"Kami nak memerintah Malaysia, ini tiada kaitan dengan seseorang individu..." ! atau maksud yang lebih tepat lagi "kami mahu memerintah Malaysia dan kami tidak kisah siapa Anwar Ibrahim..." ! itulah antara lain jawapan yang tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Presiden PAS YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang Cawat setelah soalan dari wartawan yang sepatutnya dijawab oleh Anwar sendiri tetapi secara tiba-tiba telah dipassing kepada Hj Abdul Hadi oleh Anwar Ibrahim.
Abdul Hadi semasa dalam sidang media bersama Anwar, Azmin, Mustafa Ali dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain yang sebelumnya kelihatan masih memegang telefon bimbit sambil berbalas-balas mesej dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat jelas terperanjat setelah menyedari yang Anwar Ibrahim meminta beliau menjawab soalan yang diajukan oleh para wartawan berhubung dengan cadangan Datuk Husam Musa berkenaan dengan ujian poligraf kepada Datuk Shazril Eskay Abdullah serta juga ajakan Datuk Eskay agar Anwar Ibrahim juga turut sama menjalani ujian poligraf.
Abdul Hadi yang tidak jelas dengan soalan yang ditanya oleh wartawan dan dalam keadaan yang masih terpinga-pinga terpaksa juga menjawab perkara yang bukan dimaksudkan oleh wartawan "kami nak memerintah Malaysia, ini tiada kaitan dengan seseorang individu(kami tak kisah Anwar tu macam mana orangnya), lantaklah dia nak bervideo seks sampai ke pagi ke...janji kami dapat perintah Malaysia."
Dulu bukan main puak-puak Pakatan Pembangkang ini, mahu pemimpin yang putih bersih suci murni dari segala skandal sampai sanggup lagi puak mereka membuat gambar "superimpose" bertujuan untuk memburuk-burukkan imej YAB Datuk Seri Mohd Najib dengan harapan agar beliau tidak diangkat naik menjadi seorang Perdana Menteri di Malaysia.
Dan apabila terpaksa menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun mereka sedar siapa Anwar yang sebenarnya, telah dengan jelas menunjukkan kepada kita semua bagaimana terdesaknya Pakatan Pembangkang dalam mengejar kuasa untuk memerintah negara Malaysia. Mereka sudah tidak kisah lagi siapa Anwar Ibrahim asalkan impian bersama untuk ke Putrajaya menjadi kenyataan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Mei 03, 2011
Azmin Ali bertegas tak mahu Anwar dipoligraf !
Macam mana agaknya senikata lagu "Suci Dalam Debu" nyanyian Saleem Iklim ? Lagu "Suci Dalam Debu" amat sesuai dimainkan ketika proses "ujian poligraf" dilakukan. Lebih kurang macam nilah agaknya senikata lagu tersebut;
"Engkau bagai air yang jernih...
Didalam bekas yang berdebu...
Zahirnya kotoran itu...terlihat,
...kesucian terlindung jua...
Cinta bukan hanya dimata...
Cinta hadir didalam jiwa...
Biarlah salah dimata...mereka,
...biar perbezaan terlihat antara kita...
Ku harapkan kau...kan terima,
...walau dipandang hina...
Namun hakikat cinta kita...kita yang rasa...
Suatu hari nanti...pastikan bercahaya...
..pintu akan terbuka...hina jadi mulia...
Bukan khayalan...yang aku berikan,
...tapi keyakinan yang nyata...
Kerana cinta...lautan berapi...
...pasti akanku renang jua..."
Tapi sayangnya Azmin Ali tak kasi Anwar lakukan ujian poligraph mungkin agaknya risau tulang belakang Anwar kembali sakit...

Label:
video porno
Krisis di Libya: sampai bila pemimpin negara2 Islam sanggup membisu ?
Atas nama perjuangan membenteras keganasan, negara-negara kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan Israel telah menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk menghancurkan mana-mana negara Islam yang mereka rasa mampu menggugat kedudukan ekonomi negara mereka.
Saddam Hussein, bekas Presiden Iraq telah ditangkap oleh unit tentera Amerika Syarikat disebuah kawasan terpencil selatan Tikrit pada waktu subuh 14 Disember 2003 dan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 30 Disember 2006 atas dakwaan menyebabkan kematian 181 rakyat Iraq keturunan Kurdish di utara negara berkenaan dan juga atas alasan memiliki senjata pemusnah besar-besaran yang kononnya telah disembunyikan oleh Saddam Hussein disatu tempat yang tidak diketahui. Namun semua dakwaan itu sehingga sekarang masih tidak dapat dibuktikan oleh Amerika Syarikat walaupun selepas 5 tahun kematian Saddam Hussein.
Gambar disebelah, kereta yang digunakan oleh seorang Ahli Parlimen Malaysia dari PKR juga sekutu kuat Israel iaitu Tian Chua Bo Liau. Kereta mewah milik Tian Chua wakil rakyat kawasan Parlimen Batu pernah digunakan untuk melanggar seorang anggota Askar Melayu Di Raja Malaysia pada 13 Mac 2010 jam lebih kurang pukul 9:30 malam di KM 49 Jalan Johor Bahru - Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi negeri Johor.
Tiada sebarang desakkan dibuat oleh mana-mana ahli-ahli politik daripada Pakatan Pembangkang menggesa kerajaan Barisan Nasional untuk menubuhkan satu Tribunal Bebas atau satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kes tersebut sebagaimana yang sering mereka buat sebelumnya misal dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan A. Kugan.
Saif Al-Arab Muammar Gadhafi 29, anak lelaki bongsu Pemimpin Libya telah terkorban akibat serangan pengganas NATO di Tripoli. Saif Al-Arab yang masih menuntut di Jerman bersama-sama 3 anak saudaranya juga cucu kepada Muammar Gadhafi maut setelah rumah kediamannya dibedil bertubi-tubi oleh tentera pengganas NATO.
Tiada sebarang kecaman dibuat oleh mana-mana pemimpin dari negara Islam termasuklah Malaysia berhubung dengan serangan kejam tentera pengganas NATO yang mengakibatkan nyawa kanak-kanak turut menjadi korban. Hanya dua pemimpin dari negara bukan Islam yang mengecam keras kezaliman tentera NATO ke atas Libya yang diketuai oleh Perancis itu Vladimir Putin Perdana Russia dan Presiden Venezuela Hugo Cavez. Peminpin dari negara-negara lain nampaknya sangat takut kepada Amerika Syarikat, mungkin kerana mahu terus dipuji Amerika Syarikat maka terpaksalah mengunci mulut rapat-rapat supaya jangan terkeluar sebarang komen yang akan menyinggung pihak Amerika Syarikat.
Gambar sebelah kanan menunjuk seorang remaja, seorang penuntut di UiTM iaitu Mohd Bakri Mohd Bazdli telah koma untuk beberapa minggu didalam sebuah wad Hospital di Selangor setelah dilanggar oleh ADUN Sekichan YB Ng Swee Lim pada 8 February 2010 jam 12:30 pagi di kawasan lampu isyarat Unisel Seksyen 7 Shah Alam.
Ng Swee Lim sekutu Israel itu dikatakan memandu kereta ketika dibawah pengaruh alkohol manakala Mohd Bakri yang menunggang motosikal sedang berhenti sementara sedang menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau sebelum meneruskan perjalanan balik ke kediamannya.
Kejadian malang melibatkan Mohd Bakri dengan ADUN Sekinchan ini juga langsung tidak mendapat sebarang perhatian dari mana-mana ahli politik baik dari Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Pembangkang sendiri. Tiada sebarang tuntutan dibuat untuk memberikan keadilan kepada mangsa jauh sekali memberi tekanan kepada pihak kerajaan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes tersebut.
Ini lagi satu, semua pemimpin negara-negara Islam seluruh dunia percaya dengan pembohongan pihak Amerika Syarikat. Kalau Amerika Syarikat kata dulu ada satu individu bernama Osama Bin Laden ketua rangkaian Al Qaeda adalah pengganas yang bertanggungjawab terhadap serangan bom yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia (WTO) di Amerika Syarikat pada 11 September maka kesemuanya akan angguk kepala tanda setuju.
Kini setelah lama diburu akhirnya Amerika Syarikat mengumumkan bahawa Osama bin Laden sudah mati dalam satu operasi yang diketuai oleh tentera Amerika Syarikat apabila terkena tembakan tepat di kepala beliau dan mayat Osama didakwa telah dibuang kedalam laut utara Mesir. Semua pemimpin negara-negara Islam dan bukan Islam seluruh dunia bersorak girang meraikan berita berkenaan kecuali Venezuela dan Russia yang tidak suka dengan cara Amerika Syarikat itu.
Dengan tamatnya penipuan Amerika Syarikat tentang kisah Osama bin Laden yang dicipta khas sebagai lesen untuk membolehkan tentera negara pengganas itu terus berkubu di tengah negara Afghanistan, kini sasaran Amerika Syarikat seterusnya Lybia atau Muammar Gadhafi sendiri. Dalam isu ini nampak sangat negara-negara Islam lain lebih berpihak kepada Amerika Syarikat mungkin bimbang kepentingan dengan negara tersebut menjadi terjejas atau takut hilang pujian daripada Presiden Barrack Obama yang memang suka mengampu.
Label:
obama
Keganasan tidak akan lenyap selagi puncanya tidak dihapuskan !
Filem "Osama Bin Laden" sebuah filem berat Barat yang diilhamkan oleh negara pengganas utama iaitu Amerika Syarikat telah berakhir semalam dengan episod terakhirnya dipaparkan kepada masyarakat seluruh dunia mengisahkan seorang yang kononnya pelampau Islam bernama Osama bin Laden sudah terkorban didalam serangan sengit tentera elit Amerika Syarikat di Islamabad Pakistan.
Biasanya kalau bab hero-hero sesebuah filem Amerika Syarikat tidak pernah kita lihat yang watak utama dalam sesebuah filem itu mati contoh seperti dalam filem Rambo, Rambo I, Rambo II, Rambo III, Buck Rogers, Rick The Greatest American Hero dan lain-lain lagi memang watak akan terus hidup walaupun jelas kelihatan hero mereka bertempur menghadapi musuh yang jauh lebih ramai.
Tetapi untuk kali ini nampak sangat berbeza dari segi jalan cerita dimana seorang hero yang diburu sekian lama dan tidak hero yang memburu seperti kebiasaannya dalam mana-mana filem digambarkan sebagai telah mati dan sebabnya ialah watak Osama bin Laden adalah tentang seorang pejuang Islam dan diakhir kisah heronya dikehendaki kecundang serta tewas ditangan pihak lawan dan nampaknya banyak orang Islam sendiri di seluruh dunia yang bersetuju dengan pembohongan pihak Amerika Syarikat.
Pengumuman Presiden Barrack Obama mengenai kematian Osama bin Laden yang "tidak pernah wujud" adalah semata-mata untuk menutup penipuan yang telah dicipta oleh bekas presiden Amerika Syarikat yang terdahulu George W. Bush yang semakin lama menyebabkan kemampuan tentera Amerika Syarikat mulai diragui dalam mengesan lokasi-lokasi atau kedudukan suspek sekiranya memang benar Osama bin Laden itu wujud. Maka demi untuk menyelamatkan maruah negara Amerika Syarikat, mahu tidak mahu Obama terpaksa menamatkan jalan cerita dalam filem berkenaan juga dengan cara berbohong dan menipu masyarakat dunia keseluruhannya.
Dari segi "DNA" yang kononnya sepadan dengan DNA milik Osama bin Laden oleh pakar forensik Amerika Syarikat juga dakwaan pihak Amerika Syarikat sendiri bahawa jenazah Osama yang dikatakan telah dikubur dengan cara dibuang ke dalam laut di utara Mesir sehingga mendapat bantahan pemimpin-pemimpin Islam di Mesir adalah satu lagi bentuk pembohongan oleh negara pengganas itu yang masyarakat dunia tidak perlu lagi untuk mempercayainya.
Dengan menamatkan sandiwara filem "Osama bin Laden" oleh Amerika Syarikat maka ramai pemimpin dunia yang percaya yang keganasan akan dapat dihapuskan tetapi mereka sudah lupa yang dulu bahawa YAB Tun Dr Mahathir Mohathir pernah mengingatkan selagi punca keganasan sebenar tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh maka selagi itulah usaha untuk melihat keamanan menyeluruh di muka bumi ini tidak akan tercapai.
Tun Dr Mahathir sering merujuk kepada Rejim Israel iaitu sekutu Amerika Syarikat sebagai negara pengganas sebenar yang patut dihapuskan terlebih dahulu sekiranya mahu keganasan dunia ditamatkan.

yahudi
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com