Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 28, 2011

Polis di serang! ada pihak Pakatan Haram bangkit untuk membela?

Seorang pegawai polis Inspektor Mohd. Firdaus Zainal 29 telah menjadi mangsa tetakan oleh seorang lelaki penduduk kampung di Kedah yang naik berang dan tiba-tiba hilang kawalan diri sebaik mengetahui bahawa kehadiran pegawai polis tersebut ke rumahnya tengah hari semalam yang terletak di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar Yan Kedah bertujuan untuk menyerahkan satu notis saman berkaitan dengan satu perbuatan khianat yang pernah berlaku awal tahun ini melibatkan suspek. Berita lanjut di Utusan Malaysia

Difahamkan bahawa Inspektor Mohd. Firdaus yang dikatakan datang ke rumah lelaki berkenaan bersama dengan beberapa orang anggotanya tanpa membawa sebarang senjata terpaksa mempertahankan diri mereka dari menjadi serangan suspek yang ketika itu bersenjatakan parang panjang cuma berusaha melarikan diri namun gagal berbuat demikian apabila beliau dan seorang lagi anggota polis tidak sempat untuk mengelak parang yang digunakan oleh lelaki itu dari mengenai tubuh mereka.

Sekarang ini agak berlainan, jika dulu pihak polis sering menjadi bahan cacian dan maki hamun oleh pihak-pihak yang pro-Pakatan Haram apabila mereka terlibat di dalam insiden-insiden tertentu yang tidak di sengajakan ketika menjalankan tugas penguatkuasaan menjaga ketenteraman awam contohnya sewaktu berlaku kejadian tidak disengajakan menimpa seorang pelajar iaitu Aminul Rashid yang meninggal dunia setelah terkena tembakan polis gara-gara keengganan pelajar terbabit memberhentikan kereta yang dipandunya dalam keadaan yang mencurigakan untuk diperiksa.

Ekoran tragedi tersebut berbagai desakan demi desakan telah dibuat oleh pihak keluarga allahyarham Aminul Rashid dan juga oleh pihak Pakatan Haram yang meminta agar kerajaan Malaysia menubuh satu Suruhanjaya Di Raja yang bebas untuk menyiasat kejadian itu dan seperti yang diduga kerajaan menurut saja apabila bersetuju menubuhkan Tribunal bebas untuk menyiasat punca kematian Aminul.

Jadi bagaimana pula dengan kes yang ini apabila berlaku anggota polis yang telah menjadi mangsa penjenayah? Ada tak sebarang desakan dibangkit oleh pihak Pakatan Haram supaya kerajaan berbuat sesuatu untuk membela nasib pegawai polis tersebut yang kini terlantar di wad hospital akibat serangan oleh lelaki gila?

Mengapa ya? semakin tinggi mereka belajar makin bodoh pulak !

Setahu saya mereka bergelar mahasiswa yang pergi menuntut ataupun belajar ke pusat-pusat pengajian tinggi tidak kira samada swasta mahupun awam bukannya lamapun cuma untuk tempoh beberapa tahun saja dan jarang yang kita dengar sampai melebihi enam tahun.

Tetapi mengapa mereka harus mensia-siakan masa emas yang mereka perolehi itu yang sepatutnya untuk menuntut ilmu bagi bekalan untuk masa depan diri, keluarga dan bangsa dengan perkara-perkara yang nyata tidak berfaedah sama sekali seperti melakukan berbagai-bagai aktiviti protes terhadap pihak kerajaan yang selama ini telah banyak menyediakan bermacam-macam bentuk kemudahan untuk mereka mendapatkan ilmu?

Bukan semua anak-anak muda khususnya lepasan sekolah di negara ini yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi sebagaimana yang diterima oleh kebanyakkan pelajar yang sudah berjaya diterima masuk ke IPTS atau IPTA contoh seperti Adam Adli serta serta mereka yang lain yang menubuh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kemudiannya bertindak umpama seekor anjing yang tersepit akan menggigit balik tangan orang yang telah membantu melepaskannya dari tersepit.

Di Sarawak dan di Sabah, bukan sedikit jumlahnya mereka yang telah habis belajar di sekolah menengah yang berusaha memohon untuk mendapat tempat di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara ini bagi meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi namun ada yang terpaksa akur dan menerima keadaan apabila gagal di terima masuk atas banyak sebab seperti gagal menerima pinjaman pelajaran dan sebagainya.

Tetapi yang peliknya mengapakah mereka yang sudah berjaya diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi telah menyalahgunakan peluang yang mereka perolehi itu untuk tujuan yang lain sehingga sanggup pula mengabaikan tujuan sebenar mereka sebelum ini iaitu sebelum menjejakkan kaki ke institusi tertentu di negara ini?

Sepatutnya apabila semakin tinggi mereka pergi untuk belajar maka semakin matang dan semakin cerdiklah cara mereka berpikir sebelum bertindak dan bukan sebaliknya...

Arkib Blog