Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 30, 2011

Hina negeri Johor: Lim Guan Eng gali lubang kubur sendiri,,,

Alangkah bodohnya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, sesudah dia memohon maaf daripada KBDYMM Sultan Johor Tuanku Ibrahim atas keceluparan mulutnya yang menghina dan memburuk-burukkan negeri Johor namun selepas itu mahu lagi menyaman pihak media yang berjaya mendedahkan tindakannya yang langsung tidak bertanggungjawab itu.

Apabila dia sudah memohon maaf daripada Baginda Sultan Johor maka bererti dia telahpun mengakui akan keterlajurannya itu dan juga bermakna bahawa beliau mengesahkan yang dia memang telah mengeluarkan kenyataan menghina negeri Johor sehingga membuat Ke Bawah Duli Tuanku Ibrahim merasa tersinggung disamping seluruh rakyat Johor bangkit membantah kenyataan kurang ajar Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Tindakan bodoh Lim Guan Eng yang bertegas untuk menyaman pihak media pasti kelak akan menjadi bahan ketawa oleh seluruh rakyat di negara ini. Belum pernah dibuat orang. Manakan tidak, sebelum itu, dalam permohonan maafnya beliau mengaku juga yang dia mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang didakwa itu namun kemudian mahu kemukakan saman lagi...mulanya dia mengaku tapi lepas tu nak lawan balik...hehehe...apalah punya bengap si biawak lidah bercabang tuewehhhhh!!!!

Kabinet Sarawak 2011: kusyen baru langsir lama...

Susunan rasmi ahli-ahli Kabinet Sarawak yang baru mengikut sumber daripada Utusan Borneo.

KETUA MENTERI SARAWAK
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud

TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang

MENTERI-MENTERI DI PEJABAT KETUA MENTERI
Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Tan Sri Datuk Amar Adenan bin Haji Satem
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)
YB Datuk Daud bin Abdul Rahman
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Kemajuan Usahawan Bumiputera)
YB Datuk Mohd Naroden bin Majais
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputera dan Penan)
YB Datuk John Sikie anak Tayai
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal)
YB Datuk Len Talif bin Salleh

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri I
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
Menteri II
YB Datuk Sri Wong Soon Koh

KEMENTERIAN PERANCANGAN SUMBER DAN ALAM SEKITAR
Menteri I
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
Menteri II
YB Datuk Amar Awang Tengah bin Awang Ali Hassan
Menteri Muda Perancangan Sumber
YB Datuk Naroden bin Majais
Menteri Muda Alam Sekitar
YB Datuk Len Talif bin Salleh

KEMENTERIAN PEMODENAN PERTANIAN
Menteri
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang
Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran)
YB Datuk Mong anak Dagang
Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang)
YB Datuk Sylvester Entrie anak Muran

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR
Menteri
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang
Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar I
YB Datuk Francis Harden anak Hollis
Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar II
YB En. Julaihi bin Narawi

KEMENTERIAN KEMAJUAN TANAH
Menteri
YB Tan Sri Dr James Jemut anak Masing
Menteri Muda Kemajuan Tanah I
YB Datuk Gramong anak Juna
Menteri Muda Kemajuan Tanah II
YB Datuk Abdul Wahab bin Aziz

KEMENTERIAN KEMAJUAN SOSIAL
Menteri
YB Tan Sri William Mawan anak Ikom
Menteri Muda I (Sukan)
YB Datuk Lee Kim Shin
Menteri Muda II (Kemajuan Belia)
YB En. Abdul Karim Rahman bin Hamzah
Menteri Muda III (Kebudayaan dan Warisan)
YB En. Liwan Lagang

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN KEMAJUAN MASYARAKAT
Menteri
YB Datuk Sri Wong Soon Koh
Menteri Muda I (Khidmat Masyarakat)
YB Datuk Peter Nansian Ngusie
Menteri Muda II (Kerajaan Tempatan)
YB Datuk John Sikie anak Tayai
Menteri Muda III (Kesihatan Awam)
YB Dr Jerip Susil

KEMENTERIAN PERUMAHAN
Menteri
YB Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Hj Openg
Menteri Muda Perumahan I
YB En. Abdul Karim Rahman bin Hamzah
Menteri Muda Perumahan II
YB Datuk Francis Harden anak Hollis

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri
YB Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Hj Openg
Menteri Muda Pelancongan I
YB Datuk Gramong anak Juna
Menteri Muda Pelancongan II
YB Datuk Talib bin Zulpilip

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN PERHUBUNGAN
Menteri
YB Datuk Sri Micheal Manyin anak Jawong
Menteri Muda I (Pembangunan Infrastruktur)
YB Datuk Daud bin Abdul Rahman
Menteri Muda II (Perhubungan)
YB Datuk Lee Kim Shin

KEMENTERIAN KEMUDAHAN AWAM
Menteri
YB Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Hj Openg
Menteri Muda I (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi)
YB Datuk Stephen Rundi anak Utom
Menteri Muda II (Bekalan Air)
YB Datuk Sylvester Entrie anak Muran

KEMENTERIAN KEMAJUAN INDUSTRI
Menteri
YB Datuk Amar Awang Tengah bin Awang Ali Hassan
Menteri Muda I (Pembangunan Estet Perindustrian)
YB Datuk Peter Nansian Ngusie
Menteri Muda II (Pelaburan dan Promosi)
YB En. Julaihi Narawi

KEMENTERIAN KEBAJIKAN, WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA
Menteri
YB Datuk Hajjah Fatimah binti Abdullah
Menteri Muda Kebajikan
YB En. Robert Lawson Chuat
Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga
YB Puan Rosey Yunus

Catatan Anak Merdeka:

...Menteri Kabinet mengikut parti yang diwakili dalam kerajaan BN;

( I ) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib bin Mahmud
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang
YB Tan Sri Datuk Amar Adenan bin Hj Satem
YB Datuk Amar Awang Tengah bin Awang Ali Hassan
YB Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Hj Openg
YB Datuk Sri Micheal Manyin anak Jawong
YB Datuk Fatimah binti Abdullah
YB Datuk Daud bin Abdul Rahman
YB Datuk Mohd Naroden bin Majais
YB Datuk Len Talif bin Salleh
YB En. Julaihi Narawi
YB Datuk Abdul Wahab bin Aziz
YB Datuk Gramong anak Juna
YB En. Abdul Karim Rahman bin Hamzah
YB Datuk Talib bin Zulpilip
YB Datuk Stephen Rundi anak Utom
YB En. Robert Lawson anak Chuat

( II ) Parti Rakyat Sarawak (PRS)
YB Tan Sri Dr James Jemut anak Masing
YB Datuk John Sikie Tayai
YB Datuk Mong anak Dagang
YB En. Liwan Lagang

( III ) Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP)
YB Tan Sri William Mawan anak Ikom
YB Datuk Sylvester Entrie anak Muran
YB Datuk Peter Nansian Ngusie
YB Puan Rosey binti Yunus

( IV ) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
YB Datuk Sri Wong Soon Koh
YB Datuk Francis Harden anak Hollis
YB Datuk Lee Kim Shin
YB Dr Jerip Susil

...Menteri Kabinet mengikut pecahan kaum di Sarawak;

( I ) IBAN
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang
YB Tan Sri James Jemut anak Masing
YB Tan Sri William Mawan anak Ikom
YB Datuk Sri Micheal Manyin anak Jawong
YB Datuk John Sikie anak Tayai
YB Datuk Mong anak Dagang
YB Datuk Sylvester Entrie anak Muran
YB Datuk Francis Harden anak Hollis
YB Datuk Gramong anak Juna
YB Datuk Stephen Rundi anak Utom
YB En. Robert Lawson anak Chuat

( II ) MELAYU
YB Tan Sri Datuk Amar Adenan bin Hj Satem
YB Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Hj Openg
YB Datuk Daud bin Abdul Rahman
YB Datuk Mohd Naroden bin Majais
YB En. Julaihi bin Narawi
YB Datuk Abdul Wahab bin Aziz
YB En. Abdul Karim Rahman bin Hamzah

( III ) CINA
YB Datuk Sri Wong Soon Koh
YB Datuk Lee Kim Shin

( IV ) BIDAYUH
YB Dr Jerip Susil
YB Datuk Peter Nansian Ngusie

( V ) MELANAU
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
YB Datuk Hajjah Fatimah binti Abdullah
YB Datuk Len Talif bin Salleh
YB Datuk Talib bin Zulpilip

( VI ) KEDAYAN
YB Datuk Amar Awang Tengah bin Awang Ali Hassan
YB Puan Rosey binti Yunus

( VII ) ORANG ULU (KAYAN / KENYAH)
YB En. Liwan Lagang

Khamis, September 29, 2011

Bakal PM Malaysia "MATI PUCUK" lah...!!!

Rakyat Malaysia akan menjadi rakyat yang paling malang sekali di atas muka bumi ini apabila bakal mendapat seorang Perdana Menteri yang "pucuk"nya telah "mati" dan rakyat Malaysia juga akan mendapat malu besar apabila seluruh dunia ketawakan negara kita kerana punya Perdana Menteri yang "mati pucuk."

Kalau 'akal' dia yang mati tidak mengapalah juga, tetapi ini, 'pucuk' dia yang 'mati.' Kalaulah akal yang mati, itu senang kira...dia boleh guna jalan lain untuk dapat ilham baru tetapi kalau dah 'pucuk'nya yang 'mati', jadi apakah ada cara nak kasi "pucuk" dia agar hidup balik?

Ketua Pembangkang 'Mati Pucuk'! Anwar lebih rela mengaibkan dirinya sendiri !!!

Bersumpah laknat tak nak. Disoalbalas pendakwa raya lagi tak nak dan terus cuba mengelak dengan berbagai helah. Kalau benar tidak bersalah kenapa takut sangat?

Tetapi lebih rela pula untuk mengaibkan diri sendiri daripada melakukan sumpah laknat bagi menyangkal tuduhan kalaulah benar dia tidak pernah meliwat Mohd Saiful Bukhary.

Pengakuan Anwar Ibrahim kononya beliau mengalami masalah "Mati Pucuk" bukan sahaja membogelkan diri beliau seorang malahan turut menelanjang seluruh keluarga serta turut memalukan barisan pemimpin pembangkang di dalam Pakatan DAP, PKR dan PAS.

Bagaimana mereka yang berada di dalam Pakatan Haram tak kira apa jua jawatan yang disandang sanggup untuk menerima seorang pemimpin yang sudah "Mati Pucuk" untuk menjadi ketua kepada mereka?

Di dalam sesebuah instituti kekeluargaan pula, jika seseorang suami yang telah disahkan sebagai "Mati Pucuk", itu merupakan satu keadaan yang sangat mengecewakan, merugikan serta memalukan mereka yang berkaitan apatah lagi bagi mereka yang sekadar diwakili yang bukan terdiri daripada ahli keluarga atau sahabat.

Rabu, September 28, 2011

Video Karpal Singh ganggu Nik Aziz... DAP sentiasa ganggu PAS !

Layan sekejap video nih... agaknya ada pengajaran yang mungkin kita dapat daripadanya...lihat jer...jangan risau takde apa2...cuma bagaimana DAP sentiasa akan mengganggu PAS dalam apa jua urusannya...

"Urat pucuk Anwar dipotong ketika pembedahan di Jerman" - Dr Thomas Hoogland

Kelihatan Dr Hoogland sedang menunjuk kedudukan urat yang terputus tu...
 Kerana tidak berpuas hati dengan dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa suamninya Anwar Ibrahim sudah "mati pucuk" sehingga menyebabkan si isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini berada didalam keadaan yang serba tak kena serta sangat tertekan lalu dengan segera memaksa beliau untuk menghubungi doktor pakar yang bertanggungjawab ke atas kesihatan suamninya sepanjang Anwar Ibrahim menjalani pembedahan sakit tulang belakang di Munich, Jerman dalam tahun 2004 dulu.
Bagi mengetahui samada benar atau tidak dakwaan bahawa suaminya mengalami mengalami masalah "mati pucuk" maka Datin Seri Dr Wan Aziz terpaksa menebalkan mukanya bertanyakan kepada doktor pakar tersebut iaitu Dr Thomas Hoogland kerana bagi setiap isteri, mempunyai seorang suami yang mengalami masalah "mati pucuk" adalah paling memalukan serta lebih teruk dari seorang pesakit yang menigidap penyakit lumpuh seluruh badan atau ahmar.

Oleh kerana itu, Datin Seri Dr Wan Azizah terpaksa membuang jauh-jauh perasaan segannya itu dan terus menghubungi Dr Hoogland untuk mendapatkan kepastian mengenai status sebenar kesihatan Anwar. Jawapan Dr Hoogland ketika ditanya oleh Datin Seri Dr Wan Azizah mengenai perkara itu telah hampir membuat Presiden PKR itu jatuh pengsan kerana tidak menduga sama sekali kerana berdasarkan jawapan yang diberi oleh Dr Hoogland bahawa yang suaminya adalah merupakan seorang lelaki yang bermasalah kerana mengidap masalah "mati pucuk."

Lagi penjelasan oleh Dr Hoogland kepada Datin Seri Dr Wan Azizah bahawa mana-mana lelaki yang mempunyai masalah "mati pucuk" menyebabkan mereka kurang berminat dengan wanita tetapi nafsunya lebih condong dan mudah tertarik kepada pasangan sejenisnya iaitu lelaki-lelaki muda yang berwajah jambu dan tampan. Penjelasan Dr Hoogland mengenai perkara ini sekali lagi telah membuat Datin Seri Dr Wan Azizah hampir-hampir pitam akibat tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak.

Namun, Datin Seri Dr Wan Azizah masih lagi bertahan sebab beliau sedar bahawa beliau perlu menguatkan semangat demi untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan punca yang menyebabkan suaminya mengalami masalah "mati pucuk." Untuk itu Datin Seri Dr Wan Azizah terus bertanyakan kepada Dr Hoogland menerusi perbualan telefon mengenai perkara itu... Dr Hoogland menjawab bahawa kejadian itu tidak disengajakan namun percaya bahawa ianya satu kebetulan.

Datin Seri Dr Wan Azizah tidak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Dr Hoogland itu dan pakar bedah itu kemudiannya menjelaskan bahawa semasa proses pembedahan dijalankan ke atas Anwar, ada satu urat yang berfungsi dari bahagian tulang belakang Anwar telah dipotong namun boleh disambung semula pada bila-bila masa dan ianya bergantung kepada keadaan. Menurut Dr Hoogland lagi, urat tersebut berkait rapat dengan beberapa urat yang terdapat pada setiap deria seperti mata, otak, nafsu dan keinginan.

Tujuan utama urat tersebut dipotong menurut Dr Hoogland lagi ialah, bagi mengelak lebih ramai lagi anak-anak muda terutama sekali remaja-remaja lelaki yang memiliki rupa bentuk tubuh serta wajah yang menawan menjadi mangsa keganasan seks atau menjadi mangsa gangguan seksual oleh boss-boss yang jenis tak kenal depan belakang semua di bedal... Kesian, Datin Ser Dr Wan Azizah hanya mampu berdiam diri saat mendengar penjelasan oleh Dr Hogland itu.

Apa-apapun, nama Dr Hoogland kini dikata sudah termasuk kedalam senarai nama-nama mereka yang akan diliwat oleh Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat II peringkat pembelaan pada 3 sehingga 7 hb Oktober minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Harap Dr Hoogland segera sambung balik urat Anwar Ibrahim yang dipotong tu...kesian dia...pakai dia kencing rakyat saja benda tu...tak boleh pakai main amoi2 China, amoi2 Thailand dan jejaka2 jambu Malaysia hehehe...

Hudud & DUMC: sudah 2 kali Pakatan Haram langgar amalan demokrasi !!!

Jika sebelum ini iaitu sewaktu isu Damansara Utama Methodist Church (DUMC) meledak, setelah adanya kegiatan di situ untuk memurtadkan orang Islam telah mula dikesan oleh pihak JAIS serta oleh beberapa orang Melayu, maka dengan arahan segera "tutup mulut" kepada semua pihak di negeri Selangor agar jangan membincang isu tersebut oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlid Ibrahim maka dengan arahan tersebut juga bermakna buat pertama kalinya pihak kerajaan Pakatan Haram telah menolak amalan demokrasi dan kebebasan bersuara di negara ini dan kembali semula kepada amalan mengawal kebebasan bersuara.

Dan yang terbaru, berikutan timbulnya perang mulut antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengenai hukum hudud, arahan serupa juga telah dikenakan oleh Pakatan Haram terhadap semua pihak terutamanya kepada semua pemimpin dari berbagai peringkat di dalam pakatan mereka termasuklah juga kepada para penyokong ketiga-tiga parti dalam gabungan Pakatan Haram itu supaya "tutup mulut" dan tidak dibenarkan sama sekali untuk bercakap mengenainya.

Arahan terbaru itu telah disampaikan oleh Pakatan Haram melalui tiga wakil mereka iaitu ketika sidang media bersama ketiga-tiga parti berlangsung di Ibu Negara baru-baru ini yang diwakili oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Langkah yang diambil oleh pihak Pakatan Haram ketika berdepan dengan masalah seumpama itu sebenar satu langkah yang kembali mundur semula ke belakang iaitu kembali kepada satu peraturan atau undang-undang yang kini sedang giat cuba dihapuskan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional apabila baru-baru ini Datuk Seri Najib telah mengumumkan bahawa kerajaan pimpinan beliau akan memansuhkan beberapa akta seperti Akta ISA, Akta Mesin Cetak dan beberapa yang lain, semuanya bertujuan bagi memberi lebih banyak kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara.

Tindakan melarang mana-mana pihak untuk membincang atau menyentuh tentang isu yang sedang berbangkit yang sedang menyelubungi mereka kini oleh pihak Pakatan Haram merupakan satu bentuk tindakan yang amat bertentangan sama sekali dengan usaha oleh kerajaan Barisan Nasional itu. Dan apakah itu semua sebagai satu gambaran awal kepada rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Haram berjaya menubuhkan kerajaan di Malaysia, mereka akan kembali semula kepada sistem kuku besi, segala kebebasan akan disekat dan Akta ISA akan dikuatkuasakan semula?

Selasa, September 27, 2011

Bryan Lomas dapat satu lagi tempat ke Sukan Olimpik 2012, Tahniah bro !

KUALA LUMPUR 27 Sept - Penerjun Kebangsaan, Bryan Nickson Lomas menempah satu lagi tempat bagi dirinya ke Sukan Olimpik 2012 di London pada hari terakhir Kejohanan Piala Terjun Asia ke-4 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Bryan yang menyertai acara 10M Platform Individu Lelaki, memenangi pingat emas selepas memungut 480.50 mata untuk mengalahkan rakan senegara Ooi Tze Liang yang mendapat 450.80 mata manakala pingat gangsa milik M. Nasrullah dari Indonesia yang memungut 396.20 mata.

Bryan sebelum ini telah menempah tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu menerusi acara 3M Papan Anjal Individu Lelaki pada Kejohanan Dunia awal tahun ini.

Beliau berkata apa yang lebih penting baginya ialah melayakkan diri ke Sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Sebagai atlet kelahiran Bumi Kenyalang, kami rakyat Sarawak sesungguhnya turut gembira serta turut berbangga dengan pencapaian yang telah digapai oleh Bryan Lomas dalam bidang sukan dan apa yang penting ialah apabila rakyat Bumi Kenyalang juga terbukti mampu untuk memberi sesuatu yang terbaik dan penuh bermakna buat Malaysia...

Pembaca yang budiman...apa kata luangkan sedikit masa dalam 3 - 4 minit untuk menyaksikan video diatas yang menampilkan tarian "Sape" satu tarian tradisional kaum Kayan, Kenyah dan Kelabit di Sarawak...mengiringi kejayaan berganda Bryan Nickson Lomas untuk beraksi ke Sukan Olimpik 2012 di London... :-)

Isnin, September 26, 2011

S/Agung PKR mengaku bahawa UMNO & BN semakin hebat dan kuat !!!

Sewaktu sidang media bersama mengenai isu hudud antara tiga Setiausaha Agung parti masing-masingnya Anthony Loke daripada DAP, Datuk Mustafa Ali daripada PAS dan Saifuddin Nasution daripada PKR, ada satu perkara yang saya rasa wajar untuk kita beri perhatian iaitu berkenaan dengan pengiktirafan secara terbuka oleh Setiusaha Agung PKR Saifuddin Nasution tentang kekuatan UMNO serta Barisan Nasional yang semakin nyata dan memang tidak boleh dipandang ringan lagi oleh semua pemimpin dalam Pakatan Haram.

Dalam isu hudud yang semakin hangat sekarang ini, tanpa berselindung Saifuddin teRUS menuduh itu semua kerja UMNO dan Barisan Nasional. Macam dululah juga, jika timbul saja sebarang isu yang dirasakan boleh merugikan Pakatan Haram, pasti UMNO dan Barisan Nasional yang dipersalahkan.

Begitu jugalah dalam isu hudud yang menyaksikan pertikaman lidah sengit berlaku antara Karpal Singh dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat, tanpa tebgok cermin, tanpa terlebih dulu pandang ke kiri, ke kanan, ke atas serta ke bawah, terus saja Saifuddin tuduh UMNO, BN, RTM, TV3 dan Utusan Malaysia yang punya angkara sehingga berlakunya perbalahan besar antara PAS dengan DAP sehingga sekarang.

Tanpa Saifuddin sedari, segala tuduhan liar beliau itu terhadap UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya dengan sendirinya telah menonjolkan lagi kebodohan serta sikap tidak matang, tidak berdaya saing, tidak bertanggungjawab dan sikap tidak bertamadun para pemimpin muda dalam Pakatan Haram terutama sekali ketika berdepan dengan apa jua masalah yang melanda parti mereka.

Mereka enggan untuk mencerminkan wajah diri masing-masing terlebih dulu tetapi mereka lebih suka untuk mengunakan jalan singkat dan tanpa usul periksa pantas menyalahkan pihak lain sebagai punca kepada masalah yang sedang mereka hadapi.

Betapa bodoh dan biolnya Saifuddin Nasution apabila mengesahkan bagaimana Karpal Singh seorang peguam veteran yang cukup berpengalaman boleh masuk dengan mudah ke dalam perangkap yang di pasang oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Dan begitu jugalah, bagaimana Datuk Nik Aziz yang sering diagung-agungkan oleh para pengikut PAS dan PKR sebagai seorang Ulama yang terbilang boleh dengan begitu mudah untuk diperdayakan dengan tipu helah oleh UMNO dan Barisan Nasional

Tetapi tidak mengapa, kalau sudah Saifuddin berpendirian sedemikian maka bermakna beliau secara jelas telah mengaku dan mengiktiraf betapa hebatnya UMNO dan Barisan Nasional kerana kali ini mampu untuk memperdayakan Karpal Singh dan juga Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga keduanya bergaduh bagai nak rak.

Demikian juga bilamana kehebatan UMNO dan Barisan Nasional yang memang sukar untuk ditandingi, sehinggakan ada seorang lelaki "Anugerah Tuhan" yang bernama Anwar Ibrahim juga turut menjadi mangsa apabila dengan mudah boleh masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional yang mengumpan beliau dengan seorang lelaki muda dan beberapa perempuan pelacur.

Dan apa yang Saifuddin Nasution tidak nampak disini berikutan dengan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO dan Barisan Nasional itu ialah bagaimana dengan mudahnya para pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat untuk dipengaruhi oleh pihak lawan sehinggakan mereka tidak perasan langsung dan tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang cuba diperangkap oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional...

Apa sebab Azwan Ali berminat untuk melabur dalam projek Anwar Ibrahim?

Sebabnya ialah Anwar memiliki projek yang berskala atau 'bersaiz besar' dan juga berpotensi 'besar' untuk memberi pulangan modal berlipat kali ganda dengan keuntungan yang tentunya juga 'besar' disamping boleh memuaskan kehendak para pelabur seperti Azwan dalam tempoh jangkamasa yang 'amat panjang' ... ;-)

"Lebih baik bersama UMNO & BN, daripada bersama DAP & PKR," - Datuk Nik Aziz

Kekecewaan serta kemarahan pihak DAP terhadap tindak-tanduk Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan selama ini nampaknya semakin sukar untuk disembunyikan lagi. Daripada Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh sehinggalah menjalar kepada Setuausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mereka kelihatan begitu bengang dengan sikap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Bermula dengan keakraban yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan itu ketika bersama dalam program anjuran kerajaan Barisan Nasional baik pada peringkat persekutuan mahupun pada peringkat negeri Kelantan terutama sekali apabila ianya melibatkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, kelihatan Datuk Nik Aziz begitu ceria dan teruja apabila beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri di atas satu pentas.

Karpal Singh yang ternyata sangat tidak senang atas perbuatan curang Datuk Nik Aziz itu hanya mampu untuk memendam perasaannya yang sudah terlalu amat pedih bagai dihiris duri sembilu itu, akan tetapi, biarpun sekian lama terpaksa menahan sabar tatkala berdepan dengan permainan Mursyidul Am PAS itu akhirnya Karpal Singh gagal juga bertahan sehingga tersemburlah perkataan-perkataan yang turut mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum iaitu "belang" sebenar DAP yang selama ini hampir berjaya mengelirukan rakyat apabila beliau turut bermain kata-kata dengan Datuk Nik Aziz.

Apabila Datuk Nik Aziz berkata bahawa PAS akan tetap melaksanakan undang-undang hudud di negeri Kelantan, lalu Karpal Singh tiba-tiba berubah menjadi sangat sedih. Dalam hati kecilnya, Karpal Singh tertanya-tanya, apa pula mimpi Menteri Kelantan itu, tiba-tiba saja dia buang tabiat? Kan hari tu Presiden PAS Hadi Awang sudahpun membuang dasar negara Islam jauh-jauh dan telah diganti dengan dasar baru iaitu Negara Kebajikan tetapi kenapa pula Datuk Nik Aziz kutip balik?

Jauh disudut hati Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya mahu agar PAS kembali semula menjalinkan kerjasama dalam semangat perpaduan dengan UMNO, demi masa depan orang Melayu serta demi agama Islam di negara ini tetapi bagi Datuk Nik Aziz itu semuanya hanya akan tetap menjadi angan-angan kosong selagi PAS terus merelakan diri diperkudakan oleh DAP. Bagi Datuk Nik Aziz, UMNO lebih memahami kehendak serta kemahuan PAS jika dibandingkan dengan DAP ataupun PKR.

Di penghujung perjuangannya yang semakin dimamah usia senja itu dalam menegakkan hukum hudud di Bumi Kelantan, nampaknya Datuk Nik Aziz mula bangkit dan berani untuk berdepan dengan Karpal Singh tanpa perlu menunggu Pengerusi DAP itu menjadi mayat terlebih dulu untuk melangkah tubuhnya semata-mata mahu menubuh sebuah negara Islam tetapi Datuk Nik Aziz mahu membuktikan bahawa beliau berani dan sedia untuk melangkah tubuh Karpal Singh hidup-hidup apabila berkata bahawa PAS tidak kisah sekiranya DAP mahu keluar dari gabungan Pakatan Haram pembangkang hanya disebabkan PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Ahad, September 25, 2011

"Lebih baik bersama UMNO dan BN, daripada bersama PAS dan PKR," - LGE

Kekerapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) yang sering kelihatan muncul bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam majilis-majlis yang tertentu yang dianjurkan oleh kerajaan Pusat sejak kebelakangan ini seakan-akan telah menyentap kesabaran Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Baru-baru ini lagi semasa Majlis Sambutan Merdeka Raya Peringkat Persekutuan yang diadakan dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, Lim Guan Eng serta hampir kesemua ahli-ahli Exconya juga turut menghadiri majlis berkenaan dan mereka kelihatan sangat mesra bertemu dengan Perdana Menteri, Menteri-menteri Pusat yang hadir dan juga dengan pemimpin-pemimpin BN Negeri.

Begitu juga dengan beberapa majlis-majlis yang lain anjuran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini sekiranya ianya melibatkan negeri Pulau Pinang tentu sekali Lim Guan Eng seperti tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai daripada kerajaan Persekutuan dalam memeriahkan lagi majlis yang diadakan.

Perkembangan ini jelas sekali memang tidak disenangi oleh Datuk Nik Aziz sehinggakan beliau akhirnya terpaksa mencabar kepimpinan DAP apabila beliau secara terbuka telah menyatakan pendiriannya untuk menghidupkan semula dasar perjuangan PAS yang asal iaitu untuk menegakkan undang-undang Islam atau hudud di negeri Kelantan.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang tersentak dengan kenyataan terbaru oleh Mursyidul Am PAS itu tiba-tiba naik angin dan beliau tidak menduga sama sekali bahawa Datuk Nik Aziz dalam masa yang begitu singkat sanggup menukar pendirian parti yang baru saja menguburkan dasar negara Islam mereka apabila menggantikannya dengan dasar baru iaitu Negara Berkebajikan namun telah menggali semula dasar Negara Islam demi perlaksanaan hukum hudud yang telah tertangguh sekian lama di negeri Kelantan.

Karpal Singh sendiri mengakui bahawa yang beliau sangat bingung dengan keadaan itu dan tidak tahu apakah sebab sebenarnya sehingga mendorong Datuk Nik Aziz sanggup untuk berbuat demikian sehinggakan membelakangi semangat kerjasama gabungan tiga parti DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Haram apabila mahu bertindak diluar dari apa yang telah digariskan didalam buku Jinggay yang mereka telah lancarkan pada penghujung tahun lepas.

Namun Datuk Nik Aziz yang semakin berang dan cemburu dengan keakraban antara Perdana Menteri dengan Ketua Menteri Pulau Pinang sepertimana yang cuba ditunjukkan oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terutama sekali ketika lawatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib ke negeri berkenaan, telah menyebabkan Datuk Nik Aziz gagal mengawal emosinya sehingga terkeluar perkataan-perkataan yang pasti menambahkan lagi luka sedia ada di dalam hati Karpal Singh.

Kelukaan hati Karpal Singh bertambah parah lagi apabila anak guamnya sendiri iaitu Anwar Ibrahim yang cuba dibela beliau dari tuduhan meliwat seorang pekerja lelaki juga turut menyokong kenyataan serta pendirian oleh Datuk Nik Aziz itu. Anwar Ibrahim ketika masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu sebelum berlaku pemecatan ke atasnya, beliau nyata menentang perlaksanaan hukum hudud oleh PAS Kelantan namun bagaimana di episod-episod akhir perbicaraan kes liwatnya, sokongan beliau terhadap Datuk Nik Aziz ternyata sudah membuat Karpal Singh bertambah sedih dan marah.

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi telah membuat darah Datuk Nik Aziz mendidih bagaikan air panas yang tengah menggelegak yang dimasak atas api dapur gas dengan api yang sangat kuat. Pagi tadi di Pulau Pinang berlangsungnya acara berbasikal menjelajah tempat-tempat tertentu di Pulau Pinang yang diketuai oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib bertujuan bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di negeri itu.

Kelihatan bersama dengan Perdana Menteri dalam acara itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng mengenakan baju T berwarna kuning, agaknya beliau masih ingat pasal perhimpunan haram Bersih 2.0 dulu. Tapi apa pula reaksi Datuk Nik Aziz selepas ini apabila dia mendapat tahu bahawa Lim Guan Eng semakin menjadi-jadi dan melampau sehinggakan semua program yang dianjurkan oleh UMNO dan BN Pusat semua dia mahu ikut serta, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Datuk Seri Najib ?

Agaknya, tentu sekali Datuk Nik Aziz akan menjadi semakin marah dan macam-macamlah kenyataan yang akan ditimbulkan beliau manakala Karpal Singh pula akan menjadi semakin panas hati terhadap Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu terus-menerus menyebelahi Datuk Nik Aziz dan akhirnya Karpal Singh terpaksa menarik diri dari menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim...

P.213 Mukah: apa bezanya Dr Leo dengan DS Mahmud ? Sama saja !

Semalam sekumpulan penduduk di Mukah berkumpul berdekatan dengan pasar basah iaitu pasar yang menempatkan para peniaga yang menjual berbagai jenis barang makanan berasaskan sumber laut dan juga hasil pertanian. Perhimpunan itu diketuai oleh Tuan Haji Siri Dani, iaitu seorang aktivis masyarakat terkenal di bahagian Mukah. Berita selanjutnya boleh juga lihat di sini

Mereka berkumpul kononnya untuk menunjukkan kepada pemimpin atasan BN Sarawak serta juga BN Pusat tentang sokongan mereka kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir iaitu anak lelaki sulung Pehin Sri Taib yang sebelum ini dikatakan akan menjadi calon PBB/BN bagi Parlimen P.213 Mukah menggantikan tempat penyandang sedia ada YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Kepada penduduk di Mukah amnya dan juga penyokong BN di bahagian itu khususnya, janganlah terlalu ghairah dan teruja untuk menerima wakil rakyat yang baru lebih-lebih lagi apabila mengetahui dianya adalah anak kepada Ketua Menteri Sarawak sendiri, tetapi mereka harus ingat bahawa Mukah sebagai bahagian yang ke-10 dalam Sarawak dan terletak pula dalam kawasan SCORE(Koridor Tenaga Boleh Di Perbaharui Sarawak) sangat memerlukan seorang wakil rakyat yang benar-benar memahami isu setempat dan peka dengan kehendak rakyat dalam kawasan yang diwakili.

Rakyat di Parlimen P.213 Mukah tidak perlu dipaksa untuk memilih seseorang yang hanya bergantung kepada populariti atau mereka yang datang dari keluarga bangsawan untuk menjadi seorang wakil mereka di Dewan Rakyat tetapi biarlah nanti calon BN bagi Parlimen Mukah merupakan anak tempatan, yang memang lahir di dalam wilayah Mukah, datang dari keluarga yang sederhana, tahu tentang kisah suka duka kehidupan rakyat di Mukah serta tahu bagaimana cara untuk membawa pembangunan kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen yang diwakilinya.

YB Dr Muhammad Leo sudah lebih tujuh penggal diberi kepercayaan oleh para pengundi di kawasan Parlimen Mukah untuk menjadi wakil kepada mereka namun sepanjang tempoh itu, apakah usaha yang telah beliau lakukan untuk pembangunan di Bahagian Mukah ? Tiada... melawat rakyat dalam kawasan yang di wakili memang kurang sekali malah boleh dikatakan dalam setahun juga seakan-akan tidak pernah.

Jadi, jika rakyat Mukah tidak mahu berlaku pisang berbuah dua kali, maka eloklah jangan terlalu taksub sehingga kita dilihat sanggup untuk turut mengabaikan nasib masa depan rakyat di kawasan Mukah semata-mata kerana kita terlalu bangga dengan keturunan wakil rakyat yang kita idam-idamkan. Oleh itu adalah sangat diharapakan agar rakyat di Mukah tidak membiarkan undi kita itu nanti sebagai lesen bagi membolehkan mereka menambahkan lagi harta kekayaan.

Jumaat, September 23, 2011

Rombakan kabinet Sarawak: Taib perlu berani tonjolkan pemimpin pelapis !

Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud akan merombak kabinet kerajaan negeri Sarawak pimpinan beliau dalam minggu hadapan. Ianya dilakukan enam bulan selepas selesainya proses pengundian untuk Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu.

Kabinet Sarawak yang ada pada hari ini adalah merupakan barisan menteri kabinet yang dilantik oleh Ketua Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak lagi dan selepas masing-masing menang semula dalam pilihan raya tersebut kecuali ADUN Piasau Datuk Patinggi Dr George Chan dan juga ADUN Krian Datuk Peter Nyarok yang tewas kepada pembangkang, mereka yang menang ini telah mengangkat sumpah bagi membolehkan kesemuanya untuk kembali semula kepada portfolio yang disandang sebelum pembubaran DUN Sarawak dilakukan.

Rombakan kabinet yang dijanjikan oleh Pehin Sri Taib pada minggu depan terhadap kabinet sedia besar kemungkinannya melibatkan lapan orang menteri penuh yang dilantik sebelum ini termasuklah sebelas Menteri Mudanya. Dalam senarai lapan orang menteri penuh itu, perlu ada di antara mereka itu digantikan dengan muka baru yang lebih muda serta bertenaga.

Dan begitu juga dengan kesebelasan Menteri Muda Sarawak yang masih dikekalkan selepas pilihan raya baru-baru ini, ada beberapa nama yang perlu dinaikkan kepada menteri penuh disamping itu perlu juga digugurkan antara mereka itu atas beberapa sebab seperti atas faktor umur serta prestasi.

Cuba kita lihat kepada senarai lapan nama mereka yang masih membarisi kabinet kerajaan negeri Sarawak selepas berlalunya pilihan raya umum negeri atau yang masih dikekalkan memegang jawatan sebagai menteri penuh yang diketuai oleh Ketua Menteri sendiri;

YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib bin Mahmud (PBB) - Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Kewangan, Perancangan dan Pengurusan Sumber

YAB Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang (PBB) - Timbalan Ketua Menteri Sarawak II serta Menteri Pertanian, Pertubuhan Peladang dan Koperasi Sarawak

YB Tan Sri Dr James Jemut anak Masing (PRS) - Menteri Pembangunan Tanah Sarawak

YB Tan Sri William Mawan anak Ikom (SPDP) - Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak

YB Datuk Sri Abg Hj Johari Tun Openg (PBB) - Menteri Perumahan & Pembangunan Bandar Sarawak

YB Datuk Sri Wong Soon Koh (SUPP) - Menteri Kewangan II, Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak

YB Datuk Sri Micheal Manyin anak Jawong (PBB) - Menteri Kemajuan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak

YB Datuk Sri Awg Tengah bin Awg Ali Hassan (PBB) - Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak II

YB Datin Hjh Fatimah Abdullah (PBB) - Menteri di-Pejabat Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Sumber Manusia dan Latihan

Dan seterusnya adalah senarai nama kesebelasan Menteri-menteri Muda Sarawak (Timbalan Menteri) yang masih dikekalkan oleh Ketua Menteri dengan jawatan lama mereka masing-masing;

YB Datuk Hj Daud Abd Rahman (PBB) - Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (Hal Ehwal Islam)

YB En. John Sikie Tayai (PRS) - Menteri Muda Daerah Luar Bandar Sarawak

YB Tuan Hj Mohd Naroden Majais (PBB) - Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak

YB Datuk Francis Harden anak Hollis (SUPP) - Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak

YB En. Sylvester Entri anak Muran (SPDP) - Menteri Muda Bekalan Air Sarawak

YB Datuk Lee Kim Shin (SUPP) - Menteri Muda Sukan Sarawak

YB Tuan Hj Abdul Wahab Aziz (PBB) - Menteri Muda Perumahan Sarawak

YB En. Mong anak Dagang (PRS) - Menteri Muda Pelancongan Sarawak

YB Datuk Peter Nansian anak Ngusie (SPDP) - Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak

YB Dr Stephen Rundi anak Utom (PBB) - Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak

YB Datuk Talib Zulpilip (PBB) - Menteri Muda Pelancongan Sarawak

Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak I serta Menteri Pembangunan Perindustrian, Pelancongan dan Warisan Sarawak yang masih kosong perlu diisi semula berikutan dengan kekalahan penyandangnya iaitu Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dari SUPP yang gagal mempertahankan kerusi di N.63 DUN Piasau setelah tewas kepada YB Ling Sie Kiong seorang calon muda daripada DAP.

Begitulah juga dengan jawatan Menteri Muda(Timbalan Menteri) Pertanian, Pertubuhan Peladang & Koperasi Sarawak yang juga perlu diisi setelah penyandang sebelumnya iaitu Datuk Peter Nyarok anak Entrie dari SPDP turut tewas kepada calon dari PKR, Ali bin Biju yang menentang beliau di kerusi N.34 DUN Krian.

Untuk jawatan yang masih ditinggalkan kosong oleh Tan Sri Dr George Chan itu, Ketua Menteri seboleh-bolehnya perlulah mengisi semula kekosongan jawatan itu dengan melantik salah seorang pemimpin dari kalangan mereka dalam parti SUPP dan tidak semestinya pemimpin itu dari keturunan kaum Cina semata-mata sebab jika dilihat daripada penguasaan kaum yang mewakili SUPP dalam DUN Barisan Nasional Sarawak buat masa ini, kaum Cina hanya ada dua wakil iaitu di N.47 Bawang Assan YB Datuk Sri Wong Soon Koh serta YB Datuk Lee Kim Shin dari N.65 Senadin.

Manakala empat daripada enam orang kesemua wakil rakyat dari parti SUPP dalam DUN Sarawak yang tinggal kini adalah pemimpin dari kaum Bumiputera iaitu ADUN N.01 Opar YB En. Ranum anak Mina, ADUN N.16 Bengoh YB Dr Jerip anak Susil, ADUN N.27 Simanggang YB Datuk Francis Harden anak Hollis dan ADUN N.28 Engkelili YB Dr Johnical Rayong anak Mina.

Dan daripada empat pemimpin suku Bumiputera ini, Pehin Sri Taib di lihat wajar untuk melantik salah seorang daripada mereka ini ke jawatan yang lebih kanan dalam kabinet negeri atau sekurang-kurangnya sebagai menteri penuh dalam kabinet seandainya jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak diberikan kepada sebuah lagi parti komponen BN negeri iaitu parti PRS yang telah memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya negeri lalu jika dibandingkan dengan SUPP.

Calon yang dilihat lebih sesuai adalah wakil rakyat bagi kawasan Simanggang iaitu YB Datuk Francis Harden Hollis ini berdasarkan kepada pengalaman serta kesetiaan beliau terhadap kerajaan Barisan Nasional, mempunyai pengalaman agak luas serta lama dalam kancah politik negeri Sarawak serta mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik serta serta memiliki prestasi kerja yang baik selama menjadi wakil rakyat disamping menjalankan tugas sebagai Menteri Muda dengan amanah.

YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu anak Numpang sepatutnya direhatkan terlebih dahulu sebelum YAB Pehin Sri Taib berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak memandangkan usianya yang telah kian lanjut. Umur Tan Sri Jabu 5 tahun muda dari Pehin Sri Taib yang kini telah berusia 75 tahun. Tempat Tan Sri Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak perlu diberikan kepada salah seorang daripada dua pemimpin Iban iaitu Tan Sri Dr James Jemut Masing ataupun Tan Sri William Mawan Ikom bagi mewakili suara kaum Iban serta Dayak di Bumi Kenyalang keseluruhannya.

Pehin Sri Taib juga perlu memikir untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Ketua Menteri ataupun sekurang-kurangnya kekosongan tempat bagi kouta kaum Cina dibuka kepada pemimpin Bumiputera Islam yang akan mewakili kaum Melayu, Melanau dan juga kaum Kedayan di Sarawak. Ini perlu disediakan lebih awal seandainya kelak Sarawak akan mendapat seorang Ketua Menteri yang bukan lagi dari kalangan tiga suku kaum tersebut.

Dan pemimpin yang layak untuk diiktiraf ke jawatan itu saya rasa ialah ADUN N.8 Satok YB Datuk Sri Abg Johari Tun Abg Hj Openg kerana beliau dilihat lebih mengenali budaya serta adat tiga kaum berkenaan dengan lebih baik. Pemilihan Datuk Sri Abang Jo sebagai Timbalan Ketua Menteri saya dapati agak logik apabila sampai masanya kelak Pehin Sri mengotakan janji beliau untuk berundur dari tampuk pemerintahan kerajaan negeri sebagaimana yang dinyatakan dalam siri kempen pilihan raya beliau dulu dan sekiranya ini berlaku maka orang yang paling layak untuk mengambil alih jawatan itu adalah Datuk Sri Abang Johari.

Dan parti SUPP yang hanya mampu mempertahankan 6 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan cukuplah sekadar diberikan dengan jawatan sebagai menteri penuh dalam kabinet negeri pada kali ini. Dan kaum Cina yang hanya ada dua orang wakil dalam kerajaan Sarawak tidak lagi boleh hendak menyalahkan kerajaan BN dalam hal ini apabila mendapati tiada lagi pemimpin Cina yang menduduki jawatan tertinggi dalam kabinet negeri kerana majoriti daripada mereka ternyata sudahpun menolak kerajaan BN dan mereka telah nyatakan keputusan itu dalam pilihan raya umum Sarawak yang ke-10 pada 16 April lepas dan mereka harus terima hakikat itu.

Agak menarik dalam rombakan kabinet negeri Sarawak kali ini ialah apabila Pehin Sri Taib dijangka akan melantik semula bekas ADUN N.54 Pelagus iaitu En. Larry S'ng ke dalam pentadbiran kerajaan negeri. Larry S'ng tidak dicalonkan semula di kawasan tersebut setelah Pehin Sri Taib terpaksa mengalah disebabkan desakan yang dibuat oleh Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing yang tidak membenarkan sama sekali Larry menjadi calon BN di Pelagus ekoran krisis kepimpinan yang berlarutan antara beliau dengan Larry S'ng.

Namun Pehin Sri Taib tetap berkeyakinan dengan potensi masa depan Larry S'ng sebagai seorang pemimpin baik dan berwibawa adalah cerah dan Pehin Sri Taib secara peribadi sering mengakui bahawa Larry S'ng merupakan seorang pemimpin muda yang sentiasa setia kepada perjuangan Barisan Nasional dan sangat komited terhadap tugas yang diberikan kepada beliau. Itulah antara lain sebab mengapa Pehin Sri tetap mahu melihat agar Larry S;ng terus berada bersama dalam pentadbiran beliau biarpun Larry S'ng tidak mewakili mana-mana parti dalam komponen BN.

Menyentuh mengenai rombakan yang turut melibatkan jawatan-jawatan pada peringkat Menteri Muda Sarawak tentu sekali akan turut berlaku perubahan dimana pasti ada diantara mereka yang sudah lama memegang jawatan tersebut dalam kementerian yang tertentu akan dinaikan ke jawatan lebih tinggi, atau ditukar ke jawatan lain dan tidak mustahil juga ada yang akan digugurkan serta digantikan dengan muka baru.

Apabila membincangkan tentang rombakan yang melibatkan jawatan sebagai Menteri Muda Sarawak, sudah tentulah perhatian kita tidak boleh lari kepada wakil-wakil rakyat yang masih muda serta bertenaga walaupun kebanyakkan daripada mereka itu baru beberapa bulan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri setelah menang dalam pilihan raya negeri lalu namun bukanlah sesuatu yang diluar kebiasaan jika Pehin Sri Taib sanggup memberi ruang serta peluang kepada mereka itu untuk diserap ke dalam kabinet negeri agar mereka itu akan mendapat pendedahan lebih awal mengenai hala tuju serta arah negeri Sarawak hendak dibawa seterusnya oleh kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional.

Ramai sebenarnya pemimpin-pemimpin muda yang berkebolehan sebagai pemimpin masa depan ada di dalam Barisan Nasional Sarawak pada masa ini cuma mereka ini tidak diberi peluang untuk berkhidmat dengan lebih luas melangkaui  kawasan sendiri iaitu tidak hanya terhad kepada rakyat yang diwakili dalam kawasan DUN sendiri semata-mata tetapi kepada seluruh rakyat Sarawak seandainya mereka diberi tempat dalam kabinet negeri. Malah ada di antara mereka yang sudah beberapa penggal dipilih sebagai seorang wakil rakyat tetapi tetap juga tidak dilantik sebagai Menteri Muda apatah lagi sebagai menteri penuh walaupun sesetengah daripada mereka menunjukkan prestasi cermerlang sebagai seorang wakil rakyat.

Saya melihat ada beberapa wakil rakyat yang telah lebih dua tiga penggal menduduki kerusi DUN Sarawak serta mempunyai potensi masa depan yang baik untuk digarap sama dalam kabinet kerajaan negeri kali ini seperti ADUN Samariang YB Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Engkelili YB Dr Johnical Rayong, ADUN Bekenu YB Rosey Yunus dan ADUN Bukit Kota Limbang YB Dr Abdul Rahman Ismail.

Tetapi sekiranya Pehin Sri Taib terus mensia-siakan kebolehan yang ada pada mereka ini serta masih mengekalkan pemimpin yang kurang berkualiti untuk membarisi kerajaan dalam kabinet negeri nescaya kerajaan BN Sarawak akan terus ketandusan pemimpin masa depan yang berkemampuan untuk memimpin rakyat serta negeri Sarawak ke arah yang lebih gemilang lagi.

Begitu juga dengan beberapa muka baru wakil rakyat Barisan Nasional yang menang di dalam pilihan raya negeri lalu, ada diantara mereka itu awal-awal lagi telah menunjukkan prestasi amat baik untuk menjaminkan BN terus kekal memerintah negeri Sarawak, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, berketrampilan sesuai sebagai seorang Yang Berhormat, mudah didekati rakyat serta rajin menyelami permasalahan masyarakat.

Mengenai pemimpin-pemimpin baru dalam Barisan Nasional Sarawak ini saya sering mengikuti perkembangan yang dilakukan oleh beberapa ADUN baru daripada BN Sarawak seperti ADUN Telang Usan YB Harisson Ngau Laing, ADUN Lambir YB Ripin Lamat dan ADUN Semop YB Abdullah Saidol. Ketiga-tiga pemimpin muda BN ini perlu diberi perhatian khusus oleh Pehin Sri Taib bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

Adalah tidak terlalu awal untuk melantik mereka-mereka ini ke dalam kabinet negeri Sarawak walaupun ketiga-tiga mereka baru sahaja bergelar sebagai Ahli Yang Berhormat namun sebagai Ketua Menteri yang sangat berpengalaman, saya berpendapat Pehin Sri Taib harus lebih berani mencuba sesuatu yang bukan kelaziman dengan membawa muka-muka baru ini bersama-sama ke dalam kepimpinan kerajaan negeri dan ini perlu dilakukan sebagai langkah untuk merintis jalan menuju ke arah perubahan serta pembaharuan yang lebih sesuai mengikut keadaan masa.

Berdasarkan kepada pengalaman, asas pendidikan yang sempurna juga berdasarkan kepada kesungguhan menjadi seorang pemimpin saya yakin ketiga-tiga wakil rakyat muka baru seperti yang tersebut diatas pasti mampu untuk menggalas tanggungjawab serta tugas yang diberi dan jika tiada rasa kurang yakin terhadap kebolehan muka-muka baru yang banyak membantu Barisan Nasional Sarawak menang dalam PRN ke-10 lalu, saya fikir tentu sekali kerajaan Sarawak dibawah teraju YAB Pehin Sri Taib Mahmud tidak sesukar manapun untuk mencari pemimpin pelapis yang mampu untuk menggantikan tempat mereka kelak.

Khamis, September 22, 2011

Liwat II: DS Najib tidak takut tapi geli, mual & jijik dengan kes liwat Anwar !

Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa tidak semua orang suka dan ingin terlibat didalam perbicaraan kes liwat yang sedang dia hadapi sekarang. Begitu jugalah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib, isteri beliau Datin Seri Rosmah serta juga mereka yang lain seperti bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang sebelum ini cuba diheret sama oleh Anwar ke dalam kes liwat II dia itu.

Mereka-mereka ini sebenarnya amat geli, jijik, mual dan nak termuntah-muntah dengan kes seumpama itu apatah lagi apabila ianya melibatkan Anwar Ibrahim yang maruahnya belum lagi mampu dibersihkan selepas terpalit oleh kegiatan songsang dengan kaum sejenisnya serta keruntuhan akhlak yang begitu teruk sekali. Selain Perdana Menteri dan isteri beliau, pasti ramai lagi mereka diluar sana yang berkongsi rasa sedemikian serta tidak berminat untuk terlibat sama dalam perbicaraan kes berkenaan.

Tindakan oleh Datuk Seri Najib untuk mengenepikan sapina yang dikemukakan oleh pihak Anwar terhadap beliau serta isteri merupakan hak mereka berdua dan Anwar Ibrahim tidak ada hak untuk memaksa orang lain agar turut tunduk dan mengikut apa sahaja kemahuannya sebagaimana dia melakukan paksaan terhadap mangsa-mangsa yang telah menjadi korban kepada nafsu seks songsangnya sebelum ini.

Saya pasti, sekiranya kes jenayah yang sedang Anwar Ibrahim hadapi merupakan kes rompakan harta benda awam, penipuan kad kredit, pemalsuan berbagai dokumen dan bukannya kes yang melibatkan salahlaku seksnya, tentu sekali Perdana Menteri dan isteri tidak akan berfikir banyak untuk memberi kerjasama tetapi apabila ianya telah melibatkan perkara-perkara yang berada didalam kain, benda yang tersimpan dan tersembunyi di dalam seluar dalam maka sesiapapun yang berfikiran waras akan merasa geli dan malu hendak membicarakannya secara terbuka apalagi bagi mereka yang menjadi pemimpin besar negara.

Saya rasa elok sangatlah Perdana Menteri jangan melayan lagi karenah Anwar Ibrahim yang tak sudah-sudah, hanya membuang masa. Anwar sendiri yang buat masalah maka dia sendirilah yang harus bertanggungjawab dan apahal pulak dia nak melibatkan orang lain. Takkanlah kunci nafsu seks Anwar Ibrahim berada didalam tangan orang lain, itu adalah sangat mustahil !

Rabu, September 21, 2011

Australian PM won't watch sex-under-flag TV scene...

CANBERRA, Australia - Australian Prime Minister Julia Gillard said Wednesday that she did not plan to watch a TV program showing two comedians playing her and her partner blanketed by the national flag after having sex on her office floor.

The third episode of the satirical series "At Home With Julia," which was to be aired Wednesday nigth by the goverment-owned Australian Broadcasting Corp., has been widely criticized by lawmaker and the media as disrespecful to the Australian flag and the post of prime minister. Read more...

KITA dilanda gempa bumi kuat 10.5 skala Ex-gratia !!!

KUALA LUMPUR 21 Sept - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan January lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini. Nak tau cerita selanjutnya...di sini .

Apa dah nak jadi dengan KITA, usia parti belumpun sampai setahun lagi, kira belum matanglah tu tetapi dah mula main gempar-gempar sesama mereka. Dulu Datuk Zaid bikin gempar sama kita bila dia kasi habis duit rakyat sebanyak RM10.5 juta semata-mata untuk bayaran Ex-gratia kepada 6 bekas hakim yang dipecat.

Dulu bukan main mencemuh UMNO dan BN, kononnya itu ini semua tak sempurna, zalim, kejam,jahat, penipulah dan macam-macam lagi tuduhan yang tak enak untuk didengar sehingga memaksa mereka untuk menubuhkan KITA.

"Ada PATI jadi Boss & Majikan di Malaysia" - DS Hisham. Memang benar !

Keadaan di mana terdapat warga asing baik yang memiliki dokumen perjalanan yang sah, ada permit kerja ataupun yang masuk bekerja secara haram di negara ini ada antara mereka sudah ada perusahaan sendiri dan mempunyai pekerja sendiri termasuk rakyat tempatan itu adalah perkara yang telah lama berlaku cuma sekarang pihak kerajaan mula sedar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mula memperkatakan tentang hal ini dan kita berharaplah apabila pihak KDN dah sedar mengenainya maka wajarlah kerajaan untuk membuat tindakan susulan demi maruah bangsa Malaysia.

Di Malaysia hakikatnya memang sudah terdapat juga syarikat-syarikat yang melantik para pekerja asing sebagai pengarah serta pengurus syarikat masing-masing dan menjadikan rakyat atau pekerja tempatan orang dibawah kawalan pihak pekerja asing ini.

Lagi malang apabila terdapat ada diantara pekerja asing itu yang dilantik ke jawatan-jawatan yang lebih kanan dalam syarikat diberi tanggungjawab menggubal undang-undang atau peraturan syarikat yang juga perlu dipatuhi oleh pekerja tempatan. Kenaikan gaji serta pangkat bagi pekerja tempatan yang berada dibawah seliaan pekerja asing yang menjadi ketua juga akan ditentukan oleh golongan ini.

Jadi kita berharap sangatlah agar KDN tidak hanya bercakap mengenainya tetapi terus bertindak agar tidak akan berlaku pekerja tempatan tertindas di negara sendiri oleh pekerja asing yang dilantik menjadi Boss oleh syarikat-syarikat tertentu.

Selasa, September 20, 2011

Komunis serang rumah Mat Syabun dengan bom petrol !

Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah malam. Rumah Mat Syabun diserang oleh pengganas komunis. Di rumah Mat Syabun ketika itu hanya tinggal anak perempuannya Nurul Huda, 27 seorang peguam.

Isteri Mat Syabun pada malam itu tiada di rumah kerana masih berada di Perlis balik kampung menziarahi sanak saudara kat negeri Indera Kayangan.

Mat Syabun pulak sedang berada di Pulau Pinang ketika malam serangan pengganas komunis itu berlaku kerana ada urusan bagi persediaan menghadapi temuduga di Mahkamah Seksyen Georgetown Pulau Pinang esok.

Laporan polis pula telahpun dibuat oleh anak si Mat Syabun, Nurul Huda. Dia tak buat laporan kepada polis Singapura, Australia ataupun polis Amerika Syarikat tetapi Nurul Huda buat laporan kepada Polis Malaysia yang bapa dia Mat Syabun selalu hina dan keji.

Polis Malaysia datang cepat, jam 1 pagi sudahpun sampai ke lokasi kejadian dan polis menjumpai botol mengandungi minyak serta mancis yang dipercayai digunakan dalam serangan itu. Masa tu Mat Syabun masih lagi berada di Pulau Pinang, memburuk-burukkan Polis Malaysia !!!

Ada tak Anwar seberani K. Pasupathy? Tak de kan...

"Yang Arif, saya memohon hukuman gantung sampai mati," itu adalah antara ungkapan yang keluar dari mulut K. Pasupathy ketika diminta oleh Mahkamah Sungai Petani untuk mengemukakan rayuan sebelum dijatuhi hukuman.

Beliau telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan kerana sengaja mencederakan ibu kandungnya. Berita lanjut boleh lihat di sini

Kebiasaannya, para pesalah hanya akan merayu agar hukuman diringankan ke atas mereka atau mereka akan buat macam-macam helah demi untuk melepaskan diri dari terkena hukman namun berlainan sekali dengan K. Pasupathy. K. Pasupathy jauh lebih berani daripada Anwar Ibrahim.

Isnin, September 19, 2011

Mat Sabun & Manoharam masuk ISA ? - sebuah mimpi buruk !

Akta ISA tidak jadi dimansuhkan. Kenapa? Sebab dua ekor biawak iaitu sekor dari PAS dan sekor lagi dari DAP belum dimasukkan terlebih dahulu ke dalam ISA. Kenapa perlu mereka berdua dimasukkan ke dalam ISA baru akta tersebut akan dimansuhkan? Sebab kedua-dua ekor biawak itu jelas dan nyata telah mencabar undang-undang serta Perlembagaan Negara.

Sekor telah dengan sengaja menghina para pejuang kemerdekaan negara yang telah bersusah payah untuk memerdeka tanah air daripada pihak klonial Inggeris serta mengaibkan waris keluarga mangsa yang terkorban angkara serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong manakala yang sekor lagi telah dengan sengaja cuba mengancam hendak menukar Bendera Malaysia kepada bentuk yang lain sekiranya Pakatan Haram berjaya memerintah Malaysia. Perbuatan keji dan biadap kedua-duanya langsung tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.

Apakah tindakan yang bakal diambil oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap Manoharam itu? Kalau sebelum ini, laporan Polis yang dibuat ke atas Mat Sabun sudahpun melebihi ratusan laporan namun apa yang mampu pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri buat terhadap Mat Sabun? Dan terhadap Manoharam? Apa pulak undang-undang yang akan dikenakan ke atas biawak DAP itu? Kalau rakyat biasa yang buat angakara seumpama perbuatan biawak Manoharam itu, pasti sudah lama kena tahan...

Mustahil!!! bagaimana penduduk Sabah boleh berkembang dengan mendadak melebihi 3 juta orang?

Baru-baru ini Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan statistik mengenai jumlah mutakhir penduduk di Malaysia termasuklah tentang jumlah penduduk-penduduk di setiap negeri melalui soal selidik yang dijalankan semasa Banci Penduduk 2010 dilakukan oleh jabatan berkenaan.

Kalau mengikut data yang diperolehi daripada banci yang jabatan tersebut buat jumlah keseluruhan rakyat Malaysia kini sudah melebihi 28 juta orang dan jika mengikut pecahan jumlah penduduk di setiap negeri maka Negeri Selangor berada ditempat paling atas dengan penduduknya berjumlah 5, 411, 324 orang diikuti oleh Negeri Johor 3, 233, 434 orang dan kemudian Negeri Sabah yang dilaporkan mempunyai penduduk seramai 3, 120, 040 orang serta penduduk Negeri Sarawak berjumlah 2, 420, 009 orang.

Yang menjadi tandatanya ialah kenaikan secara mendadak penduduk di Negeri Sabah dalam tempah sepuluh tahun. Bagaimana ianya boleh berlaku dan adakah bancian yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan negara itu tepat dan tidak tersasar. Cuba kita lihat semula kepada jumlah bancian yang dilakukan sebelum ini iaitu khususnya untuk Sabah;
...bancian tahun 1980an penduduk seramai 929, 299 orang belum sampai 1 juta orang.
...bancian tahun 1990an baru saja melebihi sejuta orang
...bancian tahun 2000 penduduk Sabah tiba-tiba menjadi 2, 468, 246 orang menyamai penduduk Sarawak.
...bancian tahun 2010 penduduk Sabah jadi 3, 120, 040 orang sudah jauh melebihi penduduk Sarawak yang baru berjumlah 2, 420, 009 orang.

Dari mana datangnya rakyat Sabah yang begitu ramai? Tak mungkin juga mereka-mereka yang telah meninggal dunia turut dikira sama dan tak mungkin juga bayi-bayi yang masih didalam kandungan semasa bancian dijalankan juga dimasukkan dalam senarai??

Apakah kedatangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang tidak terkawal di Sabah sejak dahulu lagi antara yang menyumbang kepada pertambahan penduduk yang begitu cepat dan ketara sekali di Sabah?

Ahad, September 18, 2011

Tukar Jalur Gemilang: KDN nak buat macam mana lagi dengan Manoharan?

Belum selesai lagi isu komunis yang ditimbulkan oleh Mat Babun, kini timbul pulak isu baru yang sengaja dibangkitkan oleh ADUN Kota Shah Alam, Mayat Manoharan apabila dia mencadangkan untuk menukar imej bendera Malaysia Jalur Gemilang sedia ada kepada yang baru.

Ini satu perkara yang sangat sensitif sebab melibatkan maruah negara dan tindakan Mayat Manoharan itu sama seperti mereka-mereka yang pernah menterbalikkan Jalur Gemilang dan wajar dikena tindakan undang-undang yang keras. Blogger Kickdefella pernah berdepan dengan tindakan undang-undang kerana terlibat dalam kes menghina Jalur Gemilang...begitu juga dengan Namewee yang pernah menghina lagu 'Negaraku'....tu masa Akta ISA masih berdenyut agak kuat.

KDN apa cerita, Akta ISA dah nak dihapuskan...DS Najib dah umum dah...ISA akan dimansuhkan...jadi bermakna DS Hisham selaku Menteri KDN dah tak ada senjatalah untuk bertindak ke atas Mayat Manoharan tu. Dulu sebelum Akta ISA diumumkan untuk dimansuhkan, kira masih aktiflah tapi DS Hisham memangpun tidak mahu menggunakannya, contohnya dalam isu komunis yang dicetuskan oleh Mat Babun baru-baru ini.

Saya juga tengah pening kepala, fikir kerajaan BN ni, nak buat macam lagi dengan Mayat Manoharan tu. Tadi tengok dalam TV wajah TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin macam pucat saja ketika mengulas tindakan kurang ajar ADUN Kota Shah Alam itu dan begitu juga dengan DS Hisham, cakappun tah apa yang terkeluar mahu tepis desakan daripada Mat Babun yang mahu DS Najib segera kasi lepas semua tahanan ISA serta mohon segera mohon maaf...alahai...dia cakap tak nak layan Mat Babun tu lagi...

Apa dah jadi...ramai bloggers pro-BN yang sokong kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan Akta ISA...tup, tup...BN sendiri juga yang kasi lepas...apalah...kenapa takut sangat dengan puak-puak Pakatan Haram tu? ...kalau sekadar mahu Malaysia muncul menjadi sebuah negara yang paling demokrasi di dunia ini apesal pula terpaksa mengorbankan Akta ISA untuk mencapai tujuan itu.

Tak risau ke kita semua kalau suatu hari nanti Malaysia akan dikenali sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia namun dalam pada itu sebagai satu negara yang paling tidak selamat dan stabil kerana selalu berlakunya keadaan yang genting akibat kebebasan yang melampau diberikan oleh pemerintah?

Cuma apa yang boleh saya katakan kepada ADUN Kota Shah Alam itu ialah, kiranya benar dia merasa malu melihat bendera Malaysia Jalur Gemilang, tak perlulah bermimpi nak tukar apapun bentuk, warna dan sebagainya apa yang ada pada Jalur Gemilang sebaliknya kalau YB Kota Shah Alam itu rasa dia tidak boleh menerima keadaan sedemikian maka elok dia keluar saja dari negara Malaysia, pindah saja ke negara mana yang dia sendiri fikir boleh memberi kehidupan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dia dapat dalam Malaysia.

Bagaimana DS Hisham nak bersilat tanpa keris ye?

Akta ISA yang digubal khas untuk Kementerian Keselamtan Dalam Negeri kini sudahpun diumum akan dimansuh atau dihapuskan terus. Pengumuman dibuat oleh PM Datuk Seri Najib pada malam 15 September lalu iaitu dalam satu perutusan menyambut Hari Malaysia yang ke-48/54.

Akta baru belum lagi digubal jauh sekali hendak dibahaskan di Parlimen. Jadi kalau Akta ISA telah diumumkan hendak dimansuhkan tentu ramai pihak yang dah tak sabar-sabar agar akta berkenaan akan segera dihapuskan. Pasti mereka selepas ini menggesa PM segera berbuat demikian walaupun sedar akta baru belum lagi wujud.

Tapi kalau PM tak berdaya nak menahan kehendak pihak Pakatan Haram itu nanti, maka akta ISA terpaksa jua dihapuskan sebelum sempat akta baru digubal serta diluluskan dalam Parlimen, apakah yang akan terjadi dengan KDN dibawah DS Hisham? Kiralah berlaku sesuatu perkara yang tidak kita ingini gara-gara perbuatan para petualang negara dalam tempoh akta ISA telah dimansuhkan sementara dua akta baru belum lagi siap... nanti Datuk Seri Hisham nak kuatkuasakan undang-undang apa agaknya? :(

Sabtu, September 17, 2011

KDN, harimau tua yang keguguran taring !

Belumpun sampai 48 jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pemansuhan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) apabila dua Akta baru yang akan digubal kelak diluluskan oleh Parlimen bagi menggantikannya, lalu menyusul desakan daripada pihak Pakatan Haram yang meminta agar dibebaskan kesemua tahanan yang masih ditahan dibawah Akta ISA.

Tuan Man Tuan Ibrahim dari PAS selaku jurucakap Pakatan Haram telah mencabar Datuk Seri Najib untuk membebaskan semua saki-baki tahanan ISA yang masih ditahan dalam Kem tahanan di Kemunting Perak sekiranya Perdana Menteri benar-benar jujur dengan keputusan yang baru saja diumumkannya itu. Apa boleh, kerajaan BN sudahpun membuat suatu kejutan yang amat besar maka tentulah akan timbul berbagai reaksi yang pasti tidak terduga pihak BN sendiri ekoran pengumuman penamatan Akta ISA oleh Perdana Menteri itu.

Setiap kementerian yang wujud dalam sesebuah kerajaan itu memiliki aktanya yang tersendiri. Akta yang dibuat, digubal serta diluluskan oleh Dewan Rakyat itu memberikan kuasa kepada seseorang menteri yang dilantik untuk mengepalai mana-mana kementerian yang dibentuk untuk mencadang, untuk membuat ketetapan, untuk membuat keputusan, untuk bertindak dan sebagainya yang berkaitan dengan perkara yang berada dibawah bidang kuasa seseorang menteri itu.

Kementerian Pertahanan ada aktanya sendiri, begitu juga dengan kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain lagi dan kesemuanya memerlukan suatu akta untuk menggerakkan kementerian masing-masing.

Tanpa diperuntukkan akta tertentu, sesebuah kementerian itu tak ubah sama seperti burung yang tiada sayap, ayam yang tidak ada paruh, ayam jantan yang tidak bertaji, kucing yang tidak berkuku ataupun harimau yang tidak bertaring. Hanya gah pada nama tetapi tidak berupaya untuk bertindak.

Sekiranya sesebuah kementerian tidak dibekalkan dengan akta-akta khas maka adalah sangat sukar untuk setiap menteri yang dilantik mengetuai kementerian hendak mengendalikannya dengan berkesan dan begitu jugalah sekiranya sesebuah kementerian itu mendapat seorang menteri yang tidak berkeupayaan untuk mengemudi kementerian yang telah diamanahkan kepadanya, maka apapun yang dilakukan pasti tidak akan memberi sebarang makna kepada negara.

Berbalik kepada isu Akta ISA yang akan dimansuhkan. Bermakna Kementerian Dalam Negeri di bawah Datuk Seri Hishamuddin samalah seperti seekor harimau tua yang gigi taringnya telah gugur atau tercabut. Untuk memburu mangsa sudah pasti sangat sukar, ada kuku cuma sekadar mampu menangkap mangsa namun tidak mampu untuk mematikan mangsa kerana tanpa taring adalah sesuatu yang mustahil hendak menewaskan mangsa apatah lagi untuk melemaskannya.

Apabila Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk memansuhkan Akta ISA dan akan digantikan dengan dua akkta baru yang akan digubal maka bermakna buat sementara waktu ini menterinya juga sudah tiada senjata yang boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat bagi menangkis sebarang serangan yang dilakukan dalam berbagai bentuk oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di negara ini.

Kita amat bimbang sekiranya keadaan ini akan memberi ruang kepada para petualang serta pengkhianat negara untuk membuat kekacauan serta menimbulkan keadaan yang huru-hara didalam negara, apakah nanti Datuk Seri Hishamuddin selaku seorang menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan didalam negara boleh bertindak dengan mengenakan tindakan kepada perusuh mengikut undang-undang ISA yang bakal dimansuhkan?

Apakah yang akan pihak kerajaan lakukan seandainya nanti ditakdirkan satu kekacauan sengaja dicetuskan oleh para petualang negara pada saat-saat akhir Akta ISA dihapuskan sementara dua Akta baru yang digubal belum lagi mendapat kelulusan daripada Parlimen, apakah Akta ISA akan dikuatkuasakan semula ataupun Kementerian Dalam Negeri terpaksa memohon bantuan daripada pihak tentera bagi mengatasi keadaan?

Kebimbangan kita akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini terhadap negara ini amat tinggi. Mengapa kerajaan BN tidak merangka sesuatu akta yang baru sehingga ia selesai dan boleh menggantikan akta sedia ada sebelum mengumumkan kepada rakyat bahawa kerajaan akan memansuhkan mana-mana akta yang berkaitan tetapi kenapa perlu tergesa-gesa membuat pengumuman hendak memansuhkannya sedangkan akta yang bakal mengganti belum lagi dirangka?

Bukankah tindakan tergesa-gesa sebegini telah meletakkan rakyat berada didalam keadaan yang kebingungan, takut, serbasalah serta cemas?

Video seks: imej PM 16 September lebih jelas !



Video yang diperpanjang serta disebarkan dari blog ke blog, ... sila ambil bahagian meraikannya, sempena ulang tahun ke-3 Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri 16 September !!!

Jumaat, September 16, 2011

Akta ISA: BN tumbang sebelum PRU-13 bermula

Dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) nampaknya kerajaan Barisan Nasional terus-menerus mematuhi kehendak serta tuntutan gila pihak Pakatan Haram. Terdahulu apabila kerajaan BN terpaksa tunduk dan akur dengan desakan demi desakan pihak tersebut untuk menghapuskan Peperiksaan dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah seluruh negara.

Kini Akta ISA pulak diruntuh demi memuaskan hati pihak Pakatan Pembangkang. Kerajaan BN tida sedar bahawa suara yang masih mahu agar ISA dipertahankan sebenar jauh lebih ramai dari suara yang menentangnya. Tetapi kenapa kerajaan BN harus tunduk kepada suara minoriti? Apakah suara kecil lebih berkuasa dari suara majoriti.

Kerajaan BN silap perhitungan dalam perkara ini. Kerajaan BN tidak sedar walaupun suara membantah Akta ISA seolah-olah lebih nyaring dan bingit mahu agar akta berkenaan dihapuskan tetapi bilangan mereka lebih kecil jika dibandingkan dengan suara senyap yang sentiasa menyokong akta ISA itu. Kenapakah kerajaan BN awal-awal lagi sudah menyerah kalah?

Kita lihatlah, apa lagi warisan peninggalan pemimpin yang terdahulu mampu dipertahankan oleh BN selepas ini? Yang baik sekalipun untuk generasi seterusnya kiranya BN tidak mampu untuk mempertahankannya apabila ditekan oleh pihak pembangkang pasti akan dihapuskan jua...

Khamis, September 15, 2011

Akta I.S.A. dimansuhkan, apa dah jadi dengan kerajaan BN ?

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Chin Peng sahkan Mat Indera adalah Panglima Komunis Johor

Pengakuan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng tentang keterlibatan secara langsung Mat Indera didalam pergerakan para pengganas komunis 61 tahun yang lama telah didedahkan oleh bekas Pengarah Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Datuk Zulkifli Abdul Rahman dan cerita mengenainya anda boleh bacanya di sini .

Dan sudah tentulah kita semua ingin mahu tahu apakah reaksi terbaru Timbalan Presiden PAS Mat Syabun sebaik saja dia tahu bahawa peranan serta kedudukan Mat Indera dalam PKM sebenarnya telah lama didedahkan oleh Chin Peng kepada masyarakat di Australia iaitu ketika berlangsungnya satu dialog yang diadakan di sebuah Universiti terkemuka di Canberra, Australia pada 22 dan 23 February 1999.

Antara lain Datuk Zulkifli Abdul Rahman menegaskan "Mat Indera pada masa itu dikenali sebagai panglima yang memerintah komunis di kawasan selatan dan utara Johor iaitu di Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak dan seluruh Melaka."

"Ini bukan cerita yang dikutip di tepi jalan, tetapi disahkan sendiri oleh Chin Peng kerana baginya untuk menjadi pengganas mesti menjadi komunis," ujarnya lagi.

Tetapi Mat Syabun yang gagal teruk dalam keputusan peperiksaan SRP terutamanya subjek sejarah terus menjulang Mat Indera sebagai hero dan wira negara. Dalam peperiksaan SPM beliau hanya mampu mendapat Sijil Am Pelajaran (SAP) akibat lemahnya pengetahuan am Mat Syabun tentang sejarah negara namun dia masih lagi tetap mahu dilihat yang dia pakar tentang sejarah tanah air.

Wardina muncul dengan imej PKR dalam MHI TV3 pagi Khamis..

Pagi Khamis 15 September, buka TV dan tengok MHI di TV3. Terkejut juga apabila terlihat pengacara yang menemani Mohd Fitri Yahya berpakaian atau mengenakan tudung yang jelas melambangkan warna rasmi Parti KeADILam Rakyat (PKR)...

Selasa, September 13, 2011

Budak Kemboja yang menyusui susu dari seekor lembu betina...


Seorang budak Kemboja yang hidup bersama dengan neneknya setelah dia ditinggalkan oleh kedua ibubapanya terpaksa mendapatkan zat protein dengan meminum susu langsung dari badan seekor lembu betina berdekatan dengan rumah neneknya.

Tha Sophat yang baru berusia 20 bulan setiap hari akan bergantung penuh kepada lembu berkenaan untuk memberikannya bekalan susu yang segar dengan terus menyusui tanpa perlu melalui proses penapisan terlebih dahulu.

Berasal dari desa Koak Roka dalam Daerah Reap di Kemboja, Tha Sophat setiap hari akan terus melakukan tabiatnya yang agak pelik itu demi kelangsungan zat yang diperlukan untuk membina tumbesar sebagaimana yang diperlukan oleh kanak-kanak lain yang seusia dengan dirinya.

Namun apa yang pasti akan menjadi persoalan kepada semua ialah, bagaimanakah kiranya nanti iaitu setelah Tha Sophat sudah besar dan meniti alam dewasa, apakah dia akan bersifat mudah lupa, lupa siapa yang sama turut membesarkannya atau seumpama melepaskan anjing yang tersepit, sesudah terlepas tangan yang membantu pula yang kena gigit.

Apakah pengajaran yang mungkin kita dapat dari kisah ini?

Sekurang-kurangnya barangsiapa yang pernah menerima budi baik kerajaan yang memerintah Malaysia selama ini tahu erti untuk berterimakasih serta bersyukur dan bukannya hanya tahu untuk membenci, mencaci atau menghina kerajaan yang telah begitu banyak berjasa kepada bangsa serta negara ini.

Jangan jadi sama seperti Mat Syabu, Namewee, S, Ambiga, kecik-kecik tak nak mampus...sudah besar menyusahkan orang !!! ...masa kecik minum susu, sudah besar muntah tuba...

Isnin, September 12, 2011

Mat Syabu dalam ~~~sejarah~~~

16 September 1921, seorang bayi lelaki yang sihat dan cukup dengan sifatnya telah dilahirkan di kawasan pendalaman di Wilayah Hanoi Vietnam. Bayi berkenaan diberi nama Moh Ham Madh Sha Bhu atau lebih glamer dengan panggilan Mat Syabu saja.

Sejak dari lahir lagi sehinggalah dia membesar dan menjangkau ke usia 6 tahun, Mat Syabu memang telah terdedah dan biasa dengan suasana kehidupan didalam hutan yang kebanyakkannya dihuni oleh bermacam-macam jenis haiwan liar seperti harimau, singa, beruang, landak, beruk, monyet, kera, ungka dan sebagainya.

Walaupun komuniti hutan dikuasai oleh haiwan-haiwan liar dan ganas namun hidupan liar disitu tidak pernah mengganggu atau mengusik Mat Syabu malahan Mat Syabu sendiri ketika usianya yang begitu mentah lebih senang memilih haiwan dari spesis beruk dan orang utan sebagai temannya semasa berada didalam hutan.

16 September 1927, sepertimana budak lain yang telah mencapai umur yang cukup untuk mendapat pendidikan formal di sekolah, Mat Syabu juga tidak terkecuali. Beliau dimasukkan ke sebuah sekolah rendah berasrama penuh berdekatan dengan kediamannya yang mana semua pelajar dibiayai oleh kerajaan komunis yang memerintah Vietnam ketika itu.

Di asrama sekolah berkenaan Mat Syabu ditempat satu bilik dengan seorang pelajar yang agak tua sedikit usianya daripada Mat Syabu bernama Chin Peng. Hanya mereka berdua yang tinggal dalam satu bilik yang juga mempunyai satu katil yang bertingkat iaitu tingkat satu disebelah bawah manakala tingkat kedua disebelah atas. Chin Peng tingkat atas dan Mat Syabu di tingkat bawah.

Bilik bersebelahan dengan bilik mereka pula dihuni oleh beberapa pelajar lain yang juga hanya menempatkan dua orang untuk setiap bilik dengan kemudahan yang sama. Di sebelah mereka tinggal Mat Indera, Abdullah CD, Adolf Hitler, Pol Pot, Ariel Sharon, George Bush, Radovan Karadzick, Slavodan Milosevick dan ramai lagi. Dalam ramai-ramai pelajar, Mat Syabu rasa sangat selesa dengan Chin Peng dan rasa amat bertuah kerana ditempatkan satu bilik dengan Chin Peng.

Di sekolah, subjek-subjek yang diajar kepada semua murid baik dari darjah satu hinggalah ke darjah enam tidak banyak bezanya iaitu hanya mengenai senjata api, bom, jerangkap samar, periuk api, pisau dan segala senjata berbahaya dan semua murid diajar bagaimana cara mengendalikan senjata-senjata berkenaan disamping dikehendaki sentiasa taat kepada ketua serta wajib menyemai ideologi komunis dalam diri sepanjang masa selain diajar agar tidak percaya akan kewujudan Tuhan.

16 September 1933, setelah 6 tahun mendapat pendidikan di peringkat sekolah rendah, maka episod barupun bermulalah dalam kehidupan Mat Syabu sebagai seorang pelajar apabila beliau berpindah belajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah iaitu setelah beliau berjaya menamatkan pendidikan asas selama enam tahun pada peringkat rendah.

Mata pelajaran yang diajar pada peringkat menengah dipertingkatkan lagi dan semua pelajar baru yang telah ada pengetahuan asas mengenai senjata api serta serta fungsi-fungsinya diajar pula dengan latihan asas serta kemahiran menggunakan segala senjata dan lebih jauh mereka semua termasuklah Mat Syabu diajar cara bagaimana untuk bertempur, menyerang hendap pihak lawan, mengesan kedudukan musuh, mengatur strategi serangan.

16 September 1939, Mat Syabu dan Chin Peng sama-sama telah menamatkan pendidikan mereka hanya di peringkat menengah dan keduanya tidak berniat untuk meneruskan pengajian walaupun dimana-mana universiti kerana minat untuk belajar sudah mati dan sebaliknya minat untuk berjuang dari dalam hutan demi untuk merampas kuasa memerintah negara telah menguasai pemikiran kedua-duanya tambahan pula keputusan ujian peringkat menengah yang diperolehi oleh Mat Syabu cuma cukup makan saja. Namun apa yang pasti ialah Mat Syabu dan Chin Peng ternyata berkongsi minat yang sama. Mereka berdua akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Semasa di dalam hutan Johor, selatan Tanah Melayu, Mat Syabu dan Chin Peng dapat ramai kawan-kawan dari kalangan penghuni hutan seperti gajah, beruang, rusa, kijang, orang utan, bigfoot, beruk, pelanduk, landak dan sebagainya. Mat Syabu sebagaimana masa zaman kanak-kanak, beliau lebih akrab dan selesa didampingi oleh orang utan atau beruk. Agaknya suara orang utan yang sering berbunyi AaAaAaaUUUuuuu....UUUooohuuuhuuuhuhuuuuuuu!!!... itulah yang menjadi ikutan Mat Syabu hingga sekarang.

16 September 1949, iaitu lebih kurang setahun sebelum peristiwa Balai Polis Bukit Kepong Johor diserang oleh pengganas komunis, Mat Syabu, Mat Indera, Chin Peng serta yang lainnya telahpun berada di dalam hutan belantara hampir lebih 10 tahun iaitu satu jangkamasa yang agak lama. Dalam tempoh berkenaan banyaklah strategi yang dipasang oleh Mat Syabu, Mat Indera dan Chin Peng dengan tujuan untuk memperdaya, memerangkap dan seterusnya untuk menewas pasukan keselamatan dan polis.

Tetapi entah bagaimana, belumpun sempat lagi rancangan Mat Syabu bersama Mat Indera, Chin Peng dan lain-lainnya diteruskan, Mat Syabu awal-awal subuh lagi sudah menghilangkan diri tanpa disedari oleh rakan-rakannya yang lain. Chin Peng yang gusar dengan perkembangan itu telah mengarahkan Mat Indera serta serta beberapa orang anggota komunis untuk keluar mencari dimana tempat Mat Syabu berada. Mereka sama sekali tidak mensyaki Mat Syabu mahu membelot kerana mereka cukup yakin bahawa Mat Syabu telah tersesat semasa merayau-rayau didalam hutan namun usaha mencari Mat Syabu tetap diteruskan.

16 September 1993, hari telah berganti hari, minggu berganti minggu, bulan datang silih berganti dan tahun terus datang dan pergi namun tanpa mereka sedari sudah lebih 44 tahun usaha mencari Mat Syabu yang mereka lakukan akhirnya membuahkan hasil. Secara kebetulan, macamana Mat Indera dan rakan-rakan komunisnya yang diarahkan oleh Chin Peng keluar untuk menjejaki kedudukan Mat Syabu telah sampai ke dalam kawasan Kota Bharu di negeri Kelantan. Sesudah mengetahui yang mereka telah berada jauh di Kelantan, barulah Mat Indera sedar betapa perjalanan mereka sudah memakan masa yang bukan sekejap malah bertahun-tahun lamanya.

Dipendekkan cerita, kerana terlalu penat akibat menempuh perjalanan yang begitu panjang dan lama maka Mat Indera membuat keputusan untuk berehat beberapa hari dulu di Kelantan sebelum meneruskan perjalanan mencari Mat Syabu dan oleh itu Mat Indera membuat keputusan untuk menyewa dua buah bilik hotel yang ada di Kota Bharu pada waktu itu dimana beliau memerlukan dua bilik kerana jika hanya satu bilik yang disewa pasti tidak akan mampu untuk menampung mereka yang seramai 10 orang.

Untuk tujuan itu Mat Indera dengan mata yang meliar mencari kalau-kalau ada rumah tumpangan atau hotel yang terdapat disekitar Kota Bharu dan secara tiba-tiba ekor mata Mat Indera terhenti ketika terlihat sebuah bangunan yang tertera dengan tulisan "Perdana Hotel" lalu hati Mat Indera segera berbisik...,"wahhh!!..bolehlah malam ni aku rehat dengan tenang sepuas-puasnya." Tanpa melengahkan masa, Mat Indera terus melangkah menuju ke arah bangunan hotel berkenaan, masuk dan terus menuju ke lobi hotel lalu bertanya kepada kerani disitu ada bilik kosong ke tidak.

Kerani yang bertugas di lobi hotel berkenaan memberitahu kepada Mat Indera, "ada bilik kosong tuan, ada dua iaitu bilik nombor 120 dan bilik nombor 122." Mat Indera yang kelihatan tak berpuashati kerana beliau mahu menyewa dua bilik yang bersebelahan tanpa dipisahkan oleh bilik lain terus bertanya kepada kerani berkenaan kenapa tidak dibagi saja bilik yang bernombor 121 agar tidak berjauhan dari rakan-rakan komunisnya. Namun kerani tu memberitahu bahawa bilik sudah disewa secara kontrak oleh seorang lelaki yang berbadan gemuk dan seorang wanita sejak 44 tahun yang lalu. Olps!!?? hehehe..lamanye...

Sedang Mat Indera asyik berbincang dengan kerani kaunter dilobi hotel tetiba daun bilik hotel yang bernimbor 121 dibuka dari dalam dan muncullah seorang lelaki yang berbadan gemuk sambil berpimpin tangan dengan seorang wanita lalu berjalan keluar menuju ke arah lobi untuk menyerahkan anak kunci bilik kepada kerani kaunter. Mat Indera yang masih dalam keadaan yang sangat terkejut dan terperanjat terus ternganga besar mulutnya tanpa mata terkedip-kedip seakan tidak percaya bahawa orang yang mereka cari selama 44 tahun secara tiba-tiba boleh muncul didepan mata. Bagai mimpi kata hati Mat Indera.

Mat Indera yang gagal menahan kegembiraannya terus berteriak ke arah lelaki gemuk itu "Mat Syabuuuuuu!!!!!....," lalu beliau mendekati lelaki gemuk itu sambil memeluknya. Lelaki gemuk itu yang turut terkejut sambil terpinga-pinga kerana tidak menduga sama sekali bahawa markas yang beliau sembunyikan selama ini dari pengetahuan sesiapa terbongkar juga akhirnya. Dengan nada suara yang terketar-ketar lelaki gemuk itu iaitu Mat Syabu merayu kepada Mat Indera agar jangan membocorkan rahsia beliau bersama dengan wanita itu kepada sesiapapun jua.

Mat Indera berjanji kepada Mat Syabu bahawa beliau tidak akan sesekali berbuat sedemikian dan Mat Indera juga berjanji akan menyimpan rahsia itu sebaik mungkin hingga ke akhir hayatnya TETAPI hanya dengan satu syarat iaitu jika Mat Syabu sanggup berbuat sesuatu dan turut berjanji yang dikemudian hari nanti beliau mesti mengiktiraf perjuangan komunis sebagai perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air dan Mat Syabu harus menjulang mereka sebagai pejuang bangsa juga negara dan bukannya petualang bangsa atau pengkhianat negara.

Menjelang 16 September 2011, tarikh dimana merupakan ulang tahun ke-3 Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang entah yang ke berapa, iaitu 18 tahun selepas peristiwa pertemuan semula antara Mat Syabu dengan Mat Indera di lobi Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan...maka Mat Syabu dengan sedaya upaya sedang berusaha untuk melunaskan segala janji-janji yang telah beliau berikan kepada Mat Indera dengan mengisytiharkan bahawa Mat Indera dan komunis adalah wira serta hero negara. Mat Syabu sanggup berdepan dengan kecaman serta cemuhan seluruh masyarakat Malaysia semata-mata kerana janji beliau kepada Mat Indera dan juga demi janji Mat Indera kepada beliau yang akan menyimpan rahsia "bilik 121" sebaik-baiknya.

Arkib Blog