggunakan hujung lidahnya ketika menuturkan setiap patah perkataan supaya apabila kata-kata yang terkeluar dari bibir ianya tidak menyinggung hati dan perasaan orang lain sebagaimana yang telah Datuk Nazri lakukan terhadap Tun Dr Mahathir.

Kepada rakyat yang sentiasa menyanjungi dan mengkagumi ketokohan Tun Dr Mahathir sebagai seorang bekas pemimpin negara yang sukar dicari ganti, pasti akan sangat kecewa dengan tuduhan yang tidak berasas daripada Datuk Nazri yang telah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang menamalkan sifat perkauman.

Berbalik kepada soal Biro Tata Negara, salah satu perkara yang menjadi teras utama didalam kursus tersebut selain daripada memupuk semangat patriotisme terhadap negara ialah 'nilai-nilai murni' kepada setiap rakyat Malaysia. Namun adakah terdapat nilai tersebut dalam diri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu apabila beliau mengambil sikap tidak menghormati pandangan pemimpin yang terdahulu dengan menuduh pula Tun Dr Mahathir sebagai ketinggalan zaman.

Beginikah gaya seorang menteri yang layak untuk dipertanggungjawabkan bagi membicarakan soal Biro Tata Negara ?

...selepas BTN, apa lagi perkara seterusnya yang DAP, PKR dan PAS mahu agar Nazri buat rombakan ? Yang sudah mula dijadikan sebagai isu sekarang oleh DAP melalui YB Nga Kor Ming ialah perbezaan peruntukkan daripada Kerajaan Pusat untuk membina rumah Ibadat seperti Masjid, Kuil, Tua Pek Kong dan Gereja di Malaysia... ...adakah Pakatan Pembangkang sudah mengarahkan agar Datuk Nazri bersedia untuk membuat sesuatu ?

Khamis, Disember 10, 2009

1Niat. Kelantan DiDahulukan. Nik Aziz DiUtamakan.

Kesian YB Datuk Mahfuz, niat baik beliau telah dibalas oleh Tok Guru Nik Aziz dengan resepi masakan pedas cili api.

Datuk Mahfuz telah mengemukakan cadangan agar anak menantu Tok Guru iaitu saudara Ariffahmi agar segera meletakkan jawatan sebagai CEO di PMBK demi untuk menjaga serta memulihkan nama kurang baik MB Kelantan itu.

Menurut Datuk Mahfuz lagi, tak perlu bagi saudara Ariffahmi untuk menunggu sehingga bulan Mac 2010 baru nak letak jawatan kerana khuatir akan timbul pula bermacam-macam lagi isu dalam tempoh tersebut jika ianya tidak disegerakan.

Tapi malangnya apabila Nik Aziz yang begitu berang dengan cadangan Datuk Mahfuz itu sebagaimana yang diduga dengan secepat kilat telah bangkit sambil mengingatkan Datuk Mahfuz agar jangan cuba untuk memandai-mandai berhubung dengan perkara yang berkaitan isu PMBK.

Itulah, hasrat Datuk Mahfuz pada mulanya memang baik tetapi kemudiannya telah ditambahbaikkan lagi oleh Nik Aziz maka ianya telah menjadi semakin tidak baik apabila Datuk Mahfuz pula yang mungkin akan berdepan dengan "doa bala atau doa gear 5 ~ pecah perut" oleh Tuan Guru YAB MB Kelantan.

Ikan Puyu mempunyai kuasa pendinding... yakinlah!

Kepada yang suka memelihara bermacam-macam jenis ikan didalam akuarium atau apa saja bekas sekalipun tentu sekali mereka kenal sangat dengan berbagai-bagai jenis ikan dan termasuklah juga dengan ikan puyu.

Ikan puyu mudah untuk didapati dibendang-bendang ataupun dikawasan sawah padi dan kadangkala senang untuk kita temui di semua jenis tanah yang airnya sesuai untuk spesis ikan ini membiakkan habitatnya.

Ada orang yang suka memelihara ikan puyu ini hanyalah semata-mata kerana tarikan yang tertentu pada ikan tersebut namun ada juga yang memelihara ikan jenis puyu ini dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan sebagai sumber rezeki sampingan.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca semua mengenai adanya keistimewaan luarbiasa yang ada hanya pada ikan puyu ini ialah ianya tidak pernah tidur atau tertidur walaupun hanya untuk beberapa saat dan inilah yang membezakan ikan puyu dengan ikan yang lain.

Keistimewaan inilah yang menyebabkan ramai orang di Sarawak terutamanya penduduk-penduduk kampung serta para penghuni rumah panjangnya percaya bahawa kelebihan yang dimiliki ikan puyu ini mampu untuk digunakan sebagai pelindung kepada mana-mana ilmu terutamanya "ilmu pukau."

Apabila saya terbaca satu berita bergambar yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini iaitu mengenai seorang pembekal barang kemas dari Kuala Lumpur yang kerugian hampir RM1 juta ringgit setelah kesemua barang kemas yang beliau tinggalkan dihadapan Pasar kedai Payan, Jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pada jam 2 petang semalam telah lesap dilarikan oleh sekumpulan perompak warga Arab hanya dengan menggunakan ilmu pukau mereka.

Dikatakan juga bahawa sesudah memasuki kedai tersebut kesemua perompak warga Arab itu termasuk salah seorang daripada mereka adalah wanita telah bertindak dengan menyentuh setiap pekerja yang ada didalam premis tersebut dan tidak lama kemudian seorang demi seorang semua pekerja didalam kedai itu telah terpukau dan hanya mampu melihat saja apa yang sedang dilakukan oleh perompak itu.

Oleh itu, kepada semua pemilik-pemilik kedai emas yang mungkin akan menjadi mangsa seterusnya oleh sindiket-sindiket ilmu hitam ini, adalah disarankan supaya segera memelihara sekurang-kurang 3 ke atau 2 ekor ikan puyu dan letakkan di tempat-tempat yang sesuai atau strategik. Perlu ada usaha untuk mencegah sesuatu kejadian daripada berlaku keatas diri kita dan yang paling utama ialah sikap berwaspada selalu.

Perhatian juga, ikan puyu ini hanya boleh ditaruhkan satu ekor saja dalam satu balang atau akuarium kerana tabiat semulajadi ikan puyu ini ialah ianya suka bersendirian dan tidak mahu berkongsi tempat dengan ikan yang lain walaupun sama spesis dengannya. Betul-betul rasis ikan ini...kes terlampau perkauman lah ni...

Jika kita campur juga ikan puyu ini didalam akuarium yang sama dengan ikan yang lain, pasti salah satu diantara keduanya akan mati... memang tidak harmoni langsung !

Apa-apapun, kepada yang ingin mencuba memelihara ikan puyu ini, usahakanlah mulai dari sekarang...demi harta benda kita yang ada didalam rumah, yakinlah bahawa ikan puyu takkan tidur punya. Ikan ini tak sama macam kucing. Kucing ini kita pelihara buat habis beras saja, kalau bab tidur tu memang nombor satu...tikus dan pencuri masuk pun dia takkan peduli walaupun terlanggar batang hidung dia, makin rapat pula dia tutup mata.

Ilmu pukau takkan berkesan jika kita ada memelihara ikan puyu ini didalam rumah, tetapi mesti mau ada keyakinan mengenai perkara ini. Jika tidak, tak menjadi pula. Selamat mencuba !

Rabu, Disember 09, 2009

Kini PAS Kelantan pula haramkan BTN...

Seakan-akan tepat juga apa yang pernah saya rasakan apabila langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan di negeri Selangor menerusi Menteri Besarnya dari PKR yang mengharamkan semua kakitangan kerajaan dibawah pentadbiran mereka dari mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara(BTN) turut diikuti oleh kerajaan Pulau Pinang yang Ketua Menterinya adalah Setiausaha Agung DAP.

Dan langkah tersebut tidak hanya setakat disitu saja apabila negeri Kelantan melalui Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am PAS juga telah mengambil tindakan yang serupa dengan turut mengharamkan kursus BTN di Kelantan. Malah MB Nik Aziz terus mendesak agar BTN segera dirombak dan diselaraskan semula supaya ianya sesuai dengan ajaran agama Islam. Menurut Nik Aziz, kursus yang ditawarkan dalam BTN bercanggah sama sekali dengan ajaran juga tuntutan agama Islam dan maka sebab itulah Nik Aziz mahu BTN kalau boleh dirombak dengan sebeberapa segera...huhhhhh!!!

Jadi jika begitu, yang doa-doa yang diucapkan oleh Nik Aziz selama yang bertujuan untuk menjahanamkan orang lain dengan berbagai-bagai sumpah-seranah hanya kerana tuntutan "royalty minyak" itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam ke ? Nanti apa lagi sunnah Nabi yang akan dikatakan Nik Aziz berkaitan dengan tindakan beliau mengharamkan BTN itu ? ...pasti 100% dia akan kata bahawa dia ikut tindakan Nabi dan yang paling melucukan apabila sering untuk menyamakan setiap tindakan beliau sama dengan Nabi SAW...hmmmmm

Isu BTN ini semakin melarat apabila Menteri Di JPM YB Datuk Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Aziz dengan begitu terbijaksana-terbijaksini telah mengumumkan yang BTN akan dirombak semula agar ianya bersesuaian dengan keadaan semasa tetapi mungkin YB Datuk Nazri mahu ianya sesuai mengikut kemahuan serta selera Lim Kit Siang, Karpal Singh serta semua konco-konco mereka dalam DAP, PKR dan PAS.

Pengumuman Datuk Nazri itu bagaimanapun telah tidak dipersetujui oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa BTN tidak perlu dirombak ataupun dikaji semula. Datuk Nazri yang tidak senang dengan pandangan Tun Dr Mahathir itu terus hilang punca, lalu terus menuduh Tun Dr Mahathir sebagai 'rasis' ertinya perkaumanlah lebih kurangnya. Tergamak Datuk Nazri menuduh Negarawan Ulung negara kita sebagai rasis semata-mata Datuk Nazri mahu menjaga hati atau boleh juga dikatakan sebagai untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Anwar, Nik Aziz serta mereka-mereka yang sama rasisnya dalam Pakatan Pembangkang.

Lanjutan dari tuduhan rasis oleh Datuk Nazri terhadap Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu telah mengsyorkan supaya Datuk Nazri meletakkan semua jawatan beliau dalam UMNO kerana menurut Tun Dr Mahathir oleh kerana Datuk Nazri anti-perkauman dan tidak sesuai untuk dia berada didalam UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang hanya terbuka keahliannya kepada kaum Melayu saja dan tidak sama seperti PKR, DAP dan akhir nanti mungkin PAS for ALL, iaitu mungkin Yahudi pun boleh jadi ahlinya.

Bisa, bisa, bisa...bagai tertusuk duri sembilu.

Isu Ketuanan Melayu: Dimana KDN ?

Isu ketuanan Melayu tidak habis-habis dibangkit oleh masyarakat bukan Bumiputera di Semenanjung Malaysia. Walaupun isu itu bukanlah satu perkara yang terlalu mengancam keselamatan atau keharmonian bagi penduduk-penduduk di Sarawak dan juga di Sabah namun kami sebagai kaum Bumiputera tetap memandang apa yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pemimpin dalam dalam parti DAP itu tetap ada kena mengena dengan hak serta kepentingan kaum Bumiputera secara keseluruhannya.


Di Sarawak terutama sekali dimana kaum Bumiputeranya khusus yang bukan berketurunan Melayu sudah lama menerima hakikat bahawa ketuanan sesuatu kaum mesti ada di Malaysia dan maka itulah ianya harus diberikan kepada bangsa Melayu kerana disamping jumlah mereka sebagai kaum yang terbesar di negara ini mereka juga adalah penduduk asal di Malaysia. Jadi tiada sebab untuk kaum bukan Bumiputera yang jelas asal-usul mereka darimana untuk mempersoalkan segalanya.


Berbalik kepada tajuk artikel ini, saya merasa sangat hairan kenapa dalam hal yang begitu sensitif, pihak yang sepatutnya cepat bertindak hanya berdiam diri saja tanpa berbuat apa-apa. Jika dinilai dari nama kementerian itu saja kita sudah tahu apa fungsinya, apa peranannya serta yang pasti ialah menteri yang menerajui kementerian tersebut haruslah seorang yang berani, tegas dan tidak selalu mengeluarkan amaran demi amaran tanpa sebarang tindakan diambil tetapi lebih malang sekali apabila perkara yang sama selalu saja berulang...huh!!! "pi mai pi mai tang tu"


Dalam usaha terbaru oleh Anggota Parlimen Ipoh Barat YB M. Kulasegaran yang cuba untuk terus meniupkan api kebencian dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini serta untuk menghidupkan semula sentimen perkauman di Malaysia, mengapa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak bertindak ? Apakah harus dibiarkan saja pemimpin politik seperti beliau itu untuk merosakkan perpaduan kaum dikalangan rakyat dalam negara kita ?


Golongan yang wajar untuk mempertahankan keharmonian kaum di negara kita seperti YB-YB tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka, seandainya mereka jelas untuk mewujudkan suasana ketidaktentuan dalam Malaysia maka mereka itulah yang seharusnya diambil tindakan dengan kadar sebeberapa segera dan bukannya 12 orang masyarakat Melayu yang didakwa atas perkara memijak kepala lembu di hadapan Pejabat SUK Selangor.


Cuba kita fikir dengan teliti dan renung betul-betul, manakah yang lebih mendatangkan kemudaratan kepada hubungan kaum di negara kita, adakah demonstrasi memijak kepala lembu yang hanya dilakukan oleh rakyat biasa atau cubaan oleh seorang wakil rakyat yang bertaraf Parlimen yang mana dalam kawasan pilihanraya beliau rakyatnya terdiri daripada berbagai-bagai kaum, adat, budaya dan agama ?


Jadi kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri(KDN), janganlah "teragak-agak" jika mahu bertindak demi keselamatan dan keharmonian kaum dalam negara kita dan juga janganlah selalu hanya memberi "amaran keras" kepada pihak-pihak yang serigkali membuat hal dalam Malaysia ini sehinggakan "amaran keras" yang hanya dipendam dan disimpan akan menjadi semakin "lembut dan lembik" pula.


Oleh itu, sekiranya benar amaran itu keras maka lontarkan saja terus kepada yang dituju dan jangan teragak-agak, dan contohilah semangat yang ada pada wartawan Iraq iaitu Muntazer El-Zehdi yang terus melontarkan kasut beliau ke arah George W. Bush, beliau tidak teragak-agak dalam membuat tindakan. Beliau "berani kerana benar."

Selasa, Disember 08, 2009

Manusia harus segera keluar dari segala kesesatan...

Ada empat kategori kesesatan yang sering dialami oleh setiap manusia ketika hayat masih dikandung badan. Keempat-empat kesesatan itu ialah pertamanya sesat ditengah lautan yang luas, keduanya sesat didalam hutan yang tebal, manakala kesesatan yang ketiganya ialah sesat ditengah-tengah kesibukkan kotaraya dan yang keempat lebih parah iaitu sesat didalam amalan hidup seharian.


Gambar yang diatas sekali adalah persimpangan jalan didalam hutan atau juga boleh disebut sebagai pangkal jalan dan ianya mempunyai dua simpang jalan sering dilalui dengan tujuan yang berbagai-bagai. Kepada yang memang sudah biasa dengan simpang-simpang jalan itu tentu sekali yang berkenaan sangat mahir tentang selok-belok selekoh jalan yang terdapat disekitar hutan tersebut.
Jadi, kepada yang tidak biasa dengan keadaan sebenar atau suasana didalam hutan tentu sekali akan menjadi masalah besar apabila sudah masuk kedalam hutan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mencari jalan keluar. Walau bagaimanapun, ikhtiar untuk keluar haruslah dicari dan diusahakan segera agar hutan tidak akan terus menyesatkan.
Begitu juga dengan mereka yang suka belayar sehingga masuk ketengah lautan yang maha luas. Apabila telah hanyut terlalu jauh di tengah lautan sehingga hilang semua pandangan seperti tepian pantai bagi dijadikan sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan. Maka itulah sebabnya apabila ada yang berhasrat untuk meredah lautan, kita akan melihat mereka ini akan membawa segala kelengkapan iaitu peralatan-peralatan yang berkaitan dengan aktiviti pelayaran dan yang paling penting ialah kompas.
Bagi kes yang sesat didalam keriuhan atau kesibukkan di kotaraya atau juga di bandar-bandar besar jumlahnya semakin ramai malah kesesatan mereka sentiasa berulang-ulang. Semakin maju dan juga semakin besar ukuran sesebuah bandar itu maka semakin melebarlah kesesatan yang dialami oleh penghuninya. Yang peliknya, semakin giat usaha dijalankan oleh berbagai agensi untuk membawa mereka-mereka yang tersesat ini keluar dari kesesatan maka semakin jauh pula mereka ini sesat.
Sementara tiga lagi gambar dibawah yang letaknya bersusun-susun adalah mengenai kesesatan yang boleh dikatakan sebagai kesesatan yang dirancang.
Satu lagi gambar diatas menunjukkan bagaimana salah seorang wakil rakyat yang besar kemungkinannya beragama Kristian iaitu YB Dr. Xavier Jeyakumar telah berceramah didalam sebuah Masjid di negeri Selangor satu ketika dulu. Ini adalah sesat yang tidak mahu keluar dari kesesatan tetapi sesat yang mahu menyesatkan orang yang cenderung ke arah kesesatan.
Gambar yang dibawah menunjukkan bagaimana sekumpulan orang sedang mendirikan sembahyang hajat tetapi malangnya mereka telah tersalah arah kiblat dan ini juga menandakan bahawa kesesatan akan berlaku dimana-mana dan akan dialami oleh sesiapa saja.
Yang dibawah sekali gambar menunjukkan kejadian yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu dimana kita disajikan dengan drama segolongan orang yang mempunyai kepercayaan agama berlainan telah bersama-sama menjalankan ibadat yang sepatutnya hanya dilaksanakan oleh satu pihak saja namun oleh kerana disebabkan kepentingan terdesak yang tertentu maka soal akidah, halal haram serta dosa pahala telah diketepikan. Inilah satu kesesatan yang paling parah yang jika tidak dibendung boleh terus merosakkan amalan atau pegangan hidup sesuatu kaum itu.

Isnin, Disember 07, 2009

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...

Tahu tak anda bagaimanakah cara seekor burung helang berusaha mengeluarkan daging seekor kura-kura daripada tempurungnya untuk dimakan.

Percaya atau tidak bahawa ada haiwan yang tertentu punya akal untuk mencapai apa yang dia inginkan kerana persepsi kita tentang haiwan semuanya sama iaitu haiwan walaupun apa jenisnya memang tidak berakal atau perasaan. Tetapi sebenarnya dalam hal ini kita mungkin tersilap.

Saya pernah terserempak dengan seekor burung helang yang sedang beusaha untuk memakan daging seekor kura-kura yang telah ditangkapnya. Ini berlaku ketika saya meredah hutan belantara di suatu tempat dalam kawasan pendalaman negeri Sarawak iaitu kawasan yang tanahnya berbatu-bata serta kebetulan mempunyai anak sungai yang airnya senantiasa mengalir deras.

Setelah burung helang ini berjaya menangkap kura-kura, ia akan membawa kura-kura ini terbang setinggi yang mungkin dan selepas itu kura-kura itu akan dilepas burung helang ini dengan tiba-tiba ke atas batu-batu yang terdapat ditepi sungai.

Apa pula yang terjadi dengan kura-kura itu? Setelah dijatuhkan dari paras yang agak tinggi maka tempurung kura-kura itu akan pecah dan sesudah itu mudahlah bagi burung helang itu untuk memakan segala isi daging kura-kura itu. Dan mungkin begitu cara yang sering digunakan oleh burung helang untuk mendapatkan daging dari mangsa-mangsanya terutama yang punya pelindung diri seperti kura-kura atau juga mungkin labi-labi.

Kenapa tergesa-gesa mengiktiraf anak keluarga kahwin campur di Sarawak sebagai Bumiputera ?

Apakah kerajaan tidak belajar dari kesilapan masa lampau dalam membuat sebarang keputusan yang sangat penting berhubung dengan masa depan kaum Bumiputera di negara ini? Kes Singapura yang dikeluarkan dari Malaysia satu ketika dulu sudah cukup untuk mengingatkan kita semua betapa perlunya sesuatu keputusan itu dibuat dengan penuh teliti serta berhati-hati dengan mengambilkira kesannya pada generasi Bumiputera pada masa hadapan dan juga agar ianya kelak tidak akan dikesali oleh masyarakat atau kaum Bumiputera di negara ini.

Berbalik kepada isu taraf Bumiputera serta bukan Bumiputera, kerajaan tidak sepatutnya bertindak dengan tergesa-gesa didalam menyelesaikan mana-mana tuntutan oleh pihak-pihak yang tertentu mengenai status kewarganegaraan mereka didalam negara ini terutamanya yang berkaitan dengan soal kahwin campur dikalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Sarawak.

Kerajaan hendaklah membuat kajian serta penyelidikan yang lebih mendalam mengenai hal ini sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan hanya kerana bimbang dengan beberapa desakan daripada pihak pembangkang maka masa hadapan kaum Bumiputera di negeri Sarawak akan turut digadai serta di pertaruhkan. Saya sangat bimbang berkenaan dengan keputusan yang telah diambil apabila kerajaan dengan begitu cepat mengiktiraf golongan yang kononnya teraniaya terus diberi status mereka sebagai kaum Bumiputera.

Ahad, Disember 06, 2009

DAP mula laksanakan Hukum Hudud. PAS bila pula?

Gambar juga yang mampu mencerita segalanya. Gambar yang membuktikan segala tingkahlaku samada bersopan ataupun biadap.

Inilah agaknya hukuman Hudud ala DAP yang akan dikenakan keatas pesalah yang dituduh bersalah jika hanya tidak menyokong mereka.

Gambar orang-orang yang kononnya dituduh sebagai "pengkhianat rakyat" akan dipijak-pijak gambar mereka.




Dan jika Pakatan Pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan baru di Malaysia, mungkin DAP akan memperaktikkan hukuman yang hanya memijak gambar orang-orang kepada batang tubuh orang sebenarnya sebagaimana yang anda lihat pada gambar sebelah.

Dan juga mungkin inilah sebabnya PAS semakin sayang kepada DAP kerana bukan saja menolak penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi telah mendahului PAS dalam melaksanakan Hukum Hudud iaitu akan menghukum mereka yang tidak sealiran ideologi mereka dengan hukuman seumpama itu.






Gambar disebelah ini pula berkenaan dengan hukuman potong tangan. Orang yang didapati telah bersalah mencuri besar kemungkinan akan dikenakan dengan hukuman itu.

Mungkin ini antara Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia sebab negara ini didiami oleh masyarakatnya yang terdiri dari berbagai kaum, budaya dan agama.
Manakala gambar disebelah mengenai hukuman direjam dengan batu sampai pengsan ke atau sehingga mati, itu kurang pasti juga saya namun hukuman jenis itu juga sebahagian daripada hukum hudud.

Wanita atau lelaki yang telah didapati bersalah kerana kesalahan berzina akan menerima hukuman seberat itu.

Seperti hukuman potong tangan serta juga hukuman direjam dengan batu, kedua-duanya amat sukar untuk dilaksanakan dalam negara kita memandangkan Malaysia dihuni oleh berbagai-bagai kaum yang tentunya akan menyaksikan seandainya hukuman itu dilaksanakan juga, bermakna tiada keadilan yang kaum Melayu dapat.

Hukuman Hudud yang diperjuangkan oleh PAS hanya akan dipakai terhadap orang Islam saja tetapi tidak kepada kaum-kaum lain. Jadi disitulah saya nampak akan ada wujudnya ketidakadilan apabila kita berjaya melihat walaupun telah melakukan kesalahan yang sama hanya orang Islam saja yang akan diambil tindakan manaka yang bukan beragama Islam akan terlepas.

Mungkin itu agaknya sebab kenapa PAS sehingga ke saat ini gagal untuk melaksana Hukum Hudud di Kelantan namun DAP sudah mula mengorak langkah pertama ke arah itu.

Arkib Blog