Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mei 31, 2013

Nurul Izzah mahu cabar kuasa autonomi Sabah di Mahkamah ?

Ekoran isu pengusirannya dari memasuki negeri Sabah pada Khamis semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan sedang menimbang tindakannya untuk mencabar larangan masuk ke negeri itu yang dibuat oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah ke mahkamah.

Jika benar itu tindakannya sebagai tindakbalas terhadap keputusan pihak kerajaan negeri Sabah itu maka ini bermakna ianya pertama kali dalam sejarah negara ini seorang Ahli Parlimen Malaysia mahu mencabar salah satu perkara daripada 18/20 perkara di dalam perjanjian Sarawak/Sabah yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memberi hak keistimewaan kepada kedua-dua negeri berkenaan.

Perkara 6 Akta Imigresen dalam perjanjian 18/20 perkara bagi Sarawak/Sabah yang cuba dicabar oleh Nurul Izzah berbunyi "Kawalan ke atas Imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo (Sarawak/Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk VETO kemasukkan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak/Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak/Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakkan orang lain dari bahagian-bahagian lain di Malaysia ke Borneo (Sarawak/Sabah).

Perkara ini jelas dan telahpun dipersetujui oleh semua pihak sebelum berlakunya pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963. Dan apa yang penting ialah 18/20 perkara dalam Perjanjian Sarawak dan Sabah merupakan lambang kuasa autonomi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kedua-dua negeri ini yang tidak boleh lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Inilah kuasa autonomi yang akan menjadi hak milik kekal Sarawak/Sabah sejak bersama-sama Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura membentuk negara Malaysia yang membolehkan kedua-dua negeri membentuk barisan kabinet negeri masing-masing serta harus dipertahankan sampai bila-bila oleh Sarawak/Sabah dan amat tidak wajar sama sekali bagi orang lain seperti Nurul Izzah untuk mencabar kuasa istimewa yang dimiliki oleh kedua-dua negeri Malaysia Timur ini di mahkamah.

Rabu, Mei 29, 2013

Gaji minimum: tiba masanya kerajaan Sarawak bawa balik rakyatnya untuk bekerja di negeri sendiri..

Dengan perlaksanaan gaji minimum yang bakal dinikmati oleh semua pekerja di sektor swasta terutamanya di seluruh negara termasuklah bagi pekerja yang berasal dari Sarawak maka harapan tinggi rakyat Bumi Kenyalang ini kepada kerajaan negeri Sarawak agar mereka diberi jaminan akan mendapat layanan adil dan sama rata daripada pihak majikan dalam soal gaji asas serta elaun sama seperti yang diberikan oleh syarikat swasta kepada pekerja dari kaum tertentu yang menguasai syarikat-syarikat besar di Sarawak.

Di bawah dasar gaji baru itu nanti adalah sangat diharapkan supaya kerajaan Sarawak mulai dari sekarang berusaha untuk membawa balik seramai mungkin rakyatnya yang kini banyak merantau keluar dari negeri ini bekerja di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura serta negara-negara lain agar golongan ini dapat balik untuk berbakti kepada negeri sendiri dengan mengambilalih kerja-kerja di sektor-sektor tertentu yang kini banyak diisi oleh pekerja-pekerja dari negara asing.

Antara tanggungjawab berat kerajaan Sarawak kepada rakyatnya sekarang ialah untuk memastikan setiap daripada mereka mempunyai pekerjaan dengan gaji yang bersesuaian dengan tugas yang diamanahkan dan tidak semata-mata hanya menyediakan berbagai bentuk infrastruktur yang akhirnya tidak dinikmati oleh rakyat Sarawak sendiri melainkan rakyat asing yang bekerja di negeri ini yang lebih banyak mendapat faedah dari segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu.

Selasa, Mei 28, 2013

Buktikan! Melayu & Bumiputera juga boleh terus majukan Malaysia walaupun tanpa penyertaan mereka..

Anggapan lapuk masyarakat ini sejak dari dulu lagi kalau tanpa mereka menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia adalah mustahil bagi negara ini untuk mencapai kejayaan seperti yang kita lihat pada hari ini dan tanggapan kuno seperti ini haruslah dihapuskan dan biar kita buktikan kepada mereka bahawa setiap orang, setiap kaum dan setiap bangsa yang menjadi warganegara kepada Malaysia semuanya mempunyai peranan mereka masing-masing dalam proses pembangunan negara ini.

Kejayaan kaum atau bangsa mereka dalam bidang ekonomi di Malaysia ini juga, sekiranya tanpa sokongan yang berterusan daripada masyarakat Melayu serta kaum Bumiputera lainnya sebagai kuasa pembeli selain sokongan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional adalah sangat mustahil bagi mereka mampu untuk mengembang sebarang perniagaan yang mereka usahakan sehingga ramai di antara mereka ini muncul sebagai manusia terkaya di Malaysia jika dibandingkan dengan usahawan-usahawan Bumiputera.

Mengambilkira kepada kejayaan negara-negara lain terutamanya di Asia Barat sepertimana negara Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Jordan dan lain-lain lagi negara yang tiada kaum Cina di negara tersebut namun boleh juga membangun dan mampu mencapai kemajuan dalam berbagai bidang seperti ekonomi dan teknologi tetapi kenapa tidak bagi negara Malaysia yang sudah banyak memiliki tenaga kerja mahir dari kaum Melayu dan Bumiputera yang berpendidikan tinggi dengan pengalaman tertentu dalam bidang yang tertentu?

Dulu, mungkin iya tetapi sekarang keadaan sudah jauh berubah di mana kaum Melayu dan Bumiputera ramai yang telah terdidik dengan berbagai ilmu serta mempunyai pengalaman dan ini juga adalah ramuan yang amat penting bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi dari hari ini biarpun tanpa sentuhan kaum yang sering berpendapat tanpa penyertaan mereka negara ini tidak akan ke mana..

Isnin, Mei 27, 2013

...sesudah Dewan Negara, apa lagi yang DAP mahu kerajaan hapuskan?

Meskipun PR belum berjaya mendirikan sebuah kerajaan di Malaysia ekoran kekalahan mereka di tangan BN pada PRU13 lalu, namun DAP yang mendominasi kerusi dalam gabungan haram Pakatan Pembangkang bersama PKR dan PAS sudah semakin berani menyerlahkan corak kepimpinan yang bakal mereka guna dalam mentadbir negara ini seandainya suatu masa kelak PR diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara ini.

Baru-baru ini Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mencadangkan kepada kerajaan Malaysia agar memansuhkan Dewan Negara dengan alasan ianya sudah tidak relevan lagi selain membazir wang rakyat dan tambah Karpal lagi kononnya perlantikan seseorang yang telah kalah sebelum itu dalam pilihan raya umum yang kemudiannya dibawa masuk ke dalam Parlimen mengikut pintu belakang dengan melantik mereka sebagai seorang senator dan ini dakwa Karpal sebagai bertentangan dengan sistem demokrasi di mana seseorang itu hanya layak ke Parlimen setelah menang pilihan raya dan bukannya dilantik.

Apapun juga alasan yang dikemukakan oleh Karpal tetapi perlantikan seseorang sebagai senator yang kemudiannya menjadi Ahli Dewan Negara bagi membolehkan mereka ikut serta berhujah tentang banyak perkara yang dibentangkan oleh pihak kerajaan seperti pembentangan bajet, pembentangan rang undang-undang dan sebagainya adalah sesuatu yang sangat unik di mana Parlimen Malaysia bukan hanya mengandungi Dewan Rakyat yang menempatkan wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat namun mereka juga ada jiran iaitu Ahli Yang Berhormat yang dilantik oleh pihak kerajaan dan juga pembangkang. Inilah keunikannya Parlimen Malaysia.

Kalau dilihat segi pembaziran wang rakyat sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh, namun bagi saya, imbuhan yang diterima oleh setiap mereka yang dilantik ke jawatan sebagai senator itu tidaklah sebanyak manapun jika dibandingkan dengan kos serta kerugian yang terpaksa kerajaan tanggung ketika berdepan dengan beberapa siri perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pihak Pembangkang selama ini. Lain lagi kerugian dari segi harta benda awam yang musnah akibat perbuatan melampau dan ganas mereka-mereka yang turut serta dalam perhimpunan yang dianjur seperti yang berlaku ketika Bersih 2.0, 3.0 dan yang lain lagi.

Biarpun saya tidak melihat cadangan daripada Karpal Singh itu sebagai bukan satu tekanan baru oleh pembangkang kepada pihak kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd. Najib tetapi saya melihat itulah isyarat atau gambaran awal daripada DAP kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu serta kaum Bumiputera sekiranya pembangkang mengambil-alih tampuk pemerintahan di negara ini.

Suara DAP yang sering bergema dalam setiap siri perhimpunan malam "Black-out 505" mereka yang dilaung-laungkan oleh orang Melayu seperti Anwar Ibrahim, Mat Syabu dan Adam Adli yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak ada masa lagi, tidak sanggup untuk menunggu sampai 5 tahun tahun lagi dan mereka hendak merampas kuasa memerintah Malaysia daripada tangan Barisan Nasional dengan apa saja cara sekalipun, maknanya apabila kuasa sudah mereka miliki walaupun dengan cara yang tidak sah di sisi undang-undang maka sudah tentu banyak perkara yang boleh mereka lakukan selepas itu kerana mereka sudah berkuasa.

Apabila kuasa sudah di tangan, mereka boleh hapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu serta kaum Bumiputera, hapuskan sistem Raja Berperlembagaan serta meminda sekerap mungkin perlembagaan negara selagi mana yang mereka pikir ianya menjadi penghalang kepada pergerakan mereka. Itulah yang dapat saya nampak dari tindakan pihak pembangkang khususnya DAP sejak berakhirnya PRU13 yang lalu. Mereka nampak semakin besar kepala. Menang dan berjaya menambah 38 kerusi parlimen jauh mengatasi PKR yang cuma bertahan dengan 30 kerusi apatah lagi PAS yang hanya dapat mempertahankan 21 kerusi parlimen.

Ahad, Mei 26, 2013

Jadikan BN parti tunggal: cadangan yang bakal mengundang berbagai konflik !

 Cadangan yang dicetuskan oleh Pemangku Presiden parti Gerakan supaya Barisan Nasional dijadikan sebagai satu parti yang tunggal atau dalam kata lainnya semua komponen parti yang sekarang bergabung di dalamnya diserapkan segala struktur masing-masing menjadi satu organisasi sebagai Barisan Nasional dan tidak lagi sebagai UMNO, MCA, PBB, MIC, PBS, SUPP, PBRS, PRS, UPKO, SPDP dan lain-lainnya sepatutnya tidak timbul dan tak perlu dilayan.
Bagi saya adalah lebih baik jika Barisan Nasional yang sekarang ini yang dianggotai oleh berbagai parti kekal menjadi komponen yang kuat untuk terus memerintah negara ini walaupun hakikatnya datang dari kepelbagaian latarbelakang sejarah parti yang berbeza namun demi negara dan rakyat Malaysia dapat berkerjasama atas satu dasar perjuangan yang sama dalam membentuk sebuah negara yang berbilang bangsa.

Sukar untuk kita bayangkan apa yang akan terjadi di masa hadapan sekiranya cadangan menjadikan Barisan Nasional sebagai satu parti tunggal di negara ini menjadi kenyataan. Berbagai perbalahan sudah semestinya memang tidak dapat dielakkan seperti dalam perebutan untuk jawatan-jatawan tertentu di mana ini pasti akan mewujudkan semakin banyak puak-puak atau kem-kem dalam parti. Cadangan ini nyata tidak sihat untuk sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.

Agak pelik juga cadangan seumpama itu datangnya dari pihak yang mana parti mereka telah kalah teruk pada PRU13 yang lalu dan seolah-olah mereka ini tidak mahu mencari kelemahan parti di mana punca menyebabkan parti Gerakan kalah besar dalam pilihan raya lalu tetapi begitu cepat kemukakan cadangan yang nyata tidak wajar diketengahkan apatah lagi di saat penolakan besar-besaran pengundi kaum Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 yang tidak dapat lagi disorok lagi.

Harap semua pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional tidak melayan sangat cadangan seperti itu yang nyata tidak berfaedah melainkan hanya akan menimbul berbagai masalah di kemudian hari sekiranya saranan untuk menjadikan Barisan Nasional terus dibincang hinggalah akhirnya membawa kepada mesyuarat demi mesyuarat semata-mata mahu menjadikan cadangan seperti itu satu kenyataan.

Lupakan saja...

Rabu, Mei 15, 2013

Ada rahsia di sebalik himpunan baju hitam 505 cuba disembunyikan PR !

Mari kita melihat kepada semua keputusan di 89 daripada 222 kawasan kerusi parlimen yang telah dimenangi oleh pihak Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 yang lalu dan bandingkan pula dengan keputusan yang pernah mereka capai dalam PRU12 pada tahun 2008 dulu.

Walaupun pihak mereka gagal untuk menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya kali ini namun dari segi perolehan majoriti, kelebihan undi yang mereka dapat daripada pengundi sungguh luarbiasa malah sebahagian besar kawasan parlimen yang mereka menang dalam PRU13 ini ada yang mencatatkan majoriti hingga lima kali ganda berbanding pada PRU12.

Saya nak bermula dari parlimen negeri Kedah Darul Aman hinggalah ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

P.8 POKOK SENA (YB Datuk Mahfuz Omar - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 5,731 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 3,935 undi. <--- merosot="">
P.9 ALOR STAR (YB Gooi Hsiao Leong - PKR)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 184 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 1,873 undi. <--- hantu="" undi="">
P.10 KUALA KEDAH (YB Dr. Azman Ismail - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 7,018 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 4,947 undi <--- merosot="">
P.15 SUNGAI PETANI (YB Johari Abdul - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 9,381 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 9,548 undi <--- hantu="" undi="">
P.17 PADANG SERAI (YB N. Surendran - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 11,738 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 8,437 undi <--- merosot="">
P.19 TUMPAT, Kelantan (YB Datuk Kamaruddin Jaafar - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 9,377 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 10,624 undi <--- hantu="" ke="" undi="" wow="">
P.20 PENGKALAN CHEPA (YB Dr. Izani Husin - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 11,311 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 15,120 undi <--- alamaks="" hantu="" lagi="" undi="">
P.21 KOTA BHARU (YB Datuk Takiyuddin Hassan - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 11,288 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 15,970 undi <--- hantu="" ouwh="" undi="">
P.22 PASIR MAS (YB Nik Mohd. Abduh Nik Aziz - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 8,991 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 8,047 undi <--- merosot="">
P.23 RANTAU PANJANG (YB Siti Zalilah Mohd. Yusof - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 4,486 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 6,276 undi <--- faktor="" hantu="" undi="">
P.24 KUBANG KERIAN (YB Abdul Baihaki Atiqullah - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 10,642 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 16,741 undi <--- siapa="" tipu="" wah="">
P.25 BACHOK (YB Ahmad Marzuki Shaary - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 2,896 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 201 undi <--- eh="" hantu="" ke="" nbsp="" pengundi="" sabotaj="">
P.28 PASIR PUTEH (YB Dr. Nik Mazlan Nik Mohamad - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 3,968 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 1,888 undi <--- merosot="">
P.31 KUALA KRAI (YB Dr. Mohd. Hatta Ramli - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 4,984 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 2,043 undi <--- merosot="">
P.35 KUALA NERUS, Terengganu (YB Mohd. Khairuddin Aman Ghazali - PAS)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 1,341 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 610 undi.

P.36 KUALA TERENGGANU (YB Datuk Raja Kamarul - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 2,631 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 10,785 undi <--- melonjak..="" tipu="" wow="">
P.37 MARANG (YB Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 2,747 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 5,124 undi <--- hantu="" juga="" undi="">
P.39 DUNGUN (YB Wan Hassan Mohd. Ramli - PAS)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 8,994 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 3,942 undi.

P.43 BAGAN, Pulau Pinang (YB Lim Guan Eng - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 22,070 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 34,159 undi <--- hantu="" meh="" pengundi="">
P.44 Permatang Pauh (YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 15,671 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 11,721 undi <--- merosot="">
P.45 Bukit Mertajam (YB Sim Chee Keong - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 5,767 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 43,063 undi <--- fuyooo="" hantu="" undi="">
P.46 BATU KAWAN (YB Khaturani Patto - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 9,485 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 25,962 undi <--- percaye="" tak="">
P.47 NIBONG TEBAL (YB Datuk Mansor Othman - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 3,087 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 8,598 undi <--- lagi="" nak="" protes="">
P.48 BUKIT BENDERA (YB Zairil Khir Johari - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 16,112 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 32,778 undi <--- cakap="" lagi="" tipu="">
P.49 TANJONG (YB Ng Wei Aik - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 18,489 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 28,645 undi <--- ada="" hantu="" tak="" undi="">
P.50 JELUTONG (YB Ooi Chuan Aun - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 16,246 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 25,750 undi <--- hati="" lagi="" puas="" tak="">
P.51 Bukit Gelugor (YB Karpal Singh - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 21,015 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 41,778 undi <--- bela="" hantu="" ke="" pengundi="">
P.52 BAYAN BARU (YB Sim Tze Tzin - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 11,029 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 19,307 undi <--- mana="" tang="" tipunya="">
P.57 PARIT BUNTAR, Perak (YB Datuk Dr. Mujahid Yusof - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 7,551 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 8,476 undi <--- meningkat="">
P.59 BUKIT GANTANG (YB Idris Ahmad - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 2,789 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 986 undi <--- merosot="">
P.60 TAIPING (YB Nga Kor Ming - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 11,298 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 11,745 undi <--- meningkat="">
P.62 SUNGAI SIPUT (YB Dr. Micheal Jeyakumar - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 1,821 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 2,793 undi <--- meningkat="">
P.64 Ipoh Timur (YB Su Keong Siong - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 21,942 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 34,000 undi <--- hantu="" pengaruh="" undi="">
P.65 Ipoh Barat (YB M. Kulasegaran - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 15,534 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 29,038 undi <--- juga="" lagi="" nak="" protes="">
P.66 BATU GAJAH (YB V. Sivakumar - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 24,627 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 38,596 undi <--- lagi="" nak="" tolak="">
P.68 BERUAS (YB Ngeh Ko Ham - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 1,828 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 5,051 undi <--- banyak="" tuuu...="">
P.70 KAMPAR (YB Ko Chung Sen - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 2,697 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 5,400 undi <--- iktiraf="" ke="" tak="">
P.71 GOPENG (YB Dr. Lee Boon Chye - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 7,368 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 15,309 undi <--- majoriti="" mosai="" ooo..="">
P.74 LUMUT (YB Laksm. (B) Mohd. Imran - PKR)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 298 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 8,168 undi <--- ada="" bukti="" siapa="" tipu="">
P.76 TELUK INTAN (YB Seah Leong Peng - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 1,470 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 7,313 undi <--- kata="" lagi="" nak="" tipu="">
P.80 RAUB, Pahang (YB Datuk Mohd. Sabri - DAP)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 2,752 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 2,814 undi

P.82 INDERA MAHKOTA (YB Datuk Fauzi Abd. Rahman - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 1,027 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 7,523 undi <--- hantu="" ke="" makin="" meningkat="">
P.83 KUANTAN (YB Fuziah Salleh -PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 1,826 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 4,515 undi <--- kata="" lagi="" nak="" spr="" tipu="">
P.88 TEMERLOH (YB Nasruddin Hassan - PAS)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 2,441 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 1,070 undi.

P.97 SELAYANG, Selangor (YB William Leong Jee Keen - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 3,567 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 17,846 undi <--- apa="" apek="" hah="" macam="">
P.98 Gombak (YB Azmin Hj. Ali - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 6,867 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 4,734 undi <--- merosot="">
P.99 AMPANG (YB Zuraida Kamaruddin - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 3,676 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 13,278 undi <--- ada="" bela="" hantu="" pengundi="">
P.100 PANDAN (YB Rafizi Ramli - PKR)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 2,961 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 26,729 undi <--- lagi="" pru="" tak="" telus="" tuduh="">
P.101 HULU LANGAT (YB Che Rosli Che Mat - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 1,745 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 17,267 undi <--- fuyoo="" macam="" percaya="" tak="">
P.102 SERDANG (YB Ong Kian Ming - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 21,025 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 42,206 undi <--- berganda="" nampak..="">
P.103 PUCHONG (YB Gobind Singh Deo - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 12,593 undi.
PRU13 2013 DAP menand dengan majoriti 32,802 undi <--- 2="" ganda..="" hampir="" kali="">
P.104 KELANA JAYA (YB Wong Chen - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 5,029 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 28,827 undi <--- ganda="" kali="" wahh..5="">
P.105 PETALING JAYA SELATAN (YB Hee Loy Sian - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 5,706 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 19,216 undi <--- hantu="" tambahan="" undi="">
P.106 PETALING JAYA UTARA (YB Pua Kim Wee - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 19,972 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 44,672 undi <--- lagi="" nak="" spr="" tipu="" tuduh="">
P.107 SUBANG (YB R.Sivarasa - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 6,709 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 26,719 undi <--- kata="" masih="" nak="" penipuan="">
P.108 SHAH ALAM (YB Khalid Abdul Samad - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 9,314 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 10,939 undi <--- bertambah="" pulak="">
P.109 KAPAR (YB Manivanan Gowindasamy - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 12,297 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 23,790 undi <--- lagi="" nak="" protes="">
P.110 KLANG (YB Charles Anthony Santiago - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 17,701 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 24,685 undi <--- berhimpun="" lagi="" nak="">
P.111 KOTA RAJA (YB Dr. Siti Mariah Mahmud - PAS)
PRU12 2008 PAS menang dengan majoriti 20,751 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 29,395 undi <--- berkurangan="" bertambah="" bukan="">
P.112 KUALA LANGAT (YB Abdullah Sani - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 989 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 5,358 undi <--- kata="" masih="" nak="" tipu="">
P.113 SEPANG (YB Mohd. Hanifa Maidin - PAS)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 4,849 undi.
PRU13 2013 PAS menang dengan majoriti 1,104 undi <--- juga="" masih="" menang="">
P.114 KEPONG, W. Persekutuan (YB Dr. Tan Seng Giaw - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 23,848 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 40,307 undi <--- bn="" ke="" menipu="">
P.115 BATU (YB Tian Chua - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 9,455 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 13,284 undi <--- hati="" lagi="" puas="" tak="">
P.116 WANGSA MAJU (YB Datuk Dr. Tan Ke Kwong - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 150 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 5,511 undi <--- maaa..="" melonjak="">
P.117 SEGAMBUT (YB Lim Lip Eng - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 7,732 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 19,199 undi <--- lah="" meningkat="">
P.120 BUKIT BINTANG (YB Fong Kui Lan - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 14,277 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 19,399 undi <--- bukan="" lagi="" merosot..="">
P.121 LEMBAH PANTAI (YB Nurul Izzah Anwar - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 2,895 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 1,847 undi <--- hantu="" jadi="" pengundi="" penyelamat="">
P.122 SEPUTEH (YB Teresa Kok - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 36,492 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 51,552 undi <--- apa="" kata="" lagi="" nak="" wow="">
P.123 CHERAS (YB Tan Kok Wai - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 28,300 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 37,409 undi <--- bertambah="" inipun="" maaa..="" nbsp="">
P.124 BANDAR TUN RAZAK (YB Tan Sri Khalid Ibrahim - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 2,515 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 11,832 undi <--- ada="" bela="" hantu="" pengundi="">
P.128 SEREMBAN, N. Sembilan (YB Loke Siew Fook - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 3,948 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 12,553 undi <--- banyak="" bertambah="" lagi..="">
P.130 RASAH (YB Teo Kok Seong - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 13,151 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 23,485 undi <--- nak="" protes="" teruskan="">
P.132 TELUK KEMANG (YB Datuk Kamarul Baharin - PKR)
PRU12 2008 PKR menang dengan majoriti 2,804 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 1,579 undi <--- merosot="">
P.137 BUKIT KATIL, Melaka (YB Shamsul Iskandar Akin - PKR)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 1,758 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 5,447 undi <--- besar="" majoriti="" tu..="">
P.138 KOTA MELAKA (YB Sim Tong Him - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 11,390 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 20,746 undi <--- mahu="" masih="" pru13="" tolak="">
P.145 BAKRI, Johor (YB Er Teck Hwa - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 722 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 5,067 undi <--- juga="" kata="" nak="" spr="" tipu="">
P.150 BATU PAHAT (YB Datuk Mohd. Idris Jusi - PKR)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 12,704 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 1,732 <--- kawan...="" nasiblah="">
P.152 KLUANG (YB Liew Chin Tong - DAP)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 3,781 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 7,359 undi <--- bn="" dan="" ke="" spr="" tipu="">
P.162 GE;LANG PATAH (YB Lim Kit Siang - DAP)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 8,851 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 14,762 undi <--- angin="" kit="" lagi="" naik="" siang="">
P.163 KULAI (YB Teo Nie Ching - DAP)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 11,744 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 13,450 undi <--- apa="" lagi="" tipunya="">
P.172 KOTA KINABALU, Sabah (YB Wong Sze Phin - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 106 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 18,959 undi <--- kuat="" makin="" pulak..="">
P.174 PENAMPANG (YB Ignatius Darell Leiking - PKR)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 3,063 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 10,216 undi <--- apanya="" banyak="" tu..tipu="">
P.186 SANDAKAN (YB Wong Nyuk Foh - DAP)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 176 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 1,088 undi <--- kata="" nak="" tak="" telus="">
P.195 BANDAR KUCHING, Sarawak (YB Chong Chieng Jen - DAP)
PRU12 2008 DAP menang dengan majoriti 9,952 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 19,642 undi <--- masih="" nak="" salahkan="" spr="">
P.196 STAMPIN (YB Julian Tan - DAP)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 3,070 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 18,670 undi <--- bersih="" bukti="" pilihan="" raya="">
P.208 SARIKEI (YB Wong Ling Biu - DAP)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 51 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 505 undi.

P.211 LANANG (YB Alice Lau - DAP)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 4,864 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 8,630 undi <---tiada protes="" sebab="" untuk="">
P.212 SIBU (YB Oscar Ling - DAP)
PRK 2010 DAP menang dengan majoriti tipis 398 undi.
PRU13 2013 DAP menang dengan majoriti 2,841 undi <--- jauh="" meningkat="">
P.219 MIRI (YB Dr. Micheal Teo Yu Keng - PKR)
PRU12 2008 BN menang dengan majoriti 5,216 undi.
PRU13 2013 PKR menang dengan majoriti 1,992 undi <--- lagi="" mau="" menang="" protes="" sudah="">
# apa lagi alasan pihak PR khususnya PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim untuk terus menyalahkan SPR ekoran kegagalan mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional sebab undi majoriti yang diperolehi oleh calon-calon mereka bukannya tipis malahan jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan yang diperolehi oleh calon-calon daripada BN..

Selasa, Mei 14, 2013

Sedarkan generasi baru tentang Semenanjung Tanah Melayu & Borneo Pulau Pribumi..

Sebaiknya bagi saya jika Semenanjung Malaysia yang kita kenali hari ini dikembalikan semula ingatan kepada sebutan lama yang paling sesuai dalam konteks negara Malaysia iaitu Semenanjung Tanah Melayu yang sebelumnya sering disebut sebagai Malaya oleh masyarakat luar. Perkataan Malaya agak kurang sesuai lagi kerana untuk merujuk kepada penduduk asal siapa ialah Semenanjung Tanah Melayu.

Apabila disebut sebagai Tanah Melayu secara spontan orang akan sedar bahawa Semenanjung Malaysia itu adalah asal penduduknya adalah orang Melayu dan juga Orang Asli dari berbagai etnik. Dan begitu juga dengan Pulau Borneo yang terletak di Laut China Selatan adalah lebih sesuai sekiranya dikenali saja dengan panggilan Borneo Pulau Pribumi untuk merujuk kepada penduduk asal yang mendiami pulau ketiga terbesar di dunia itu.

Ini amat perlu dilakukan memandangkan perkembangan yang semakin tidak sihat di negara kita terutama selepas selesainya Pilihan Raya Umum (PRU13) di mana banyak perkara yang dulunya dianggap sebagai perkara yang amat sensitif seolah-olah telah menjadi satu perkara biasa bagi sesetengah pihak yang tampak sewenang-wenangnya mengeluarkan berbagai kenyataan terutama sekali yang berkaitan dengan hak keistimewaan kaum Bumiputera dan juga hal-hal berhubungkait dengan istilah ketuanan Melayu di Malaysia.

Kita mahu kumpulan masyarakat imigran tahu menghormati perjanjian dengan penduduk asal dan mahu mereka yang telah diterima sebagai warga bagi dua wilayah dalam Malaysia ini agar tidak keterlaluan di dalam menuntut mahupun memperjuangkan hak mereka sedangkan dalam waktu yang sama cuba untuk memadam hak penduduk asal yang telah termaktub dan tidak wajar lagi dicabar oleh mana-mana pihak termasuklah mereka yang telah diterima sebagai warganegara selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sarawak serta Sabah pada 16 September 1963.

Khamis, Mei 09, 2013

Benarkah surat "Janji Anwar" ini punca pengundi Cina hilang pertimbangan pada 5 Mei lalu ?

Surat yang telah mula tersebar di internet dikaitkan dengan janji Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat terutama kepada masyarakat Cina di negara ini menjelang hari mengundi pada hari Ahad 5 Mei lalu.

Anwar Ibrahim jika menurut kandungan surat berkenaan telah berjanji khususnya kepada kaum Cina bahawa jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional beliau berjanji hanya akan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh hanya dua tahun dan selepas itu akan diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Jika dilihat kepada perubahan sikap majoriti pengundi Cina pada pilihan raya umum ke-13 lalu yang tiba-tiba beralih arah dengan mengundi menyokong Pakatan Pembangkang terutamanya DAP menguatkan lagi dakwaan seumpama itu kerana sebagai sebuah masyarakat yang ingin menguasai bukan hanya dalam bidang ekonomi malah dalam politik juga,  maka tentu sekali mereka tidak akan melepas peluang keemasan yang telah dihidang oleh Anwar Ibrahim di depan mata mereka.

Tetapi kini nasib pengundi Cina yang termakan dengan janji-janji sedemikian umpama kata pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran." Mungkin pengundi Cina saat menetapkan calon pilihan mereka sebelum turun mengundi begitu yakin yang Pakatan Pembangkang akan berjaya menewaskan kerajaan Barisan Nasional maka itulah tanpa melihat kiri kanan mereka terus memangkah calon PR namun mereka lupa bahawa undi penentu di negara ini sebenarnya datang dari pengundi Bumiputera serta pengundi Melayu, justeru itu walaupun undi Cina 100% diberikan kepada PR namun mereka lupa undi Bumiputera dan Melayu yang majoriti.

Selain Pakatan Pembangkang yang disokong oleh pengundi Cina gagal merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional, pengundi Cina juga khususnya masyarakat Cina itu sendiri kini turut hilang suara yang mewakili mereka dalam kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak. Kaum Cina kini sudah tiada pilihan lain selagi mereka menjadi warganegara maka mereka harus terima hakikat hidup dalam negara seperti Malaysia yang rakyatnya berbilang bangsa dengan latarbelakang agama, adat serta budaya yang berbeza hendaklah mengutamakan sikap saling bertolak-ansur atau bertoleransi dalam apa juga hal.

Rabu, Mei 08, 2013

MP Sarawak: jangan ghairah idam jawatan jika belum bersedia pikul tanggungjawab !

PRU13 baru saja berlalu dan keputusannya semua rakyat Malaysia sudahpun sedia maklum. Barisan Nasional kekal sebagai kerajaan manakala Pakatan Pembangkang yang sebelum ini begitu yakin mereka akan berjaya menggulingkan BN ternyata gagal apabila hanya menang 89 daripada 222 kerusi parlimen.

Setiap negeri dalam Malaysia telah menyumbang kemenangan kepada Barisan Nasional di mana Sarawak menambah dengan jumlah 25 kerusi Parlimen yang dianggap sebagai terbesar di kalangan semua negeri dan diikuti negeri Sabah dengan 22 kerusi Parlimen dan seterusnya negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Keadaan yang mengambil tempat ketika ini iaitu selepas selesainya proses pilihan raya umum ke-13 lalu ialah mereka yang menang di peringkat parlimen sedang mengintai peluang dan sudah tentu sudah ada yang menaruh harapan tinggi untuk dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib ke jawatan tertentu dalam Kabinet baru tidak terkecuali ahli-ahli parlimen dari Sarawak yang menyedari mereka perlu diberi perhatian berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi BN negeri.

Tetapi perlu juga diingat bahawa tugas mereka sebagai Ahli Parlimen di kawasan-kawasan yang mereka menangi tidak kurang juga pentingnya dan seelok-elok sebelum mereka mengharap untuk dilantik sebagai menteri pada peringkat persekutuan maka mereka terlebih dulu hendaklah pastikan rakyat di kawasan tidak terabai sekiranya tugas bertambah luas apabila kelak diberi jawatan sebagai menteri.

Untuk melantik seseorang ahli parlimen dari Sarawak ke jawatan sebagai menteri kerajaan pusat hendaklah diteliti terlebih dahulu dari berbagai sudut termasuk prestasi dan keupayaan mereka dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar bersandarkan kepada rekod mereka sebelum ini sebagai wakil rakyat tanpa jawatan dalam kerajaan kerana terdapat seorang dua ahli parlimen BN di Sarawak yang amat susah hendak ditemui rakyat setiap kali selepas berakhirnya pilihan raya.

Apa-apapun bagi saya, sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib hendak melantik mana-mana Ahli Parlimen dari Bumi Kenyalang maka pilihlah di kalangan mereka yang dilihat benar-benar memiliki keupayaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri yang sudah semestinya menuntut khidmat lebih luas daripada mereka serta cekap menjawab setiap soalan yang diajukan oleh ahli-ahli parlimen baik yang dari kerajaan mahupun mereka dari pembangkang semasa sidang parlimen bersidang.

Anwar Ibrahim perlu ada asas kepimpinan terpuji jika masih berhasrat untuk jadi PM Malaysia.

Keputusan majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Bumiputera yang terus memberi sokongan kuat kepada Barisan Nasional dalam PRU13 pada 5 Mei lalu untuk kekal memerintah negara sepatutnya diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak Pakatan Pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga seharusnya menyeru semua penyokong Pakatan untuk menghormati kemahuan dan kehendak sebahagian besar pengundi yang masih mahu Datuk Seri Mohd. Najib kekal menerajui kepimpinan negara.

Namun tindakan terdesak Anwar Ibrahim yang mahu agar rakyat keluar beramai-ramai menyokong perhimpunan haram yang dikatakan akan berlangsung pada hari ini bagi membantah keputusan pilihan raya yang baru lalu amatlah bertentangan dengan ikrar mereka sendiri sebelum ini yang mana mereka juga mahu supaya pihak BN terima apa juga keputusan dari pilihan raya itu dengan hati yang lapang dan tidak melatah.

Tetapi dalam usahanya untuk mengejar kuasa hendak memerintah Malaysia, Anwar Ibrahim lupa tentang perkara asas yang harus ada pada diri seseorang yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara. Antara perkara asas seperti penekanan terhadap aspek keamanan dan keselamatan awam. Perkara ini adalah amat penting dalam menjamin kestabilan politik bagi sesebuah negara namun seringkali diketepikan oleh Anwar Ibrahim yang lebih mementingkan cara tidak bertamdun untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara.

Anwar Ibrahim dilihat lebih berminat untuk mengambil budaya negatif dari luar seperti rusuhan jalanan, demonstrasi, perhimpunan haram dan sebagainya bagi memenuhi hajat ke arah itu sedangkan rakyat yang hendak dipimpin beliau majoritinya lebih suka kepada kerajaan yang berkuasa menerusi cara yang teratur dalam pilihan raya bebas tanpa mendatangkan sebarang kerosakan ke atas harta benda awam serta tidak mewujudkan suasana kacau bilau sepertimana yang pernah berlaku semasa perhimpunan haram anjuran Bersih 3.0 seketika dulu.

Untuk mendakwa memang wujud kes penipuan dalam PRU13 baru lalu sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak Pakatan hingga pihak mereka gagal untuk menawan Putrajaya, jadi bagaimana pula dengan pihak BN yang terpaksa berdepan dengan isu penolakan secara besar-besaran pengundi Cina terhadap Barisan Nasional yang menyaksikan BN gagal di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor malah lebih malang lagi apabila semakin banyak pula kerusi-kerusi DUN dan juga Parlimen yang sebelum ini dimiliki oleh BN terlepas ke tangan PR?

Di setiap negeri yang diperintah BN sebenarnya banyak kerusi-kerusi DUN dan juga terdapat kerusi-kerusi Parlimennya yang dapat dirampas oleh pihak PR pada 5 Mei lalu tetapi Barisan Nasional akur dengan keputusan rakyat tanpa menyalahkan pihak SPR dan tanpa meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Selasa, Mei 07, 2013

Kemenangan DAP hanya seketika, nasib mereka belum diputuskan lagi oleh ROS !

Keputusan PRU13 5 Mei 2013 sangat memeranjatkan bukan kerna BN gagal mencapai sasaran majoriti 2/3 di Parlimen tetapi kerana pengundi Cina telah secara jelas menolak parti Barisan Nasional dan memilih untuk mengundi parti DAP dari pembangkang yang dikuasai oleh pemimpin dari kaum Cina.

DAP menang 38 kerusi Parlimen serta banyak kerusi DUN di beberapa negeri khususnya yang majoriti pengundi terdiri daripada kaum Cina. Di Pulau Pinang DAP berjaya mempertahankan negeri tersebut dengan jumlah kerusi DUN yang mereka perolehi agak besar manakala di negeri-negeri lain mereka turut membantu rakan-rakan parti mereka dalam Pakatan mendapat kerusi bagi pihak mereka.

Tetapi itu semua tidak lagi bermakna buat DAP sekiranya siasatan oleh Pendaftar Pertubuhan berhubung isu penipuan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember 2012 lalu boleh menyebabkan parti itu menerima nasib serupa dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh ROS kerana disabit dengan kesalahan melanggar arahan oleh pertubuhan berkenaan.

Buat seketika, DAP bolehlah meraikan kejayaan mereka sepuas-puasnya sebelum Roket dibatalkan pelancarannya..

Jumaat, Mei 03, 2013

DS Hadi hina keturunan calon PAS di Parlimen Sibuti Sarawak

Setiap satu undi yang mungkin diberikan oleh para pengundi tidak kira samada dari kaum Iban, Melayu, Kedayan, Melanau dan Cina di Parlimen Sibuti kepada calon daripada parti PAS iaitu saudara Robby @ Muhammad Zaid Tandang, maka dengan sendirinya setiap seorang daripada mereka itu telah menyokong kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang pernah menghina kaum Iban di Sarawak terutamanya apabila mengaitkan kekalahan calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Kecil DUN Batang Ai dengan pakaian tradisi yang dipakai oleh kaum tersebut.

Presiden PAS itu sehingga kini belum pernah meminta maaf daripada rakyat Sarawak terutama daripada kaum Iban khususnya dan masyarakat Dayak amnya berhubung kenyataan menghina oleh beliau yang pernah menimbulkan suasana panas seketika dulu iaitu satu kenyataan beliau ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil di Manek Urai Kelantan dan kemudiannya telah disiarkan oleh beberapa portal berita pada 11 Julai 2009.

Kenyataan kontroversi Hadi Awang "Semua pilihan raya kecil sebelum ini memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tak reti undi, "pakai cawat lagi." Saya bukan nak hina, tapi tempat yang pakai molek undi PAS."

Dan apabila Robby Tandang bersetuju untuk menjadi calon kepada parti PAS yang pernah menghina bangsa dan keturunan beliau sedemikian rupa, adakah para pengundi dari kalangan kaum Iban juga akan turut merestui tindakan Robby Tandang itu jika mereka masih lagi mahu memberi undi kepada parti PAS menentang calon Barisan Nasional Tuan Haji Ahmad Lai Bujang? Tidakkah mereka rasa terhina dengan kenyataan celupar Haji Hadi itu yang menghina bangsa Iban hanya kerana pakaian tradisional yang hanya diguna sewaktu majlis-majlis yang tertentu?

Kaum Iban khususnya dan juga masyarakat Sarawak secara keseluruhannya wajar menolak mana-mana individu dari kaum mereka yang sanggup diperalatkan atau rela menjadi alat kepada sebuah parti yang pernah menghina dan memburuk-burukkan kaum sendiri. Dan beri undi kepada calon atau penyandang kerusi yang nyata telah banyak membantu masyarakat setempat dalam menyelesaikan masalah mereka dan bukannya memilih calon yang mudah dijadikan boneka oleh pemimpin atasan parti mereka.

Berilah undi anda tak kira Iban, Melayu, Kedayan, Melanau mahupun Cina kepada calon daripada Barisan Nasional Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang demi masa depan yang lebih terjamin !

Khamis, Mei 02, 2013

Calon PKR Parlimen Miri dihantui isu Klinik Pengguguran Bayi !

Hari ini calon Barisan Nasional dari parti SUPP untuk kerusi Parlimen Miri, Datuk Sebastian Ting secara terbuka telah mencabar lawannya daripada PKR Dr. Micheal Teo Yu Kheng, Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian serta kedua-dua ADUN daripada DAP bagi kerusi DUN Pujut Dr. Fong Pau Teck dan Alan Ling ADUN Piasau agar menyatakan pedirian mereka masing-masing selaku individu yang beragama Kristian tentang "isu klinik menggugur bayi" yang dikaitkan dengan klinik milik Dr. Micheal Teo yang terletak di Lot 1158, Jalan Sri Dagang berhampiran Waterfront Miri.

Cabaran oleh Datuk Sebastian Ting itu dilakukan sebagai tindakbalas daripada beliau apabila pemimpin-pemimpin PKR dan DAP itu sering melakukan serangan peribadi ke atas beliau pada setiap kali ceramah dalam kempen parti mereka sejak beberapa hari lalu di kawasan Parlimen Miri. Namun Dr. Micheal Teo sehingga kini masih terus mendiamkan diri apabila isu "pengguguran bayi" ditimbulkan oleh pihak BN malah kesemua mereka Baruk Bian, Dr. Fong Pau Teck, Alan Ling dan Chong Chieng Jen juga mengambil sikap yang sama.

Arkib Blog