Ketua Menteri Sarawak YTK Baruk Bian yang juga Ketua Perhubungan PKR Sarawak berkata pihak mereka akan mengemukakan beberapa petisyen pilihanraya berhubung dengan kekalahan 46 calon Parti Keadilan Rakyat iaitu suatu kekaahan yang paling memalukan bagi pihaknya dimana daripada 49 calon yang bertanding hanya 3 orang calon saja yang menang termasuk beliau sendiri yang menang di N70 Ba'Kelalan dengan kelebihan undi majoriti sebanyak 473 apabila mendapat 2,506 undi menewaskan Willie Liau daripada BN yang memperolehi 2,032 undi.
Banyaklah songeh pihak PKR ini bila mereka yang kalah, macam-macamlah yang mereka tuduh. Mereka buat tuduhan demi tuduhan kononnya SPR tak telus, BN turut menipu dan macam-macam lagilah. Kononnya telah berlaku penipuan ketika proses perjumlahan undi sedang dijalankan walhal semua wakil parti masing-masing juga turut dibenarkan untuk bersama memerhati dengan dekat pekerja-pekerja SPR yang sedang mengira kertas undi bagi mengelak timbulnya sebarang syak wasangka yang bukan-bukan daripada pihak tertentu terhadap SPR selepas itu, jadi mana tempat lagi boleh terjadinya penipuan tu.
Seperkara lagi, Anwar Ibrahim juga turut mendakwa bahawa waktu berkempen yang terlalu singkat iaitu hanya 10 hari adalah antara punca yang menyebabkan PKR kalah teruk dalam pilihanraya negeri Sarawak ke-10 pada 16 April lalu tetapi tidak terpikirkah Anwar Ibrahim, Baruk Bian, Azmin Ali, Nurul Izzah, Wan Azizah dan yang lain-lain lagi dalam PKR yang mereka sebenarnya tidak pernah mengenal erti samada waktu itu ada pilihanraya ke tak meraka akan tetap berkempen sepanjang masa tak kira siang atau malam, hujan atau panas, jadi apa lagi alasan yang mereka kata masa terlalu singkat sebab itu PKR kalah. Mana ada singkatnya.
Jadi sekarang sudah mulai timbul ura-ura bahawa Baruk Bian yang masih tak berpuas hati dengan kekalahan yang dihadapi oleh ramai calon mereka akan memulakan siri pembedahan terhadap beberapa kawasan DUN yang mana calon PKR diyakini mempunyai potensi boleh menang tapi telah kalah kepada calon BN dan menurut Baruk Bian kawasan DUN N65 Senadin mungkin yang pertama akan menjalani pembedahan memandangkan perbezaan undi yang menyebabkan calon PKR iaitu Dr Micheal Teo kalah kepada YB Datuk Lee Kim Shin hanya dengan 58 undi iaitu majoriti yang diperolehi oleh Barisan Nasional.
Tetapi kalau benarlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak berlaku adil kepada semua maka buatlah kaji selidik untuk semua, buat kajian kenapa dan apa sebab SUPP banyak kalah di kawasan bandar, siasat juga kenapa DAP kalah di N27 Simanggang dan di N47 Bawang Assan, dan juga mesti siasat kenapa SNAP kalah semua di 26 kerusi yang ditandingi begitu juga dengan PCM di N43 Ngemah kenapa Gabriel Adit gagal bertahan disitu dan siasat juga bagaimana calon Bebas hanya menang seorang di N54 Pelagus sedangkan mereka kesemuanya adalah 44 orang yang bertanding.
Kepada PKR tu..kalau dah kalah buatlah cara kalah. Ingatlah bahawa biarpun hanya dengan satu undi mana-mana parti yang menang ianya tetap sangat bernilai apatah lagi 58 undi. Hormatilah pilihan rakyat. Sudah kuasa diturunkan kepada rakyat untuk memilih maka adalah sangat wajar untuk PKR terima sajalah hakikat bahawa mereka telahpun kalah dan tidak diterima oleh majoriti rakyat di negeri Sarawak. Kepada yang menang sekarang bukan lagi masanya untuk tuduh itu tuduh ini tetapi kini adalah masa untuk berkhidmat kepada rakyat, tunjukkanlah kepada rakyat kemampuan masing-masing dalam membela nasib masyarakat dikawasan yang diwakili.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, April 26, 2011
Selepas KJ, kini Nurul Izzah pula yang semakin mengarut!!!
PKR kemukakan tiga permintaan -{klik disinunlah kalau mahu tahu apa yg Nurul merepek)
Selepas bakal Ketua Menteri Sarawak yang diheboh-hebohkan keseluruh pelusuk dunia iaitu Baruk Bian menang di N70 Ba'Kelalan dalam Pilihan Raya Umum Sarawak ke-10 pada 16 April lepas dan dua orang lagi calon dari PKR yang turut menang di N11 Batu Lintang serta di N34 Krian, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sudah mulai berkokok siang dan malam di Bumi Kenyalang.
Jika sebelumnya Ketua Pemuda Barisan Nasional YB Khairy Jamaluddin telah menyahut kokokan Senator dari MCA iaitu Gan Ping Siew yang sama-sama mendesak agar Ketua Menteri YAB Pehin Sri Taib Mahmud segera melepaskan jawatannya atas dakwaan keduanya bahawa kononnya pengundi dari kaum Cina Sarawak sudah amat membenci Pehin Sri Taib tanpa kedua-dua pemimpin hingusan BN itu menoleh kepada sumbangan besar pengundi dari kaum Bumiputera luar bandar yang telah memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada setiap kali pilihanraya diadakan di negeri Sarawak dan seterusnya tekanan terbaru terhadap Pehin Sri Taib disambung pula dan datangnya daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Nurul Izzah Anwar Omega.
Nurul Izzah ini masih muda tetapi sudah pandai mengarut. PKR baru dapat 3 wakil rakyat di Sarawak tetapi ketiga-tiga ADUN PKR itu nampaknya awal-awal lagi sudah kena "queen control" dengan Naib Presiden PKR Enterprise Sdn Bhd. Apa maknanya Nurul Izzah beriya-iya sangat untuk masuk campur hal ehwal dalaman negeri Sarawak ini, pasal royalty minyak atau segalanya maka biarkan saja tiga wakil rakyat PKR yang dah menang itu untuk bersuara didalam DUN negeri Sarawak dan tak payahlah rasanya untuk Nurul Izzah menyalak didalam akhbar-akhbar dan media.
Pergi jahanamlah dengan 3 permintaan gila kamu itu, Nurul. Lebih baik kau pergi jaga kebajikan rakyat di Lembah Pantai sana tu daripada menyibuk dengan urusan kami di negeri Sarawak ini. Nurul, you bukan rakyat Bumi Kenyalang..tak payahlah memandai untuk mendesak Ketua Menteri mengubah itu ini sesuatu yang telah dipersetuju bersama antara kerajan negeri Sarawak dengan kerajaan Pusat. Kalau kami rakyat Sarawak sendiri boleh menerima dan menghormati perjanjian itu, apa perlunya untuk Nurul membangkitkan perkara yang hanya akan merugikan kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada akhirnya.

16 September gagal, 16 April juga gagal dan 2016 juga pasti akan gagal...
Kalau pada misi untuk menawan Putrajaya pada 16 September 2008 dengan mensasarkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional melompat parti menyertai Pakatan Pembangkang telah ternyata gagal, maka baru-baru ini pula 16 April 2011 PKR dengan 49 calon, DAP 15 dan PAS 5 calon tidak juga berjaya untuk merampas Sarawak daripada penguasaan Barisan Nasional.
Tidak terhenti dengan dua kegagalan itu, PKR dan DAP terus menyimpan hasrat jangka panjang untuk menawan Bumi Kenyalang secara total. DAP sudah menyenaraikan beberapa DUN kawasan luar bandar untuk ditandingi pada pilihanraya umum Sarawak ke-11 yang dijangka akan berlaku awal tahun 2016. PKRjuga sudah awal-awal lagi berbincang ke arah itu.
Sebelum itu, PKR dan DAP juga mulai berbincang menjelang PRU-13 mengenai kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak, mana satu tempat untuk DAP dan mana tempat lagi untuk PKR, keduanya langsung tak menjeling SNAP yang kedua-duanya sudah berpakat untuk menghumbankan semula Parti Kebangsaan Sarawak itu kedalam lubang yang telahpun sudah dikenalpasti tapaknya untuk digali.

Label:
Pakatan Haram
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com