Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 31, 2010

Semangat sukan pupus dalam jiwa sebilangan peminat fanatik Indonesia !

Gambar di atas menunjukkan kepada kita semua betapa sukan yang sering dikaitkan sebagai salah satu wadah yang paling sesuai untuk menyatukan semangat perpaduan dikalangan seluruh rakyat tidak kira samada mereka itu adalah rakyat sesama negara apatah lagi rakyat yang datangnya dari negara-negara jiran, negara serantau ataupun dari negara-negara sahabat seluruh dunia, kini sudah semakin luntur dan pupus.

Apakah sebenarnya yang mereka kejar, hanya gelaran? hanya pingat? ...tanpa perlu memahami maksud satu perkara yang menjadi sebab iaitu untuk apa sukan itu diadakan selain daripada hanya untuk mendapat gelaran, anugerah ataupun pingat ialah untuk mengeratkan tali perpaduan serta persahabatan dikalangan masyarakat negara-negara yang sama turut menyertai apa-apa jua kejohanan yang diadakan.

Tetapi malang sekali apabila perkara itu tidak pula berlaku ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno 29 Disember 2010 lalu. Dalam keriuhan para peminat lain menumpukan perhatian kepada pertarungan antara kedua pasukan, dalam waktu itu juga kumpulan-kumpulan yang paling tidak bertamadun di Indonesia cuba untuk merosakkan acara yang sedang berlangsung dengan laungan-laungan serta sepanduk-sepanduk yang jelas menghina Malaysia.

Apakah mereka lebih baik, lebih sempurna dalam segala segi daripada Malaysia ? ...sayang sekali tiada cermin besar sebagai tempat untuk mereka menatap wajah mereka yang sebenarnya...

Khamis, Disember 30, 2010

Nik Aziz sifatkan Program 100 Hari sebagai perkara mengarut !

"Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara kerajaan di dunia ini sekalipun yang boleh melakukan perubahan terhadap rakyat dan negaranya hanya dalam tempoh seratus hari saja, mana ada ! ..kalau tuan-tuan semua ada buktinya, tunjukkanlah kepada saya ! ..kalau sekadar hanya berjanji memang mudah," itulah luahan hati Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika ditanya oleh beberapa orang wartawan Utusan Apco mengenai Program 100 hari yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang semasa Konvensyen Pembangkang di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengambil pemerintahan selama 20 tahun kerajaan PAS di Negeri Serambi Mekah sebagai contoh terbaik. Tambah Datuk Nik Aziz lagi, "tuan-tuan semua boleh lihatlah apa yang dah berlaku di Kelantan, selama20 tahun PAS memerintah negeri itu...jangankan hospital, Masjid sebijik pun kerajaan PAS tak mampu hendak buat. Rakyat Kelantan semakin terabai, nasib mereka tidak terbela malah sudah semakin ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari kerja hanya kerna kerajaan PAS menunaikan janji-janji masa pilihanraya dulu", akui Datuk Nik Aziz dengan rasa penuh keinsafan.

"Itulah saya berani katakan bahawa janji Pakatan Pembangkang kepada rakyat untuk mengubah nasib mereka dan negara dalam masa 100 hari hanya satu penipuan semata-mata. Sebagai seorang pemimpin serta ulamak saya seboleh-bolehnya mahu bersikap jujur dalam semua perkara terhadap rakyat dan negara, kalau kita asyik cuba untuk menipu maka lama-kelamaan keyakinan rakyat terhadap kita pasti akan lenyap dan kalau kita rasa tak berdaya untuk tunaikan janji kita maka janganlah buat janji," katanya yang kelihatan semakin tidak tertahan untuk mendedahkan isihati amarahnya terhadap DAP terutamanya YB Karpal Singh yang sering mempermainkan isu Hudud selama ini.

Datuk Nik Aziz yang seolah-olah mahu menyatakan sesuatu namun terpaksa memendamkan saja dan sebaliknya terus berhujah mengenai Program 100 Pakatan Pembangkang yang telah disifatnya sebagai perkara yang paling mengarut dan tidak masuk akal. "Betul tuan-tuan, tidak usah tuan-tuan melihat kepada negeri lain untuk merujuk kepada kerajaan yang gagal menunaikan janji, tuan-tuan semua tengok saja kerajaan Kelantan, bukan 100 hari lagi tuan-tuan.. cuba kira 20 tahun berapa bulan berapa minggu berapa hari?," seakan-akan mencabar wartawan supaya jangan percaya kepada Program 100 hari pembangkang, Menteri Besar Kelantan itu kelihatan kerap mengurut dada beliau.

"Tuan-tuan semua juga harus ingat, masa zaman nabi dulu pun mereka tak pernah meletakkan sasaran berapa hari untuk kerja-kerja tertentu tetap boleh disiap atau diselesaikan. Sebagai orang Isle saya tak mau lah untuk terus memperdayakan rakyat, rakyat sekarang bukannya bodoh dan tidak senang untuk dibohongi malah ada yang lebih bijak lagi dari pemerintah itu sendiri dalam kerajaan, jadi kita kenalah berubah kepada yang lebih baik dan bukannya berubah kepada yang semakin buruk," menurut beliau yang kelihatannya semakin sedar bahawa cara pendekatan yang telah diambil oleh Pakatan Pembangkang dalam memenangi hati rakyat selama ini adalah langkah yang silap dan salah serta bertentangan dengan tuntutan agama.

Rabu, Disember 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010: Syabas pasukan Harimau Malaya !!! Malaysia Juara !

Tarian Julia gagal menarik perhatian pemain kebangsaan Malaysia. Pemain Malaysia juga tidak minum 'air ajaib' untuk muncul sebagai juara !!!

Syabas dan Tahniah buat pasukan kebangsaan negara kita !

Pakatan Rockers muncul dengan lagu hits '100 Hari Takkan Mungkin"

Tiga buah kumpulan rock tanahair iaitu Dapur, Pasung dan P.K.Are You Okay telah bergabung dan membentuk menjadi satu kumpulan muzik rock yang kini lebih dikenali sebagai kumpulan Pakatan Rockers, baru-baru ini telah berjaya menerbitkan sebuah album bersama berjudul "Taubat sekarang, selamatkan Anwar!.

Dalam album tersebut yang memuat lapan buah lagu iaitu side A empat lagu manakala side B juga empat lagu, terdapat sebuah lagu yang dijangka akan meletup dirimba belantara iaiitu yang bertajuk "Seratus Hari Takkan Mungkin" dan ia hanya boleh didapati dalam bentuk kaset. CD-CD tak mainlah kata penerbitnya, Ronnie Liyus.

Apa yang menarik mengenai lagu tersebut ialah senikata dan liriknya yang boleh dikatakan sebagai boleh memenuhi kehendak para pendengar terutamanya mereka yang telah termakan dengan promosi yang dijalankan oleh pihak syarikat rakaman kumpulan rock berkenaan.

"Seratus Hari Takkan Mungkin"
Dimata mu ~ ~ ~
Mencerminkan tipu ~ ~
Dimata mu ~ Adalah Kepalsuan ~
Aku Tenggelam ~ Dalam ~ Lautan Tipu Dayamu ~
Tak Mungkin Akan Kulepaskan ~
Ikatan ini ~ ~ ~ ~
Mendung Hitam ~ Adalah ~ Semalam ~
Silau Mata ~ Dari Gila Kuasa ~
Hatiku ini ~ Sayang ~
Tetap Akan Berubah ~
Walaupun Kau Berpegang Teguh Pada Janji ~
Setiap Kata Yang Terucap
Setiap Nada Yang Tercipta
Hanyalah Penipuan ~
Satu ~ Takde Yang Betul ~ ~
Seratus Tahun Takkan Mungkin ~
Bisa Menghuraikan Semua ~
Janji Yang Kau Beri ~
Untuk ~ Rakyat Yang ~ ~ Malang ~ ~ ~ ~ ~

Lagu dan Lirik oleh : Anwar, Zizah, Limbizkit, Karpral dan Hadi Lemasz.
Syarikat rakaman : Lekas Hasil Record.
Pengedar : Gagap and Crony Company Sdn Bhd.

Walaupun sebelum ini kumpulan rock ini iaitu Pakatan Rockers telah banyak kali berjaya menghasilkan beberapa buah lagu namun kesemua lingkup dan tak dapat sebarang sambutan daripada orang ramai malah dikatakan syarikat rakaman mereka juga telah menanggung banyak kerugian dari segi kos penerbitan dan pengedaran.

Untuk album yang terbaru ini kita semua kena tunggu dan lihat, apakah perkembangan seterusya yang akan berlaku adakah ianya serupa dengan yang dulu atau akan lebih dasyat lagi !

Piala Suzuki 2010: Harimau Malaya, jangan layan karenah peminat skuad Indonesia !

Memang tepat juga bila kita sebelum ini telah meramalkan bahawa kehadiran skuad bolasepak Malaysia di Jakarta akan di sambut dengan demonstrasi oleh para peminat bolasepak Indonesia di sana yang ternyata tidak mampu untuk menerima hakikat akan kemenangan pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 26 Disember lalu.

Demonstrasi di depan hotel penginapan barisan skuad bolasepak negara beserta para pegawai sukan Malaysia di Jakarta walaupun disertai hanya beberapa penunjuk perasaan namun itu sudah cukup jelas untuk menunjukkan kepada kita betapa rakyat di sana belum matang lagi dalam menerima sesuatu keputusan yang melibatkan pihak mereka.

Kalau mereka kalah maka akan timbul bermacam-macam dakwaan tetapi apabila menang mereka dengan keangkuhan serta kesombongan akan sentiasa memperkecil-kecilkan kebolehan pihak lawan. Budaya seperti itu seakan-akan sudah menjadi lumrah dalam diri mayarakat disana.

Walau apa-apapun ada harapan tinggi kepada pasukan kebangsaan kita, biar berdepan dengan segala cemuhan dari peminat fanatik pasukan lawan, buat tak endah saja...anggap saja semua tu seperti sampah-sampah tepi jalan yang harus disapu dan dibuang.

Jangan layan apapun jua penghinaan yang mungkin akan mereka lemparkan, tepis dengan semangat perjuangan sejati demi untuk mengangkat martabat dan maruah bolasepak negara kita Malaysia.

Salam perjuangan kepada Wira Negara....skuad Harimau Malaya 1Malaysia.

Malaysia Boleh !!!

Selasa, Disember 28, 2010

Ramai pemimpin PR mengaku memang sangat takut melihat logo 1Malaysia !

Tanpa berselindung lagi ramai dikalangan pemimpin tertinggi dalam Pakatan Pembangkang telah mengaku yang mereka memang amat takut dan gementar sekali bila terpandang saja logo 1Malaysia yang kini sudahpun terpasang secara meluas di seluruh pelusuk tanahair dan cuba apabila kita pergi kemana-mana pasti akan kita akan jumpa dengan logo 1Malaysia ini orang pasang di tempat mereka masing-masing.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat tanpa segan silu atau sedikitpun ada rasa malu mengaku dengan jelas bahawa beliau kini memang alah bila terlihat saja logo 1Malaysia.
"apa perlu lagi untuk saya malu mengaku yang saya memang takut sesangat dengan logo 1Malaysia ini. Kalau saya berbohongpun tiada guna juga sebab Tuhan lebih tahu bahawa memang saya takut sekali melihat logo berkenaan dan tak perlu untuk saya menipu diri saya sendiri tapi menipu rakyat akan tetap saya teruskan dari masa ke semasa selagi hayat di kandung badan. Kerana terlalu takut dengan logo 1Malaysia itulah maka saya pernah beberapa kali dimasuk ke hospital akibat tekanan perasaan, implikasinya pinggang saya menjadi sakit, tulang belakang retak, jantung sentiasa berdebar, fikiran saya berserabut dan demam kebah," katanya kepada Harakah APCO.

Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Lim Kit Siang ketika ditemui wartawan Roket APCO juga seperti Nik Aziz mengaku secara terbuka yang beliau juga memang sangat takut bila terpandang saja logo 1Malaysia malah beliau turut mengaku bukan setakat tu saja saja tetapi melihat angka satupun dia sudah tak larat lagi.
"pernah kan dulu, iaitu waktu tu saya pergi kencing kat belakang lumah, saya nampak itu balang memang satu. Itu balang memang olang punya dan dia pigang-pigang itu balang oooo rupanya sama macam saya punya..saya kencing dia pun kencing juga. Itu olang punya rumah aahh manyak marah sama kami orang dua, dia kejar kami dengan itu satu tongkat besi sama macam itu satu Malaysia...haiyaaa kami punya lari, punya lari terus masuk bersembunyi dalam itu satu lumah...ooo baru kami tau itu bukan sebalang lumah tapi klinik 1Malaysia, kami jadi tambah takut," akui Lim Kit Siang sambil bergurau.

Bagi Pengerusi DAP Pusat juga adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh beliau dengan jujur turut senada dengan MB Kelantan bahawa sebagai pemimpin yang sering melaung-laungkan ketelusan serta kejujuran mereka harus jujur sejujurnya mengakui bahawa memang benar mereka sangat gentar dan takut dengan logo 1Malaysia.
Menurut Karpal Singh lagi, "..kita sebenarnya memang takut sangat bila seluruh rakyat Malaysia lebih senang menerima gagasan 1Malaysia berbanding dengan Middle Malaysia yang diperkenalkan DAP beberapa bulan yang lalu dan apa yang paling mengejutkan saya ialah cucu saya iaitu anak Gobind Singh Deo selalu saja sebut 1Malaysia atuk depan saya, nah lihatlah betapa budak kecikpun sudah suka dengan konsep 1Malaysia jadi kita takut sangat orang tua pun akan terpengaruh sama dan kita harus buat sesuatu agar 1Malaysia dapat digagalkan," ujar beliau dengan panjang lebar.

Lain pula halnya dengan seorang Penganalisis politik tanahair iaitu Professor kangkung Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan perasaan sebenar beliau terhadap logo 1Malaysia ini.
"..kadangkala saya macam suka juga dengan konsep 1Malaysia nih tetapi adakalanya juga saya rasa macam menggelabah tak tentu pasal seperti takut dan sebagainya. Secara jujurlah saya katakan bahawa saya amat fobia dengan logo 1Malaysia ini walhal kalau kita berjuang dilandasan yang betul sepatutnya kita tak perlu takut tetapi macam saya nih, pendokong perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Beruk maka saya terpaksalah mengatakan perkara yang disebaliknya pasal 1Malaysia ini, apa boleh buat dah terlanjur menyokong mereka ikut sajalah, mereka suruh saya makan taik maka terpaksalah saya telan jua," dengan nada kesal beliau mengakuinya.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersipu malu mahu tidak mahu terpaksa juga mengakui bahawa konsep serta logo 1Malaysia memang begitu menekan sekali dan seperti pemimpin pembangkang yang lain beliau dengan ikhlas dan jujur juga turut bercakap benar mengenai ketakutan paling dasyat pihak mereka terhadap gagasan 1Malaysia itu. Menurutnya lagi sedaya upaya pihak mereka akan memastikan yang logo 1Malaysia tidak terus menghantui apa jua tindakan yang akan mereka lakukan.
"..itulah makanya seluruh rakyat Malaysia melihat kenapa saya menjadi semakin begitu angkuh sekali, keluar negara saya sanggup memburuk-burukkan nama baik Malaysia, saya keji, umpat, tabur fitnah terhadap kerajaan walaupun saya tahu perbuatan saya itu memang salah dan saya memang sengaja mengaitkan APCO dengan gagasan 1Malaysia semata-mata saya mahu seluruh rakyat Malaysia akan membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya memang tahu bahawa APCO tidak punya apa-apa kaitannya dengan gagasan 1Malaysia tetapi kerana tiada jalan lain lagi maka saya guna jalan mudah dengan membuat fitnah tentangnya sehinggalah tuan-puan semua boleh lihat betapa pemimpin lain dalam Pakatan juga turut percaya dengan pembohongan yang saya lakukan. Saya terpaksa. Demi kuasa dan pangkat saya terpaksa walaupun takut saya harus jujur dalam banyak perkara," katanya ketika ditemubual oleh Suara APCO.

Menteri Besar Selangor YAB Datuk Seri Mohd Khalid Ibrahim pula ketika ditemuramah TV 16September turut menyatakan bahawa beliau mahu berkata benar dan jujur bila bercakap mengenai konsep serta logo 1Malaysia ini dan sebagai pemimpin kerajaan negeri yang ingin sekali membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa mereka sememangnya jujur didalam pendekatan dan kata-kata maka juga seharusnya mengikut apa yang pernah dikata dan bukannya mengamalkan pendekatan cakap tak serupa bikin.
"..iya, memang bebebenar sekali pihak kami dadadalam Pakatan Pembangkang semakin hari semakin takut dengan gagasan 1Malaysia itu. Itulah sesesebab beberapa hari yang lepas pihak kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua premis-premis di negeri ini tidak memasang logo 1Malaysia dipremis masing-masing dan sekiranya ada diantara mereka yang telahpun memasang maka arahan segera dikeluarkan agar segera menanggalkannya. Tetetapi nampaknya arahan kami tidak diendah malah pihak kerajaan negeri pula menjadi sasaran kemarahan rakyat. Oooleh itu untuk meredakan keadaan saya dan ketua komunis Selangor YB Ronnie Liu telah berpakat untuk menggantungkan dulu arahan dan kami sedaya upaya untuk memutarbelitkan kenyataan, kononnya kami keliru he he he," katanya dalam keadaan yang kurang gagap.

Kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena YB Datuk Mahfuz Omar apabila diajukan dengan soalan samada benar atau tidak pihak Pakatan Pembangkang takut dengan kemaraan gagasan 1Malaysia dengan selamba saja beliau mengakuinya.
"...Yup! benar, nak kata apa lagi. Berpusing seluruh dunia semata-mata untuk menafikan bahawa kita di Pakatan Pembangkang tidak takut terhadap logo dan konsep 1Malaysia pun mana ada gunanya lagi, sudah jelas seluruh rakyat Malaysia semakin menerima gagasan berkenaan. Pakatan Pembangkang sememangnya telah gagal untuk meyakinkan rakyat dengan fitnah yang dibawa. Malaysia harus wujudkan sekolah khas untuk mata pelajaran fitnah, ajar anak kita sejak dari kecil bagaimana nak buat fitnah barulah kerja kita akan menjadi mudah," dalam keadaan marah dan dengki YB Mahfuz Omar mengakhiri pengakuannya.

Sementara itu Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang sempat diminta pandangan beliau oleh wartawan TV 16September ketika menghadiri 'Program 100 Hari Takkan Mungkin' mengenai kegelisahan atau kerisauan pihak Pakatan Pembangkang dengan kebangkitan yang semakin menjadi-jadi konsep beserta logo 1Malaysia di negara ini, dengan penuh keinsafan dan kesedaran Haji Hadi tidak menolak apa yang dikatakan sebagai Pakatan Pembangkang pasti akan mengalah terhada gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"..bagi saya secara peribadi, sebab kenapa saya katakan secara peribadi? Sebab Nik Aziz tak mau saya bercakap mewakili PAS secara keseluruhannya kerana kalau saya ingkar maka nantinya saya tidak dapat masuk syurga tanpa perkenan dari Nik Aziz yang berkuasa penuh terhadap syurga. Ok, secara peribadi saya mengakui yang pihak kami akhirnya nanti harus juga menerima dengan hati yang terbuka konsep berkenaan dan jika tidak maka apa yang pernah kami katakan tentang banyak perkara kebaikan hanya akan mengundang rasa marah rakyat terhadap kami. Kan dulu kami selalu sebut pasal integriti atau kejujuran, telus, amanah tanpa rasuah, perpaduan kaum dan Malaysia yang bersatupadu, jadi bagi saya secara peribadi walaupun pada asasnya kami memang takut pada 1Malaysia tapi kami tidak boleh menjauhkan diri dari konsep tersebut kerana apa yang terkandung didalam gagasan berkenaan sudah lengkap dan seperti itu jugalah perjuagan yang kami nak, berbaik sesama sendiri..dengan orang lain dan apa yang penting ialah semangat muhibah diantara kaum tertentu dengan kaum yang lain," ujar beliau sambil menitiskan air mata mungkin timbul rasa kekesalan dihati beliau dengan perjuangan PAS yang kini sudah semakin jauh terpesong dari asas perjuangan asal parti itu sejak mula ianya ditubuhkan dulu.

Lagi ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penerimaan yang begitu positif daripada masyarakat terhadap konsep 1Malaysia itu namun oleh kerana dibatasi oleh waktu yang agak terhad maka pengakuan yang penuh ikhlas, jujur dan paling bertanggungjawab daripada beberapa kerat pemimpin pembangkang saja yang mampu untuk disiarkan disini.

Berebut-rebut lagi yang mahu wajah dan kenyataan mereka untuk disiarkan diruangan ini ada yang berteriak, bertempik macam kelakuan yang mereka buat waktu di Parlimen tempoh hari, menjerit-jerit minta perhatian. Tak kuasa I nak layan semua ! ...

Suzuki AFF 2010: 'Garuda patah sayap': rakyat Indonesia tak perlu marah...

Terdapat media massa atau media cetak di Malaysia telah memilih tajuk 'Garuda patah sayap' bagi merujuk kepada kekalahan 0-3 pasukan bolasepak kebangsaan Indonesia di tangan skuad Harimau muda negara 26 Disember Ahad lepas yang mana telah menimbulkan protes berbagai daripada peminat fanatik sukan bolasepak di negara berkenaan.

Menurut mereka, Garuda yang telah menjadi symbol kedaulatan negara Republik Indonesia hendaklah dihormati dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan lain. Bantahan tersebut memang dituju khas kepada media atau akhbar-akhbar di negara ini yang telah mempamerkan bermacam-macam tajuk untuk artikel masing-masing dalam mengulas tentang kemenangan besar skuad Malaysia membenam Indonesia 3 gol tanpa balas.

Tapi peminat Indonesia juga perlu ingat dan sedar, walaupun rakyat Malaysia begitu ghairah dan bangga dengan kemenangan yang dicapai oleh pasukan muda negara pada perlawanan itu tetapi peminat khususnya rakyat Malaysia masih tahu batasan yang perlu dihormati dan saya rasa kalau hanya sekadar mengemukakan tajuk 'Garuda patah sayap' bukanlah satu kesalahan yang sangat serius jika dibandingkan dengan perbuatan segelintir rakyat negara berkenaan yang sebelum ini tanpa ingat mereka siapa yang telah membakar Jalur Gemilang, melempar najis manusia di depan pintu pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta, mahu menyerang Malaysia dengan buluh runcing, menconteng potret wajah pemimpin Malaysia dengan lakaran-lakaran yang sungguh menghina dan sebagainya.

Saya bukannya hendak mengungkit tetapi mereka juga haruslah sedar, walaupun kita rakyat Malaysia sangat marah dengan perbuatan yang paling tidak bertamadun seperti itu namun kita semua masih mampu untuk mengawal diri dan tidak terikut-ikut dengan cara dan rentak keangkuhan mereka. Kita rakyat Malaysia sentiasa menghormati mereka sebagai jiran yang terdekat yang antara mereka dengan kita memang saling memerlukan di antara satu dengan yang lain.

Apa-apapun adalah diharap semoga peminat fanatik bolasepak di Indonesia boleh belajar menerima hakikat sekiranya pasukan negara mereka kalah sepertimana juga peminat di Malaysia yang sentiasa bersikap terbuka menerima apa jua keputusan daripada perlawanan yang telah diadakan samada kalah atau menang ianya memang adat permainan. Mana pernah dalam mana-mana perlawanan kedua-dua pasukan akan sama-sama menang atau akan sama-sama kalah, mesti ada satu yang akan kalah dan satu akan menang.

Malaysia Boleh !!!

Isnin, Disember 27, 2010

Benarkah Anwar Ibrahim sudah terpikat dengan Erry Putra ? ..waduh,waduh!

Di sebelah atas gambar Erry Putra tertera dua baris ayat-ayat maut yang terdapat dalam twitter milik Anwar Ibrahim bahasanya lembut lebih lembut gigi dari lidah.

Benarkah? Kalau benar agak-agaknya, apakah tugas yang akan diberi ye, bancuh coffee lagi ke atau penghantar dokumen yang telah tersedia dengan beberapa biji karipap...banyaklah dapat o/time..

Betapa peritnya rasa kalau kita cuba berbohong kepada orang lain...

Sebenarnya saya telah cuba untuk menyelami atau menjiwai perasaan orang yang suka sangat menipu orang lain dengan kata-kata manis mereka atau lebih tepat lagi mereka yang suka berbohong serta mengada-ngadakan cerita. Perkara yang tiada sengaja diada-adakan.

Saya sebelum ini telah menerbit dua artikel yang sengaja saya hasilkan semata-mata untuk menguji hati dan perasaan saya sendiri dan bukannya bertujuan untuk menduga perasaan orang lain apabila termakan dengan tipudaya atau pembohogan yang sengaja saya buat maka itulah sebab mengapa saya telah menutup ruang komen untuk dua artikel berkenaan agar ujian saya akan berhasil walaupun sedikit, namun saya tetap terima pertanyaan daripada beberapa rakan bloggers dalam bentuk emel serta di in-box facebook yang bertanyakan kenapa harus berhenti menulis di blog? apa sebab, mengapa, Y, Y, Y?

Saya pun tak tahu macam mana hendak terangkan apabila ada yang bertanya berkaitan artikel tersebut sebab saya rasa saya perlu dan harus untuk berbuat demikian sekiranya mahu tahu bagaimana sebenarnya perasaan yang paling dalam seseorang itu selepas dia membohongi orang lain dengan kata-kata yang meyakinkan sehingga membuat orang lain akan percaya. Jadi saya telah karang dengan sebaik mungkin artikel berkenaan agar nampak benar-benar bahawa itulah keputusan saya dan orang lain akan percaya.

Bagi saya, apabila ada diantara rakan pembaca yang mungkin kecewa kerana percaya dengan apa yang telah saya tulis di artikel sebelumnya maka bererti mereka telah berjaya saya bohongi tetapi sekiranya ada diantara mereka yang tidak percaya bermakna mereka yang berkenaan adalah terdiri daripada golongan yang tidak mudah untuk menerima bulat-bulat apa yang belum pasti dan mereka jenis yang tidak mudah untuk diperdayakan.

Tapi bukan itu tujuan sebenar saya menerbitkan dua artikel tersebut sebab saya cuma mahu menguji hati dan perasaan saya sendiri dan mahu tahu bagaimana rasa hati dan juga perasaan seseorang yang selalu berbohong mengenai banyak perkara kepada pihak lain. Bagaimanakah perasaan mereka ini apabila suka mengada-ngadakan cerita tentang perkara yang tidak benar walaupun hakikatnya mereka ini sendiri memang tahu akan kedudukan sebenar sesuatu perkara itu tetapi sanggup berbohong dan menipu mengenainya.

Misalannya, Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Saya mahu ambil pembohongan yang telah dihidangkan oleh Anwar Ibrahim kepada rakyat satu ketika dulu sebagai satu contoh yang terbaik. Beliau sebelum ini pernah berjanji kepada satu Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 September 2008 dengan kemasukan beramai-ramai lebih 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Pembangkang.

Sebelum itu juga rakyat telah diperdaya oleh beliau dengan kisah 6 kotak rahsia yang kononnya mengandungi segala dokumen penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Tetapi sehingga kini, jangankan hendak dikatan 6 kotak, 1 kotak pun Anwar Ibrahim belum lagi dapat keluarkan untuk membukti kepada rakyat negara ini bahawa dakwaan beliau adalah benar dan tidak bohong.

Antara yang terbaru, pembohongan Anwar Ibrahim mengenai APCO. Saya tak nak sebut lagilah secara detail apa itu APCO sebab seluruh rakyat Malaysia semuanya sudahpun tahu apa itu APCO dan seluruh rakyat negara ini juga sudah tahu kenapa APCO telah menjadi satu isu yang begitu sekali hangat di Malaysia.

Anwar Ibrahim telah berbohong tentang APCO. Dia menuduh kerajaan Malaysia ada menjalinkan kerjasama dengan kerajaan haram Yahudi Israel melalui sebuah syarikat yang kononnya dikenali sebagai APCO Worldwide. Anwar dengan tegas mengaku yang beliau memang mempunyai bukti yang kukuh mengenainya dan menurut beliau bukti tersebut ada dalam simpanannya.

Tetapi seperti biasalah Anwar Ibrahim sehingga ke saat ini tidak juga dapat menunjukkan segala bukti yang beliau dakwa ada padanya walaupun telah berulangkali dicabar oleh pihak kerajaan agar beliau segera mendedah serta membuktikan kepada seluruh rakyat negara ini jika benar-benar dakwaan beliau itu memang benar dan berasas.

Inilah yang membuat saya tertanya-tanya dan mahu tahu, bagaimanakah agaknya perasaan Anwar Ibrahim sebagai seorang Muslim apabila beliau sanggup untuk membuat dakwaan yang palsu sedemikian rupa. Apakah tidak timbul sedikitpun dalam hati kecil beliau rasa kekesalan serta rasa serbasalah atau perasaan yang bersalah apabila mendapati ramai orang telah percaya dengan dakwaannya itu padahal beliau tahu bahawa apa yang didakwa itu sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata dan tidak benar sama sekali.

Namun bagi diri saya iaitu setelah saya mencuba untuk membuat kenyataan yang tidak betul untuk tatapan pembaca di laman blog saya bagi membolehkan saya mendapat sedikit gambaran mengenai perasaan orang yang suka berbohong dan ternyata saya tidak mampu untuk melakukannya. Selang beberapa hari selepas dua artikel yang saya terbitkan itu serta ruang komen telah saya sekat kepada sebarang maklumbalas pembaca, perasaan bersalah yang tidak terhingga telah menghantui fikiran dan seterusnya telah menyelubungi jiwa dan perasaan saya.

Disaat itu saya sudah dapat satu jawapan dan dapat rasakan bahawa bagaimana waras sekalipun kita yang terdidik dengan berbagai ilmu dan ajaran sebelum itu namun apabila kita telah terjebak dalam suatu kesalahan yang amat berat iaitu menipu dan berbohong maka kita tetap tidak akan mampu untuk membuat sebarang keputusan kepada perkara-perkara yang lain dengan baik dan bijaksana. Selagi kita belum mahu memperbetulkan apa-apa jua kesilapan yang sengaja kita lakukan maka selagi itu jugalah kita akan meletakkan diri serta perasaan kita sendiri di dalam keadaan yang paling serbasalah dan bermasalah.

Dari apa yang telah saya cuba buat inilah maka saya dapat sedikit melihat kepada perjuangan yang paling samar Anwar Ibrahim di dalam bidang politik. Beliau umpama seorang yang baru balik dari berburu. Datang ke rumah tidak mau mandi terlebih dahulu, tidak bersihkan badan, kaki tidak dilap bersih, tau-tau terus masuk kamar melelap mata lalu tidur. Bangun dari tidur pagi tidak cuci muka, tidak berus gigi, tidak mandi tapi terus keluar rumah masuk hutan lagi pergi berburu, begitulah hari-hari. Mana tidak larinya segala kijang-kijang, pelanduk, ayam hutan, segala katak-katak bila tercium benda-benda yang menghangitkan deria bau tentulah semakin banyak yang mahu melarikan diri...

Inilah sebenarnya yang cuba saya hayati. Saya benar-benar mahu tahu bagaimana rasanya hati dan perasaan orang-orang yang suka berbohong terutama sekali mengenai perkara yang melibat ramai pihak serta yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara. Untuk berhenti menulis blog tidak mungkinlah, selagi Anak Merdeka mampu untuk membayar bil kontrak bulanan Broadband maka selagi itulah Anak Merdeka akan bersama-sama dengan semua bloggers yang pro-Kerajaan untuk mengupas apa jua isu yang timbul.

Sekian.
Salam 1Malaysia.

Piala Suzuki AFF 2010: Cahaya laser mungkin angkara penyokong Indonesia sendiri !

Apabila media Indonesia mula memainkan isu kekalahan pasukan Garuda Indonesia 0 - 3 di tangan pasukan Harimau Muda Malaysia adalah gara-gara pancaran cahaya laser yang dihalakan ke muka penjaga gol mereka maka kita berhak untuk menepis dakwaan liar sedemikian agar ianya tidak mempengaruhi keadaan semasa perlawanan pusingan kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Senayan Jakarta 29 Disember 2010 nanti.

Saya dapat rasakan besar kemungkinan yang pacaran cahaya laser tersebut adalah angkara penonton atau para penyokong pasukan bolasepak Indonesia sendiri kerana disebabkan mereka sudah menduga yang pasukan kebangsaan negara mereka akan tewas pada perlawanan semalam. Seperti apa yang pernah kita lihat sewaktu perlawanan yang terdahulu di mana Malaysia kalah  5 - 1 kepada Indonesia kejadian serupa juga telah berlaku apabila kelihatan cahaya laser dipancarkan ke arah muka penjaga gol Malaysia.

Tapi kita tidak pula menyalahkan ke atas perkara berkenaan sebagai punca skuad bolasepak kita gagal pada pertemuan dengan Indonesia tetapi lebih kepada mencari kelemahan pada gaya persembahan yang dipamerkan.

Tahniah sekali lagi buat pasukan bolasepak negara atas kemenangan semalam !!!

Ahad, Disember 26, 2010

Syabas dan Tahniah buat pasukan kebangsaan negara !!!

Dengan kemenangan 3 gol tanpa balas daripada pasukan Garuda Indonesia, pasukan Harimau muda Malaysia telah mengembalikan semula maruah sukan bolasepak kita yang sebelum ini dikhuatiri tidak akan bangkit lagi setelah berakhirnya zaman kegemilangan Supermokh dulu.

Tapi hari ini rakyat Malaysia harus boleh berbangga dengan pencapaian pasukan muda negara kita dengan corak permainan mereka yang begitu mantap, pantas serta hebat... dan diharap pasukan muda Malaysia akan terus dengan gaya permainan yang memang sangat membanggakan kita semua pada perlawanan seterus di pusingan yang ke dua di Stadium Senayan Jakarta Indonesia 29 Disember ini.

Syabas juga kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran perlawanan ini kerana telah berjaya memastikan perlawanan terus berjalan dalam keadaan yang aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun kelihatan ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku apabila Jalur Gemilang telah di kibar dalam keadaan yang terbalik oleh itu diharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi kerana kesilapan seperti itu juga akan akan membawa kesan yang kurang baik kepada maruah negara kita di mata masyarakat negara luar.

Malaysia Boleh !!!

Doa dan Harapan buat Skuad Harimau Muda + semoga berjaya dan Malaysia boleh !

Malam ini kita semua rakyat Malaysia bersama-sama mengiringi perjuangan Skuad Harimau Muda negara dengan sebaris doa semoga mereka akan mencapai kemenangan yang penuh bermakna sepertimana yang kita semua harap-harapkan.

Walaupun ada di antara kita yang mungkin tidak dapat bersama-sama dengan mereka yang lain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini untuk memberikan sokongan padu secara langsung namun dari kejauhan ini juga kita akan terus meniupkan semangat juang buat mereka Harimau Muda dengan doa-doa dari kita semua supaya kemenangan tetap memihak kepada pasukan negara.

Juga harapan agar permainan malam ini tidak akan dicemari dengan sebarang kejadian yang kita semua tidak ingini. Kepada penyokong kedua-dua belah pihak Malaysia dan Indonesia yang akan menyaksikan secara dekat di Stadium Nasional Bukit Jalil, jika mana satu pasukan akan kalah maka terimalah dengan hati yang terbuka dalam semangat kesukanan yang tinggi sebab kalah menang memang sudah menjadi adat dalam mana-mana pertandingan dan mana mungkin dalam setiap pertandingan yang melibatkan dua pasukan kedua-duanya akan menang dan pasti salah satu daripadanya pasti akan kalah manakala yang satu lagi sudah tentu akan menang.

Malaysia Boleh !!!

Jumaat, Disember 24, 2010

Blog ini hanya akan aktif sehingga 29.12.2010 saja dan tamat !

Setelah lebih dua tahun melibatkan diri dengan dunia penulisan bersama-sama rakan alam siber yang lain maka saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis dalam laman blog ini yang saya wujudkan selepas berlakunya Tsunami pilihanraya 2008 lalu iaitu pada PRU-12 dulu.

Sementara masih ada tinggal lagi hari-hari yang tersisa sekitar 5 hari mulai sekarang sehingga 29hb Disember 2010 mungkin saya akan gunakannya untuk menulis apa yang terlintas difikiran saya dan tidak semestinya tentang politik.

Kepada rakan-rakan yang pernah memberi sokongan dan perhatian kepada laman blog saya khususnya dalam dunia internet selama ini seperti Kumbang AIDC, Jeffry Damien Dimensi, Apai Ngelai Rajah Mas, Yang Gambi, ISAC Bumiyang, Brave Heart, Azly Shukry Today, Arif Omar Penghuni Gua, Faizal Torres AIDC, Azri Torres AIDC, Joyah AIDC, Cikgu Hafez J. S. Malim  dan lain-lain serta bloggers yang lebih 170 kesemuanya sebagai followers Anak Merdeka maka saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua dan minta ampun dan maaf sekiranya ada terdapat sebarang tulisan saya sebelum ini disini mahupun saat saya memberi komen di posting-posting pada laman blog atau web anda semua yang boleh dikira sebagai telah menyinggung serta mengguris hati dan perasaan kalian semua.

Hidup ini memang indah.
Hidup ini memang tidak mudah.
Hidup ini juga memang mudah sebenarnya.

Laman blog saya tidak akan dipadam dan saya akan terus membiarkannya untuk boleh dilayari sehinggalah sekiranya pihak blog sendiri yang mahu menamatkannya kerana saya tidak akan mengemaskinikannya lagi selepas 29hb Disember ini.

Saya juga telah memadamkan beberapa elemen-elemen yang saya rasa tidak perlu di laman blog saya namun saya tetap mengekalkan potret Negarawan Teragung Negara YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penyeri kepada blog saya...

Terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua !

Disember, bulan terakhir saya sebagai penulis blog pro-BN...Merry Xmas & Happy New Year 2011 !

Sebahagian pemandangan di sekitar kawasan Projek Empangan Janakuasa Hydroelektrik di Bakun pendalaman Sarawak.

Hidup memang tidak semudah yang kita sangkakan. Dan hidup juga tidaklah sesukar seperti yang kita fikirkan. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.

Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Bagi saya, bersependapat adalah jauh lebih baik daripada bersatu sebab kalau bersatu tetapi tidak sependapat satu masalah juga.

Sebab yang lain ialah bila kita bersatu mahu tidak mahu kita terpaksa untuk bersependapat dengan yang lain kerana kalau kita menentang maka sudah pasti timbul tanggapan yang tidak menyenangkan.

Bagi saya adalah lebih mudah hanya kita bersetuju atau menyatakan pendapat yang sama jika kita bersetuju daripada kita bersatu dalam sesebuah kumpulan.

Selamat Hari Krismas dan selamat menyambut Tahun Baru Masehi 2011 kepada saudara-mara saya seluruh Sarawak...

Logo 1Malaysia: Kerajaan Pakatan di Selangor amal sistem Komunis !

Jika sebelum ini Pakatan Beruk yang dibarisi oleh tiga buah parti yang masing-masing dengan ideologi karut mereka sering mendendangkan kepada umum bahawa merekalah kononnya pejuang demokrasi dan lebih hebat lagi mahu demokrasi sepenuhnya diamalkan dalam sistem pemerintahan negara walau dimana-mana tempat sekalipun maknanya kebebasan penuh harus diberikan kepada seluruh rakyat.

Tetapi sebenarnya apa yang kini berlaku adalah sebaliknya. Sebelum ini di Kedah, sebuah negeri yang ditadbir ditadbir Pakatan Beruk dan diterajui oleh PAS telah menghalang iaitu tidak membenarkan sama sekali pengamal media untuk membuat sebarang liputan pada pembentangan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Kedah yang telah disempurnakan oleh KDYMM Paduka Seri Sultan Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim.

Kehadiran pihak media pada majlis pembentangan Bajet 2011 itu yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Kedah itu telah disekat dan mereka yang berusaha untuk menyusup masuk telah dihalau bagai menghalau haiwan-haiwan yang liar yang cuba memasuki kawasan kebun tanaman. Perkara seperti ini tidak pernahpun dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ketika memerintah negeri Kedah suatu ketika dulu malah pihak media telah diberi tempat untuk mereka membuat liputan.

Terbaru di negeri Selangor Darul Ehsan, kejadian yang jelas menunjukkan betapa kejamnya amalan yang mula cuba untuk dipraktik oleh kerajaan Pakatan Beruk yang diketuai oleh PKR apabila mereka telah mula mengarahkan rakyat negeri berkenaan supaya tidak memasang sebarang tanda logo 1Malaysia di premis masing -masing tanpa sebarang alasan.

Apa yang telah dilakukan pihak Pakatan Beruk ke atas sebuah Restoran 1 Seven Eleven di Selangor telah membuktikan bahawa laungan mereka selama ini berkenaan dengan sistem demokrasi cuma terletak dihujung lidah mereka semata-mata dan akan hilang bersama janji-janji kosong baru yang sangat mustahil untuk mereka tunaikan.

Tanpa rakyat sedar dan mampu melihat dari bentuk tindakan yang telah pihak Pakatan Beruk ini ambil ke atas rakyat di negeri-negeri yang telah mereka kuasai ialah cara pemerintahan komunis yang diamalkan dalam sistem pemerintaha kerajaan China kini sudah mulai diterapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Beruk ini.

Asal kita tau saja bagaimana sengsaranya hidup rakyat Negara China untuk hidup bebas seperti rakyat negara lain tanpa kongkongan daripada pemerintah mereka sudah pasti akan sedar betapa bertuahnya kita lahir dan hidup di dalam negara seperti Malaysia ini. Di Negara China rakyat amat sukar untuk memiliki kenderaan persendirian seperti kereta dan sebagainya walaupun mereka mampu kerana dasar kerajaan negara komunis itu untuk tidak membenarkan rakyatnya mempunyai kelebihan dalam bentuk apapun harta benda sehingga kelihatan melebihi harta yang dimiliki oleh pegawai kerajaan.

Nyata kini bahawa kerajaan di Selangor sudah mulai mengorak langkah untuk menuju kepada cara pemerintahan ala Komunis apabila terus menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada kerja gila seperti itu supaya semua rakyat mengikut arah telunjuk mereka tanpa bebas untuk melakukan urusan kerja sebagaimana sewaktu BN memerintah Selangor dulu.

Khamis, Disember 23, 2010

4 atlet Bumi Kenyalang terima insentif daripada kerajaan Sarawak.

KUCHING 22 Dis: Kerajaan negeri memberikan insentif berjumlah RM160,000 kepada empat atlet Sarawak yang mengharumkan nama negara dan negeri pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi 2010, semalam.

Mereka terdiri daripada atlet terjun Pandelela Renong dan Brian Nickson Lomas, atlet menembak Bibiana Ng serta atlet berbasikal, Josiah Ng Onn Lam.

Pandelela yang memperolehi satu pingat emas dalam acara 10 meter platform dan satu perak dalam acara tiga meter papan anjal serentak, serta Bibiana Ng yang meraih satu pingat emas dan satu gangsa, masing-masing menerima insentif sebanyak RM50,000.

Josiah Ng yang memenangi satu pingat emas dalam acara keirin, satu perak dalam acara satu kilometer ujian masa dan satu gangsa dalam acara sprint berpasukan pula menerima insentif sebanyak RM45,000, manakala Brian yang memperolehi dua pingat gangsa masing-masing dalam acara 10 meter platform dan tiga meter papan anjal serentak menerima insentif sebanyak RM15,000.

Hadir menyampaikan insentif tersebut kepada para penerima ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Dato Sri Wlliam Mawan Ikom.

Pada sukan Komanwel 2010 yang berlangsung dari 3 hingga 14 Oktober lepas di New Delhi India seramai sembilan atlet Sarawak telah terpilih mewakili negara bagi acara akuatik berbasikal, hoki wanita, menembak dan skuasy.

Mawan, pada sidang media sempena majlis tersebut berkata, kerajaan negeri memandang serius usaha untuk membangunkan bidang sukan melalui Pelan Induk Pembangunan Sukan Negeri.

"Kita amat menghargai sumbangan para atlet kita, dan mereka yang berjaya ini sewajarnya diiktiraf dan akan menjadi model kepada generasi-generasi akan datang," katanya. - Utusan Borneo

Ulasan Anak Merdeka,
Tahniah dan syabas buat keempat-empat atlet muda ini atas penghargaan yang telah diberikan oleh kerajaan Sarawak terhadap mereka semua.

Memang wajar sangatlah sumbangan para atlet kita diberi perhatian sedemikian rupa kerana walaupun ada diantara mereka yang turut terpilih menyertai kontinjen negara kemana-mana temasya sukan sekalipun di negara lain ada yang gagal tetapi apa yang lebih penting ialah semangat mereka dan kerajaan patut melihat kepada matlamat para atlet sendiri selain matlamat negara iaitu apabila mereka bertarung bermakna mereka menyimpan satu azam hanya untuk menang bagi menaik dan mengharumkan nama negara disamping memberi kebanggaan kepada Sarawak juga.

Para atlet ini apabila mereka keluar negara, mereka membawa bersama satu semangat yang terpuji iaitu untuk mencipta nama yang besar, nama yang gagah dan harum untuk Malaysia tidak seperti Anwar Ibrahim serta kekawan dia dari Hindraf yang apabila mereka keluar negara mereka akan mencaci, menghina, memburuk-buruk serta mencemarkan nama baik negara sendiri kepada rakyat negara luar.

Ayahku kahwin lagi - L. Ramli

Ayahku kahwin lagi
Dengan si dara jelita
Riang agar hatinya
Mendapat isteri yang muda...

Tapiku sedih sekali
Mengenang ibu yang ku kasehi
Tempat ibu sukar diganti
Tapi ayah kahwin lagi...

Chorus: Kiniku membawa diri
             Tempat bermanja jauh sekali
             Ibu sudah dahulu pergi
             Tapi ayah kahwin lagi
             Ayah kahwin lagi...

Mengapa muda remaja
Ayah pinangkan si dia
Anak ayah tak terjaga
Rumahtangga porakpranda
Ayah kahwin lagi...

Setiap hujung tahun pasti ramai yang akan melangsungkan majlis perkahwinan masing-masing tak kira yang muda atau yang tua dan juga tak kiralah usia pasangan masing-masing tu bezanya berapa kerana apa yang penting ialah persefahaman bersama...

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada mereka semoga ikatan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat...

Bancian 2010: Rakyat Malaysia sudah 27.56 juta orang. Lelaki lebih ramai dari perempuan !

Mengikut bancian penduduk yang dijalankan sepanjang tahun 2010 iaitu selepas bancian penduduk dilakukan pada tahun 2000 dulu telah menunjukkan bahawa penduduk Malaysia kini atau rakyatnya sudahpun bertambah menjadi 27.56 juta atau 27,565,821 orang.

Angka ini saya rasa mungkin termasuk mereka-mereka yang kita sedia maklum iaitu yang sering kita lihat di akhbar, kaca tv dan juga kita dengar berita di radio yang terbabit dalam kemalangan di jalanraya sehingga mengakibatkan ada diantaranya maut ditempat kejadian dan ada juga yang meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital dan tidak kurang juga ada yang meninggal ketika mendapat rawatan di hospital.

Jika jumlah berkenaan dikira sekali dengan mereka yang telah terlibat dengan kemalangan maut saya rasa jumlahnya kini mungkin tidaklah sampai kepada angka sebanyak itu walaupun ditambah semula dengan bayi-bayi Malaysia yang baru dilahirkan dan belum juga lagi ditolak dengan bayi-bayi baru lahir yang selalu dijumpai dibuang merata-rata oleh ibubapanya yang tidak berperikemanusiaan, kejam dan zalim.

Kalau mengikut pecahan berdasarkan kepada jantina penduduk, 27,565,821 orang warganegaranya kini adalah terdiri daripada lelaki berjumlah seramai 14,112,667 orang manakala yang perempuannya pula seramai 13,453,154 orang dan ini bermakna kaum lelaki dilihat telah mendominasi dari segi jumlah penduduk Malaysia dengan kelebihan sebanyak 659,513 orang.

Persoalannya kini ialah, seandainya Pakatan Beruk yang diketuai oleh Anwar Ibrahim memerintah Malaysia, dapatkah kita bayangkan apa yang Anwar akan buat terhadap mereka yang termasuk di dalam jumlah 659,513 orang itu ? Apakah mereka akan dilantik sebagai Setiausaha politik ? Apakah mereka akan diberi tugas sebagai pembancuh coffee ? Atau pakah mereka akan selalu dibawa keluar negara bila sudah diambil berkhidmat dengan Pakatan Beruk terutamanya PKR ? ...sebab dalam khalayak yang 659,513 orang itu pasti ada yang jambu-jambu...tau tak pe...

APCO: DS Nazri keluarkan bukti yang Anwar terbukti memang berbohong !

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Abdul Aziz ternyata cukup tegas dan gagah bila berdepan dengan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu APCO yang tak sudah-sudah dilelong oleh sahabat Anwar dalam Pakatan Beruk.

Walaupun sebelum ini tulisan saya mengenai YB Datuk Seri Mohd Nazri lebih banyak mengecam tentang tindakan bersahaja beliau berkaitan isu Namewee atau sebarang isu yang memang perlu untuk ditanganinya selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan mengenai undang-undang negara namun dalam hal yang lain saya memang kagum dengan ketegasan yang telah ditunjukkan oleh DS Mohd Nazri ini bila ianya membabitkan karenah yang sengaja ditimbulkan oleh ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Contohnya, bagaimana DS Mohd Nazri akhirnya berjaya mendapatkan bukti dalam bentuk dokumen iaitu satu surat penafian dari APCO Worldwide manakala satu surat akuan bersumpah Robert M. Shrum, iaitu bekas Penasihat Politik kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak. Kandungan kedua-dua surat berkenaan kini ternyata akan mampu membuat lidah Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar, Sallehuddin Ayub, Khalid Samad, N. Gembalakambing, Tiang Chuak, Lim Guan Eng dan ramai lagi beruk-beruk yang membuat kecoh di Parlimen tempoh hari akan kelu untuk berkata-kata tentang APCO.

Ternyata dalam isu APCO ini DS Mohd Nazri tidak mudah mengalah dengan asakan demi asakan yang dilakukan oleh puak-puak yang sememangnya suka menimbulkan suasana kacau-bilau baik ketika waktu berbahas didalam Dewan Rakyat mahupun di luar Parlimen. Juga ternyata DS Mohd Nazri berjaya menepis semua dakwaan-dakwaan yang sama sekali tidak berasas daripada pembangkang dengan berbekalkan dua surat terbaru daripada APCO itu sebagai buktinya.

Rabu, Disember 22, 2010

APCO: Anwar Ibrahim masuk perangkapnya sendiri...

Pada mulanya kalau kita perhatikan betul-betul tentang tujuan sebenar Ketua Beruk di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim untuk menimbulkan isu APCO lalu mengaitkannya dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib adalah semata-mata mahu agar rakyat menaruh rasa curiga dengan konsep 1Malaysia setelah rakyat terutamanya yang beragama Islam terpengaruh dengan dakwaan bahawa kononnya APCO yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Yahudi Israel namun dalam masa yang sama juga turut menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun sewaktu mula isu APCO ini menjadi begitu hangat dalam negara ketika itu hingga tersebar ke negara-negara yang tertentu sehingga ramai yang masih percaya dengan fitnah oleh Anwar Ibrahim terhadap kerajaan Barisan Nasional tetapi apa yang jelas kelihatan pada saat ini ialah pihak yang bertanggungjawab menyebar fitnah berkenaan konsep 1Malaysia dengan APCO iatu Anwar Ibrahim sebenarnya telah menjerat diri beliau sendiri dengan isu ini apabila dia sendiri pula yang tersangkut dalam perangkap yang telah dia pasang untuk memerangkap pihak lawan.

Inilah akibatnya apabila membuat tuduhan tanpa bukti, namun masih lagi mahu mempertahankan tuduhan yang lebih bersifat fitnah itu terhadap kerajaan Barisan Nasional. Saya berpendapat bahawa sekarang ini bukan saja rakyat Malaysia saja yang akan terus mempersoal serta mempertikaikan dakwaan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim itu malah tindakan beliau yang paling tidak bertamadun itu hanya akan mengundang rasa tidak yakin serta perasaan yang semakin tidak percaya dikalangan masyarakat negara luar seperti seperti Australia, Amerika Syarikat dan Israel sendiri terhadap integrity Anwar sebagai seorang pemimpin kepada sesebuah negara.

Apabila pembohongan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim semakin tersebar maka terbukti dan jelaslah bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pembohong sebagaimana dengan perkembangan terbaru berkaitan dengan isu APCO telah menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa manusia yang bernama Anwar adalah seorang yang sentiasa sanggup untuk buat apa saja bagi mempertahan semua dakwaan-dakwaan yang telah beliau buat walaupun dia sediri sedar bahawa semua tuduhannya terhadap BN itu adalah palsu belaka dan rekaan semata-mata.

Wikileaks dedah Mahmoud Abbas pengkhianat kpd perjuangan rakyat Palestine !

Terbaru laman pembongkar rahsia antarabangsa Wikileaks telah mendedahkan bahawa Presiden Palestine yang menjadi boneka kepada pentadbiran Washington di Asia Barat, Mahmoud Abbas adalah dalang sebenar kepada beberapa siri serangan kejam yang telah dilancarkan oleh Rejim Pengganas Israel ke atas kedudukan penempatan rakyat Palestine di negara berkenaan.

Pihak Israel juga turut mendedahkan bagaimana Mahmoud Abbas yang dalam keadaan yang sangat terdesak berdepan dengan kebangkitan pejuang Hamas yang di ketuai oleh Perdana Menterinya Ismail Haniyeh yang juga pemimpin kepada kumpulan berkenaan telah meminta bantuan tentera pengganas Israel untuk menyerang wilayah yang dikuasai oleh Hamas.

Jika sebelum ini Wikileaks telah membongkar perihal rahsia tiga orang pegawai kanan kerajaan Singapura yang telah mengeluarkan beberapa kenyataan menghina dan memburuk-burukkan Malaysia dan sesetengah negara Asia yang lain seperti Thailand, India, Jepun dan Myanmar walaupun selepas itu cuba dinafikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura yang diminta membuat penjelasan dan pendirian kerajaan Singapura mengenainya oleh Wisma Putra namun adalah agak sukar untuk Malaysia terus mempercayai Singapura kerana jika diambilkira sikap pemimpin mereka selama ini terhadap para pemimpin negara ini memang tidak mustahil bahawa penghinaan sedemikian juga adalah penghinaan datang dari pentadbiran Singapura juga.

Apa yang sedang dialami oleh penduduk Palestine kini adalah pembayang kepada kita semua di Malaysia seandainya Pakatan Beruk diberi peluang untuk memerintah negara ini apabila Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri iaitu pemimpin boneka kepada DAP yang mencengkam kuasa dari belakang sementara PAS yang berfungsi hanyalah sama seperti serbuk perasa dalam masakan akan turut mencontohi pendekatan yang diambil oleh Mahmoud Abbas dengan mengundang kuasa asing bagi membantu mereka mempertahankan kuasa bila menyedari akan kesulitan bila berdepan dengan kebangkitan luarbiasa daripada Barisan Nasional.

Sekiranya Pakatan Beruk ditakdirkan memerintah negara ini adalah tidak menjadi satu perkara yang mustahil apabila berada di dalam keadaan tertentu yang sangat mendesak mereka tidak akan segan silu memohon bantuan kuasa dari negara luar khususnya Amerika Syarikat dan Singapura untuk bertindakbalas ke atas para penyokong serta pemimpin Barisan Nasional yang dilihat sentiasa menggugat kuasa yang ada pada mereka iaitu sama jugalah dengan apa yang dilakukan oleh Presiden Palestine Mahmoud Abbas yang merayu pertolongan kuasa perang daripada musuh sebenar rakyat Palestine iaitu Israel untuk membunuh rakyat Palestine pula.

Malunya rasa bila Malaysia punya wakil rakyat yang bertingkah umpama beruk !

Walaupun kejadian yang benar-benar telah membuatkan perasaan malu yang teramat sangat sebagai seorang rakyat Malaysia dengan perbuatan dan kekecohan yang sengaja ditimbulkan oleh wakil-wakil pembangkang di Dewan Rakyat beberapa hari yang lalu mungkin biasa bagi mereka namun bagi kita yang sentiasa mempertahankan apa yang dikatakan tentang Malaysia bahawa rakyatnya penuh dengan sikap terpuji saling hormat menghormati, terkenal dengan sifat pemurah dan bantu membantu, berbudi bahasa, bersopan santun, berpekerti mulia dan yang baik-baik saja tetapi malang sekali apabila sikap seumpama itu tidak ada pada sesetengah para pemimpin atau wakil mereka.

Malu sangat rasanya bila gelagat wakil-wakil rakyat daripada pembangkang sewaktu kejadian itu berlaku dalam Dewan Rakyat tempoh hari walaupun tidak sepenuhnya dapat diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia dan tidak terkecuali juga warga asing yang bekerja di negara ini yang sentiasa ingin mengikuti perkembangan semasa apa yang berlaku di Parlimen mulai mempersoalkan berkenaan dengan negara ini yang dilabel sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi semangat kerjasama, disiplin, amalan hidup bersama yang saling menghormati sesama mereka sebagai satu rakyat Malaysia tetapi telah tercalar dan tercemar dek perbuatan dan kelakuan yang tidak pernah kita fikir akan boleh terjadi dalam Parlimen Malaysia tempat dimana segala undang-undang dipinda, diusul, dibahas dan diluluskan dan sebagainya.

Selasa, Disember 21, 2010

Bila Pakatan Beruk berjanji serta berbicara, segalanya adalah tipu dan palsu !

Apabila pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Beruk berjanji dan berbicara baik sebelum ini atau di waktu ini mahupun selepas ini apakah kita semua dapat melihat berapa point dari kata-kata yang terkeluar dari mulut mereka adalah benar dan boleh dipercayai ? Tentu tiada kan. Nak dapat 0.1 pun memang payah apatah lagi untuk melihat lebih banyak lagi.

Kekecohan yang berlaku dalam Dewan Rakyat di Parlimen tempoh hari dan juga janji-janji yang diperbaharui oleh mereka ketika Konvensyen ke 2 Pakatan Beruk di Pulau Pinang sebagai contoh yang terbaik untuk kita menilai siapa sebenarnya saki-baki mereka yang masih kekal sebagai sebagai pemimpin dalam Pakatan Beruk saat ini berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan liar serta tingkahlaku diluar kebiasaan seseorang wakil rakyat yang berstatus sebagai Ahli Yang Berhormat.

Apabila mereka ini dari puak Pakatan Beruk telah berjaya menimbulkan kekecohan tanpa kawalan di Dewan Rakyat ketika Dewan sedang bersidang mereka pula yang mendahului pihak Barisan Nasional dengan menggambarkan kepada masyarakat bahawa hari berkenaan sebagai hari yang berlakunya 'tragedi hitam Parlimen Malaysia' walhal semua itu adalah angkara mereka sendiri tetapi seperti biasa mereka secepat kilat akan menudingkan jari menunjukkan kepada BN sebagai penyebab kepada kejadian berkenaan.

Dasar beruk memang begitu. Beruk atau monyet memang kita ketahui sebagai sejenis haiwan dari spesis mamalia yang mempunyai sifat dengki terhadap tanaman-tanaman yang diusahakan oleh manusia. Bila si beruk ini nampak orang tanam jagung ke, pisang ke, ubi keledek dan lain-lain lagi maka akan segera tergerak dalam hatinya untuk mengganggu serta menjahanamkan tanaman-tanaman yang terdapat di kebun-kebun yang diusahakan oleh pemiliknya. Itu sifat buruk yang ada pada beruk atau monyet.

Bab berjanji pula, memang sukar bagi kita untuk mencari berapa peratusan dari janji-janji yang pernah mereka taburkan kepada rakyat boleh kita percayai yang mereka akan menunaikannya nanti. Berjanji memang mudah dan sangat mudah sekali. Janji kepada rakyat, rakyat mahu bulan mereka akan bagi, rakyat mahu gunung mereka akan beri, rakyat mahu pulau mereka akan serah, rakyat mahu semua percuma mereka juga berjanji akan beri semuanya secara percuma.

Tentang beruk Lim Guan Eng yang menganggap rakyat Malaysia yang menyokong serta membaca Utusan Malaysia sebagai bukan warganegara Malaysia adalah satu lagi contoh tercipta betapa dalam Pakatan Beruk memang sah terdapat beruk-beruk liar serta monyet yang berkeliaran. Apakah beruk Lim Guan Eng tidak mencerminkan diri beliau terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan liar yang begitu bodoh sekali terhadap rakyat Malaysia yang menjadi pelanggan dan pembaca setia akhbar Utusan Malaysia ?

Sayang sekali beruk Lim Guan Eng gagal untuk memahami akan sejarah asal-usul keturunan beliau yang senenarnya datang dari mana. Lim Guan Eng tidak tahu bahawa apabila beliau menuduh rakyat Malaysia yang membeli dan membaca Utusan Malaysia sebagai bukan warganegara Malaysia sebenarnya tuduhan beliau itu telah jatuh ke atas kepala datuk nenek moyang beliau sendiri serta kaum kerabat beliau yang berhijrah dari Tanah Besar China ke Semenanjung Tanah Melayu berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Mengenai janji-janji yang diperbaharui oleh Pakatan Beruk semasa konvensyen ke 2 Pakatan Beruk di Pulau Pinang yang antara lain berjanji selepas 100 hari pemerintahan sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya maka mereka akan hapuskan tol-tol dilebuhraya, membahagikan lot-lot tanah Felda kepada anak-anak para peneroka, menghapuskan sistem pemerintahan demokrasi di negara ini dan menggantikan dengan pemerintahan secara kuku besi atau diktator.

Pemimpin Pakatan Beruk boleh membuat seribu serba satu janji untuk mempermainkan rakyat, mereka juga boleh buat janji untuk membahagikan lot-lot di atas permukaan bulan untuk rakyat Malaysia jika mereka berkuasa dan mereka juga bebas untuk berjanji kepada rakyat untuk menghapuskan semua peraturan-peraturan serta segala larangan yang mendatangkan masalah kepada mereka yang suka melanggar peraturan dan undang-undang negara.

Janji-janji lama Pakatan Beruk selepas PRU-12 semuanya belum lagi dipenuhi, mau lagi diperbahurui janji-janji dulu apabila disegarkan dengan slogan baru mereka 'berubah sekarang, selamatkan Anwar'(bukan Malaysia).. untuk kali yang keberapa kah lagi rakyat Malaysia harus terus untuk ditipu bulat-bulat oleh mereka puak-puak dalam Pakatan Beruk ini bila janji 16 September bukti Anwar menipu, bila isu 6 kotak rahsia Anwar berbohong, bila isu Apco juga Anwar terus berbohong dan bermacam-macam lagi pembohongan datangnya daripada DAP, PKR dan PAS untuk terus memperdayakan rakyat...

Piala Suzuki AFF 2010: andaikata Indonesia tewas, terbakar lagikah Jalur Gemilang ?

Disebalik keghairahan seluruh rakyat kedua-dua buah negara menanti tarikh perlawan akhir yang pertama iaitu pertandingan bolasepak Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia yang akan diadakan di Stadium Nasonal Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 26 Disember 2010, mungkin ada yang terlupa tentang satu perkara.

Perkara yang saya maksudkan ialah jika sebelum ini bahawa semua pihak sudah sedia maklum bahawa walaupun hubungan Malaysia-Indonesia iaitu antara kerajaan dengan kerajaan memang berada dalam suasana yag erat dan kukuh namun hubungan diantara rakyat sesama rakyat kedua-dua buah negara sering bermasalah serta meresahkan.

Dan menjelang tibanya perlawanan akhir yang pertama antara kedua-dua buah pasukan kebangsaan masing-masing itu nanti, apakah persiapan yang telah dan sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam mengawal keadaan atau emosi para penyokong terutamanya penyokong fanatik dari negara jiran supaya mereka tidak membawa sebarang sentimen yang boleh mencetuskan suasana tidak baik seperti yang sering terjadi sebelum ini sehingga boleh menyebabkan hubungan mesra kedua-dua buah negara turut menjadi dingin.

Kita semua sebenarnya tidak mahu lagi melihat oleh hanya kerana untuk memupuk semangat kesukanan dikalangan rakyat kedua-dua negara tetapi malang sekali apabila salah satu pasukannya telah ditakdirkan kalah maka timbul pula kejadian-kejadian yang memang kita tidak suka seperti membakar bendera negara lain gara-gara tidak sanggup menerima hakikat bahawa pasukan mereka telah tewas kepada lawan.

Kita juga berharap supaya sebelum diadakan perlawanan itu nanti akan lebih kerap diadakan perbincangan dari hati ke hati diantara kedua pegawai masing-masing agar lebih mudah untuk mereka mengenal pasti apa jua perkara yang dilihat berpotensi boleh menyumbang kepada sebarang kekecohan atau pertelingkahan baru antara rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia dan sekiranya terbukti memang ada sesuatu yang boleh berlakunya perkara yang tidak diingini maka apabila telah ada usaha pencegahan lebih awal dilakukan diharaplah tiada sebarang kejadian buruk akan berlaku pada mala perlawanan akhir kedua Piala Suzuki 2010 yang akan dilangsungkan pula di Jakarta Indonesia pada 29 Disember 2010.

Isnin, Disember 20, 2010

Rahsia kegunaan 'brek kijang' kepada manusia...

Kepada mereka yang memang suka masuk ke hutan atau memburu beberapa spesis binatang yang tertentu seperti kijang, pelanduk, rusa, landak dan sebagainya sudah tentu mereka ini akan menjadi semakin mahir tentang cara bagaimana untuk memudahkan usaha menangkap haiwan-haiwan berkenaan supaya setiap kali balik dari berburu kita tidak akanpulang dengan tangan yang kosong tetapi sentiasa pulang dengan membawa hasil yang diburu.

Untuk menangkap seekor kijang, seseorang pemburu itu memerlukan satu kaedah yang biasa digunakan oleh mereka atau pemburu yang sememangnya sudah mahir dengan keadaan serta selok belok di dalam hutan dan juga mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti dalam hutan yang berkeadaan bagaimana terdapat adanya kijang berkeliaran.

Kaedah yang paling berkesan untuk menangkap kijang dengan mudah ialah kita harus pastikan agar sesekor kijang itu terlebih dahulu harus dekat dan menghampiri kita dengan memanggil spesis mamalia berkenaan menggunakan sehelai daun pokok yang khusus iaituyang tumbuh rendah dipersekitaran sambil meniup bahagian sisi dedaunan berkenaan sehingga ianya mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi seekor kijang betina memanggil anaknya untuk datang dekat dengannya.

Sambil bersembunyi disebalik pangkal pokok-pokok besar sambil terus meniup daun yang kita ambil tadi sementara menanti kelibat kijang muncul dan sekiranya usaha kita kali itu berjaya untuk memperdayakan haiwan berkenaan dan terlebih dulu cubalah lihat bagaimna aksi kijang tatkala ia mula datang hampir datang ke arah kita, kebiasaannya kijang akan datang secara perlahan dan tidak kurang juga yang bersifat gelojoh datang dengan tergesa-gesa.

Kijang yang datang dengan keadaan yang tergesa-gesa inilah kita harus ambil perhatian, perhatikan betul-betul...apabila ia datang ke arah kita dalam dalam keadaan berlari dan sesudah itu apabila ia sudah dapat menjangka bahawa tempat itulah bunyi suara yang memanggil maka kita akan dapat melihat bagaimana kijang tiba-tiba bertindak membrek atau memberhentikan lariannya dengan menggunakan kedua-dua kaki sebelah depan.

Untuk makluman semua dan kepada rakan-rakan yang belum lagi mengenali tentang adanya beberapa ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada seseekor kijang itu memang mempunyai kegunaan atau fungsinya yang tersendiri bagi kijang itu sendiri mahupun bagi seseorang manusia.

Disebelah belakang tapak kaki  setiap seekor kijang ada terdapat dua objek yang seakan-akan tumbuhan daging yang sangat kental dan agak keras tetapi yang sebenarnya itulah dia satu benda yang digunakan oleh semua kijang untuk membrek atau memberhentikan pergerakan serta langkah mereka dengan serta-merta apabila mahu berhenti ditempat-tempat yang dikehendaki.

Bagi kegunaan manusia pula, ianya amat berguna kepada pasangan suami isteri yang punya masalah didalam menjalani hubungan intim khususnya mereka yang telah masuk ke peringkat yang menjemukan..ha ha ha.., Papa Gomo agaknya pakar tentang bab ini...

Untuk proses pengambilan dan seterusnya bagaimana untuk menggunakan benda berkenaan saat ia diperlukan ? Dapatkan hanya sebelah kaki bahagian depan kijang(kijang yang sudah disembelih) tak payah dua belah..satu cukup. Lepas tu periksa dan pastikan kedudukan atau letaknya brek kijang yang berbentuk dua tombol kecil di sebelah belakang tapak kaki kijang dan kerat menggunakan pisau atau parang hingga ia berbentuk seperti sebentuk cincin lalu setelah itu tanggalkan dari daging kaki kijang berkenaan tarik jangan biar terputus kerana kita mahu ianya kekal seperti cincin supaya saiz lubangnya boleh diperbesarkan dengan memasukkan benda tu tadi kepada sebatang kayu yang telah dilurut mengikut saiz balak yang dimiliki oleh setiap suami bermasalah serta selepas itu jemur dibawah terik panas matahari untuk beberapa ketika sehingga kering dan liat supaya ketahanannya sentiasa terjamin.

Cara-cara penggunaannya amat mudah, sarungkan saja...tidak jauh bezanya dengan cara menggunakan kondom DAN tujuan utama kepada si pemakainya ialah agar isteri beliau tidak akan mencari yang lain selepas itu dan yang penting supaya tidak ada lagi timbul kes-kes dimana seringkali berlaku keretakan didalam rumahtangga hanya semata-mata kerana perkara yang remeh-temeh seperti itu dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak.

Selamat mencuba... ;-))

Ahad, Disember 19, 2010

Rakyat Sarawak akan dapat airmata percuma kalau Baru Bian jadi KM.

Mau tau apa yang akan dilakukan oleh Baru Bian saat pertama kali beliau masuk ke ruang Pejabat rasmi Ketua Menteri Sarawak sebaik saja beliau mengambilalih jawatan tersebut daripada Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (..kononnyalah, kita cuba main-main jadi pemimpin Sarawak, bukannya main-main pondok atau main masak-masak)

Setelah lebih kurang 30 minit berada dalam Pejabat Ketua Menteri, Baru Bian belum lagi mahu duduk di kerusi sebelah meja yang biasanya tempat Pehin Sri Taib Mahmud duduk sambil mencari segala macam ilham baru termasuk bagaimana untuk mengatur strategi bagi meningkatkan lagi kelancaran perjalanan setiap projek yang sedang dan akan dijalankan demi menjamin dasar politik pembangunan yang dibawanya benar-benar memberi faedah kepada seluruh rakyat khususnya dan juga kepada negeri Sarawak secara amnya. Apa sebab pula Baru Bian masih teragak-agak untuk duduk sedangkan beliau sudah berkuasa disitu ?

Sebabnya ialah dia langsung tidak tahu apa yang harus beliau buat pada masa itu dan fikirannya tiba-tiba menjadi buntu, lidah dia kelu untuk berkata-kata. Nak pesan 'coffee' pada siapa ? nak pesan mee sedaap dengan siapa ? nak mengadu hal itu ini harus siapa mahu dihubungi ? nak mengadu kepada Perdana Menteri 'anugerah Tuhan' mana mungkin sebab 'kuasa autonomi' memerintah negeri Sarawak sudah 100% atau sepenuhnya diserahkan kepada beliau dan tak mungkinlah lagi PM 'anugerah Tuhan' mahu campur tangan dalam mengurus hal ehwal negeri Sarawak.

Mahu tak mahu, setelah hampir 3 jam hanya berdiri dan sekali-sekala duduk di tepi meja dalam pejabat Ketua Menteri menyebabkan Baru Bian hilang akal dan terpaksa memberanikan dirinya sendiri untuk menghubungi terus PM 'anugerah Tuhan' bagi mendapatkan pendapat serta nasihat Anwar AnuGerah Tuhan bagaimana cara untuk mentadbir buat pertamakalinya sesebuah kerajaan negeri itu sebab jika Baru Bian tidak berbuat demikian dengan memohon bantuan kecemasan daripada kerajaan pusat melalui PM 'anugerah Tuhan' itu sudah pasti lama-kelamaan akan diserang penyakit sawan babi dalam pejabat tanpa disedari oleh sesiapa.

Sesudah berjaya menghubungi Perdana Menteri Anwar AnuGerah Tuhan dan menerangkan secara terpeinci akan segala masalah yang beliau hadapi saat itu kepada Anwar dan Anwar tanpa banyak bicara cepat mengerti sebab mungkin dia faham tentang situasi yang dihadapi oleh Baru Bian ketika itu yang langsung tiada mempunyai pengalaman apa-apa untuk mentadbir negeri dan memimpin rakyat telah bersetuju untuk memberi kerjasama dan membantu dalam bentuk tunjuk ajar dan nasihat tetapi PM Anwar AnuGerah Tuhan yang terkenal dengan sikap rakusnya telah meletakkan beberapa syarat pula kepada Baru Bian sebelum beliau menunaikan janji-janji untuk membantu Baru Bian. Apa syarat yang telah Anwar bagi kepada Baru Bian ?

Syarat pertama yang PM Anwar bagi ialah 'kuasa autonomi penuh' yang sebelum ini PKR Pusat bagi kepada Baru Bian untuk memerintah Sarawak dikurangkan kepada 40% saja iaitu baki kuasa untuk Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak manakala 60% kuasa memerintah dikembalikan semula kepada PKR Pusat, Anwar AnuGerah Tuhan dan Azmin Ali.

Syarat kedua, Anwar AnuGerah Tuhan telah menekan Baru Bian agar menghapuskan peraturan imigresen yang sebelum ini digunakan oleh kerajaan yang dibawah Pehin Sri Taib Mahmud yang bertujuan untuk mengekang kemasukan budaya liar dari luar yang boleh menggugat kestabilan politik di Sarawak serta boleh mengancam perpaduan dan keharmonian kaum di Bumi Kenyalang.

Syarat ketiga, PM Anwar Ibrahim mahu supaya Baru Bian bersetuju dengan cadangannya agar 99.6% dari setiap kutipan cukai atau royalty ke atas semua bahan komoditi serta hasil utama yang lain seperti petrolium, gas, gas cecair asli, arang batu, cukai eksport kayu bergegaji, baja urea, silicon, segala hasil perladangan dan pertanian, perikanan, pengangkutan dan lain-lain lagi diserahkan kepada kerajaan Pakatan Haram Pusat.

Syarat keempat, Baru Bian didesak supaya tidak menghalang pihak luar terutama mereka dari Pulau Pinang dan Singapura untuk memiliki lebih banyak hartanah di negeri Sarawak tak kira samada ianya akan menjadi hak kekal pelabur ataupun semasa mereka beroperasi di kawasan-kawasan yang terpilih boleh mengaut sebanyak mana hasil bumi mengikut kemampuan yang ada selagi mereka berdaya biar rakyat tempatan tinggal menggigit jari.

Syarat kelima, agak ringan dan tidak membebankan iaitu Anwar AnuGerah Tuhan mahu agar KM Sarawak Yang Amat Tertekan Baru Bian berjanji untuk selalu sedia menyediakan beberapa orang remaja setiap tahun yang mempunyai perwatakkan seperti seorang model bagi diambil untuk bekerja sebagai staff-staff di pejabat PKR ataupun bekerja sebagai pembancuh coffee, penghantar dokumen, pembuat karipap dan juga sebagai pengiring kepada PM AnuGerah Tuhan ketika membuat lawatan ke luar negara.

Kelima-lima syarat berkenaan menurut Anwar AnuGerah Tuhan kepada Baru Bian merupakan baru sebahagian dari syarat-syarat wajib dipatuhi sebab PM Anwar mahu supaya Baru Bian dapat memenuhi semua syarat-syarat yang agak mendesak terlebih dahulu sebelum syarat-syarat yang lebih berat akan menyusul dikemudiannya.

Baru Bian yang sudah mati akal ketika itu terpaksa juga akur dan menerima saja syarat yang telah diberikan oleh PM Anwar kepadanya kerana bagi Baru Bian apa yang penting kepada beliau saat itu ialah jawatan Ketua Menteri yang baru di pegangnya harus dipertahankan dan samasekali tidak wajar untuk dilepaskan dengan begitu mudah sekali dalam sekelip mata tanpa beliau melakukan sesuatu serta tanpa beliau berkorban apa saja, biar maruah dan kedaulatan negeri Sarawak tergadai, biar rakyat menderita dan sengsara namun demi untuk mempertahankan jawatan Ketua Menteri rela dikorbankan segala-galanya...

...dan sekiranya ini akan berlaku terhadap negeri dan juga terhadap rakyat Sarawak atas sebab kesilapan rakyat sendiri yang tersalah pilih dengan memilih sebuah kerajaan yang sudah memang jelas nampak akan kepincangan, kelemahan dan kerakusannya maka oleh sebab itu untuk rakyat menyesal dan menangis dengan mengalir airmata darah sekalipun sudah tidak ada gunanya lagi maka bersedia sajalah rakyat Sarawak untuk menjalani kehidupan seperti kaum Melayu di Singapura yang terus ditindas, Melayu Pulau Pinang juga turut dizalimi, umat Islam di Palestine yang sekian lama telah lama menderita dan hidup sengsara menjadi perlarian di tanah air sendiri akibat penindasan yang dilakukan oleh rejim pengganas Israel.

Namun jika rakyat Sarawak tidak rela diri untuk menerima nasib yang malang seumpama itu adalah menjadi satu pilihan yang sangat bijak bagi seluruh rakyat Sarawak untuk terus bersama dengan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar untuk membela nasib rakyat dan merupakan satu tindakan yang sangat bijak juga untuk rakyat terus menolak mana-mana pemimpin dari Pakatan Haram Pembangkang walaupun siapa mereka kerana biar apapun janji yang mereka tabur kepada rakyat tapi tiada satupun yang boleh kita percaya lagi. Titik!!!

Sabtu, Disember 18, 2010

Adakah PAS sedang menuju kepada kafir atau haram ?

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Satu fatwa yang dikeluarkan oleh PAS lebih kurang sebulan sebelum pembentukkan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 apabila Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta juga Singapura bersetuju untuk bergabung sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Fatwa tersebut juga umpama sejenis senjata yang fungsinya boleh bertindak seperti satu penanda aras kepada semua anggota PAS baik mereka yang hanyalah ahli biasa mahupun mereka yang berjawatan tinggi dalam membawa halatuju perjuangan parti supaya tidak tersasar atau menyimpang dari matlamat asal parti dan juga dari landasan yang telah ditetapkan.

Namun sayang seribu kali sayang apabila senjata(fatwa) yang telah dicipta khas oleh pemimpin PAS yang terdahulu untuk digunakan oleh generasi PAS yang seterusnya bagi mempertahan dasar perjuangan parti kini telah menikam tepat ke bahagian rusuk kiri dan kanan PAS sendiri.

Hukum Hudud yang menjadi teras kepada perjuang asal PAS sebelum ini kini telah 'dibakul sampahkan' oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat dan hampir keseluruhan anggota-anggota PAS tidak menghiraukan lagi tentang Hukum Hudud dan mereka juga tidak lagi kisah dengan fatwa PAS 1963 itu demi untuk memperkuatkan lagi kerjasamanya dengan DAP yang kafir dan juga PKR yang separuh kafir.

PAS memang jelas sudah tidak lagi bermaya dan tidak berupaya untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus menerus diperlekehkan oleh orang-orang bukan Islam terutama daripada DAP apabila dilihat hanya membiarkan saja puak-puak DAP dan PKR mempermainkan nilai-nilai yang terkandung di dalam ajaran agama Islam yang sememangnya wajib bagi mereka sebagai seorang Muslim untuk menjaga serta memelihara kesucian dengan apa cara sekalipun.

Esok 19 Disember 2010 akan berlangsung Konvensyen bersama Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR di George Town Pulau Pinang. Faham-faham sajalah apabila PAS sudah semakin kerap menjalinkan kerjasama dengan DAP yang memang kafir maka bermakna PAS sudah menjilat semula air liur yang pernah diludah mereka sebelum ini kepada UMNO dan mahu tidak mahu sudah tentulah PAS terpaksa menelannya kembali serta mereka juga patut terima hakikat yang PAS kini sudah semakin menuju kepada kafir dan haram menurut fatwa PAS Ogos 1963.

Selamat 'berkonvensyen' !

APCO : Satu dunia telah ditipu oleh Anwar Ibrahim !!!

Selama ini iaitu sejak isu APCO berbangkit Malaysia yang dikaitkan secara langsung mempunyai hubungan sulit dengan negara Rejim Yahudi Israel gara-gara nama yang sama juga terdapat pada agensi kerajaan negara pengganas tersebut telah menyebabkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional menjadi sasaran fitnah daripada Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR.

Mereka yakni Pakatan Haram ini bukan saja hampir berjaya menipu dan mengelirukan rakyat atau masyarakat dan para pemimpin negara ini semata-mata dalam isu APCO ini malah telah mulai cuba mempengaruhi masyarakat negara luar agar turut bersama mereka untuk percaya dengan fitnah mereka yang Malaysia mempunyai hubungan tertentu dengan Israel.

Baru sekarang kita dapat tahu apa itu APCO yang sebenarnya , juga YB Zulkifli Noordin yang terlebih dulu mendedahkannya serta GAP yang sama menyentuh isu yang sama dengan terang menyatakan bahawa APCO adalah Walkie Talkie dan ramai lagi penulis blog mulai menyebar maklumat tentang isu yang menjadi bahan fitnah Pakatan Haram terhadap pihak kerajaan Malaysia turut memuatkan perkara yang sama di laman blog masing-masing.

Ternyata kini fitnah oleh Pakatan Pembangkang tidak boleh untuk dibiarkan untuk terus meluas sehingga meresapi ke dalam pemikiran golongan-golongan yang mudah diperdaya yang akhirnya hanya akan merugikan kita semua.

Terima kasih kepada YB Zulkifli Noordin serta yang lainnya atas pembongkaran isu APCO ini !

Jumaat, Disember 17, 2010

Siapa tong kosong PKR di Sarawak ?

PKR serta rakan yang lain dalam Pakatan Haram boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia termasuk para pencacai mereka tahu bahawa memang semua pemimpinnya gila kuasa terhadap semua perkara dan tidak pernah jemu-jemu menyimpan angan-angan untuk menubuh sebuah kerajaan serta menguasai pentadbiran negara di Putrajaya.

Itu adalah antara penyakit gila kuasa yang memang payah untuk dirawat dan setiap saat setiap minit memang akan ada wakil-wakil pembangkang ini yang dijangkiti penyakit ini dan setiap itu juga ianya akan turut berjangkit kepada para pengikut mereka di seluruh negara. Namun tidak terkecuali juga perkara yang sama turut berlaku di Sabah dan juga di Sarawak. Keinginan mereka untuk berkuasa di kedua-dua buah negeri berkenaan seperti tidak boleh disembunyikan lagi apabila hampir 24 jam dalam sehari masa dalam hidup mereka cuma habis digunakan untuk tujuan itu saja.

Mau berjalan, kuasa.., mau berlari, kuasa.., mau melompat, kuasa.., mau makan, kuasa.., mau tidur, kuasa.., mau berak, kuasa.., mau mandi, kuasa.., mau meliwat, kuasa.., mau minum, kuasa.., mau kencing, kuasa.., apa lagi bila mau berkuasa, memang mereka betul-betul sudah gila kuasa ! ...usah mau disebut lagilah, orang kampung semua dah tahu...

Ini juga yang dialami oleh bakal ke apa dia ini, Baruk Bian, ada yang kata dia ni Pengerusi PKR Sarawak dan ada pula yang kata dia akan menjadi atau bakal Pengerusi PKR Sarawak. Baruk Bian ini bercita-cita besar, mahu jadi Ketua Menteri Sarawak apabila nanti seandainyalah Pakatan Haram berkuasa di negeri ini. Baruk Bian semakin kuat angan-angan dia apabila saban hari ada saja kata-kata peransang diterima beliau daripada rakan-rakan dalam Pakatan Haram terutamanya DAP.

Pihak DAP Sarawak pula telah menyediakan satu gelaran khusus untuk Baruk Bian sebagai salah satu persiapan mereka untuk upacara pertabalan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak iaitu 'Chief Minister of the making,' apa maksud di sebalik gelaran itu saya memang tak pasti tapi sekiranya ada sesiapa yang mahu tahu bolehlah tanya dengan segala unggas-unggas di rimba sebab mungkin kelompok yang berkenaan akan tahu mengenainya kerana hanya kelompok itu yang menggunapakai 'undang-undang rimba, siapa kuat dia akan menang dan siapa lemah dia akan kalah,'...

Oleh kerana terlalu leka dengan angan-angannya untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak, Baruk Bian yang sering keluar dalam ruang-ruang akhbar tempatan di Sarawak ini dan siap pula dengan kenyataan medianya sekali, ternyata begitu yakin sekali bahawa jawatan Ketua Menteri Sarawak yang diiadam-idamkan sudah semakin hampir berada didalam genggamannya walaupun pilihanraya negeri belum diadakan lagi apabila kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beliau dalam akhbar sejak kebelakangan ini seperti menggambarkan yang dia lebih arif tentang baik buruk setiap perkara mengenai penduduk serta negeri Sarawak ini.

Tetapi sebenarnya apabila kita amati dengan lebih mendalam tentang apa yang dinyatakan oleh Baruk Bian berkenaan dengan situasi di Sarawak sejak dulu hingga sekarang dalam mana-mana kenyataan akhbar yang pernah beliau buat sebelum ini, telah menyerlah yang diri beliau hanyalah bagaikan sebuah tong yang kosong, bunyinya kuat bila dipalu dan akan berbunyi semakin kuat apabila dipalu bertalu-talu sebab tiada apa-apa isi di dalamnya.

Ada satu kenyataan yang dibuat oleh Baruk Bian mengenai isu kemiskinan di Sarawak misalnya, iaitu satu isu yang bukan hanya dihadapi oleh Sarawak malah hampir menghambat setiap negeri dalam Malaysia yang mana bila saya melihat kepada pendapat beliau mengenai isu ini ianya lebih banyak menonjol akan kelemahan beliau sebagai seorang yang diwar-war bakal dipilih sebagai pemimpin kepada rakyat Sarawak dan banyak lagi kenyataan lain yang beliau keluarkan juga lebih memperlihatkan kepada rakyat Sarawak betapa ceteknya pengetahuan beliau dalam banyak perkara tentang negeri Sarawak dan rakyatnya walaupun dia sendiri adalah anak kelahiran negeri Sarawak.

Menurut Baruk Bian, Sarawak menduduki tempat ke-4 dalam senarai negeri termiskin dalam Malaysia tetapi sayapun tidak pasti maksud beliau samada ke-4 dari atas atau ke-4 dari bawah dan dalam pada itu beliau juga turut menyebut bahawa Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil sumber semulajadinya dan kesimpulan yang dapat saya beri ialah maksud jelas Baruk Bian yang gila kuasa ini ialah agar rakyat Sarawak akan melihat apabila dia dilantik menjadi Ketua Menteri kelak maka dia akan jauh lebih berupaya menjadikan Sarawak maju dan kaya setaraf dengan Singapura, Hong Kong, Jepun dan negara maju yang lainnya sebab dia lebih bijak dan pandai mentadbir dan mengurus ekonomi negeri Sarawak ini dengan sumber semulajadi yang sedia ada jika dibandingkan dengan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj Abd Taib Mahmud.

Tetapi malang sekali apabila isu asasnya gagal untuk disentuh oleh Baruk Bian dalam setiap kenyataan media yang beliau buat iaitu mengenai rakyat yang miskin. Apa punca mereka miskin. Apa yang menyumbang kepada masalah kemiskinan yang membelenggu hidup mereka. Baruk Bian juga gagal untuk mengenengahkan tentang kemiskinan rakyat Sarawak mengikut pecahan kaum masing-masing dan jika beliau mampu untuk berbuat demikian maka saya yakin sekurang-kurangnya beliau akan lebih tahu punca dan sebab kenapa masih terdapat sesetengah rakyat dari kaum yang tertentu di negeri Sarawak ini yang terlalu sukar untuk berubah dari amalan gaya hidup yang kurang baik kepada cara hidup yang lebih baik.

Saya juga percaya jika Baruk Bian benar-benar ikhlas dengan hasratnya untuk membantu meningkat atau menaiktaraf kedudukan ekonomi rakyat negeri Sarawak maka saya berpendapat adalah elok untuk Baruk Bian melihat kepada punca-punca sebenar kepada masalah kemiskinan rakyat ini dan bukannya hanya tahu untuk menyalahkan pihak kerajaan dalam masalah seperti itu. Sebagai pembangkang kepada pihak kerajaan, Baruk Bian sepatutnya lebih tahu siapa yang harus dipersalahkan apabila pihak kerajaan berhasrat untuk membawa berbagai-bagai bentuk pembangunan atau projek ke kawasan penempatan yang dihuni oleh suku-suku kaum yang tertentu tetapi seringkali menerima bantahan dan tentangan daripada penduduk setempat akibat dari hasutan yang dibuat oleh wakil-wakil Pakatan Pembangkang yang tidak jemu-jemu meracuni fikiran rakyat dengan fitnah-fitnah jahat mereka.

Dan apabila pihak kerajaan menghenti atau membatalkan segala projek seumpamanya akibat dari tentangan yang dilakukan oleh rakyat disesetengah kawasan yang bermasalah seperti itu, maka sudah tentu rancangan pembangunan yang dirancang untuk rakyat akan terganggu ataupun mungkin akan ditarik kembali dari peruntukkan yang telah disediakan dan sudah pasti yang akan menanggung akibatnya adalah rakyat itu sendiri, lalu apabila berlaku keadaan seperti ini maka pihak pembangkang yang bersorak gembira akan menggunakan isu ini untuk menyerang semula pihak kerajaan dengan cerita putar belit mereka kononnya kerajaan mengabaikan kaum yang tertentu di Sarawak ini dan sebagai lagi.

Dan kepada Baruk Bian, sekali lagi saya berharap jika beliau bercakap tentang kemiskinan rakyat di Sarawak adalah lebih baik untuk beliau menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Sarawak untuk mengenalpasti mana satu kawasan, mana satu kaum, mana satu daerah yang patut untuk diberi keutamaan dalam mengatasi isu kemiskinan ini dan kenali mereka dengan lebih dekat atau secara bersemuka sebagaimana yang biasa dilakukan oleh wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional dan bukannya hanya duduk di pejabat dalam bandar yang telah maju sambil membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat dalam media.

Arkib Blog