Apakah kemelut politik di Negeri Perak akan berakhir dengan aman atau akan berterusan seperti suasana semasa di Selatan Filipina, di Selatan Thailand ataupun seperti di Myanmar? Sejak berakhirnya PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, maka dari situ lah bermulanya krisis politik di Negeri Darul Ridzuan itu.
Krisis politik di Perak mula memuntahkan laharnya apabila " Kuda Trojan" melompat keluar dari pagar UMNO dan masuk ke dalam kandang kuda PKR. Krisis itu tidaklah berhenti setakat disitu saja, malah lebih parah lagi apabila 2 kuda PKR bersama satu kuda "female" DAP pula melompat keluar dari pintu kandang Pakatan Pembangkang dan memakan rumput segar didalam kawasan padang ragut UMNO. Dan keadaan itu menjadi lebih mencemaskan pihak Pakatan Pembangkang apabila kuda UMNO yang baru masuk ke kandang mereka telah merasa sakit perut sesudah makan rumput yang layu di kawasan PKR lalu melompat semula ke dalam kandang UMNO.
Sebenarnya seluruh rakyat Malaysia saya rasa masih ingat lagi apa yang telah berlaku sejak dari peristiwa ADUN Kawasan Bota iaitu YB Datuk Nasaruddin Hashim telah mengistyiharkan keluar daripada UMNO dan menyertai PKR pada 25 January 2009 dan kisah 3 orang ADUN dari Pakatan Pembangkang yang telah mengumumkan keluar dari perjuangan Pakatan Pembangkang dan memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.
Berikutan daripada perkembangan yang telah berlaku, maka secara sendirinya kepimpinan di Negeri Perak tentunya akan berpindah tangan daripada Pakatan Pembangkang kepada BN. Tetapi keputusan itu sukar diterima oleh barisan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang kononnya merekalah pejuang demokrasi, malah kes itu telah di bawa ke mahkamah Tinggi untuk diputuskan walaupun mereka tahu bahawa Pakatan Pembangkang telah hilang kuasa memerintah setelah kekurangan suara majoriti di dalam dewan.
Tambah menyedihkan lagi, apabila keputusan yang memberikan kuasa kepada BN untuk mentadbir Negeri Perak setelah KDYMM Baginda Sultan Perak memberi perkenan kepada BN untuk menubuhkan Kerajaan telah ditentang habis-habisan oleh Pakatan Pembangkang. Titah KDYMM Sultan Perak agar Nizar Jamaluddin melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar tidak dihiraukan langsung oleh Pakatan Pembangkang.
Paling memilukan serta memalukan ialah tindakan Pakatan Pembangkang demi mempertahankan kuasa yang sudah jelas tidak lagi berpihak kepada mereka, Nizar serta sekutu beliau seperti DAP dan PKR sanggup menyembahkan penderhakaan mereka terhadap KDYMM Sultan Perak dengan membelakangkan segala Titah Baginda serta telah membawa isu status jawatan Menteri Besar Perak kepada mahkamah untuk diselesaikan.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah mengesahkan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tentu sekali memeranjatkan rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi, yang mempunyai akhlak tinggi, yang bermoral. Bagi puak-puak yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusian seperti itu iaitu sifat-sifat tahu menghormati perasaan orang lain serta tahu erti menghargai sesiapa juga yang membuat kebaikan, maka keputusan oleh Mahkamah Tinggi adalah sebagai adil buat mereka tetapi jika keputusan adalah sebaliknya sudah tentu Mahkamah, Polis dan Kerajaan akan di persalahkan serta menjadi mangsa.
Apabila dilihat dari sudut iaitu mengenai "undang-undang tubuh Negeri Perak" jelaslah keputusan yang telah di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah silap. Sebab kenapa silap? Sebab setiap sesuatu yang berkaitan dengan pentadbiran di sesebuah negeri itu termasuklah di Negeri Perak adalah tertakluk kepada Kuasa Sultan dan Raja. Keputusan muktamad adalah daripada Sultan dan Raja dimana kuasa untuk memperkenan ataupun tidak bersetuju adalah terletak di atas budi bicara Sultan dan Raja.
Mungkin juga Pakatan Pembangkang terutamanya Nizar, tidak sedar bahawa KDYMM Sultan Azlan Shah pernah bertitah bahawa Sultan ataupun Raja sebenarnya berada terletak di atas kepentingan politik dan bermakna Institusi Raja adalah mengatasi segala kehendak politik. Baginda juga pernah menyatakan bahawa kuasa Sultan dan Raja tidak terdaya untuk dibabitkan kedalam masalah politik yang sengaja diwujudkan oleh sesetengah parti politik terutamanya Pakatan Rakyat.
Sekarang ini kita semua telah menyaksikan sendiri tentang apa yang telah terjadi dengan suasana politik di Negeri Perak. Kita semua juga telah tahu apa yang telah berlaku selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan bahawa Nizar Jamaluddin sah sebagai Menteri Besar Perak. Hakim Mahkamah Tinggi yang mempengerusikan sidang itu juga telah mengemukakan beberapa sebab yang sukar diterima akal kenapa beliau membuat keputusan yang memberikan hak sebagai sebagai Menteri Besar yang sah kepada Nizar.
Berikutan dari keputusan Mahkamah itu, kita telah melihat babak baru dalam politik di Perak telah muncul selang diantara19, 20, 24, 26, 29 jam sekali. Kita telah menyaksikan bagaimana MB Perak YAB Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah keluar dari pejabat MB Perak serta diikuti oleh para Exconya sebaik saja menerima pengumuman keputusan kes itu. Kita juga telah melihat bagaimana Nizar hanya bertahan selama 19 jam sebagai Menteri Besar Perak apabila Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menangguhkan sementara pengistyiharan Nizar sebagai MB yang sah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi setelah menerima fail rayuan yang dikemukakan oleh MB Perak YAB Datuk Dr Zambry.
Dalam sejarah negara kita belum pernah terjadi adanya dua Menteri Besar yang memerintah buat satu-satu masa seperti apa yang telah berlaku di Negeri Perak. Belum pernah terjadi juga Speaker DUN yang terpaksa ditarik dari tempat duduk kerusi Speaker lalu diangkat dan diusung keluar lagak bagai orang yang mabuk arak. Belum pernah juga di dunia ini terjadi persidangan diadakan di bawah pokok serta meluluskan usul sebelah pihak disitu juga.
Cuma apa yang sangat dikesalkan ialah, bagaimana Pakatan Pembangkang ini tidak pernah belajar untuk menerima sebarang keputusan. Mereka sebenarnya telah gagal dalam banyak aspek. Bukan hanya gagal mentadbir dengan baik negeri-negeri yang telah mereka menangi pada PRU 12 yang dulu, malah gagal memahami erti demokrasi yang sebenar-benarnya. Pakatan Rakyat gagal membela nasib rakyat, gagal merealisasikan segala manifesto ketika PRU 12 lalu serta gagal mengotakan janji-janji yang di taburkan semasa kempen di PRU ke 12 yang lalu. Yang paling malang sekali apabila mereka telah gagal memahami adat resam serta budaya rakyat berbilang bangsa dan agama di Negara ini. Mereka gagal untuk menghormati hak-hak masyarakat berbagai-bagai yang terdapat didalam Malaysia.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Mei 13, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com