Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 15, 2011

Perang Salib?! Datuk Ibrahim Ali usahlah membakar kelambu !!!

Saya sebenarnya amat kagum dengan kegigihan YB Datuk Ibrahim Ali didalam memperjuang serta mempertahankan hak kaum Melayu di negara ini selain maruah agama Islam tetapi hari ini saya pikiran saya terkandas mengenainya apabila terbaca tulisan dalam blog Berani Membuat Pilihan tentang kesediaan Datuk Ibrahim Ali untuk bertarung dalam "Perang Salib" bagi menentang orang-orang Kristian di negara ini.

Sampai begitu sekali ke pandangan Datuk Ibrahim Ali terhadap orang-orang Kristian lain di dalam negara ini yang tidak semuanya bersetuju dengan tindakan bertentangan dengan semangat 1Malaysia oleh sebilangan kecil pemimpin Kristian yang bersekongkol dengan pemimpin pakatan pembangkang untuk menggugat ketenteraman kaum di negara ini.

Nasihat daripada saya selaku rakyat yang kerdil dari segala segi ini kepada YB Datuk Ibrahim Ali, kalau boleh buatlah sesuatu tindakan itu dengan cermat dan teliti, jangan terlalu ikut emosi. Negara kita ada undang-undang dan jangan hanya kerana marahkan seekor dua nyamuk atau pijat habis satu bilik mahu dibakar sama. Kita tidak mahu hal seperti ini akan berlaku dalam negara kita.

Berpuluh-puluh tahun keamanan dan keharmonian negara ini diperjuangkan dengan segala kudrat yang ada pada semua pihak maka tentulah kita semua tidak rela untuk melihat ianya nanti akan lenyap dan hancur musnah dalam sekelip disebabkan hanya oleh satu kesilapan dalam bertindak.

Tidak salah untuk Datuk Ibrahim Ali memerangi mana-mana anasir yang cuba untuk menggugat hak kaum serta agamanya sebab sikap itu adalah harus ada pada setiap orang tetapi dalam pada itu beliau juga sepatutnya melihat dan memikirkan kesannya terhadap keamanan negara serta perpaduan kaum di negara ini jika semua tindakan yang dibuat semuanya ditentukan oleh emosi yang meluap tanpa dikawal oleh pikiran yang waras.

Sekali lagi perlu diingatkan bahawa tidak semua orang Kristian di negara ini terutamanya orang Kristian di Sarawak dan Sabah khususnya kaum Bumiputera yang suka dengan agenda dibawa oleh pemimpin-pemimpin gereja yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan juga ada yang berasal dari luar negara. Kebanyakkan mereka ini(pemimpin gereja bukan anak Sarawak/Sabah) lebih suka untuk melaga-lagakan penganut Kristian dengan kerajaan sedia ada(BN) sedangkan itu kami tidak suka.

Harap tolong jangan turut melibatkan penganut Kristian Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang dan janganlah hanya kerana isu itu maka keseluruhan orang Kristian di Malaysia ini dianggap sebagai musuh dan mahu diperangi. Bertindak tak salah untuk bertindak tetapi janganlah keterlaluan. Percayalah tidak semua orang Kristian di negara ini yang menyimpan niat sama seperti yang cuba digambarkan oleh "Kristian celup" dalam DAP.

Konsert khas 'Jilat ke Syurga' sempena fatwa baru Nik Aziz



"Wahai pemuda, wahai pemudi
Jadilah kamu rakyat yang berbakti
Kami berjanji akan tepati
Semua impian yang anda hajati...

"Rumah yang besar, kereta yang mewah
Semuanya ada ditangan anda
Hidup yang senang penuh impian
Jangan bertanya serahkan pada saya...

"Jilat, jilat mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat"...

"Macamana? Ada berani ka?
Ini tawaran hanya sekali braders and sisters !

Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya,
Ini real, ori punya !
Gerenti kaya raya ! mari, mari !...

"Jilat, jilat mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat"...

"Wahai pemuzik, underground rockers
Jangan bermimpi, jangan idealistik
Kalau nak kaya, nak jadi rockstar
Marilah mari, sain kontrak kami...

"Nak masuk radio, masuk MTV
Kenalah kamu menari macam kami
Tengok saja, Carburetor Dung
Cakap besar, tak kaya-kaya...

"Jilat, jilat semua nyanyi menjilat
Jilat, jilat mari semua jilat"...

"Jilat, jilat, jilat !
Jangan tak jilat !
Jilat, jilat !

Jubor korporat sedap !

(konsert anjuran PKR 6 Julai 2008 di Stadium Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan) ...kecoh dan huru hara gara-gara vokalis Carburetor Dung tunjukkan punggungnya kepada ahli PKR...

Rakan Anwar boss IMF kena tangkap polis kerana cubaan merogol, Konspirasi BN lagi!!!

Ketua Eksekutif Dana Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Khan ditangkap setelah berjaya ditahan ketika berada didalam sebuah pesawat oleh sepasukan polis New York kerana terlibat dalam satu kes cuba merogol seorang pekerja hotel tempat beliau menginap - Utusan Malaysia

Kalau tak silap Dominique Strauss-Khan juga adalah merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Anwar sendiri juga kini sedang berdepan dengan isu moral yang sangat rendah dan sungguh memalukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Tentu nanti puak-puak dalam PR(Penipu Rakyat) akan kata itu semua kerja jahat BN, konspirasi terancang UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional untuk menjatuhkan boss IMF itu...

Video terjahan halilintar

Petanda-petanda akhir zaman. Manusia yang dah sedar akan kekhilafan dan kesilapan dengan apa yang pernah dilakukan, insaf dan bertaubatlah..Tuhan Maha Pengampun

Arkib Blog