Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, September 19, 2010

Kes Sosilawati + 3 mangsa: Bila lagi DAP,PKR,PAS nak berarak???

Ketiga-tiga parti politik ini sering melaungkan keadilan untuk semua, sama rata, sama rasa, atas bawah, kiri kanan, depan belakang, luar dalam akan dilayan secara saksama, tiada berat sebelah dan tidak kira tinggi rendahnya sesiapa atau mana-mana orang, bangsa atau kaum serta fahaman agama, ideologi politiknya.

Dulu masa kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock, mereka DAP,PAS dan PKR berpadu berarak atau berdemontrasi beramai-ramai disepanjang jalanraya sebagai bukti kepada rakyat bahawa mereka benar-benar ingin menunaikan apa yang pernah mereka katakan.

Dan begitu juga dalam isu kematian mendiang Kugan, seorang penjenayah yang mati ketika didalam tahanan polis. DAP,PAS dan PKR juga turut bersatu padu keluar beramai-ramai berarak dijalanraya kononnya untuk menunjukkan kepada dunia betapa mereka sangat ikhlas memperjuangkan keadilan untuk mangsa-mangsa kezaliman pihak berkuasa di negara ini.

Namun dalam kes kemalangan yang mengakibatkan seorang Askar Melayu diRaja Malaysia iaitu Mohd Salleh bin Hamdan terkorban setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh kereta mewah Mercedes Benz yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua dari arah bertentangan di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi pada 13 Mac 2010 lalu, tiada seorang pun para pemimpin atau penyokong dari PAS,DAP dan PKR yang keluar keatas jalanraya sebagaimana yang pernah mereka lakukan untuk mendiang Teoh Beng Hock dan juga mendiang Kugan. Kenapa???

Dan begitu juga sekarang berhubung dengan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati serta 3 mangsa yang lain, tiada juga apa-apa yang kita lihat tindakan yang mungkin akan diambil oleh pihak PKR,DAP dan PAS dalam usaha mereka kononnya untuk menegakkan keadilan bagi pihak mangsa.

Setakat ini PAS,DAP dan PKR belum ada tanda-tanda untuk mengadakan perarakan besar-besaran bagi menuntut keadilan bagi pihak kempat-empat mangsa tetapi apa yang jelas kini ialah mereka telah membisu seribu bahasa berkaitan kes ini dan cuma ada kedengaran ialah suara mereka yang mempersoalkan kecekapan pihak polis yang begitu cekap dan pantas menyelesaikan kes pembunuhan itu dan bukannya untuk menghargai pihak polis.

Apa-apapun kita seluruh rakyat tetap akan tunggu dan lihat apa yang akan pihak Pakatan Tak Sah itu buat selanjutnya...(gambar diatas saya ambil dari blog Ruang Bicara Faisal/rbf)... terima kasih !

Arkib Blog