Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 19, 2012

Deklarasi Kuching: Anwar Ibrahim tidak faham mekanisme & keperluan Sarawak - Pehin Sri Taib

KUCHING 19 September 2012: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pembentukan Deklarasi Kuching oleh pembangkang membuktikan mereka tidak tahu mekanisme dan keperluan pentadbiran Sarawak.

Beliau berkata, pihak yang tidak memahami dua perkara itu akan mengeluarkan banyak deklarasi yang tidak realistik.

"Saya tahu salah seorang yang membuat deklarasi ini suatu ketika dahulu tidak memberi kerjasama dalam membantu kerajaan Sarawak mendapatkan sokongan dalam belanjawan.

"Saya masih ingat pada satu masa selepas memberikan banyak janji, amat sedih apabila mendapati permintaan kita iaitu berjumlah RM600 juta bagi tempoh lima tahun untuk memajukan dan membuka estet kelapa sawit tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat dan Identiti Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Ithmus, Sejingkat di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pakatan Pembangkang mengumumkan Deklarasi Kuching pada sambutan Hari Malaysia di Chonglin Park di sini, Ahad lepas.

Menurut Taib, bagi kes Sarawak, semua organisasi memberi sokongan mereka dalam melihat keperluan pentadbiran negeri ini dan pada masa sama, mendapatkan bantuan serta sokongan daripada kerajaan pusat.

Beliau menambah, terpulanglah kepada inisiatif kerajaan negeri di negara  ini untuk membangunkan negeri masing-masing mengikut keperluan dan formula itulah yang digunakan selama ini.

"Kita (Sarawak) telah menikmati banyak autonomi. Saya boleh katakan di sini, Sarawak menikmati banyak autonomi...disebabkan itulah kita berkembang maju dengan lebih cepat. Jadi saya tidak percaya semua ini," tegasnya.

Beliau berkata, sebagai negeri dalam Persekutuan Malaysia,Sarawak turut menikmati keseimbangan pembangunan yang bergantung kepada kemampuan sendiri dan Sarawak banyak bergantung kepada inisiatif sendiri, selain mengharapkan inisiatif daripada kerajaan pusat untuk terus membangun.

"Maknanya, banyak autonomi diberikan kepada Sarawak bermula daripada perancangan sehinggalah kepada proses pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.

"Orang yang menandatangani Deklarasi Kuching ini adalah orang yang tidak memahami mekanisme dan keperluan pentadbiran Sarawak," ujarnya. - Utusan Borneo

Arkib Blog