Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Januari 16, 2011

Injap jantung ikan Gelama bernilai lebih dari RM1000 untuk satu di Sarawak !

Samada untuk mempercayainya ataupun tidak bahawa satu injap untuk seekor ikan gelama(dalam gambar) atau lebih dikenali di Sarawak sebagai ikan terusan boleh dijual dengan harga lebih satu ribu ringgit adalah terpulang kepada diri masing-masing kerana dari maklumat yang saya perolehi memang benar yang injap ikan berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada para pengusaha restaurant serta kedai-kedai makanan dan juga daripada orang perseorangan hampir di seluruh negeri Sarawak ketika ini.

Keistimewaan yang terdapat pada injap ikan terusan atau gelama menurut sumber yang boleh dipercayai ialah ia mempunyai nilai-nilai perubatan dan ianya sangat baik untuk mereka yang sering menghidap sakit belakang, sakit tulang belakang dan juga sakit buah pinggang serta sakit di bahagian ginjal.
 Jika sebelum ini di Sarawak, orang ramai sudah sedia maklum dengan harga telur untuk satu ekor ikan terubok(dalam gambar) adalah sudah melebihi pada paras harga RM50 ke atas sehingga RM80 dan ia mudah didapati di pasar-pasar basah ataupun di pasar-pasar tamu yang terdapat di bandar-bandar utama seperti di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu dan juga di Miri.

Kenapa harga telur ikan ini menjadi begitu istimewa dan tinggi berbanding dengan harga sekilo ikan terubok itu sendiri jika ianya dijual secara timbang di pasar-pasar tertentu, ini mungkin dari segi rasanya yang begitu enak serta berlemak namun tiada alasan untuk mengaitkan kebaikan serta khasiat telur ikan terubok dari segi kesihatan bagi mereka yang gemar memakannya.
Berlainan pula dengan ikan haruan(dalam gambar), ikan haruan selalu dikait dengan sikap orang tua yang menjahanamkan keluarga sendiri seperti memusnahkan harapan masa depan anak-anak apabila berlakunya kegiatan sumbang muhram dalam keluarga tetapi dalam bidang perubatan khususnya mereka yang pernah menjalani pembedahan pada bahagian dalam tubuh maka ikan inilah yang sering disarankan oleh para doktor untuk dimakan oleh pesakit setelah selesai pembedahan sebagai yang terbaik dan berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan dari kesan jahitan serta menyegerakan percantuman organ dalaman yang disambung dan sebagainya.

Tentang keistimewaan ikan terusan atau gelama ini mungkin ianya sesuatu yang agak baru bagi saya tetapi bagi mereka yang lebih lama tahu mengenainya adalah satu perkara biasa saja namun apa yang kita harapkan dari pengetahuan ini adalah akan ada satu tindakan susulan dari pihak yang berkenaan supaya para nelayan mempunyai satu lagi punca rezeki yang lebih besar selain hanya bergantung dengan menangkap ikan semata-mata dengan membina kolam masing-masing tempat untuk membiak anak-anak ikan gelama atau terusan ini lalu memelihara sebeberapa banyak yang boleh bagi memastikan bekalan untuk injap jantung ikan tersebut sentiasa ada dan tidak berkurangan kepada para peraih atau pelanggan.

Arkib Blog