Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Ogos 05, 2010

Seribu kemungkinan berkaitan kematian misteri bekas ADUN Permatang


Walaupun pihak berkuasa iaitu pihak polis yang berkuasa menyiasat kes kematian yang telah menimbulkan satu tandatanya bagi seluruh rakyat Malaysia ada menyatakan awal-awal lagi bahawa insiden yang menimpa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang, Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh 64, dan bekas pembantu peribadinya, Puan Siti Rohana Ismat 43, sebagai tidak melibatkan individu lain atau tiada pihak ketiga terlibat didalam kejadian itu namun jika kita ingin melihat akan kemungkinan adanya individu lain yang terlibat didalam kes itu maka kita harus ada teori yang boleh membantu untuk mencari jawapannya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di KM 455.7 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh. Dan kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke satu destinasi iaitu tempat dimana mesyuarat UMNO akan berlangsung. Saya ada beberapa teori atau andaian berhubung dengan kematian penuh misteri itu tetapi diharap ianya tidak akan dianggap sebagai satu usaha untuk mencampuri atau cuba untuk mengganggu siasatan oleh pihak polis tetapi niat saya cuma ingin berkongsi pandangan dengan mereka yang lain berkaitan dengan kejadian tersebut.

Kemungkinan pertama yang saya rasa wujud ialah sebelum kedua-dua mangsa bergerak menuju untuk memasuki kenderaan yang akan mereka naiki tentu sekali tidak boleh ditolak secara seratus peratus ada individu-individu tertentu yang berjaya mencuri masuk ke bahagian duduk belakang kereta dengan menggunakan kepakaran yang biasa digunakan oleh pencuri kereta dan bersembunyi dibelakang kerusi tanpa disedari oleh kedua-kedua mangsa.

Dan apabila sudah sampai dikawasan lebuh raya yang dikira agak sunyi dan sesuai untuk bertindak, maka sudah pasti pelaku itu akan mula bertindak mengugut serta mengancam kedua-dua mangsa dari arah belakang dengan senjata yang ada padanya dan dalam situasi yang sedemikian sudah semestinya kedua-dua mangsa ini terpaksa akur dan akan menuruti semua arahan dan kehendak pemangsa itu seperti kenderaan harus berhenti dimana, buka beg, keluarkan pistol, tarik picu, tembak rakan dulu dan lepas tu tembak diri sendiri. Mau tidak mau dalam keadaan begitu semua arahan terpaksa diikuti. Ini hanyalah andaian.

Kemungkinan kedua. Helah perompak warga asing yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia secara umum mungkin digunakan oleh penjenayah dalam kejadian misteri itu iaitu sering memperdayakan para pengguna jalanraya dan lebuhraya dengan berbagai-bagai cara.

Antara cara berkesan yang digunakan ialah, mereka ini ada satu kumpulan dan mereka akan menentukan terlebih dahulu sasaran seperti kenderaan atau kereta mana yang akan akan dirompak, jalan mana, kilometer berapa dan selepas itu langkah seterusnya mereka akan berada ditempat yang telah ditetapkan dan berpecah kepada beberapa posisi seperti berapa orang akan berada didalam semak tepi jalanraya sementara berapa orang harus berada ditepi jalanraya untuk melakonkan watak masing-masing.

Mereka ini akan menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal untuk menarik perhatian pemandu kenderaan lain dengan salah seorang daripada mereka akan berbaring ditengah atau ditepi jalanraya kononnya berlaku kemalangan tambahan lagi kelihatan sebuah motosikal turut berada disitu maka tanpa berpikir panjang lagi sudah tentulah pengguna jalanraya lainnya yang diminta berhenti untuk memberikan bantuan segera memberhentikan kereta mereka tanpa mereka sedari bahawa mereka kini sudah terjerat didalam tipudaya penjenayah.

Apabila kenderaan mangsa sudah berhenti dan pemandunya tidak kira samada beliau keluar ke tidak maka semua rakan-rakan penjenayah yang berpura-pura pengsan ditepi jalanraya akan segera keluar dari semak dan akan meminta mangsa menuruti segala arahan mereka sekira mahu selamat dan seperti teori saya yang diatas sudah tentu mangsa ini akan mengikut apa saja kemahuan penjenayah.

Jadi, didalam kejadian yang membabitkan bekas ADUN Permatang Selangor itu serta bekas pembantu peribadi beliau saya mempunyai pandangan bahawa kemungkinan semua itu tetap ada jika kita dapat melihat daripada latar belakang kedua-duanya dan mungkin juga segalanya telah dirancang dengan begitu rapi lebih awal supaya apabila ianya sudah berlaku maka ianya akan kelihatan seperti kes membunuh diri.

Ini hanyalah tafsiran saya dan bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Dan apa yang sangat penting sekali supaya seluruh rakyat Malaysia dapat menghormati undang-undang negara kita dan kerajaan Malaysia harus tegas didalam semua perkara, contohilah cara kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Arkib Blog