Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 22, 2011

Blog: Pang5 Perang Cyber, Papa Gomo, Muka Petang & Badut Rakyat ???

Saya tengah mengalami kesukaran untuk memuatnaik gambar untuk artikel baru. Sejak dari pagi tadi hingga kini. Agaknya berpunca dari masalah komputer atau entahlah !

Saya juga berdepan masalah untuk membuat akses ke beberapa blog tertentu yang saya pautkan di laman blog ini iaitu http://penembak-tepat.blogspot.com/ , http://papagomo.blogspot.com/ , http://mukapetang.blogspot.com/ dan http://badutrakyat.blogspot.com/ sejak dari awal pagi ini kerana seperti biasa saya akan melayari setiap blog yang di linkkan untuk membaca tulisan rakan-rakan blogger walaupun jarang meninggalkan komen untuk mereka, namun hanya pada pagi ini saya dapati ada masalah untuk saya berbuat demikian.

Akan tertera di skrin pemberitahuan ini jika setiap kali saya mengklik ke blog-blog seperti yang tersenarai di atas, contoh dibawah...

Windows Internet Explorer
(X) Internet Explorer cannot open the Internet site: http://penembak-tepat.blogspot.com/.
Operation aborted

Harap mereka dapat memberi perhatian akan masalah ini sebab dikhuatiri akan berlaku pula gejala menggodam terhadap blog-blog yang pro-kerajaan setelah terjadinya serangan penggodam ke atas portal-portal milik kerajaan dan swasta baru-baru ini.

DAP Sarawak bertindak tepat, sesuai dengan tingkahlaku !

Bagi saya, isu pemakaian pakaian rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa upacara pembukaannya oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin semalam adalah sesuatu yang lama dah saya jangka akan berlaku sebab itu satu perkara sesuai dengan siapa pelakunya.

Memang sesuai dan wajar sekalilah bagi DAP Sarawak yang memilih untuk tidak memakai costum rasmi DUN Sarawak itu atas alasan harga baju berkenaan terlalu mahal namun sebab utama ialah kalau sebut soal hendak hormat menghormati orang lain tiada pernah wujud sama sekali dalam naluri mereka. Puak-puak berkenaan mana ada perasaan mahu menghormati adat dan budaya kaum lain sebenarnya.

Memang bertuah sangatlah mana-mana rakyat Sarawak yang telah memilih pemimpin-pemimpin yang nyata punya kesedaran sivik paling teruk dan rendah di Bumi Kenyalang ini sebagai wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Syabas dan Tahniah buat pengundi yang berwakil rakyatkan pemimpin yang angkuh dan sombong seperti barisan 12 ADUN-ADUN DAP Sarawak itu !

Selepas ini pihak pengurusan DUN Sarawak hendaklah memastikan agar pakaian-pakaian rasmi DUN Sarawak itu tidak disentuh atau dipakai oleh mana-mana wakil rakyat DAP Sarawak selagi mereka masih terbawa-bawa dengan sikap tidak bertamadun sama seperti yang diamalkan oleh ADUN-ADUN DAP Perak seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham supaya pakaian berkenaan tidak turut tercemar.

KJ berlagak seperti Ketua Polis Negara - Datuk Ibrahim Ali

Kalau diamati betul-betul tindak-tanduk YB Khairy Jamaluddin selama ini tika beliau memberi reaksi bila ada saja berlakunya perkembangan disekeliling kita, seakan-akan tindakan beliau lebih condong kepada cara pihak Pakatan Pembangkang yang memang gemar menekan lawan walau dengan berbagai cara.

Jadi patut sangat dan tepat sekalilah apabila YB Datuk Ibrahim Ali menyelar KJ ini berlagak seperti Ketua Polis Negara kerana "memberi arahan" kepada pihak polis agar menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan berkaitan tuduhan yang menyebut Datuk Ibrahim Ali menghasut kaum Cina sebagaimana juga yang turut di dakwa oleh MP Lembah Pantai YB Nurul Izzah.

Dan yang sangat kelakarnya apabila Datuk Ibrahim Ali juga turut menggelarkan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai seekor LEMBU TUA (LIAT), kalau direbus pun tidak akan lembut lagi ha!ha!ha!...

Arkib Blog