Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Julai 15, 2011

Begitulah jadinya apabila babi menjadi wakil manusia...

Ahli Parlimen Batu ini, YB(Yang Babi) Tian Chua baru sahaja terima keputusan Dewan Rakyat baru-baru yang mengekalkan beliau sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Batu setelah Speaker Parlimen YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat pertimbangan dari semua sudut serta berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah sebelumnya yang membolehkan Tian Chua untuk kekal sebagai seorang Anggota Parlimen Malaysia.


Tetapi malangnya apabila semua itu tidak diambil peduli oleh Tian Chua untuk dijadikan sebagai satu pengajaran yang amat berguna untuk diri beliau serta juga sebagai satu ikhtibar buat dia agar berkelakuan lebih bertanggungjawab di masa hadapan malahan Tian Chua langsung tidak mau bersyukur dengan keputusan itu jauh sekali untuk dia mengucapkan terima kasih kepada Yang Di Pertua Dewan atau meminta maaf kepada anggota polis yang pernah dikasarinya satu ketika dulu.

Menyerang atau merempuh anggota Polis yang sedang berkawal membentuk satu benteng adalah sama seperti pengguna jalanraya yang melanggar lampu istarat merah dan barangsiapa yang berbuat demikian maka adalah menjadi tanggungjawab pihak Polis untuk mengambil tindakan tanpa perlu takut dengan tekanan mana-mana pihak.

Begitu juga dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Tian Chua pada 9 Julai lalu apabila dia yang bertindak sebagai ketua perusuh bagi satu kumpulan peserta demonstrasi haram Bershit.2.0 telah menghasut para pengikutnya untuk melanggar serta merempuh barisan benteng pertahanan Polis dimana apa yang telah dilakukan oleh Tian Chua itu boleh menyebabkan dia diambil tindakan untuk kali kedua kerana menggangu tugasan pihak berkuasa serta boleh didakwa dibawah Akta Hasutan kerana menghasut orang ramai untuk menyerang pihak Polis.

Dijanjikan dgn Syurga & mati Syahid, adakah itu punca kematian Baharuddin?

Kalau diperhatikan bagaimana sanggup dan tergamaknya puak-puak PAS itu melakonkan semula saat kematian Allahyarham Baharuddin bin Ahmad pada 9 Julai lalu, itu saja sudah cukup untuk membuktikan kepada kita semua betapa puak-puak di dalam Pakatan Haram tak kiralah samada DAP ke, PKR ke ataupun PAS sanggup berbuat apa saja demi untuk mencapai apa yang mereka hajati.

Isu video klip lakonan semula tentang kematian Allahyarham Baharuddin itu sejak dua hari yang lalu telah menggemparkan seluruh Malaysia apabila ianya seolah-olah menggambarkan mayat Allahyarham Baharuddin yang sudah meninggal dunia itu telah bangkit dari kematian dan hidup semula sehinggakan dapat pula untuk berlakon dalam video klip berkenaan menunjukkan kepada para penyokong PAS apa yang sebenarnya telah berlaku terhadap dirinya sewaktu menyertai perhimpunan bershit 2.0 pada 9 Julai lalu.

Saya ingatlah, kalau itupun sanggup untuk mereka ini iaitu puak-puak dalam PAS lakukan apatah lagi kalau pasal janji-janji selepas kita mati seperti nantinya samada roh kita apabila dah meninggal dunia kelak apakah akan ditempat dimana adakah di syurga ataupun di neraka. Tetapi kebiasaannya bagi orang-orang PAS sejak dulu lagi mereka sebenarnya lebih percaya dan yakin dengan pemimpin mereka yang boleh menentukan soal syurga dan neraka itu kepada umat manusia yang lain.

Jadi saya rasa besar kemungkinannya Allahyarham Baharuddin sebelum itu telahpun melalui proses pemilihan siapa-siapa yang sanggup untuk berkorban pada 9 Julai Sabtu lepas demi perjuangan Bershit 2.0 maka sekiranya dia mati PAS telah menjanjikan mati syahid untuknya serta akan masuk ke dalam syurga. Dan juga mungkin mereka yang terpilih untuk itu seharusnya mereka yang mengidap penyakit lemah jantung ataupun darah tinggi yang berpotensi besar untuk mati secara mengejut.

Arkib Blog