Sudah hampir dua minggu kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal berlalu yang antara lainnya beliau berjanji akan menjamin keselamatan negara Israel seandainya terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia seterusnya jika ditakdirkan Pakatan Haram Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU-13 nanti, namun sejak itu juga kita masih menunggu apa agaknya reaksi sebahagian besar rakyat Indonesia khususnya pihak Laskar Merah Putih berhubung kenyataan tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim itu.
Cuma kenyataan yang keluar adalah daripada pihak-pihak Ulama di Indonesia saja yang melahirkan rasa tersinggung serta tidak berpuashati mereka terhadap pendirian Anwar Ibrahim berkaitan Israel. Mereka hanya mengatakan bahawa tindakan Anwar Ibrahim sangat tidak wajar dan mahu beliau menjelaskan apa sebenarnya maksud disebalik kenyataan yang beliau buat ketika ditemuramah oleh wartawan Wall Street Journal minggu lepas.
Tetapi kita di Malaysia perlu menagih atau menuntut suatu tindakan susulan daripada rakyat Indonesia terutama sekali daripada pihak Laskar Merah Putih berhubung kenyataan Anwar Ibrahim itu sebab sepertimana yang kita tahu bahawa negara Indonesia merupakan sebuah negara yang teramai sekali penduduknya yang beragama Islam dan mereka juga mengakui bahawa 'perjuangan memerdeka Bumi Palestine' merupakan asas serta tunjang utama perjuangan umat Islam Indonesia maka itu kita harap bangun dan bangkit menyatakan bantahan ke atas Anwar Ibrahim.
Kini sudah hampir dua minggu berlalu tetapi pihak Laskar Merah Putih belum menampakkan lagi yang mereka akan menyatakan sesuatu berhubung sokongan Anwar Ibrahim ketua Pembangkang di Malaysia terhadap keselamatan negara haram Israel. Tetapi mengapa sebelum ini sekira ada berlaku perkara yang remeh temeh seperti 'tarian pendet, kain batik, lagu Negaraku' serta perkara-perkara yang kurang jelas seperti 'isu sempadan Tanjung Datu' dan sebagainya mereka begitu cepat bangkit berdemo, merusuh tak tentu pasal seperti yang kerap mereka lakukan di sekitar Bangunan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Jadi apakah pihak Laskar Merah Putih enggan berdemo bagi membantah Anwar Ibrahim kerana tiada pihak dari Malaysia yang sanggup memberi upah wang kepada mereka sebagaimana di terima sewaktu mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran 'ganyang Malaysia' serta 'sweep Malaysia' dengan buluh runcing seketika dahulu?
Kita tahu bahawa mereka ketika itu ditaja oleh pihak ketiga untuk membuat rusuhan di hadapan beberapa pejabat Konsulat Malaysia di Indonesia tetapi bagaimana pula dalam soal mempertahankan perjuangan rakyat Palestine, apakah mereka juga perlu disogok semata-mata untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pihak yang sengaja mengundang kemarahan umat Islam sejagat seperti yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu?
Atau, sekiranyalah pihak lain di Malaysia misalnya Datuk Seri Najib mahupun pemimpin BN lainnya yang membuat kenyataan bertentangan mengenai Israel-Palestine seperti yang Anwar Ibrahim keluarkan, apakah pihak Laskar Merah Putih atau rakyat Indonesia akan berdiam diri? Rasanya tentu tidak, kerana apabila mereka memperolehi imbuhan yang lumayan daripada pihak berkepentingan di Malaysia nescaya mereka akan bangkit mengumpul perusuh seramai mana yang boleh bagi membuat kacau dan pihak tertentu di negara ini pasti akan mengambil peluang dari keadaan yang sedang berlaku untuk tujuan politik sempit mereka.
Apa-apapun kita perlu menunggu apakah selepas ini terdapat pihak dari kalangan rakyat biasa di Indonesia yang akan bangun bersuara menyatakan bantahan terhadap kenyataan Anwar Ibrahim itu sepertimana yang biasa mereka lakukan sebelum ini sebaik saja ada berlaku pertelingkahan kecil antara Malaysia dengan Indonesia.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Februari 14, 2012
Siapa sebenarnya yang berhak ke atas Gua Batu atau Batu Caves?
Saya sebenarnya merujuk kepada tulisan saudara Hishamuddin Rais dalam Malaysianinsider yang menulis mengenai kenangan silam beliau berhubung dengan cerita lama serta sejarah asal-usul Gua Batu atau sekarang lebih dikenali sebagai Batu Caves.
Menurut saudara Hishamuddin Rais, Batu Caves sebagaimana kisah yang telah ditulis dalam buku yang dikarang oleh Datuk A. Samad Said bahawa gua tersebut asalnya adalah penempatan bagi suku kaum Pribumi iaitu Orang Asli di Semenanjung Malaysia tetapi tidak tahu bagaimana akhirnya Batu Caves boleh berpindah milik kepada pihak lain.
Rujukkan di sini dan kita juga boleh bertanya tentang banyak perkara seperti Little, little, little, little dan little.
Menurut saudara Hishamuddin Rais, Batu Caves sebagaimana kisah yang telah ditulis dalam buku yang dikarang oleh Datuk A. Samad Said bahawa gua tersebut asalnya adalah penempatan bagi suku kaum Pribumi iaitu Orang Asli di Semenanjung Malaysia tetapi tidak tahu bagaimana akhirnya Batu Caves boleh berpindah milik kepada pihak lain.
Rujukkan di sini dan kita juga boleh bertanya tentang banyak perkara seperti Little, little, little, little dan little.
Label:
Batu Caves
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com