Biarpun sebelum keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kedudukan siapa MB Perak yang sah diumumkan, bekas MBnya Nizar Jamaluddin pernah menyatakan bahawa mereka akan akur kepada keputusan hakim dan kenyataannya itu diperkuatkan lagi dengan ulasan beliau sejurus selepas keputusan mengenainya dibuat.
Tetapi malangnya, kesukaran Pakatan Pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR untuk menerima dengan hati yang terbuka berkenaan dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu susah untuk disembunyi. Segala apa yang tersimpan didalam pekung mereka selama ini semuanya seolah-olah kian tidak tertahan lagi untuk keluar.
Kita semua faham sangat bagaimana perasaan mereka ini apabila sesuatu benda yang sudah didalam genggaman dan yang sedang dikendong jatuh berciciran sementara sesuatu yang mereka sedang kejar selama ini langsung tak dapat. Kalau bagi orang yang lemah akal menghadapi keadaan seperti itu tentu akan jadi lebih gila lagi daripada orang yang kurang siuman.
Tidak sampaipun dua hari keputusan itu diumumkan, kedengaran suara-suara serta khabar berita yang menyebut bahawa pihak Pakatan Pembangkang akan membuat tindakan susulan berhubung dengan keputusan itu. YB Nizar sendiri ada menyatakan bahawa beliau akan mendapat pembelaan diatas keputusan Mahkamah Rayuan itu. Peguam beliau iaitu Sulaiman Abdullah juga telah memberitahu bahawa dia akan merujuk keputusan Mahkamah Rayuan itu ke Mahkamah Persekutuan sebagai protes kepada keputusan yang telah dibuat oleh panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan.
Jika Pakatan Pembangkang masih lagi meneruskan niat mereka untuk berbuat demikian ini bermakna mereka memang sah dan jelas telah menentang keputusan Sultan Perak, menentang apa yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan dalam erti kata yang lain mereka tidak akan terima apa-apa saja keputusan sekiranya tidak menyebelahi kepada pihak mereka.
Pada pendapat saya tindakan yang telah dan yang akan dilakukan oleh Pakatan Pembangkang selama ini serta seterusnya bukanlah untuk menjaga kepentingan rakyat tetapi sekadar untuk mempertahankan kedudukan mereka sendiri bagi menjaga kepentingan diri sendiri dan juga kepentingan kelompok mereka.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Mei 23, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com