Kita semua perlu sedar bahawa tiada satupun pertelingkahan yang berlaku diantara satu pihak dengan pihak yang lain boleh dianggap sebagai telah selesai hanya kerana apabila sesuatu isu itu telah reda dan semakin dilupakan tanpa adanya permohonan maaf daripada pihak yang memulakan sengketa terhadap pihak yang telah dituduh mereka dengan perkara penyebab yang tidak berasas sama sekali.
Begitu juga dengan krisis yang terbaru diantara rakyat Indonesia dengan Kerajaan serta juga dengan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, dimana masalah timbul setelah rakyat Indonesia menuduh Kerajaan Malaysia mencuri tarian "pendet" iaitu salah satu tarian tradisi masyarakat Hindu di Bali. Setelah menuduh Kerajaan Malaysia mencuri tarian tersebut, mereka menuduh pulak lagu 'Negaraku' telah ditiru daripada sebuah lagu lama ciptaan seorang pencipta lagu dinegara mereka.
Tidak cukup dengan itu, mereka terus berusaha sedaya upaya untuk mencari dan menggali sesuatu benda yang ada di Indonesia jika ada persamaan dengan benda yang ada di Malaysia seperti dari segi reka bentuknya, termasuk warna, ciri-ciri sesuatu benda itu dan sebagainya. Misalnya bendera UMNO dikatakan telah ditiru dari bendera Indonesia, bangunan berkembar Petronas dikatakan ditiru dari binaan Borobudor dan mungkin selepas ini akan ada bermacam-macam lagi tuduhan liar yang akan mereka lemparkan terhadap Malaysia.
Apakah dengan kunjungan Presiden Indonesia, Tuan Susilo Bambang Yudhoyuno dalam masa yang dikatakan terdekat ini ke Malaysia diyakini akan mampu menyelesaikan kemelut ini? Saya fikir ianya mungkin tidak akan terjadi sebagaimana yang diharapkan, malah jika silap langkah kemungkinan akan meledakkan kembali api kebencian yang masih sedia meluap-luap pada diri sesetengah daripada rakyatnya terhadap negara serta rakyat Malaysia dan pasti isu itu akan menjadi lebih rumit lagi.
Dengan memiliki sikap angkuh, sombong dan malu untuk menerima hakikat yang sebenarnya serta sikap lupa diri yang masih menebal pada jiwa dan diri sesetengah rakyat Indonesia, maka saya berpendapat memang sangat sukar bagi kita untuk membawa mereka bersama kembali berdamai secara kekal atau mutlak. Selagi sikap yang merugikan itu masih terus bersarang didalam jiwa mereka maka selagi itulah harapan kita untuk melihat persefahaman sejati supaya ianya akan wujud dikalangan rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia adalah memang mustahil akan tercapai.
Untuk kita mendesak mereka agar memohon maaf diatas semua perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap Negara kita yang ternyata telah meremukkan hati kita sebagaimana hancurnya bendera kita setelah dibakar oleh mereka adalah sesuatu yang sangat mustahil sekali untuk mereka turuti. Semuanya kita boleh lihat, walaupun berkali-kali usaha telah dijalankan oleh semua pihak bagi menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku termasuk permohonan maaf oleh pihak "Channel Discovery" dari Singapura terhadap kerajaan Indonesia, iaitu pihak yang menjadi punca sebenarnya isu itu, namun segalanya tidak mampu juga untuk menenangkan mereka, semua usaha itu dilihat umpama mencurah air ke daun keladi, semuanya sia-sia belaka.
Sekiranya lawatan Presiden Susilo itu nanti dilihat dapat untuk menyelesaikan krisis itu, tetapi jika tidak disertai dengan satu permohonan maaf khusus secara bertulis dalam bentuk surat terbuka oleh pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung dengan aktiviti membakar Jalur Gemilang baru-baru ini, juga pihak yang telah menceroboh pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta serta pihak yang telah menganjurkan kempen "sweep org Malaysia" atau "ganyang Malaysia" sudah tentu sekali lawatan itu dilihat hanyalah sebagai satu usaha untuk meredakan saja dan bukannya usaha untuk menamatkan masalah tersebut daripada terus menghantui hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
Rakyat Malaysia keseluruhannya dan juga sesetengah daripada rakyat Indonesia yang masih sukakan perdamaian tidak boleh terus bergantung harap sepenuhnya hanya kepada kepada pemimpin masing-masing untuk mencapai kata sepakat didalam soal menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit melainkan rakyat itu sendirilah yang punya rasa tanggungjawab yang lebih untuk merealisasikan apa yang telah dipersetujui agar dapat dicapai dan terus berkekalan.
Yang terus menjadi masalah dalam usaha untuk ke arah itu nanti tentu sekali datangnya daripada sesetengah rakyat Indonesia itu sendiri. Tentu sangat sukar bagi mereka untuk mengaku akan kesilapan serta tuduhan palsu yang pernah mereka sendiri telah lakukan dan lemparkan sebelum ini terhadap Malaysia serta rakyatnya. Bagi mereka walaupun sudah tahu tindakan mereka telah silap, namun mereka berpendapat jika memohon maaf kepada rakyat Malaysia bermakna mereka telah tewas dan bagi mengelak perkara itu berlaku serta untuk mengelak rakyat Indonesia akan dilabel sebagai yang sedemikian maka jalan yang harus dan terpaksa mereka pilih ialah teruskan saja permusuhan dengan rakyat Malaysia walaupun sedar bahawa perjuangan mereka sebenarnya berbekalkan kesilapan.
Oleh itu, demi untuk kelangsungan hubungan harmoni dan mesra di antara Malaysia dengan Indonesia, bagi saya adalah tidak salah bagi sesetengah daripada rakyat Indonesia untuk mengorbankan sedikit sikap yang suka menyalahkan orang lain jika berlakunya sesuatu hal serta suka bermegah-megah dengan kejayaan lampau serta tidak bersedia untuk menerima hakikat yang setiap negara walaupun dahulunya mereka anggap sebagai seekor semut tetapi kini telah mampu berubah menjadi seekor harimau.
Berubahlah daripada sikap atau tabiat yang suka melayan emosi yang berlebihan kepada sifat yang inginkan kesederhanaan dalam semua perkara. Untuk maju, terus saja lihat kedepan dan jangan sering memikirkan bagaimana cara untuk kembali melangkah semula ke belakang. Yang lalu biarlah berlalu, biar ianya menjadi sejarah. Ingatlah kata Tan Sri P.Ramlee, "barang yang lepas hai janganlah dikenang, jika dikenang merana badan."
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, September 13, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com